>> 5 Terkini :

Thursday 25 September 2014

Sudah-sudahlah tu wahai UG, Presiden PAS bukan calon nama AZMIN pun..

Bukti Nama Azmin Tidak Dicalonkan Presiden PAS

Janganlah sampai lembu punya susu sapi dapat nama.

Hakikatnya Presiden PAS dah bengang sbb Azmin dah pecah lobang pasal Presiden PAS nak tubuh kerajaan perpaduang dgn UMNO dan mahu melibatkan Azmin sekali.

Maka, dlm dua surat yang dihantar ke Istana, tiada nama Azmin di dalam nya.

Nama2 yang dicalonkan Presiden adalah Yunus, Solehhin Mukhyi, Iskandar Samad, Idris dan Yaakob Sapari.

Machai2 UG berhentilah buat dakwaan kosong.

Malulah diri sikit

http://www.malaysiawaves.net/2014/09/bukti-nama-azmin-tidak-dicalonkan.html
Majlis Syura Ulama larang PAS calonkan Wan Azizah, Azmin jadi MB Selangor, lapor Utusan

Majlis Syura Ulama, badan tertinggi dalam PAS selepas muktamar membuat keputusan untuk turut menghantar nama Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) PAS di samping nama dua Adun PKR, dedah Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali dalam Utusan Malaysia hari ini.

Nama dua Adun PKR yang dihantar kepada istana Selangor bukan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan timbalannya Mohamed Azmin Ali seperti yang dipersetujui jawatankuasa PAS Pusat pada 17 Ogos lalu.

Difahamkan, dua Adun PKR yang dimaksudkan itu adalah Dr Idris Ahmad (Adun Ijok) dan Dr Yaakob Sapari (Adun Kota Anggerik) manakala Adun PAS ialah Iskandar Abdul Samad, exco kerajaan negeri Selangor yang juga pesuruhjaya PAS Selangor.

Bagaimanapun, setiausaha agung PAS itu tidak mahu mendedahkan nama ketiga-tiga Adun yang dihantar parti itu kepada istana Selangor kerana ia berkaitan dengan Majlis Syura Ulama.

"Tidak seharusnya saya mengulas lanjut. Nama itu terserah kepada pertimbangan saudara sendiri atau bertanyakan kepada Majlis Syura Ulama," katanya kepada Utusan Malaysia.

Mustafa berkata, beliau dimaklumkan mengenai keputusan itu oleh Majlis Syura Ulama yang jelas berbeza dengan pendirian Jawatankuasa PAS Pusat yang hanya mahu mencalonkan Dr Wan Azizah dan Azmin.

"Surat yang dipersembahkan kepada baginda sememangnya ditandatangani Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang. Pihak presiden yang menguruskan penghantaran, tidak melalui Pejabat Setiausaha Agung PAS.

“Ini suatu amalan biasa, sebagaimana dalam pelantikan menteri besar Selangor selepas Pilihan Raya Umum (PRU) pada 2008 dan 2013 apabila setiap parti menamakan calon pilihan masing-masing," kata Mustafa, sebagaimana dilaporkan akhbar milik Umno itu.

Sementara itu, Setiausaha Majlis Syura Ulama Datuk Nik Muhammad Zawawi Nik Salleh ketika dihubungi mengesahkan kepada Utusan Malaysia senarai calon itu dihantar Pejabat Presiden PAS ke istana Selangor, semalam.

Bagaimanapun, beliau enggan memperincikan nama ketiga-tiga calon berkenaan sambil menambah ia terserah kepada Sultan Sharafuddin Idris Shah untuk memuktamadkan perkara itu.

Ditanya kemungkinan salah satu daripada 2 nama calon PKR itu adalah Dr Wan Azizah, beliau hanya menjawab:

"Itu saya tak tahu, saya tak nak komen. Mungkin juga ada (Wan Azizah), mungkin juga tak ada. Tunggulah, kita serah kepada Tuanku Sultan Selangor (putuskan)."

Mustafa memberitahu The Malaysian Insider semalam, pihaknya menafikan laporan The Star Online yang mengatakan PAS menghantar nama tiga Adun mereka sebagai calon menteri besar Selangor.

Menurut laporan portal itu, PAS menghantar nama Iskandar, Sallehen Mukhyi dan Dr Yunus Hairi untuk dipertimbangkan sebagai menteri besar Selangor yang baharu untuk menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang dipecat PKR.

"Laporan itu tidak betul kerana cadangan untuk mencadang ketiga-tiga nama itu sudah dibatalkan," katanya kepada The Malaysian Insider.

Bagaimanapun, Mustafa pada masa ini enggan mendedahkan nama yang dicalonkan PAS kepada istana.

Malam tadi selepas mesyuarat biro politiknya PKR berkata akan mengambil "langkah yang perlu dan sesuai" dalam tempoh 48 jam akan datang berikutan teguran pihak istana Selangor kerana hanya mencalonkan presidennya Dr Wan Azizah bagi jawatan menteri besar Selangor.

Setiausaha Agung PKR Datuk Saifuddin Nasution Ismail yang enggan menjawab sama ada parti berbilang kaum itu akan menghantar lebih 2 nama seperti yang diminta Sultan Selangor mengakui PKR menerima surat daripada istana dua hari lalu.

"Kami akan mengambil langkah yang perlu dan sesuai. Kami akan bertindak sewajarnya dalam tempoh 48 jam akan datang," katanya di ibu pejabat PKR, di Petaling Jaya malam tadi.

Perkembangan terbaru itu menggugat lagi hubungan parti Pakatan Rakyat (PR) PKR, PAS dan DAP yang sudah tercalar dalam krisis menteri besar Selangor ini.

Pada 6 Ogos lalu, Majlis Syura yang bermesyuarat di Kota Baru membuat keputusan mengekalkan Khalid selepas pendirian itu juga dibuat Hadi dan Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Keputusan itu dibuat sebelum mesyuarat AJK PAS Pusat yang dijadualkan berlangsung 10 Ogos dan kemudiannya dianjakkan ke 13 Ogos dan seterusnya menjadi kenyataan pada 17 Ogos.

Pada mesyuarat yang sama, majlis syura juga membuat keputusan agar PAS terus kekal bersama Pakatan Rakyat.

Krisis menteri besar Selangor bermula sejak pelantikan Khalid buat kali keduanya selepas pilihan raya umum ke 13 pada Mei 2013 lalu apabila Azmin juga mendesak agar beliau dipilih untuk memegang jawatan itu.

Namun ketiga-tiga parti bertegas mahukan Khalid.

Pada 22 Julai, Anwar mengumumkan keputusan Majlis Pimpinan Pusat PKR untuk mencalonkan Dr Wan Azizah sebagai MB Selangor. Ia kemudiannya dimaklumkan kepada mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Rakyat pada keesokan harinya.

Pimpinan PAS, khasnya Mustafa dan Iskandar sebelum ini mengumumkan PAS tidak akan mencalonkan pemimpinnya sebagai menteri besar.

Namun keputusan kini dibuat Majlis Syura untuk turut mencalonkan Iskandar.

Keputusan itu dikatakan diambil berikutan permintaan istana Selangor.


Kenyataan Resmi Timbalan Presiden PAS bersabitan Hal Calon Menteri Besar Selangor.

Perkembangan mutakhir tentang isu calon MB Selangor pastinya telah menimbulkan pelbagai reaksi dan persepsi negatif terhadap Parti Islam SeMalaysia, PAS khasnya dan terhadap Pakatan Rakyat amnya.

Saya ingin menyatakan bahawa dalam perkara yang disebut Setiausaha Agung PAS, Dato Mutapha Ali semalam (4hb Sept), seperti laporan pelbagai media, bahawa nama Dato Seri Dr Wan Azizah dan YB Azmin Ali tidak ada dalam senarai pencalonan PAS adalah tidak dalam pengetahuan saya.

Laporan tentang kenyataan itu juga ada menyebutkan bahawa Setiusaha Agong mengakui PAS telah menyenaraikan salah seorang EXCO PAS sebagai calon MB. Kami, AJK PAS Pusat tidak tahu menahu akan nama baru ini kerana ia tidak diputuskan dalam mesyuarat Jawatankuasa Kerja PAS Pusat sebagai Badan Eksekutif yang mengendalikan urusan harian pentadbiran dan strategi parti.

Saya tegaskan sekali lagi berdasarkan mesyuarat Jawatankuasa Kerja PAS Pusat pada 17 hb Ogos bahawa senarai calon yang sebulat suara diputuskanoleh ahli Pimpinan Pusat yang dipengerusikan Presiden parti ialah pertama DS Dr Wan Azizah dan kedua Yb Azmin Ali.

Mesyuarat Jawatankuasa Kerja PAS Pusat pada 25 hb Ogos pula mengambil keputusan bahawa kami sepakati atas nama yang diputuskan pada mesyuarat 17 hb Ogos dan menyerah kepada Kuasa Budibicara Tuanku Sultan untuk membuat pilihan calon Menteri Besar Selangor itu.

Haji Mohamad Sabu
Timbalan Presiden Parti Islam SeMalaysia, PAS
5 Sept 2014 bersamaan 11 Zulkaedah 1435H. -


ULASAN GB

Dari maklumat-maklumat yang sampai ke email GB, ini adalah senarai calon yang dikemukan oleh PAS. Betul atau tidak wallahu alam.

1. Dr Idris Ahmad (ADUN Ijok-PKR)
2. Dr Yaakob Sapari (ADUN Kota Anggerik-PKR)
3. Ir Iskandar Abdul Samad (Adun Cempaka-PAS)
Tak payah ulas panjang-panjang. Anehnya Mustafa Ali membuat kenyataan itu melalui akhbar Utusan Malaysia. Bukan oleh media-dia PR atau media PAS sendiri.

GB sebelum ini pernah mencadangkan supaya peranan dan keanggotaan Majlis Syura Ulama disemak semula kerana majlis yang ada kini tidak dapat diterima oleh MAJORITI ahli PAS. Ini kerana keputusan muktamar PAS telah membuat keputusan untuk memperkukuhkan kedudukan PAS di dalam Pakatan Rakyat. Majoriti AJK PAS Pusat yang memenangi pemilihan PAS tahun 2013 yang lalu adalah daripada kumpulan profesyenal. Kekalahan Nik Amar yang mewakili kumpulan ulamak tewas di tangan Mohammad Sabu di dalam merebut jawatan Timbalan Presiden merupakan manifestasi majoriti ahli PAS mahukan golongan profesyenal memimpin parti.

Terdapat unsur manipulasi golongan tertentu di dalam parti memperalatkan Majlis Syura Ulama untuk tujuan-tujuan tertentu. GB dah ulas sebelum ini di dalam entri bertajuk: Majlis Syura Ulamak Ada Kuasa Ke Atas Ahli Parti Lain?

Saranan GB telah disambut oleh calon Ketua Pemuda PAS yang penah gambarnya di"anjing'kan oleh golongan yang mengaku pro-ulama, Zulhazmi-At-takanan di dalam kertas cadanganya nya bertajuk MEMANTAPKAN DAN MEMPERKUKUHKAN MAJLIS SYURA ULAMAK (MSU) PAS. Petikan cadangannya:

A) Ahli yang hendak dilantik menjadi Ahli MSU hendaklah benar-benar menepati kelayakan yang ditetapkan oleh Fasal 8 (3)
B) Ahli yang hendak dilantik menjadi Ahli MSU hendaklah tiada pertalian keluarga dengan mana-mana pimpinan tertinggi parti di peringkat Pusat.
C) Ahli yang hendak dilantik menjadi Ahli MSU hendaklah tidak memegang apa-apa jawatan di dalam mana-mana badan lain di dalam PAS seperti JKPP, DUPP, DPPP dan DMPP.
D) Ahli yang hendak dilantik menjadi Ahli MSU hendaklah di dalam bidang-bidang ilmu Islam yang berlainan.
E) Dalam menjalankan tugasnya di bawah Fasal 8 (1), MSU hendaklah mengambilkira atau mendapatkan pandangan badan lain di dalam PAS yang mempunyai kepakaran berkaitan sesuatu perkara.

http://greenboc.blogspot.com/2014/09/ini-calon-calon-mb-selangor-dari-pas.html

No comments:

Popular Posts