Parti PAS


PAS tidak perlu membantu jentera PKR bagi memenangkan calonnya iaitu Presiden PKR sendiri, walaupun PRK Kajang itu sengaja diada-adakan, tanpa persetujuan Pas.

Sebaliknya.... Pas terbukti setia kepada tahaluf siyasi dalam Pakatan Rakyat apabila turut turun membantu jentera PKR termasuklah Tuan Guru Presiden Pas sendiri.

Kalau benar Pas gila kuasa… Tentulah Pas akan meletakkan nama calon yang pertama sebagai Menteri Besar ialah dari Pas, bukannya PKR.

Sebaliknya…. Pas tetap dengan semangat setiakawan dalam Pakatan Rakyat dengan meletakkan dua nama daripada PKR.

Kalau benar Pas gila kuasa….. Pas akan menggunakan empat orang Exconya di Selangor bagi menuntut jawatan menteri besar.

Sebaliknya……. Pas bertegas tidak akan menuntut jawatan MB, bahkan mengarahkan empat orang Exconya itu untuk bertahan kerana bimbang kerajaan akan jatuh ke tangan BN dan rakyat akan menjadi mangsa.

Kalau benar Pas gila kuasa….. Tentulah Pas akan bergabung dengan Umno untuk membentuk kerajaan baru yang didominasi oleh orang Melayu Islam.

Sebaliknya.... Pas tetap dengan semangat setiakawan dalam Pakatan Rakyat bagi mewujudkan sebuah kerajaan yang lebih telus dan berkebajikan, walaupun  dituduh sebagai barua PKR dan DAP.

Kalau benar Pas gila kuasa….. Pas akan membantah sekeras-kerasnya tindakan PKR yang membelakangi Pas dalam isu Menteri Besar Selangor, KajangMove, 16  September dan lain-lain.

Sebaliknya.... Pas tetap menghormati pendirian rakan-rakan Pakatan Rakyat sehingga dalam isu perlaksanaan hudud sekalipun, PAS mengambil kira pandangan  dan pendapat PKR dan DAP.

Kalau benar Pas gila kuasa.... Presiden Pas akan mengisytiharkan diri beliau sebagai bakal Perdana Menteri sebelum PRU 13 yang lalu.

Sebaliknya..... Beliau menyatakan dengan jelas bahawa beliau tidak berminat dengan jawatan tersebut. Bahkan membiarkan orang lain mengisytiharkan dirinya,  walaupun ia bukanlah persetujuan bersama Pakatan Rakyat.

Kalau benar Pas gila kuasa.... Presiden Pas tidak perlu menarik balik idea Unity Government iaitu kerajaan perpaduan yang terdiri dari semua parti termasuk DAP  dan PKR.

Sebaliknya.... Presiden Pas berjiwa besar dengan menarik balik idea tersebut kerana menghormati pandangan rakan-rakan Pakatan Rakyat, walaupun idea yang  hampir sama turut dilontar oleh rakannya melalui Konsensus Nasional.

Fikir-fikirkan..... 

Tarmizi Md Din
Ketua Penerangan Pemuda Pas Gombak