>> 5 Terkini :

Saturday 28 November 2015

Kenapa arwah TG NIK AZIZ kata kerjasama dengan DAP ada kebaikan jangka panjang...


Mat Alishah


1) dengan dap berada dlm PR maka Pas sudah berjaya menghalang Dap dari bertanding bnyk kerusi...dan sudah pasti dgn 50 kerusi yg dipersetujui masa pru13 dahulu maka kerusi itulah jgk yg akan dap lawan pru14 nanti...ini secara automotiknya Pas akan menjadi parti dominan dari Dap sbb majority kerusi Pas lebih 70...jadi berusaha menang kerusi Pas dgn bnyk dan sudah pasti suara Pas akan jd dominan..dan kuasa Islam juga ada diatas dr Dap...

2) Dengan bekerjasama dgn Dap maka Pas akan menunggag Dap dlm bahasa indah saling2 menunggang satu sama lain..maka dari situ undi dapat dikaut dari kaum yg ada antara satu sama lain jd masing msing akan mendapat kemenangan....

3) Andainya kemenangan diperolehi maka kuasa akan ada ditangan...maka PM masa itu sudah pasti yg majority dan senior....dan tidak yakinkah jika marang ada dialah yg jd PM nya....jd kuasa dah ada PM pon dah ada...jd kenapa harus takut dgn gangguan2 Pas nak laksanakan Islam...kuasa kita pegang..pm kita pegang...majoriti parlimen kita pegang...jd laksanakanlah....

4) Apabila kuasa juga ditangan bayangkan intitusi zakat, jab kebajikan, Yapeim, Yadeim bla bla bla....

5) hangpa tambah lagi lah...

Sunday 22 November 2015

Berani sangat kah Din Ayam tu nak berdebat, pengkomen di FB pun habis di blocknya..???


Jika dia buat sessi penerangan tanpa susun meja letak nama husam tu aku akan puji akhlak dia....sebab itulah keindahan islam yg di bawa oleh seorang pemimpin islam... tapi tengok kelaku macam budak2 sahaja sedangkan beliau merupakan org tertinggi dalam PAS...buat malu sahaja kelaku sedemikian...

mamat nie berani berdebat ke... komen yg kat fb dia pun dok block tak bagi komen..tetiba dok tunjuk jaguh kata nak berdebat.....

Macam nie punya perangai boleh jadi ajk pas pusat dan dulu ajk majlis syura ulamak

p/s- utk makluman aku sudah kena block dari komen fb dia mcm sahabat kita katakan tu.. pemimpin tak berani berhadapan.. itupun jangan tunjuk kemas nak debat.. aku takut bila dah susun semua nanti tetiba tepon pak mentua suruh batalkan mcm kes mustafa ali vs husam tuuu...

Saturday 21 November 2015

Keluar Parti Pas dilabel sebagai pengkhianat dan munafiq, betul atau retorik??



1. Sh Said Hawa menantu Imam Hassan al Banna dan pengarang buku 'Jundullah' keluar Ikhwan Muslimin dan menubuhkan Parti Ikhwan Qutri tidak pernah dilabelkan pengkhianat dan munafiq.

2. Sh Said Syaaban keluar Ikhwan Muslimin kerana berseliseh faham dengan Mustafa Masyhur tidak pernah dilabel pengkhianat dan munafiq.

3. Dato Asri, Presiden Pas keluar Pas menubuhkan Hamim dan kemudian menyertai UMNO tidak pernah dilabel sebagai pengkhianat dan munafiq.

4. Ustaz Nakhaei Ahmad keluar Pas dan menyertai UMNO tidak pernah dilabel pengkhianat dan munafiq.

5. Hassan Adli 'Panglima Jihad Pas' keluar Pas pada 1974 tidak pernah dilabel pengkhianat dan munafiq.

6. Abu Bakar Hamzah, Ketua Pemuda Pas Ke-3 tinggalkan Pas pada 1974 tidak pernah dilabelkan pengkhianat dan munafiq.

7. Muhammad Nasir keluar Pas dan tubuh Parti Berjasa pada 1977 tidak pernah dilabel pengkhianat dan munafiq.

8. Puan Khatijah Sidek, Ahli Parlimen Wanita Pas pertama, Ketua Kaum Ibu Pas 1950an keluar Pas dan menyertai UMNO 1972 tidak pernah dilabelkan pengkhianat dan munafiq.

9. Hj Ahmad Fuad YDP Pas Pertama 1951-53 keluar Pas pada 1953 dan menyertai Parti Negara tidak pernah dilabelkan pengkhianat dan munafiq.

10.Hj Ahmad Badawi tinggalkan Pas dan bersama UMNO pada 1954 tidak pernah dilabelkan pengkhianat dan munafiq.

11. Hj Ahmad Maliki pernah menjawat sebagai Setiausaha Agung Pas tinggalkan Pas menyertai UMNO pada 1954 tidak pernah dilabelkan pengkhianat dan munafiq.

12. Hj Hussein Che Dol pernah menjawat Naib YDP Pas (Utara) tinggalkan Pas pada 1954 dan menyertai UMNO tidak pernah dilabelkan pengkhianat dan munafiq.

13. Ibrahim Ali bertanding guna tiket PAS tapi lepas tu dok tibai PAS kaw kaw, kutuk lagi mursyidul am PAS almarhum TGNA & beliau tak mahu menyokong & tak nak bersama PAS namu tak pun beliau dilabelkan pengkhianat & munafik??

14. Apabila KUMPULAN PROFESIONAL tinggalkan Pas pada 2015 terus dilabelkan sebagai PENGKHIANAT dan MUNAFIQ.

---------
Hukum ikut syo' sendiri??

1. https://youtu.be/2ehVfLMTApk
2. https://youtu.be/FdlsEL5bs9w

Friday 20 November 2015

Almarhum TG NIK AZIZ bawa PAS bersamanya ke ALAM BARZAKH

Abied Abdullah


Bijaknya Anwar dalam politik memang tak boleh lawan. Segala bentuk helah musuh2nya dapat dibaca lebih awal. Mulanya ambo rasa tak setuju dan bantah bila dia buat Kajang Move. Ambo kata apa masalah dgn Sahak gagap?

Alhamdulillah, bila Anwar dah masuk penjara, baru Allah tunjukkan siapa dia Sahak gagap sebenarnya. Nasib baik ada Kajang Move, kalau tidak kompom Sgor dah kena jual kpd amno. Hikmahnya Kajang Move juga kita baru tahu perangai Hadi. Patut pun dia bersungguh2 pertahan Sahak gagap ni.

Hadi ingat dia bijak politik. Waktu krisis MB Sgor, dia sengaja lewat2kan mesyuarat parti dia untuk cuba mempertahankan Sahak gagap dengan menjual beberapa nas dan dalil kononnya tak syarie pecat Sahak gagap dari jawatan MB Sgor. Hadi cuba pertahankan Sahak gagap dengan alasan Sahak gagap takde kes rasuah dan sebagainya.

Anwar tak sebodoh Hadi. Anwar dapat baca taktik Hadi untuk melambat2kan keputusan partinya dlm isu tersebut. PKR kemudiannya pecat Sahak gagap dari parti, ertinya Sahak gagap takde parti. Hadi masuk perangkap Anwar. Sekarang, atas alasan apa Hadi mahu pertahankan Sahak gagap? Takkan nak bersama MB yg takde parti?

Hadi bengang sungguh sebab Anwar lagi cerdik darinya. Anwar tetap hormat Hadi, Anwar bertemu dengan Hadi di Marang untuk minta sokongan MB baru menggantikan Sahak gagap. Hadi enggan malah Anwar dilayan macam sampah. Anwar orang bijak dan matang. Hadi tak setuju, Anwar tak sembah lutut Hadi. Anwar balik dan teruskan juga.

Hadi terasa dia tak berharga lagi. Maka dia pun cuba nak tunjuk pintar politik. Berpakat dengan Azmin, agar Azmin bawa dua tiga orang Adun PKR untuk bersama Hadi dan bergabung dengan amno bagi memerintah Sgor. Sekali lagi Allah gagalkan niat busuk Hadi. Azmin enggan terima hasutan Hadi.

Akhirnya, Hadi hanya senaraikan beberapa calon tanpa nama Azizah, walaupun pada awalnya memang Hadi sokong Azizah atau Azmin jadi MB baru. Dijajanya kelemahan Azizah merata2. Hadi sangka, jika Azmin jadi MB, sudah pasti PKR akan membantah. PKR akan berpecah. Hasilnya mungkin puak2 Hadi ada peluang jadi MB kalau Istana lihat PKR berpecah dalam memberikan sokongan kpd Azmin.

Sekali lagi Anwar dapat baca politik Hadi. Anwar dan Azizah serta MPN PKR sebulat suara setuju dengan Azmin atas pilihan Istana. Bagi Anwar, jika Azizah selaku Presiden PKR tak dapat jadi MB, apa masalahnya diberi kepada Azmin selaku Timbalan Presiden? Maka PKR tak berpecah dalam isu ini. Isu MB Sgor selesai dengan baik.

Hadi melopong. Niatnya yg tak betul Allah balas sekarang. Pas kini menuju kehancuran. Rupa2 nya Almarhum Tok Guru Nik Aziz pergi dibawanya bersama Pas ke alam barzakh.....

Yang tinggal kini adalah PASNO.

Thursday 19 November 2015

Gempar : Benarkah Ada Usaha Gulingkan Tuan Guru Presiden PAS oleh Mustafa Ali..??

GEMPAR : USAHA GULINGKAN TUAN GURU PRESIDEN PAS OLEH MUSTAFA ALI


Dato Mustafa Ali tengah memainkan peranan aktif sekarang untuk menjatuhkan Tuan Guru Presiden PAS. Kononnya dia bertindak berdasarkan banyaknya aduan yang diterima daripada segenap peringkat khususnya dari beberapa pemimpin kanan PAS tentang gelagat Tuan Guru Presiden yang kononnya merugikan parti.

Tidak mengejutkan jika perancangan sulit ini turut melibatkan kerjasama jitu seorang bekas pimpinan Pusat dari Kelantan yang sekarang ini semakin gila menghentam kepimpinan Tuan Guru Presiden yang amat kita kasihi.

Seumpama bermain badminton, ia memerlukan regu untuk memastikan permainan dapat berlangsung dengan baik. Satu pihak melambung bola, satu pihak smash. Ia sinonim dengan apa yang berlaku antara Dato Mustafa Ali dengan Bekas Pimpinan Pusat dari Kelantan ini. Bukan susah untuk faham game mereka ini, satu pihak lambung dari dalam, satu pihak smash dari luar.

Ia bukti yang jelas, nyata,terang lagi bersuluh betapa wujudnya "sparing partner" ini apabila melalui ucapan bekas pimpinan pusat ini dalam kes MB Selangor mendedahkan perbuatan cilik Mustafa Ali atau lebih dikenali sebagai Cikgu Pa mengugut presiden untuk meletakkan jawatan , satu perbuatan yang sungguh biadap!

Tapi Cikgu Pa bijak menyembunyikan pekung di dada, kononnya dialah pembela presiden dengan sentimen dia orang Terengganu. Sepandai pandai tupat melompat tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah juga. Cabaran Cikgu Pa kepada bekas naib presiden PAS untuk bersemuka disambut dengan pantas oleh bekas naib presiden pas tersebut, ia seperti sebuah skrip yang terancang. Tujuannya agar program tersebut dapat memberi ruang yang lebih untuk menghentam Presiden sedang Cikgu Pa akan berlagak seperti biasa "kononnya" mempertahankan presiden. Lawak sugguh jenaka yang sedang di tulis oleh Cikgu Pa ini. Dia sangka ahli Pas bodoh dan tidak faham permainan politik jijiknya? Bukankah selama ini Cikgu Pa yang lantang menghalang debat atau forum sesama sendiri dan mengapa sekarang beria-ia mahu anjurkan? Ada udang disebalik batu. Muslihat jijik.

Buat masa ini, serangan bertambah kuat. Telah timbul ura ura perbincangan sedang diatur melibatkan beberapa pemimpin kanan PAS untuk mendesak Tuan Guru Presiden berundur secara terhormat melalui desakan secara berterusan dalam mesyuarat-mesyuarat PAS Pusat. Perkara ini terbongkar kerana Dato Mustafa Ali ingat semua orang seperti beliau yang mahu menggulingkan presiden. Dia silap besar!

Terkini, Dato Mustafa Ali dikatakan telah mendesak mesyuarat PAS disegerakan baru-baru ini bagi menghentam kepimpinan Tuan Guru Presiden . Namun dengan bantuan Allah, tindakan jahat ini berjaya dihidu oleh Tuan Guru dan mesyuarat tersebut tidak dilaksanakan mengikut tarikh yang dipinta Dato Mustafa Ali. Dengan kebijaksanaan Tuan Guru, mesyuarat itu sebaliknya dibuat ketika Dato Mustafa Ali mempunyai program di Kuala Terengganu.

Wahai Ansorullah, pemimpin tertinggi kita diserang lagi oleh musang berbulu ayam yang masih bersisa dalam PAS. Jangan tertipu dengan penyamaran kelompok ini. Mereka mahu menjatuhkan kepimpinan Naib Ketua Ulama dunia dari menerajui Parti Islam yang kita kasihi ini. Ayuh Ansorullah, segera bangkit dan pertahankan Presiden kita dari sisa baki jebon yang masih ada!

Buat Cikgu Pa, jangan ingat kami tak ada rahsia cikgu. Amaran kami, berundur sekarang atau kami akan dedahkan habis habisan semua rahsia cikgu termasuklah kes skandal seks yang memalukan.

Pencinta Ulama Haraki
"Bongkar Sampai semua Jebon Kelupoq"

Apa yang PAS PERMATANG PAUH bodoh sangat nie, duduk bersama tak bererti Salleh Man tu Dap @ AMANAH

Mat Alishah


Inilah pentingnya kuasa... jika sekadar nak nasihat nak belai-belai nak lawan sorang diri kata kuat kata hebat...pakai dok macam tu ajalah....

lihatlah apa ISLAM dapat buat dan lakukan apabila ada kuasa... nie dak dok sembang nak buat itu nak buat ini tapi kuasa tak ada....

Cuba bayangkan PAS tak berpakat dan dok lawan sorang diri...mampukah PAS dan YB PAS memegang jawatan sebagai pengerusi dalam MAIPP..dan laksanakan perkara sebegini...

Entahlah cakap dengan hangpa satgie..hangpa akan kata kami nie macam2... AHLI NERAKA LA.. SYAITAN DIKENALI LA..PEMECAH BELAH ISLAM LA.. PENGKHIANAT ISLAM LA....

Sekarang orang tak sembang dah bab sokong ka tak..orang sembang nak merialisasikan kenyataan tersebut... jika dulu kita pertikai kenapa isteri kita doktor lelaki yg sambut anak kita lahir...lepas tu kita marah kerajaan suruh buat itu ini..tapi tak ada...

jadi dengan kuasa yg kita menang dan perolehi maka kita buktikan...

itu belom sembang bab nak buat HUKUM ALLAH lagik...

Monday 16 November 2015

Keluar daripada Parti Pas dilabel sebagai pengkhianat dan munafiq, betul atau retorik.



1. Sh Said Hawa, menantu menantu imam hassan al banna dan pengarang buku 'Jundullah' keluar Ikhwan Muslimin dan menubuhkan Parti Ikhwan Qutri tidak pernah dilabelkan 
pengkhianat dan munafiq.

2. Sh Said Syaaban keluar Ikhwan Muslimin kerana berseliseh faham dengan Mustafa Masyhur tidak pernah dilabel pengkhianat dan munafiq.

3. Dato Asri, Presiden Pas keluar Pas menubuhkan Hamim dan kemudian menyertai UMNO tidak pernah dilabel sebagai pengkhianat dan munafiq.

4. Ustaz Nakhaei Ahmad keluar Pas dan menyertai UMNO tidak pernah dilabel pengkhianat dan munafiq.

5. Hassan Adli 'Panglima Jihad Pas' keluar Pas pada 1974 tidak pernah dilabel pengkhianat dan munafiq.

6. Abu Bakar Hamzah, Ketua Pemuda Pas Ke-3 tinggalkan Pas pada 1974 tidak pernah dilabelkan pengkhianat dan munafiq.

7. Muhammad Nasir keluar Pas dan tubuh Parti Berjasa pada 1977 tidak pernah dilabel pengkhianat dan munafiq.

8. Puan Khatijah Sidek, Ahli Parlimen Wanita Pas pertama, Ketua Kaum Ibu Pas 1950an keluar Pas dan menyertai UMNO 1972 tidak pernah dilabelkan pengkhianat dan munafiq.

9. Hj Ahmad Fuad YDP Pas Pertama 1951-53 keluar Pas pada 1953 dan menyertai Parti Negara tidak pernah dilabelkan pengkhianat dan munafiq.

10.Hj Ahmad Badawi tinggalkan Pas dan bersama UMNO pada 1954 tidak pernah dilabelkan pengkhianat dan munafiq.

11. Hj Ahmad Maliki pernah menjawat sebagai Setiausaha Agung Pas tinggalkan Pas menyertai UMNO pada 1954 tidak pernah dilabelkan pengkhianat dan munafiq.

12. Hj Hussein Che Dol pernah menjawat Naib YDP Pas (Utara) tinggalkan Pas pada 1954 dan menyertai UMNO tidak pernah dilabelkan pengkhianat dan munafiq.

13.Apabila KUMPULAN PROFESIONAL tinggalkan Pas pada 2015 terus dilabelkan sebagai PENGKHIANAT dan MUNAFIQ. Apa sudah jadi?

Soalan :

a. Mengapa hukum boleh berubah2 mengikut zaman, dimana logiknya?.

b. Adakah hukum dibuat mengikut selera politik sempit kepartian?.

c. Adakah hukum dibuat untuk mempertahankan sesebuah organisasi atau menguntungkan 
tokoh2 tertentu sahaja atau untuk menjaga airmuka.

d. Adakah sesuatu hukuman yang hendak dijatuhkan berdasarkan suara jamaie dan melalui mesyurat secara syarie.

e. Adakah hukuman dibuat oleh tokoh2 tertentu sahaja dengan membelakangkan ahli2?

f. Sebelum berhukum mengapa tidak merujuk sejarah untuk mendapatkan panduan dan ikhtibar daripadanya?.

g. Atau hukuman dibuat untuk syok sendiri dan sememangnya dirancang untuk menimbulkan kekecuhan?

Ahli2 bawahan menjadi kalut, huru hara dan dalam keadaan paradok kerana terdapat dua hukuman yang berbeza. Hakikatnya telah mewujudkan konflik dan krisis berpanjangan yang tidak menguntungkan mana2 pihak.

Rakan seperjuangan berdekad yang pernah tidur sebantal semarkaz bermasam muka. Pentas2 dakwah, surau, masjid dan markaz digunakan sebagai tempat menghamburkan kata2 kesat dan tempat melepaskan kemarahan serta tempat "menembak rakan2" seperjuangan dahulu. 

Saturday 14 November 2015

Mai ceramah ciput macam nie pun dok bangga kata PAS kuat situlah..!!!




Depa kata kita pengkhianat...kita jugak kata depa pengkhianat...!!!

Siapakah pengkhianat....??
Baru ada jawatan Ketua Pemuda Kawasan Besut aja pun dan 
sudah jual nama khalifah..thah thah Siadina Umaq pancung hangpa dulu..!!

depa kata depa bawa pelari kerusi depa...kita kata kerusi depa tu menang bukan ahli hangpa saja yang pangkah tapi rakyat yang pangkah

depa kata kita khianat perjuangan Islam... kita kata depa yang khianat sebab Islam nak menang 2% sahaja lagi tapi depa yang jahanamkannya

depa kata kita khianat sokong kapiaq tolak hudud...kita kata hangpa tu khianat nak bagi hudud terlaksana sebab orang tinggai 2% sahaja lagi nak dapat kuasa...dan dengan kuasa kita boleh guna segala kemudahan negara untuk laksanakan hudud dalam keadaan berkuasa..bab kapiaq tolak nak heran apa..nama pon kapiaq depa bukan wajib sokong pun..nak halang pun dok peduli apa....

depa kata kita khianat TGNA sebab tolak perjuangan dia.. kita kata hangpa yang khianat kerja buat TGNA...selama 23 tahun beliau berusaha mengangkat Islam dan selama dekat 10 tahun bekerjasama dalam 3 parti PAS PKR DAP..tetiba bila dia mati hangpa khianat kerja buat dia dengan turun tinggalkan inspirasi beliau

depa kata kita khianat pada perjuangan parti...kita kata depa tu lagi terok khianat perjuangan rakyat dimana rakyat dok pulun nak jatuhkan UMNO BN dan perjuangan itu tinggai 2% sahaja lagi nak jahanamkan musuh tetiba hangpa boleh musnahkan inspirasi tersebut...rakyat pelbagai lapisan beri harapan tinggi supaya semua bersama2 bersatu jatuhkan musuh last hangpa nak kawan dgn musuh

depa kata kita khianat Ulamak.... Ulamak kalau yg ada tu tak patuh pada ILMU yang dia ajaq nak pakai macamana... Ulama kata nak buat sesuatu keputusan kena musyawarah kena bermesyuarat tapi tetiba dia guna kuasa veto....kuasa veto nie ibarat kepimpinan SYIAH & KOMUNIS saja yg dok gunanya...

Sepatutnya hangpa tu yang patut di pancungnya sebab KHIANAT apa yang rakyat mahukan...

Salam Sayang Untuk PENGKHIANAT

Nukilan Mat Alishah

UMNO pun dah pening, kejap pecat kejap siasat.. nampaknya dah kena penyakit U-turn...

Tok Kelembai

Baru2 ini Zahid Hamidi dan Hishamuddin datang berjumpa MB Kedah bagi membincangkan kedudukan kerusi panas MB.

Persengketaan antara geng Tun M dan geng Najib semakin parah bilamana siasatan dilakukan terhadap Tun M.

Jadi siasat terhadap RM 2.6B macamna....???



Friday 13 November 2015

AMANAH akan lawan UMNO BN & BARUA-BARUANYA sekali tak kira di negeri mana

AMANAH LAWAN UMNO DAN BARUA UMNO.


Timbalan Menteri Besar Kelantan Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata, Amanah membohongi rakyat kerana sebelum ini ghairah menabur janji tidak akan mengganggu usaha PAS menentang Umno di Kelantan.

NOTA TAPAK KAKI:

awal-awal tubuh dulu orang ajak berbincang supaya tak ada pertembungan...mana kerusi yg pas kuat bagi kat pas mana kerusi yg pas tak kuat tak payah lah pulun nak lawannya...tapi pas tak nak nak depa kata depa kuat semua jentera depa hebat depa tak heran nak lawan sapa...

nah skrg bila org dah mula masuk jentera nak lawan pas pulak kalut dok bagi hujah macam2 pulak...habis dah tak nak berbincang dah tak nak bekerjasama...

SETELAH PERBINCANGAN KEARAH PERDAMAIAN AGAR KELANTAN TIDAK JATUH KETANGAN UMNO DITOLAK OLEH PAS, AMANAH TIADA PILIHAN LAIN SELAIN DARI TERPAKSA BERDEPAN PAS DAN UMNO PADA PRU14 NANTI.

PERLU DIFAHAMI, SELAIN DARI BEBERAPA ISU YANG MENJURUS KEARAH KERJASAMA POLITIK PAS-UMNO, AMANAH MENGAMBIL LANGKAH TERSEBUT SETELAH KERAJAAN NEGERI TERPALIT DENGAN BEBERAPA ISU SERTA MASALAH BERKAITAN URUSTAKBIR DAN YANG UTAMA IALAH DEMI MEMPERTAHANKAN KESINAMBUNGAN LEGASI PERJUANGAN ARWAH TGNA.


PS: BALAK ADA LAGI ATAU DAH HABIS..TANYA JE..

Thursday 12 November 2015

Adakah politik hudud yang digula-gulakan untuk mencari sokongan politik atas sentimen agama.


Che Ibrahim Mohamed


Dap hanya sebut melalui mulut tidak setuju cadangan pelaksanaan hukum hudud kerana bercanggah dgn Perlembagaan dan minta bincang dulu secara bersama dlm PR masa tu.

PKR telah menulis secara panjang lebar atas konsep " Maqasid Al Syariah" tentang hudud tidak boleh dilaksanakan.

Umno semenjak dulu bukan shj menolak hukum hudud bahkan pernah menghalang kerajaan kelantan melaksanakan hudud secara bersurat oleh PM pd tahun 1994.

MCA dan GERAKAN telah mengemukakan saman di mahkamah utk menghalang dan membatal kanun jenayah syariah kelantan yg berkaitan hudud.

Amanah hanya sebuah parti yg baru ditubuhkan dan belum pernah mengeluarkan kenyataan rasmi dasar parti Amanah tentang hudud.

Anehnya Pas telah berkerat rotan dgn Dap atas alasan menolak hudud, namun masih bersama dgn PKR wpun pernah mengambil keputusan memulau praya kecil Permatang Pauh yg ditandingi oleh Presiden PKR atas alasan PKR tolak hudud.

Pas juga telah menuduh Amanah sbg menolak hudud kerana bekerjasama dgn Dap dan PKR dlm Pakatan Harapan wpun sebahagian besar yg terlibat dgn kerja2 teknikal hudud adalah pemimpin dan penyokong utama Amanah sekarang.

Umno pula yg diyakini sbg penentang tegar hudud bersama rakannya dlm BN diletak harapan utk membantu Pas melaksanakan hudud.

Itulah politik hudud yg digula2kan untuk mencari sokongan politik atas sentimen agama.

Kerja Fitnah HUSAM - Dahulu UMNO BN yang buat, kini diulang semula oleh sahabat dalam PAS...!!!


Saja nak maklumkan kepada sahabat yang dok re-post balik topic fitnah HUSAM MUSA yang mana sebelom nie hantu2 UMNO BN yang dok mengepostkannya....

Tapi kini sahabat dalam PAS pulak ambil dan re-post semula sebagai modal untuk nenbina persepsi keatas HUSAM bahawa beliau jugak seorang yang boleh dipertikaikan kredibilitinya...

Sedangkan apa yang telah di postkan semula itu ianya sudah jadi kes mahkamah dah ada yang sudah kena bayaq saman disebabkan atas kapisiti cerita fitnah

Tapi sayang sahabat dalam PAS pula menjadi lidah penyambung membawa berita2 fitnah ini.. TAHNIAH CYBERTROOPER PAS...

Semoga ALLAH menjadi saksi apa yang anda lakukan ini... sesungguhnya apa yang ditanya jawablah dengan lidah yang fasih bukannya bertanya semula kepada yang bertanya..


Monday 9 November 2015

Mereka Curi 2 ADUN Kita, Kenapa Kita Tak Boleh Curi Orang Dia..!!!

Bekas pemimpin PAS sahkan dakwaan Husam isu UG


Bekas pemimpin PAS Selangor Khalid Samad berkata dakwaan bahawa Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang cuba menubuhkan kerajaan perpaduan di Selangor tahun lalu adalah benar.

"Apa yang (Datuk) Husam sebut malam semalam sebenarnya bukan baru," kata MP Shah Alam itu dalam rakaman ceramah Parti Amanah Rakyat (AMANAH) pada 6 November yang dimuatnaik di Youtube.

Khalid yang kini anggota jawatankuasa AMANAH berkata rancangan untuk membentuk kerajaan perpaduan Umno-PAS di Selangor, bermula pada 2008 sewaktu beliau menjadi timbalan pesuruhjaya PAS negeri itu.

Beliau berkata Abdul Hadi, Timbalan Presiden ketika itu Nasharuddin Mat Isa dan Pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Hassan Ali merancang untuk bertemu Perdana Menteri Abdullah Ahmad Badawi dan bekas menteri besar Selangor Datuk Seri Mohd Khir Toyo bagi membincangkan kerajaan perpaduan.
Rancangan itu terhalang ekoran plan berkenaan dibocorkan dan ahli jawatankuasa PAS menentangnya dan bersemuka serta bertanya terus terang dengan presiden di ibu pejabat parti, kata Khalid dalam majlis itu di Dungun.

"Kita ramai-ramai pergi jumpa Ustaz Hadi di Jalan Raja Laut di Pejabat PAS. Maka kita bersemuka, kita tanya terus terang. Diakui nak jumpa Pak Lah. Kita tak setuju," katanya.

Akhirnya, katanya, pertemuan tersebut dengan Abdullah dan Khir dihadiri beliau sendiri, Setiausaha Agung PAS ketika itu, Datuk Mustafa Ali dan Nasharuddin dan "kita tolak" cadangan kerajaan perpaduan itu.

Ia dipercayai bahawa Khalid merujuk kepada tempoh sejurus selepas pilihan raya umum ke-12, yang mana menyaksikan BN kalah majoriti kerusi di lima negeri termasuk Selangor dan perak.

Beliau mendakwa rancangan yang sama cuba dilakukan di Perak, seperti Selangor, PAS mendapat kerusi yang sedikit berbanding DAP dan PKR.

PAS, PKR dan DAP membentuk kerajaan di Perak dan Selangoor tetapi kerajaan Perak digulingkan pada 2009 ekoran ADUN PKR dan DAP melompat kepada BN.

Minggu lau, bekas naib presiden PAS Datuk Husam Musa mendedahkan rancangan Hadi yang merancang untuk membentuk kerajaan kerajaan perpaduan di Selangor selepas PKR dan DAP menarik sokongan kepada Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim tahun lalu.

Khalid Ibrahim memegang kuasa selama dua minggu dengan sokongan PAS dan ADUN Umno selepas PKR dan DAP menggugurkan sokongan selepas beliau dipecat dari PKR.

Mengesahkan dakwaan Husam itu, Khalid Samad mendakwa Timbalan Presiden PKR Azmin Ali ditawarkan sebagai menteri besar kepada kerajaan perpaduan yang dicadangkan.

Khalid berkata berlaku selepas dua ADUN PAS menarik sokongan kepada Khalid yang menyebabkan sultan memanggil Khalid ke istana, katanya.

"Yang ditawar pada Azmin, bukan diberitahu kita. Kita AJK PAS pusat. Tiba-tiba kita dengar. Siapa yang beritahu? Azmin yang beritahu.

"Azmin terkejut. Dia beritahu pada Dr Hatta (Ramli) dan Dr Hatta beritahu kita dan kita bawa pada AJK PAS Pusat.

"Dia kata, "ya". Dia kata 'mereka curi dua (ADUN) kita', kenapa kita tak boleh curi org dia?' apa? Lalu benda yang dibuat. Dia (Hadi) tawarkan, bukan dia bincang dengan kita," kata Khalid Samad.

Friday 6 November 2015

Antara ELAUN & PERUNTUKAN DUN kepada ADUN KELANTAN?

Mat Alishah


aku kata awai lagi aku sebenarnya tak bantah nak bagi duit lebih sikit kat ADUN DI KELANTAN.. yang aku bantah bila dibagi dengan cara kenaikan elaun kerana bila sebut elaun dia akan masuk dalam bayaran sekali dengan gaji dan bila masuk gaji kita takan tau duit tu dibelanja kemana.

Sebab itu aku cadangkan supaya KELANTAN wujudkan PERUNTUKAN UNTUK ADUN dimana disetiap dun dalam KELANTAN kerajaan negeri berikan wang untuk perbelanjaan adun di kawasan mereka.

Pemberian ini adalah seumpama macamana YB dari BN dok dapat peruntukan setiap tahun dan peruntukan nie YB PEMBANGKANG tak dapat.

Jadi dengan kaedah ini maka kita dapat menunjukkan satu corak pemerintahan yg lebih telus dan adil dimana semua ADUN tak kira dari parti mana akan dapat peruntukan dan nak lagi telus setiap perbelanjaan peruntukan ini ianya akan diaudit oleh pihak yg bertauliah spt JAB AUDIT atau BHGN KEWANGAN NEGERI.

Ini mesej yang ingin aku sampaikan ini bukan apa dok baca ada sebahagian sahabat dok pertahankan kata ADUN KELANTAN layak naik elaun, depa dah lama tak naik elaun, ada org dengki nak penaik elaun, negeri lain elaun tinggi lagi tak kata pa, nu SELANGOR & PENANG penaik elaun tak kata pa tapi mai KELANTAN semua orang dengki.....

Sebenarnya tak dengki pon..tapi kita nak tunjuk contoh salah satu cara pemerintahan yg baik jika dok ikut kelaku BN dan dok pakai Undang2 BN baik bagi BN aja yg uruskan..tapi kita nak tunjukkan satu role model spt mana TGNA dulu wujudkan cuti bersalin 3 bulan, cuti jumaat, pindah wang ke bank islam, wujudkan pajak gadai islam...semua nie akhirnya ditiru oleh kjaan BN...

Begitu juga dengan PERUNTUKAN DUN dimana kita marah BN tak bagi kepada YB PEMBANGKANG tapi kita tidak tunjukkan satu contoh...dan inilah contohnya dimana kita bagi ALASAN yang ADUN memerlukan perbelanjaan di kwsn mereka... ADUN nak huluq duit ziarah org mati, kenduri kendara, bencana alam... nak inilah peluangnya dimana wujudkn PERUNTUKAN DUN dan kita standartkan peruntukan yg nak beri..mati berapa dapat, bencana ikut keperluan, ziarah kenduri berapa nak bagi...jadi dengan PERUNTUKAN yg diberikan ini maka sudah pasti ianya akan turun kesasarannya...

bayangkan jika masuk dalam gaji..maka tak ada siapa boleh audit dimana gaji beliau dibelanjakan...jika PERUNTUKAN DUN maka setiap perbelanjaan akan diaudit dan kita akan tahu mereka belanja kot mana...

Ini mesej yang saya hendak sampaikan...bukannya ada niat dengki ka apa ka....

Bayangkan dah la ADUN pun naik gaji..yg gaji MB & TMB serta EXCO dipenaik buat apa.....depa tu pun ADUN juga...

Inilah saya selalu berkata ISLAM nie bukan hanya lafaz di mulut sahaja tetapi kena buktikan...tunjuk serta laksanakan supaya orang dapat lihat akan keindahan ISLAM tuuu...

Thursday 5 November 2015

Antara IJTIHAD 2 Mursyidul Am - Zaman TG Nik Aziz & TG Haron Din

IJTIHAD SIAPA BERCABANG CAPANG


Ijtihad TGFN dan TGNA Tahaluf Siyasi bersama DAP dalam Pakatan Rakyat adalah terbaik dalam abad ini dan sesuai dengan iklim politik Malaysia (system sama diamalkan BN UMNO). 

Buktinya keputusan PRU 2008 dan 2013. Persoalan Hudud yang dibangkitkan oleh PAS dan DAP bukan lah masalah besar jika MSU dan Presiden PAS benar2 faham Sunnah dan bersabar dalam tindakan dakwah, dimana kejayaan menguasai Parlimen Malaysia wajar menjadi agenda utama Pembangkang.

Bukti utama ijtihad TGFN dan TGNA supaya menumbangkan BN UMNO adalah benar wajar menjadi agenda utama sebelum Hudud dan Ijtihad MSU dibawah TGHD / TGHA sebaliknya, terbukti SALAH bila mana janji UMNO menyokong usul Hudud di Parlimen sehingga kini tidak berlaku.

Lebih parah lagi Ijtihad MSU di bawah TGHD dan TGHA telah meruntuhkan Tahaluf Siyasi Pakatan Rakyat dan tertubuhnya Parti Amanah Rakyat. Jika tidak sudah tentu percaturan politik semasa dalam keadaan BN UMNO kucar kacir dapat di manafaatkan Pembangkang untuk ke Putrajaya dengan mudah dan lebih cepat dan teratur mengikut perancangan DSAI, TGFN dan TGNA.

JELAS Ijtihad MSU di bawah TGHD dan TGHA yang berseorangan sangat tidak dominan dengan keadaan politik semasa dan lebih PARAH lagi PAS dengan tanpa perasaan malu mengikat kerjasama pula dengan UMNO.

DASAR yang di bina bertahun2 oleh 3 pemimpin DSAI, TGFN dan TGNA telah di KHIANATI oleh ke egoaan Ijtihad se kumpulan "Ulama gagal" memahami senario politik Malaysia.

MSU di bawah TGHD dan Presiden PAS TGHA wajar di pertanggong jawabkan. Rakyat tidak harus berdiam diri, kerana apapon usaha yang pucuk pimpinan pembangkang lakukan kunci utama nya adalah RAKYAT PENGUNDI ATAS PAGAR dan dibantu Pengundi PKR, DAP, PAN, PAS dan Pengundi2 Kerajaan (yg sedar khilaf besar berlaku ketika ini)

Kelantan sepatutnya wujudkan PERUNTUKAN DUN bukannya PENAIK ELAUN wakil rakyat..!!

Mat Alishah


Menjawab hujah sahabat bahawa YB memerlukan duit utk berkhidmat dengan masyarakat.. jadi saya cadangkan kenaikan elaun tersebut diganti dengan duit bantuan untuk setiap DUN dimana semua DUN KERAJAAN & PEMBANGKANG dapat peruntukan tersebut....

dengan duit diturunkan secara PERUNTUKAN DUN maka duit itu memang kompom untuk digunakan kepada rakyat dan memandangkan ia duit peruntukan maka setiap tahun JABATAN AUDIT boleh datang mai tanya duit tu dibellanjakan kemana....

Ini bukan apa untuk mengelakkan duit itu digunakan kot lain dan jika gaji YB tersebut berhak guna utk diri dia mcmana kita tengok NASARUDIN TANTAWI baru aja menang tak sampai 3,4 bulan teruih pie beli VELLFIRE....kelaku mcm nie yg kita tak nak...... [ sedutan dan komen di facebook beliau boleh dilihat disini : KLIK SINI ]

Apa IJTIHAD PAS Sebenarnya - Menumbangkan UMNO BN atau PAKATAN HARAPAN..???

Nordin Said


MEMAHAMI IJTIHAD PAS DALAM MENUMBANGKAN UMNO ATAU BERSAMA PAKATAN HARAPAN

PAS dah tiada hasrat lagi menumbangkan umno. Bagi Ulama PAS dan Majlis Syura Ulama, menumbangkan Umno (yang mereka rasakan majoriti melayu) dan menaikkan PR (yang mereka rasakan berkongsi kuasa dengan non-muslim) adalah tidak mengikut Syarak.

Almarhum Tuan Guru Nik Aziz (TGNA) dan pimpinan Amanah yang berada dalam PAS dulu mempertahankan ijtihad bahawa kita perlu jatuhkan BN melalui PR, isu dominasi Melayu tidak timbul disebabkan jumlah kerusi yang ditandingi Melayu dan Perlindungan yang ada pada perlembagaan.

Apabila TGNA meninggal dunia dan bekas pimpinan PAS tubuhkan Amanah (yang mana Presiden PAS arahkan disebabkan berbeza pandangan dalam hal ini), Majlis Syura Ulama dan Pimpinan utama yang tinggal dalam PAS adalah mereka yang mempunyai ijtihad bahawa menjatuhkan UMNO adalah tidak Syarie.

Selepas PRU12 (2008), 2 kelompok ini terus berkembang. Presiden PAS sendiri dalam siri-siri ucapannya membawakan dalil-dalil untuk mewajarkan Kerjasama dengan UMNO berbanding PR. Tetapi ahli PAS masih tidak percaya apa sebenarnya Pimpinan PAS cuba sampaikan dan anggap berkerjasama dengan UMNO adalah dakwaan kosong.

Keputusan PRU12 dan PRU13 yang menyaksikan gelombang pengundi bukan melayu menolak umno dalam masa sama pengundi Melayu masih setia dengan UMNO satu ancaman kepada kedudukan PAS dalam PR memandangkan PAS bertanding di kerusi Majoriti Melayu. PAS merasakan mereka perlu ketuai Pakatan. oleh kerana itulah PAS mengadakan hubungan dengan PERKASA untuk menarik sokongan pengundi Melayu.

Bagaimana cara menukar pendirian Ahli PAS, seterusnya menukar keputusan Tahaluf dalam Muktamar serta membuang semua jawatankuasa Pusat yang cenderung kepada pendirian TGNA untuk bersama PKR dan DAP?

Salah satu caranya ialah dengan membina permusuhan dengan DAP. Hubungan baik yang terbina selama ini perlu dirobek supaya ahli-ahli boleh menerima bahawa DAP adalah musuh Islam dan ianya adalah ancaman kepada perjuangan PAS seterusnya keputusan muktamar dapat dipengaruhi.

Lalu apakah isu yang boleh digunakan untuk tujuan ini? Jawapannya Hudud. Hudud boleh digunakan untuk membuat provokasi menjarakkan DAP dengan PAS. Lalu bermulalah drama Private Bill yang akhirnya menjadi asbab Hubungan PAS dan DAP dapat dihentikan.

Walaupun Menteri Jamil Khir bersetuju untuk membawa pindaan Akta 355 pada persidangan parlimen bulan Jun, tetapi Kerajaan Kelantan melanggar roadmap itu dengan sengaja mempercepatkan ke Bulan Mac melalui private bill sebagai sebahagian agenda mempengaruhi keputusan Muktamar pada bulan Jun 2015, menyingkirkan kelompok progresif dan membunuh Tahaluf dengan DAP.

Setelah objektif ini tercapai maka sudah tidak ada lagi kesungguhan untuk membawa Private Bill dengan alasan sedang dibicarakan di Mahkamah. Walhal tiada halangan undang-undang pun melainkan ada perintah injunksi dari Mahkamah.

Peringkat awal PAS berjanji untuk berbincang sesama rakan PR sebelum Private Bill ini dibawa, tetapi akhirnya PAS mungkirinya dengan membawanya secara bersendirian tanpa sepatah kata kepada rakan-rakan PR lain.

Sekarang proses ini berjalan lancar tanpa apa-apa halangan sebagaimana dulu. Teori 'Jentik Dr Zuhdi' sedang dalam proses direalisasikan tanpa tentangan dari Individu seperti TG Nik Aziz dan bekas pimpinan PAS yang sertai Amanah. Dan ahli PAS sudah dapat diyakinkan dan dirasionalkan ini adalah pilihan terbaik 'Demi Menyelamatkan Islam' melalui keputusan Muktamar yang lepas.

Hari demi hari langkah PAS semakin jelas untuk berbaik dengan UMNO tidak kira sebesar mana jenayah UMNO dan BN kepada rakyat sekalipun..

Mari kita pakat2 fikir, tepuk dada jgn tanya Tuang Penasihat, tapi tanya Iman..

Wednesday 4 November 2015

Azmin Ali kelaku sama macam Khalid Ibrahim aja..dua-dua kaki putaq..!!!

ذوالحزم شاريف
4 hrs · Kuala Lumpur ·



Buang masa ja desak MB ni.... Dia ni lebih besar dari parti la ni....

Dulu kata Tan Sri Khalid buat keputusan tak rujuk parti... la ni dia pon sama ja...

beza dia dgn Tan Sri Khalid ialah dia pandai berkata-kata berbanding Tan Sri Khalid yang tak cekap nak kelentong orang....

Dia ni punya putaq.... Halim Othman pon kalah... Lebai cukup sayang kat dia ni....

10 soalan kepada 1MDB yang rakyat nak tahu jawapan..!!

10 SOALAN TONY PUA YANG RAKYAT NAK TAHU.

1. Mengapakah Bank Negara menarik balik kelulusan untuk 1MDB untuk memindahkan lebih daripada US$ 1.8 bilion di luar negara? Adakah kerana kebanyakan dana telah dipindahkan ke akaun yang tidak berkaitan dengan projek usaha sama 1MDB dengan PetroSaudi International Limited seperti yang dinyatakan dalam minit mesyuarat Lembaga yang dibocorkan yang telah diakui Arul? Berapa banyak yang telah dipindahkan ke akaun yang tidak berkaitan ini? Adakah akaun yang tidak berkaitan ini dimiliki oleh Good Star Limited dan yang memiliki atau mengawal Good Star Limited?

2. Adakah benar bahawa 1MDB telah melabur US$1 bilion yang pertama untuk memperoleh 40% daripada 1MDB-Petrosaudi manakala PetroSaudi hanya perlu melabur haknya kepada rizab minyak tertentu di Laut Caspian dan di Argentina bagi pegangan 60%? Di samping itu, adakah hak untuk minyak Laut Kaspia ditamatkan oleh PetroSaudi dalam tempoh 2 bulan selepas majlis menandatangani perjanjian usaha sama itu, yang bermakna bahawa PetroSaudi memperoleh 60% kepentingan mereka tanpa apa-apa pelaburan penting?

3. Adakah benar bahawa 1MDB telah tergesa-gesa untuk menandatangani perjanjian usaha sama dengan PetroSaudi, tanpa mendapat kelulusan Lembaga Pengarah seperti yang dinyatakan dalam minit Lembaga yang sama?

4. Penyata 1MDB Kewangan bertarikh 31 Mac 2013 dan 2014 menyatakan bahawa AS $ 1.4 bilion telah diadakan sebagai deposit oleh International Petroleum Investment Corporation (IPIC) sebagai syarat untuk IPIC menjamin terbitan bon 1MDB bernilai US$3.5 bilion. Walau bagaimanapun, IPIC Penyata Kewangan bertarikh Disember 2013 dan 2014 yang diaudit oleh Ernst & Young tidak mendedahkan apa-apa syarat itu bagi menyediakan jaminan. Imbang tara IPIC juga tidak mencerminkan apa-apa deposit dikembalikan seperti yang diterima atau dipegang. Mengapa 1MDB tidak meminta IPIC menjelaskan di mana wang itu disalurkan?

5. Adakah 1MDB membayar US$993 juta daripada jumlah US$1.22 bilion yang ditebus daripada dana pelaburan Kepulauan Cayman dan US$975 juta lagi yang dipinjam dari konsortium yang diterajui Deutsche Bank mengetuai untuk menamatkan pilihan 1MDB diberikan kepada Aabar Investments sebagai sebahagian daripada syarat lain dengan IPIC untuk menjamin pemberian bon US$3.5 bilion oleh 1MDB? Apa sebenarnya yang jumlah wang yang dibayar dan kena dibayar kepada Aabar atau IPIC? Kenapa IPIC nyatakan dalam penyata kewangan Disember 2014 bahawa 1MDB masih berhutang IPIC sebanyak US$ 481 juta untuk penamatan tersebut?

Di samping itu, jika US$993 juta daripada jumlah US$1.22 bilion yang ditebus dari Kepulauan Cayman tidak dibayar kepada Aabar atau IPIC, ke mana wang itu pergi?

6. Telah didedahkan dalam penyata kewangan 1MDB, jawapan Parlimen dan siaran media bahawa 1MDB Global Investment Limited meminjam US$3 bilion pada bulan Mac 2013 bagi tujuan melabur dalam satu usaha sama 50:50 dengan Aabar Investments Limited di mana usaha sama itu akan melabur dalam pembangunan Tun Razak Exchange (TRX). Persoalannya, mengapa lebih daripada US$1.5 bilion daripada pinjaman itu telah digunakan untuk tujuan selain daripada yang dinyatakan dalam akaun Mac 2014 yang telah diaudit, terutama sejak usaha sama itu masih belum diaktifkan setakat ini?

7. Arul Kanda sebelum ini telah memaklumkan kepada rakyat Malaysia dan pengarah-pengarah 1MDB, menurut minit mesyuarat yang bocor itu, bahawa baki pelaburan Kepulauan Cayman berjumlah US$1.108 bilion telah ditebus sepenuhnya dan telah diadakan secara tunai di BSI Bank Singapura. Walau bagaimanapun, Presiden 1MDB sejak dari itu mengakui bahawa jumlah yang ditebus bukanlah bentuk tunai tetapi 'unit dana' bernilai US$ 940 juta. Mengapa 'unit dana' ini yang telah ditebus daripada dana Pulau Cayman masih dalam bentuk 'unit dana' dan tidak secara tunai atau, aset mentah seperti hartanah dan saham? Jika ia berada dalam bentuk 'unit dana', bukankah bermakna bahawa dana Caymans itu sebenarnya tidak pernah ditebus?

8. Arul Kanda mengumumkan bahawa hutang pertukaran aset dengan IPIC, di mana IPIC memperoleh RM16 bilion hutang 1MDB sebagai pertukaran bagi aset 1MDB. IPIC telah pun mendapat lebih US$1 bilion dalam perjanjian itu. Di mana 1MDB akan menghasilkan aset bernilai RM16 bilion ini untuk menyalurkan kepada IPIC pada 30 Jun 2016?

Kementerian Kewangan (MOF) juga membuat pembayaran ganti rugi kepada IPIC bagi perjanjian hutang pertukaran aset. Adakah ini bermakna jika 1MDB tidak mengemukakan aset bernilai RM16 bilion pada 30 Jun 2016, Kementerian Kewangan perlu membayar pampasan IPIC sewajarnya?

9. Arul sebelum ini telah mengisytiharkan bahawa pelupusan anak syarikatnya, Edra Energy akan membolehkan ia untuk mengurangkan antara RM16 hingga RM18 bilion hutang 1MDB. Walau bagaimanapun, jumlah hutang yang berkaitan kepada jumlah cabang tenaga 1MDB kepada kira-kira RM36 bilion, yang terdiri daripada US$3.5 bilion bon, RM5.7 bilion pinjaman langsung dan lebih RM8 bilion pinjaman yang diwarisi. Oleh itu pengurangan sehingga RM18 bilion hutang tertunggak melalui pelupusan Edra Energy masih akan meninggalkan 1MDB dengan hutang lebih RM18 bilion hutang tertunggak yang berkaitan dengan pemerolehan tenaga. Oleh itu bagaimana penjualan Edra akan menyelesaikan masalah aliran tunai 1MDB kerana tidak akan ada aset yang tinggal untuk membayar baki hutang RM18 bilion ?

10. Adakah Kerajaan Persekutuan ada mengeluarkan 'surat sokongan' pada Mei 2015 kepada Bank EXIM untuk meminjam AS$ 150 juta (RM600 juta) di mana dana yang telah digunakan oleh 1MDB membayar untuk pengambilan tanah daripada Tadmax Resources Bhd untuk kira-kira RM300 juta? Jika ya, apakah baki daripada hasil pinjaman yang digunakan?

Tuesday 3 November 2015

MAT SABU jadi SYIAH semula.....!!!??

Syiah.... Syiah.... Syiah.... Syiah.... DAHULU lagu ini didendangkan oleh UMNO BN untuk menyerang PAS dan MAT SABU..

Namun apabila pertembungan ini berlaku UMNO diam dan tak mampu menyanyikan lagi lagu SYIAH ini kerana semua yg dikatakan itu persepsi...

Dan sewaktu itu semua pimpinan dalam PAS juga mempertahankan MAT SABU mengatakan beliau bukan SYIAH... 

Kini lagu itu dinyanyikan semula oleh sesetengah pihak dalam PAS untuk menyerang beliau... jadi adakah sekarang adakah MAT SABU menjadi SYIAH semula selepas 16 SEPT 2015 dahulu dimana beliau telah keluar PAS dan menubuhkan PARTI AMANAH NEGARA...sedangkah dahulu orang sama nama yang sama iaitu dipertahan kata bukan SYIAH....

ini penjelasan dari Ust Rudhuan Abu Bakar mengenai persepsi MAT SABU SYIAH selepas beliau menubuhkan AMANAH


dan dibawah ini adalah kronologi dimana isu MAT SABU SYIAH hangat diperkatakan dan sewaktu itu masing-masing dalam PAS menafikan apa yang dituduhkan... 

# Bukti pemimpin PAS terlibat Syiah bakal didedah dalam masa terdekat - Zahid

Bukti pemimpin PAS terlibat Syiah bakal didedah dalam masa terdekat - Zahid
Ahmad Zahid Hamidi - Gambar Fail

PUTRAJAYA: Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata beberapa bukti bahawa pemimpin PAS terlibat fahaman syiah akan diterangkan secara terperinci dalam satu sidang akhbar khas dalam masa terdekat.

Beliau berkata sidang akhbar itu akan diketuai Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri (KDN) Datuk Seri Abdul Rahim Mohamad Radzi serta para pegawainya.

Sehubungan itu, katanya pemimpin yang didakwa terlibat itu tidak perlu takut atau menafikan penglibatannya dalam fahaman Syiah.

"Kenapa dia takut. Kalau pegawai saya tunjukkan bukti dia nak cakap apa? Salah satu elemen orang syiah ialah berpura-pura," katanya dalam sidang akhbar selepas menghadiri perhimpunan bulanan KDN di sini hari ini.

Ahmad Zahid berkata kerajaan tidak mahu umat Islam berpecah belah seperti negara lain hanya kerana fahaman mazhab yang berbeza.

"Bagi mengelakkan perpecahan dalam kalangan umat Islam, jadi pembanterasan hendaklah dilakukan sekarang termasuk ajaran sesat Tuhan Harun dan sebagainya," kata Naib Presiden Umno itu mengulas mengenai kenyataannya semasa menggulung perbahasan pada Perhimpunan Agung Umno 2013 Sabtu lepas.

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhCA3XhcKK3d-k5iQpeHbW9FmmobAHPEVRisXorW0nD-bURUNdQpqrD62s4Rjc03OmZw0UC2e1MqKJlTiU4704gTsgnP36-8XFCNHKr7C6PCOB1weYapbId6kfmTgoaNhaOVgjajQ385qAg/s1600/1451322_590762527643781_766906966_n.jpg

AKHIRNYA ZAHID DEDAH SIAPA :

# Zahid dedah Mat Sabu pengikut Syiah, minta JAKIM ambil tindakan

Zahid dedah Mat Sabu pengikut Syiah, minta JAKIM ambil tindakan
Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi - Foto Bernama

KUALA LUMPUR: Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi meminta Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) mengambil tindakan ke atas Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu yang didakwa pengikut ajaran Syiah.

Dalam ucapannya sebagai Naib Presiden UMNO semasa menggulung perbahasan pada perhimpunan parti itu hari ini, Ahmad Zahid mendedahkan Mohamad adalah seorang pengikut ajaran Syiah.

"Kita tahu siapa pemimpin Syiah dalam PAS," katanya seraya disambut sorakan oleh perwakilan UMNO "siapa, siapa?".

"Kita hairan bagaimana PAS boleh orang itu sebagai pemimpin nombor dua parti," balas Ahmad Zahid.

Mohamad terpilih semula sebagai Timbalan Presiden PAS pada pemilihan parti itu dua minggu lalu selepas menang mengalahkan pencabarnya, Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah dengan majoriti hanya 98 undi.

Ini adalah kali pertama dakwaan ke atas Mohamad itu diucapkan secara terbuka oleh pemimpin UMNO biarpun selama ini dakwaan itu jadi desas-desus di kalangan ahli PAS dan UMNO serta di kalangan pemerhati politik.

Ahmad Zahid juga menyeru kepada PAS untuk bersama-sama kerajaan membanteras ajaran Syiah kerana ia adalah masalah negara yang merentas sempadan politik.

Ajaran Syiah telah difatwakan haram oleh Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan pada 1996.

Dalam ucapannya, Ahmad Zahid juga mengumumkan bahawa Kementerian Dalam Negeri baru-baru ini telah menolak pendaftaran Majlis Syiah Malaysia yang cuba didaftarkan sebagai sebuah pertubuhan di bawah Akta Pertubuhan 1996.

Beliau juga memberi amaran mengambil tindakan tegas ke atas mana-mana pengikut Syiah yang menjalankan kerja-kerja ajaran itu termasuk menyita premis tempat kerja-kerja itu dilakukan.
"Saya tidak pandang ini dari segi akidah. Itu kuasa Datuk Seri Jamil Khir Baharom sebagai menteri agama. Saya lihat dari aspek keselamatan kerana kita tidak mahu ummah dipecahkan oleh ajaran sesat," katanya.

Beliau kemudian mencadangkan penubuhan sebuah suruhanjaya menangani ajaran sesat yang dibentuk sebagai kerjasama KDN dan JAKIM bagi membanteras bukan saja ajaran Syiah tetapi ajaran-ajaran sesat yang lain.

Ahmad Zahid juga memberitahu perwakilan UMNO bahawa Imam Masjidil Haram dari Madinah bersetuju dengan cadangan yang dibangkitkan pada Perhimpunan Agung UMNO ini agar ajaran Ahli Sunnah Wal Jama'ah dimasukkan dalam takrifan Islam dalam Perlembagaan Persekutuan.


LALU MAT SABU PUN JAWAB :

# Mat Sabu: Saya pengikut Ahli Sunnah Wal Jama'ah

Mat Sabu: Saya pengikut Ahli Sunnah Wal Jama'ah
KUALA LUMPUR: Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu menafikan tuduhan kononnya beliau merupakan seorang penganut ajaran Syiah sebaliknya menegaskan beliau adalah penganut agama Islam mengikut ajaran Ahli Sunnah Wal Jama'ah.

Mohamad membuat penafian itu sebagai menjawab pendedahan oleh Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi semasa ucapan penggulungan Naib Presiden pada Perhimpunan Agung UMNO hari ini.

"Saya Ahli Sunnah Wal Jama'ah, seorang Islam yang mengikut ajaran Ahli Sunnah Wal Jama'ah," katanya ringkas ketika  dihubungi Astro AWANI.

Mohamad ketika dihubungi dalam perjalanan ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) untuk berlepas ke lura negara selepas melawat mangsa banjir di Kuantan.

Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri dalam ucapannya itu meminta JAKIM mengambil tindakan ke atas pemimpin nombor dua PAS yang didakwa pengikut ajaran Syiah.

Dakwaan pemimpin PAS terlibat dengan ajaran Syiah sebelum ini pernah mendapat perhatian selepas isu itu ditimbulkan selepas Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) baru-baru ini.

Namun PAS menafikan terdapat pemimpinnya terlibat dengan ajaran Syiah dan mengecam pihak-pihak yang cuba mengaitkan ajaran tersebut dengan parti tersebut.
PAS menegaskan jika terdapat pemimpin PAS mempunyai hubungan baik dengan pemimpin Iran atau gerakan Islam di Asia Barat seperti Hizbullah bukan bermakna mereka pengikut Syiah.  

PAS NAFI BAHAWA PIMPINAN MEREKA ADA YANG SYIAH :

# PAS: Tiada pemimpin parti ikut ajaran Syiah

PAS: Tiada pemimpin parti ikut ajaran Syiah

KUALA LUMPUR: PAS hari ini mengecam tindakan media arus perdana yang disifatkan cuba memberikan bayangan terdapat pemimpin parti tersebut terlibat ajaran Syiah.

Ketua penerangan PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man menegaskan tindakan tersebut lebih bersifat politik dengan menghala tuduhan tanpa bukti kukuh dan bersandarkan kepada andaian semata-mata.

Katanya jika terdapat pemimpin PAS mempunyai hubungan baik dengan pemimpin Iran atau gerakan Islam di Timur Tengah seperti Hizbullah bukan bermakna mereka pengikut Syiah.

"Tindakan beberapa orang pimpinan parti yang mempunyai hubungan peribadi dengan pimpinan Iran atau gerakan Islam Timur Tengah seperti Hizbullah bukan bermakna mereka pengikut Syiah.

"Jika begitu, bagaimana pula dengan mereka dan kerajaan yang mempunyai hubungan dengan Zionis Yahudi?" katanya dalam satu kenyataan media yang dikeluarkan hari ini.

Beliau juga menegaskan isu Syiah bukan isu politik kerana ia merupakan isu aqidah dan kefahaman terhadap ajaran Islam.

"Atas sebab itu, PAS memberikan amaran kepada mana-mana pihak yang ingin menggunakan isu ini untuk menyerang pihak lawan untuk keuntungan politiknya," katanya.

Tuan Ibrahim berkata PAS kesal dengan pelbagai tuduhan liar dan tidak berasas yang dilemparkan kepada parti tersebut dan menegaskan pihaknya menentang sebarang usaha untuk embawa fahaman Syiah ke negara ini kerana ia boleh menimbulkan pelbagai polemik dan pertembungan dalam masyarakat serta mendedahkan negara kepada perpecahan di kalangan umat Islam.

"Ahli PAS mesti berpegang dengan ahli Sunnah Wal Jamaah. Jika ada yang menganut fahaman Syiah, maka ia secara automatik terkeluar dari menjadi ahli PAS," katanya lagi.

Beliua juga menjelaskan PAS mempunyai sistem pemantauan dalaman yang sentiasa aktif bagi memastikan seluruh ahli parti tidak melanggar syarat tersebut.

"kita mengalu-alukan sebarang bukti yang melibatkan ahli parti dapat dikemukakan kepada Jawatankuasa Disiplin Parti," tegas beliau.

Tuan Ibrahim mendesak kerajaan supaya tidak hanya melihat Syiah sebagai ancaman kepada negara kerana terdapat ajaran seperti Qadyani yang telah diwartakan sebagai ajaran sesat dan bercanggah dengan aqidah terus berjalan tanpa sebarang tindakan.
Katanyanya cubaan jahat untuk mengaitkan pimpinan PAS dengan ajaran Syiah hanyalah usaha musuh-musuh parti itu bagi memecahbelahkan parti terutama menjelang pemilihan parti pada November ini.

"Tiupan ini semakin dahsyat sehinggakan membaca artikel tertentu yang bercanggah pendapat juga boleh menimbulkan polemik dan menjadi senjata fitnah oleh pihak-pihak tertentu untuk menuduh pihak yang lain pro-Syiah," katanya.

Justeru beliau menyeru ahli-ahli PAS agar tidak termakan dengan fitnah ini dan berjaga-jaga dengan taktik jahat pihak musuh untuk melaga-lagakan pemimpin dan ahli-ahli PAS dengan pelbagai label seperti antara ulamak dan profesional, liberal, kumpulan Erdogan, UG mahupun Syiah.                                                

KEMUDIAN AJK PAS PERTAHANKAN MAT SABU DAH HARAP JAKIM AMBIL TINDAKAN JIKA BETUL APA YANG DIKATAKAN TU..!!

# PAS: Ambil tindakan jika betul Mat Sabu ikut Syiah, kata AJK PAS Pusat

PAS: Ambil tindakan jika betul Mat Sabu ikut Syiah, kata AJK PAS Pusat
AJK PAS Pusat, Riduan Mohd Nor

KUALA LUMPUR: AJK PAS Pusat, Dr Riduan Mohd Nor hari ini mengalu-alukan supaya tindakan dikenakan terhadap Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu sekiranya benar beliau adalah seorang penganut fahaman Syiah.

"Saya mengalu-alukan tindakan JAKIM, PDRM dan lain-lain agensi terhadap ‘Mat Sabu’ sekiranya benar beliau adalah penganut Syiah.

"Syiah adalah ajaran yang diharamkan untuk dikembangkan di negara ini. Secara rasmi, ajaran di Malaysia adalah Ahli Sunnah Wal Jamaah dan majoriti umat Islam di negara ini adalah penganut mazhab Syafie," katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Bagaimanapun beliau menyifatkan langkah Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Zahid Hamidi untuk 'menuduh' Mat Sabu sebagai Syiah adalah suatu langkah politik yang terdesak untuk memerangkap PAS.

"Disebut pula dalam Perhimpunan Agung UMNO, platform buat pemimpin UMNO melepaskan kemarahan terhadap musuh politik mereka. Ia jugalah pentas mereka menunjukkan jagoan mereka di hadapan ahli dan perwakilan mereka, seolah-olah merekalah wira umat yang layak disanjung sepanjang zaman," kata Riduan.

Selain itu, beliau turut menyokong tindak balas Mat Sabu untuk menyaman Ahmad Zahid kerana baginya tuduhan seperti itu amat keterlaluan dan memalukan PAS.

Katanya tuduhan tersebut telah melukakan hati berjuta ahli serta penyokong PAS di seluruh negara.

"Jika niat beliau untuk menjatuhkan reputasi dan maruah PAS di hadapan umat Islam, beliau tersilap langkah dan salah percaturan. Mungkin juga tuduhan beliau bakal memakan diri beliau sendiri," katanya lagi.

Menurut Riduan, sudah tiba masanya untuk Mat Sabu tampil membersihkan dirinya dari dilabel sebagai penganut serta membuktikan bahawa beliau adalah seorang Ahli Sunnah Wal Jamaah yang berpegang kepada mazhab Shafie.

"Mahkamah adalah penentunya dan selepas ini, tiada lagi tohmahan liar menuduh tanpa fakta dan bukti yang sahih berlegar di kalangan masyarakat," jelasnya.

Dalam pada itu beliau mempertahankan partinya yang disifatkannya sering menjadi sasaran fitnah dan tohmahan oleh parti-parti lawan, termasuk tindakan keras terhadap para pemimpinnya.

Beliau juga menegaskan bahawa PAS sentiasa berpaksikan pegangan mereka kepada ajaran Sunnah Wal Jamaah dan menjadikan mazhab Shafie sebagai sandaran mereka.

Menurutnya, perkara itu merupakan asas perjuangan Islam yang didokong oleh PAS serta menegakkan ajaran Islam berpandukan Al Quran dan Sunnah sebagai dasar perjuangan yang tidak pernah berubah.

"Justeru tidak ada yang pelik dalam perjuangan PAS. PAS tidak sesekali membenarkan mazhab Syiah menular dalam diri pendokongnya apatah lagi ia dianuti oleh pemimpin tertingginya.

"PAS memiliki barisan kepimpinan Majlis Syura Ulama yang memandu PAS berdasarkan hukum Islam seperti yang termaktub dalam Al Quran, Sunnah, Ijma’ dan Qias serta melalui perlembagaan PAS. PAS juga memiliki Dewan Ulama sebagai sayap kanan yang bertanggungjawab menjaga PAS agar sentiasa berada dalam orbitnya," tambahnya lagi.

Ahmad Zahid pada Sabtu lalu, meminta Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) mengambil tindakan ke atas Mat Sabu yang didakwanya pengikut ajaran Syiah.

Dalam ucapannya sebagai Naib Presiden UMNO semasa menggulung perbahasan pada perhimpunan parti itu, beliau mendedahkan bahawa Mat Sabu adalah seorang pengikut ajaran Syiah.

Tuduhan yang dibuat Ahmad Zahid itu telah mengundang beberapa reaksi dari kepimpinan PAS Pusat.

Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali menyifatkan dakwaan tersebut sebagai serangan terbuka dan peribadi, dan tidak ada kena mengena dengan parti tersebut.
Beliau juga berkata Mat Sabu wajar mengambil tindakan terhadap Ahmad Zahid berhubung tuduhan itu.

Selain itu, Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, tuduhan yang dibuat oleh Ahmad Zahid itu hanya bertujuan untuk menarik sokongan perwakilan UMNO bagi mengukuhkan kedudukan dirinya.

Katanya, kecenderungan seseorang itu menyokong perjuangan Islam di Iran tidak semestinya seseorang itu mengamalkan ajaran Syiah.

PAS juga menafikan ada pemimpinnya yang mengamalkan ajaran Syiah serta menafikan pernah menerima sebarang laporan mengenai ajaran tersebut yang diamalkan oleh pemimpin parti itu termasuk Mat Sabu.

Zahid hari ini berkata beberapa bukti bahawa pemimpin PAS terlibat fahaman Syiah akan diterangkan secara terperinci dalam satu sidang akhbar khas dalam masa terdekat.    

MAT SABU JAWAB LAGI KENAPA BELIAU KAGUMI PEMERINTAH IRAN

# Akui kagumi Komeini, nafi amal Syiah

Mohamad Sabu
SHAH ALAM – Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu menyerahkan kuasa kepada peguam untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap Kementerian Dalam Negeri (KDN) yang mengaitkan dirinya dengan pengamal Syiah.

Biarpun KDN hari ini mendedahkan 10 bukti mengenai perkara itu, pemimpin nombor dua Pas itu tetap menafikannya.

Mohamad, yang lebih dikenali sebagai Mat Sabu, menafikan beliau adalah pengikut Syiah.

Bagaimanapun, beliau mengakui mengagumi pemimpin Iran, Khomeini 'kerana kepimpinan dan perjuangannya mampu membawa umat Islam lebih berdikari'.

Sebelum itu, Mat Sabu berkata, dakwaan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bahawa beliau pengikut Syiah tidak seharusnya dikeluarkan kerana ia bukan sahaja membabitkan dirinya malah boleh menjejaskan hubungan Malaysia dengan negara yang mengamalkan ajaran Syiah.

“Ini satu kenyataan paling tidak cermat dan boleh keruhkan hubungan Malaysia dengan negara-negara Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC), sekali gus menyusahkan kerajaan kerana pertikaian akidah umat Islam sedunia,” katanya.

Mat Sabu menegaskan dakwaan itu tidak akan mematahkan semangatnya untuk terus berjuang bersama Pas dalam merangka perhimpunan membantah kenaikan harga barang.

“Usikan Zahid tidak jejaskan perjuangan saya menentang kenaikan harga barang,” katanya.   

APABILA MANTAN MENTERI PENERANGAN ULAS BAB MAT SABU SYIAH

# Mat Sabu Syiah hanya mainan politik bodoh Zahid Hamidi - Bekas Menteri Penerangan

Aku amat bersetuju dengan apa yang dikata oleh bekas Menteri Penerangan ini kali ini, walaupun beliau adalah bekas pemimpin UMNO kerana ada rasionalnya.




Kerana rakyat semakin cerdik (kecuali ahli dan penyokong UMNO) mereka akan nampak akan permainan politik yang cetek dan pandir oleh Zahid ini..

Kementerian Dalam Negeri(KDN) yang mempunyai 10 bukti Gred A mengaitkan Timbalan Presiden Pas Mohamad Sabu sebagai Syiah telah menyerahkannya kepada Jabatan Kemajuan Islam(JAKIM) untuk tindakan selanjutnya. 
Dan tentunya JAKIM pula akan melepaskan tangan kepada Majlis Majlis Agama Islam Negeri dan mereka ini pula akan bercanggah antara satu sama lain dalam soal mengambil tindakan. 
Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim telah pun mencabar Kementerian Dalam Negeri jika mempunyai bukti yang kukuh bertindaklah dan hadapkan Mat Sabu ke Mahkamah supaya dia dapat membela diri.

Setelah gempar seluruh negara bagaikan langit nak runtuh, maka akhirnya kelak rakyat akan melihat tiada sesiapa pun yang akan mengambil tanggungjawab untuk bertindak dengan berani dan tegas; orang itu serah pada orang ini,orang ini serah pada orang itu. 
Maka rakyat akan tinggal dalam keraguan dan lebih bahaya lagi, mereka juga akan semakin ragu samaada ajaran Syiah bertentangan dengan Islam atau tidak. 
Akhirnya rakyat akan melihat dan yakin bahawa ini hanyalah suatu permainan politik agama dan imej Mat Sabu akan lebih hebat walaupun merapu dan akan lebih banyak lahir Tuhan Harun. 
Dengan itu juga kredebiliti kerajaan BN dan UMNO semakin terhakis. 
Berapa lamakah kita harus berada dalam permainan politik seumpama ini. Rakyat yang semakin cerdik akan nampak permainan politik yang semakin cetek dan pandir.

Dipetik dari Blog Zamkata di SINI      

INI PULAK DALAM SATU TEMURAMAH DIMANA MAT SABU MENJELAS BAB PERTUDUHAN SYIAH :

Ahad, 26 Jun 2011


# MAT SABU JAWAB TUDUHAN SYIAH

WARTAWAN : Di samping sokongan dan harapan tinggi ahli parti dan rakyat terhadap saudara, terdapat juga suara-suara sumbang yang mengaitkan saudara dengan mazhab Syiah ....

MAT SABU : Saya kebetulan membesar dalam perjuangan, menyertai PAS pada 1978 dan tahun 1979 berlaku revolusi Islam Iran. Perkembangan dan kebangkitan di sana menjadi tumpuan ramai. Kemudian kemunculan gerakan Islam seperti Hizbullah, yang juga dipimpin seorang ulama yang memakai serban.

Kita ambil contoh Imam Khomeini. Macam mana seorang ulama yang menggerakkan rakyat sehingga boleh buat revolusi. Isu apa yang dipakai? Mereka tidak sebut pertentangan kelas. Tetapi beliau mengemukakan isu Mustakbirin dan Mustad'afin, iaitu yang menindas dan yang kena tindas, 'oppressed and oppressors'.

Bagaimana Khomeini berjaya meletakkan semua golongan dibawahnya. Sama ada sosialis, komunis, liberal dan sebagainya berketuakan dia. Yang ini kita perlu belajar, bukan soal mazhabnya.

Saya juga menghormati, bahkan dalam ucapan-ucapan saya tidak lekang menyebut Imam Hassan Al-Banna. Dia seorang guru agama biasa tetapi dia berdakwah dan berjaya masuk sampai ke bar dan kelab malam. Bagaimana dia boleh memimpin semua peringkat, sehingga intelektual universiti, profesor juga ada di bawah naungannya. Pemimpin macam ini saya amat hormat.

Begitu juga dengan Hizbullah. Di Beirut, yang digelar 'Paris of the East', tempat tarian gelek, tarian separuh bogel, minum arak, pakai bikini, tiba-tiba di tengah kota ini muncul satu badan yang begitu disiplin dan begitu menitikberatkan hal kebajikan. Serta boleh mengumpul anak muda dan bagaimana mereka dilatih sehingga sanggup korbankan nyawa harta benda untuk melawan dengan Israel.

Kemudian, dari sudut politik, mereka boleh menarik golongan kristian Michael Aoun yang bersenjata dan kumpulan sekular yang lain berada di bawah naungan Hizbullah. Ini taktik dan strategi politik. Inilah yang saya kagum dan mahu belajar daripada mereka.

Begitu juga Sheikh Ahmad Yasin yang berjuang daripada muda sehinggalah beliau berkerusi roda terus berjihad. Sesetengah kita bila masuk umur tua sedikit cepat-cepat menyerahkan kepada orang muda, "biar kami tua-tua ni duduk di belakang". Tetapi Sheikh Ahmad Yasin ini menyemarakkan semangat jihad sehingga melahirkan Hamas.

Jadi contoh-contoh inilah yang saya kagum. Kadang-kadang saya tidak tahu pun latar belakang soal anutan mazhab mereka, tetapi saya melihat dari sudut ilmu bagaimana mereka mengorak langkah dan memimpin. Dan dalam dunia moden ini, bagaimana ulama ini boleh diterima umum.

Kita ambil contoh macam Hassan Nasrullah. Penyanyi, ahli sukan, artis, semuanya boleh menerimanya. Kita kena lihat di mana kekuatan mereka. Begitu juga dengan dunia intelektual. Saya minat pandangan Dr Kalim Siddiqui, ahli sains sosial daripada England yang meninggal dunia di Afrika Selatan.

Saya mengingati juga Dr Ali Shariati tanpa mengetahui apa mazhab dia. Beliau membuat kupasan yang menarik terhadap sejarah, haji, firaun, kerajaan Mongul yang jatuh di India. Saya minat membaca pemikiran seperti ini. Begitulah juga dengan Dr Fathi Yakan yang membicarakan langkah awal perjuangan Islam.

Bagi saya bukan melihat pemahaman, anutan dan sebagainya. Dan kadang-kadang saya tidak tahu apa pegangan dan anutan mereka tetapi saya melihat dari sudut kepimpinan.

Begitu juga di tengah-tengah kelemahan orang Islam yang tidak yakin langsung tentang nilai jati diri sehingga orang berkata "macam mana hendak merdeka, orang Melayu, jarum pun tidak boleh buat, sedangkan British ada kapal perang".

Di sini pula muncul Jamaluddin Afghani yang memberi nafas baru kepada orang Islam untuk yakin kepada kekuatan diri menuntut kemerdekaan: "Kamu boleh mencapai kemerdekaan sendiri, kalau bersedia untuk berjuang".

Inilah sikap saya dalam hal merujuk kepada pejuang-pejuang, yang tidak langsung melihatnya dari sudut latar belakang mazhab mereka.    

INI PULA JAWAPAN DARI KETUA SYIAH KEDAH :

                            

# Syiah: Peguam Mohd Sabu beri tempoh 3 hari kepada Zahid

Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu hari ini menyerahkan kepada panelpeguam PAS untuk mengambil tindakan mahkamah ke atas Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berhubung dakwaan Syiah.

Beliau berkata, barisan peguam akan memfailkan saman ke atas Zahid sahaja yang juga Naib Presiden Umno, kerana pencetus fitnah ke atas dirinya.

"Saya hari ini menyerahkan kepada panel peguam untuk mengambil tindahan ke atas Zahid berhubung ucapan beliau pada Perhimpunan Agung Umno yang mengaitkan saya sebagai pemimpin Syiah.

"Peguam hanya akan bertindak ke atas Zahid sahaja kerana beliau merupakan pencetus fitnah tersebut, yang bagi saya didasari niat jahat untuk menjatuhkan maruah dan integriti saya," jelas beliau pada sidang media di Pejabat Agung PAS sebentar tadi. (Gambar atas)

Beliau mengambil keputusan untuk tidak akan memberi sebarang kenyataan berhubung dakwaan Syiah sehinggalah perkara tersebut dibawa ke mahkamah.

Mohamad juga meminta agar panel peguam meneliti ucapan Zahid pada perhimpunan tersebut yang mana wujud penyalahgunaan kuasa sebagai Menteri Dalam Negeri.

"Beliau dalam ucapanya menyatakan Kementerian Dalam Negeri (KDN) telah memberi kuasa kepada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) untuk mengambil tindakan ke atas saya.

"Saya yakin ini satu bentuk penyalahgunaan kuasa kerana semua tahu Jakim bukan terletak di bawah bidang kuasa KDN, maka atas dasar apakan KDN boleh dengan secara arbitrari memberi kuasa kepada Jakim untuk bertindak," katanya.

Beliau juga akan membuat satu laporan polis terhadap Zahid atas kenyataan yang tidak bertanggungjawab dan berharap pihak polis dapat menjalankan tanggungjawab seadil yang mungkin.
Sementara itu, Peguam Mohamed Hanipa Maidin memberitahu pihaknya akan menghantar notis kepada Zahid seberapa segara untuk menarik balik dan memohon maaf dalam masa tiga hari.

Katanya, notis tersebut hanya ditujukan kepada Zahid dan tidak melibatkan KDN.

"Notis kita hanya tertumpu kepada Zahid saja bukan melibatkan KDN, sebab bagi kita Zahid merupakan pencetus kepada fitnah tersebut," jelasnya yang juga Ahli Parlimen Sepang.

Beliau tidak mengulas tentang bukti yang dikemukakan oleh KDN dan berharap jika Zahid mahu membuktikannya perlu dibawa ke mahkamah.

"Zahid telah memfitnah dan kita harap beliau dapat buktikan apa yang beliau katakan Mat Sabu sebagai pemimpin Syiah, tunjukkan bukti, Syiah itu mengancam keselamatan negara, sila buktikan apa yang telah berlaku dan Mat Sabu sesat, kita juga mahu bukti.

"Kalau ada kenyataan mengatakan bukti gred A atau B, biar mahkamah yang menentukan bukannya mereka yang membuat kenyataan.

"Kita tidak akan menyaman KDN tetapi kita ingin bertemu Zahid di mahkamah," tegas beliau.

Beliau berkata, Zahid sebagai menteri tidak boleh menggunakan kuasa untuk mengarahkan pihak tertentu kerana setiap siasatan dilakukan melalui laporan yang dibuat bukannya secara arahan terbuka dan fitnah.

Turut hadir pada sidang media tersebut adalah Peguam Nasar Khan Mirbas Khan dan Aminuddin Zulkifli. - Harakahdaily

# Zahid: Saya tak sebut nama Mat Sabu

Naib presiden Umno Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata beliau tidak pernah menyebut nama timbalan presiden PAS Mohamad Sabu ketika menggesa agar “orang nombor dua” PAS dikenakan tindakan kerana mengamalkan fahaman Syiah.

“Saya tidak pernah sebut (nama) Mat Sabu, saya sebut 'nombor dua',” katanya ketika ditanya dalam satu sidang media pagi ini berhubung tindakan yang akan dikenakan ke atas Mohamad.

Wartawan seterusnya meminta penjelasan lanjut daripada Ahmad Zahid memandangkan Mohamad Sabu, yang baru dipilih semula sebagai timbalan presiden PAS, dikenali umum sebagai orang nombor dua parti Islam itu.

Ahmad Zahid bagaimanapun tidak menjawab soalan tersebut dan hanya ketawa.

# Syiah, serangan persepsi terhadap Mat Sabu
Timmy Say

Persepsi tidak boleh diukur. Ia sangat abstrak. Penulis suka melanggar persepsi yang dibentuk untuk memberi kefahaman bahawa ia bukanlah satu kebenaran yang mutlak.

Published: 16 December 2013

Isu Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu dituduh sebagai seorang pengamal Syiah oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN) masih hangat diperkatakan.

Mereka yang menyokong Mat Sabu terus meremehkan bukti gred B yang dikeluarkan KDN dan ketawakan bukti gred A yang didakwa akan diserah pada Jakim untuk tindakan lanjut.

Kumpulan ini juga menyeru KDN untuk membuktikan tuduhan mereka dengan bukti lebih kukuh (tapi bukti kukuh bagaimana yang tidak akan menimbulkan pertikaian masa ini?) dalam menuduh Mat Sabu sebagai pengamal Syiah.

Untuk membersihkan nama Mat Sabu, kumpulan ini menyokong Mat Sabu untuk menyaman KDN dan juga Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Bagi mereka yang tidak menyokong Mat Sabu pula, kumpulan ini lebih menekan Timbalan Presiden PAS itu untuk melakukan perkara untuk menyucikan nama beliau sendiri, termasuk saman malu pada KDN dan Zahid.

Walaupun Mat Sabu melakukan deklarasi terbuka bahawa beliau seorang pengikut Sunnah Wal Jamaah, namun bagi mereka yang tidak menyokongnya lebih cenderung untuk mempercayai bahawa beliau sedang bertaqiyyah (Mengikut kepercayaan Syiah, menyembunyikan fakta sebenar iaitu taqiyyah adalah dibenarkan).

Golongan ini tidak kisah pada bukti yang KDN kemukakan dan tuduhan kepada Mat Sabu, mereka lebih mementingkan Mat Sabu melakukan perkara yang pada pendapat mereka tidak akan dilakukan oleh penganut Syiah.

Antaranya:

1) Mengisytiharkan pada umum bahawa beliau mengakui kepimpinan Abu Bakar dan Umar sebagai pemimpin yang sah lagi berada atas landasan petunjuk Allah dan Rasul-Nya (kenyataan bekas Mufti Perlis, Dr Asri Zainul Abidin).

2) Akui kesesatan akidah yang dibawa Imam Khomeini, tokoh yang disanjung Mat Sabu.

3) Mengiktiraf kekejaman di Syria oleh Hezbullah, yang sering muncul dalam ceramah Mat Sabu satu ketika dulu.

4) Memuji dan mengagungkan tokoh Sunni seperti Al-Fatih, Al-Ayubi, Erdogan, Morsi.

5) Versi Imam Mahdi yang difahami.

Bagi mereka, asalkan Mat Sabu berani membersihkan diri dan betul-betul menunjukkan diri adalah seorang Sunni maka secara sendirinya tuduhan KDN akan gugur, dan yang mendapat malu ialah Umno dan Zahid.

Kerana bagi kumpulan ini, tuduhan Syiah pada Mat Sabu ini bukanlah benda baharu. Bezanya, KDN dan Zahid hanyalah orang yang berani menuduh Mat Sabu sebagai pengamal Syiah secara terbuka berbanding mereka yang bersembunyi dan melakukan tuduhan yang sama sebelum ini, terutama sebelum Muktamar Pemilihan PAS November lalu.

Persamaan kedua-dua kumpulan ini ialah sokongan mereka kepada Mat Sabu untuk menyaman KDN dan Zahid.

Setakat ini, Mat Sabu masih lagi tidak menfailkan saman. Menfailkan saman, walaupun dilihat amat wajar, tetapi sebenarnya ia mempunyai implikasi tersendiri.

Keadaan kini dirumitkan dengan sahutan Zahid untuk Mat Sabu menyamannya.

Tidak menyaman KDN dan Zahid akan membawa implikasi negatif kepada PAS dan Mat Sabu, dalam jawatan Timbalan Presidennya menjelang Muktamar 2015.

Menyaman KDN dan Zahid dan tewas seperti kes Datuk Seri Anwar Ibrahim saman malu terhadap Tun Dr Mahathir Mohamad atas dakwaan liwat juga mempunyai implikasi negatif kepada Mat Sabu dan PAS.

Hanya dengan saman dan menang baru boleh Mat Sabu membersihkan namanya. Mat Sabu hanya ada 1 daripada 3 kemungkinan yang menguntungkannya.

Sudah masuk hari ke-8 isu Syiah ini dimainkan. Isu Syiah ini tidak akan memberikan kesan kepada orang bukan Islam. Ia hanya memberikan kesan kepada orang Islam.

Masalahnya sekarang ialah di luar sana, berapa peratus orang Islam yang percaya Mat Sabu seorang ahli Sunnah Wal Jamaah?

Melihat keyakinan KDN dalam isu ini, saya yakin KDN berpandangan bahawa peratusnya adalah jauh lebih rendah berbanding mereka yang percaya sebaliknya.

Sekiranya itu hipotesis itu benar, bagaimana pula Mat Sabu dan PAS boleh memecahkan persepsi yang ditanam itu? Apakah saman malu mencukupi? Apakah penjelasan mencukupi?

Ataupun sememangnya Mat Sabu perlu melakukan perkara yang dipercayai tidak sama sekali akan dilakukan oleh seorang penganut Syiah di tempat awam untuk menyakinkan rakyat bahawa beliau sememangnya seorang ahli Sunni?

Permainan KDN ini menekan PAS untuk ‘all-out’ mempertahankan Timbalan Presiden mereka. Sahutan Zahid untuk menerima saman malu Mat Sabu dilihat sebagai umpan untuk masuk perangkap lebih besar.

PAS sedar permainan politik dan agama daripada Umno kali ini pada Mat Sabu ialah satu situasi yang serius kerana Umno sanggup mempertaruhkan Naib Presiden paling popularnya untuk menyusahkan PAS dalam isu Syiah ini.

Terdapat dua lapisan permainan sensitif ini iaitu daripada sudut politik dan agama. Daripada sudut politik, rasanya tiada masalah untuk Mat Sabu untuk menang.

Tapi daripada sudut agama, Mat Sabu perlu berdepan dengan perkara yang diminta kumpulan yang tidak menyokongnya untuk membersihkan diri, tetapi pada masa sama tidak menimbulkan persepsi bahawa beliau sedang bertaqiyyah.

Ini masalah terbesar yang dihadapi Mat Sabu dalam isu Syiah. Bagi yang mempercayainya, Mat Sabu tidak perlu berbuat apa-apa. Bagi yang tidak mempercayainya, nafi dilihat bertaqiyyah dan bercakap benar bahawa beliau ahli Sunni juga dilihat bertaqiyyah.

Yang menarik untuk difikirkan ialah mengapa KDN memilih Mat Sabu untuk dituduh sebagai seorang pengamal Syiah?

Mengapa tidak pilih pemimpin lebih besar seperti Presiden Datuk Seri Abdul Hadi Awang untuk disasarkan tuduhan yang sama?

Jawapan kepada ini perlu dijawab oleh Mat Sabu sendiri. Adakah beliau menimbulkan syak wasangka yang tidak perlu selama ini sehingga beliau dituduh Syiah?

Persepsi adalah segala-galanya dalam politik dan inilah perkara paling penting untuk diberi perhatian oleh PAS dalam catur meleraikan serangan isu Syiah pada Mat Sabu. – 16 Disember, 2013.

* Ini adalah pendapat peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan The Malaysian Insider.

- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/opinion/timmy-say/article/syiah-serangan-persepsi-terhadap-mat-sabu#sthash.xrHJSCAQ.dpuf

Popular Posts