>> 5 Terkini :

Monday, 8 September 2014

Antara Nasik Lemak & Tea Tarik Free : Apa orang PAS kata kepada orang PKR..!!


Hari nie cerita apabila turun bersarapan di gerai dekat dengan rumah sambil melayan berborak isu semasa... terutama isu MB Selangor...

Ambil Nasik Lemak sebungkus dan odar tea tarik gelas satu sambil pergi melabuhkan bontot di meja utama dimana meja ini ibarat meja sidang parlimen kerana ianya panjang dan boleh diisi lebih kurang 8 orang....

Dilihat disitu semuanya penyokong tegar PAS yang mana jika dicucuk tangan mereka kompom keluar darah HIJAU....

Bila aku sampai mereka semua terarah kepada aku dan terus melontarkan satu soalan 

"Hah!! nie budak PKR nie..mai kita tanya dia awat gila kuasa sangat ANWAR nak lantik bini dia.."

Aku dalam hati masih terpinga-pinga bila aku jadi PKR.. setahu aku masa musim PRU13 hari tu aku nie dok berkubu dalam markaz aja...

"Ehh!! Mana ada PKR nya kita nie geng Tok Guru laaaa" lantas aku berkata kepada mereka...

"Nie sembang sampai mana dah.. kami nak masuk mencelah nie..." Aku memotong tajuk perbualan mereka...

Lantas pengerusi yang duduk di hujung meja menjawab dengan semangat iaitu...

"Nie kami tengah dok cuba nak faham nie..puak PKR nie tak sedar diri kah dengan PAS nie... yang sembang pun dah tak cecah bumi dah...."

Aku tanya lagi pasal apa cakap macam tuu... lalu seorang lagi yang duduk disebelah kanan meja berkata...

"Yang mereka duk kata masalah MB SELANGOR sekarang nie tak selesai-selesai berpunca dari PAS yang pusing sana pusing sini lah..."

"Mereka tak tahukah semua nie berpunca dari mereka... Jika ANWAR tu tak gatal nak buat KAJANG MOVE maka semua tak serabut macam sekarang nie.."

Oic aku dapat satu idea... sekarang aku nak cungkil apa yang terbuku dihati penyokong PAS berkenaan isu ini terhadap orang PKR... selepas sembang punya sembang maka dapatlah aku membuat satu kesimpulan berkenaan hal ini...

Jadi dibawah nie aku senaraikan perkara-perkara berbangkit itu dan aku harap mana-mana politikus-politikus dalam Pakatan Rakyat bertindaklah sebaik mungkin untuk merapatkan semula jurang yang semakin jauh ini....

Inilah hasilnya...........

1. ditegaskan skali lagi….punca krisis di selangor bukan dimulai dgn PAS.…tetapi PKR sendiri dgn kemegahan keangkuhan rancangan kajang move yg akhirnya mendtgkan masalah …then nk cuci tangan tuding jari kt PAS…rubbish!!!....ini hakikat yg perlu diakui oleh smua

2. kenapa perlu beria sangat nak lantik wan azizah jd MB???....klau wan azizah jd MB sudah pasti dia jd MB boneka….sedar terima hakikat ni

3. teruk sangat ke kualiti performence adun2 PKR Selangor yg lain sehingga disisihkan & tidak tersenarai sbg calon MB Selangor???

4. kita smua inginkan kemenangan mengalahkan pemerintahan zalim umno….tp pernah tak kita fikir mengapa Allah SWT masih tidak tunaikan hasrat permintaan kita selama ini??

5. sebahagian besar ahli2 pendokong2 PKR masih lg berfahaman umno….bersemangat je lebih…tp akhlak zero mcm ahli2 umno….sombong, bangga diri, budget diri paling bagus orang lain hampeh

6. sebahagian ahli2 PKR bila dtg perjumpaan berlagak cam boss arah buat itu ini…then gi goyang kaki tgk orang lain buat kerja….then g blakang pokok hisap benda haram, berkepul2 asap kuar dari mulut, budget bagus je hisap benda haram…bile diajak solat Jemaah bermacam2 alasan diberi…”korang g lah dulu”….”kami kene balik nk tukar baju dulu”….”nk g toilet dulu”….alih2 duk keliling meja sembang deras pom pang pom pang smpai habis waktu solat….bila mintak derma sumbangan utk kerja2 bersama….mcm2 alasan diberi…”maaf x bawak duit”…”wallet tinggal kt rumah”…peti sumbangan drpd geng2 PKR confirm patah balik dgn isi yg x brapa berat…kot2 bagi duit kertas x jugak….ni fenomena biasa yg dialami & diperhatikan oleh pendokong2 PAS & unit amal

7. agak2 Allah SWT nak tak tunaikan permintaan hasrat serta impian kita menjatuhkan kerajaan zalim umno jika keadaan2 akhlak kt atas ni masih lagi berterusan???

8. walaupun ahli2 PKR ada yg bukan Islam….itu tidak bleh dijadikan alasan oleh DSAI & pendokong2 PKR utk melupakan perkara asas & tarbiah utk ahli2 PKR yg Islam….solat Jemaah di masjid2….lebih2 lagi solat SUBUH BERJEMAAH…akhlak pendokong2 PKR perlu diperbaiki.....sila ambil perhatian AMK & DSAI

9. PAS sesekali tidak akan berkejasama dgn umno....ini sudah pasti....ABU - Asal Bukan Umno!!!

Inilah dia apa yang mereka perkatakan hasil sembang-sembang dengan mereka....dan yang pasti sarapan pagi aku hari nie ada orng belanja...selamat duit aku untuk nasik lemak 2 bungkus dan segelas tea tarik.....

Nukilan
Admin Syssss!!!
Pemerhati Politik Anda

No comments:

Popular Posts