>> 5 Terkini :

Tuesday 3 November 2015

MAT SABU jadi SYIAH semula.....!!!??

Syiah.... Syiah.... Syiah.... Syiah.... DAHULU lagu ini didendangkan oleh UMNO BN untuk menyerang PAS dan MAT SABU..

Namun apabila pertembungan ini berlaku UMNO diam dan tak mampu menyanyikan lagi lagu SYIAH ini kerana semua yg dikatakan itu persepsi...

Dan sewaktu itu semua pimpinan dalam PAS juga mempertahankan MAT SABU mengatakan beliau bukan SYIAH... 

Kini lagu itu dinyanyikan semula oleh sesetengah pihak dalam PAS untuk menyerang beliau... jadi adakah sekarang adakah MAT SABU menjadi SYIAH semula selepas 16 SEPT 2015 dahulu dimana beliau telah keluar PAS dan menubuhkan PARTI AMANAH NEGARA...sedangkah dahulu orang sama nama yang sama iaitu dipertahan kata bukan SYIAH....

ini penjelasan dari Ust Rudhuan Abu Bakar mengenai persepsi MAT SABU SYIAH selepas beliau menubuhkan AMANAH


dan dibawah ini adalah kronologi dimana isu MAT SABU SYIAH hangat diperkatakan dan sewaktu itu masing-masing dalam PAS menafikan apa yang dituduhkan... 

# Bukti pemimpin PAS terlibat Syiah bakal didedah dalam masa terdekat - Zahid

Bukti pemimpin PAS terlibat Syiah bakal didedah dalam masa terdekat - Zahid
Ahmad Zahid Hamidi - Gambar Fail

PUTRAJAYA: Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata beberapa bukti bahawa pemimpin PAS terlibat fahaman syiah akan diterangkan secara terperinci dalam satu sidang akhbar khas dalam masa terdekat.

Beliau berkata sidang akhbar itu akan diketuai Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri (KDN) Datuk Seri Abdul Rahim Mohamad Radzi serta para pegawainya.

Sehubungan itu, katanya pemimpin yang didakwa terlibat itu tidak perlu takut atau menafikan penglibatannya dalam fahaman Syiah.

"Kenapa dia takut. Kalau pegawai saya tunjukkan bukti dia nak cakap apa? Salah satu elemen orang syiah ialah berpura-pura," katanya dalam sidang akhbar selepas menghadiri perhimpunan bulanan KDN di sini hari ini.

Ahmad Zahid berkata kerajaan tidak mahu umat Islam berpecah belah seperti negara lain hanya kerana fahaman mazhab yang berbeza.

"Bagi mengelakkan perpecahan dalam kalangan umat Islam, jadi pembanterasan hendaklah dilakukan sekarang termasuk ajaran sesat Tuhan Harun dan sebagainya," kata Naib Presiden Umno itu mengulas mengenai kenyataannya semasa menggulung perbahasan pada Perhimpunan Agung Umno 2013 Sabtu lepas.

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhCA3XhcKK3d-k5iQpeHbW9FmmobAHPEVRisXorW0nD-bURUNdQpqrD62s4Rjc03OmZw0UC2e1MqKJlTiU4704gTsgnP36-8XFCNHKr7C6PCOB1weYapbId6kfmTgoaNhaOVgjajQ385qAg/s1600/1451322_590762527643781_766906966_n.jpg

AKHIRNYA ZAHID DEDAH SIAPA :

# Zahid dedah Mat Sabu pengikut Syiah, minta JAKIM ambil tindakan

Zahid dedah Mat Sabu pengikut Syiah, minta JAKIM ambil tindakan
Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi - Foto Bernama

KUALA LUMPUR: Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi meminta Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) mengambil tindakan ke atas Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu yang didakwa pengikut ajaran Syiah.

Dalam ucapannya sebagai Naib Presiden UMNO semasa menggulung perbahasan pada perhimpunan parti itu hari ini, Ahmad Zahid mendedahkan Mohamad adalah seorang pengikut ajaran Syiah.

"Kita tahu siapa pemimpin Syiah dalam PAS," katanya seraya disambut sorakan oleh perwakilan UMNO "siapa, siapa?".

"Kita hairan bagaimana PAS boleh orang itu sebagai pemimpin nombor dua parti," balas Ahmad Zahid.

Mohamad terpilih semula sebagai Timbalan Presiden PAS pada pemilihan parti itu dua minggu lalu selepas menang mengalahkan pencabarnya, Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah dengan majoriti hanya 98 undi.

Ini adalah kali pertama dakwaan ke atas Mohamad itu diucapkan secara terbuka oleh pemimpin UMNO biarpun selama ini dakwaan itu jadi desas-desus di kalangan ahli PAS dan UMNO serta di kalangan pemerhati politik.

Ahmad Zahid juga menyeru kepada PAS untuk bersama-sama kerajaan membanteras ajaran Syiah kerana ia adalah masalah negara yang merentas sempadan politik.

Ajaran Syiah telah difatwakan haram oleh Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan pada 1996.

Dalam ucapannya, Ahmad Zahid juga mengumumkan bahawa Kementerian Dalam Negeri baru-baru ini telah menolak pendaftaran Majlis Syiah Malaysia yang cuba didaftarkan sebagai sebuah pertubuhan di bawah Akta Pertubuhan 1996.

Beliau juga memberi amaran mengambil tindakan tegas ke atas mana-mana pengikut Syiah yang menjalankan kerja-kerja ajaran itu termasuk menyita premis tempat kerja-kerja itu dilakukan.
"Saya tidak pandang ini dari segi akidah. Itu kuasa Datuk Seri Jamil Khir Baharom sebagai menteri agama. Saya lihat dari aspek keselamatan kerana kita tidak mahu ummah dipecahkan oleh ajaran sesat," katanya.

Beliau kemudian mencadangkan penubuhan sebuah suruhanjaya menangani ajaran sesat yang dibentuk sebagai kerjasama KDN dan JAKIM bagi membanteras bukan saja ajaran Syiah tetapi ajaran-ajaran sesat yang lain.

Ahmad Zahid juga memberitahu perwakilan UMNO bahawa Imam Masjidil Haram dari Madinah bersetuju dengan cadangan yang dibangkitkan pada Perhimpunan Agung UMNO ini agar ajaran Ahli Sunnah Wal Jama'ah dimasukkan dalam takrifan Islam dalam Perlembagaan Persekutuan.


LALU MAT SABU PUN JAWAB :

# Mat Sabu: Saya pengikut Ahli Sunnah Wal Jama'ah

Mat Sabu: Saya pengikut Ahli Sunnah Wal Jama'ah
KUALA LUMPUR: Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu menafikan tuduhan kononnya beliau merupakan seorang penganut ajaran Syiah sebaliknya menegaskan beliau adalah penganut agama Islam mengikut ajaran Ahli Sunnah Wal Jama'ah.

Mohamad membuat penafian itu sebagai menjawab pendedahan oleh Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi semasa ucapan penggulungan Naib Presiden pada Perhimpunan Agung UMNO hari ini.

"Saya Ahli Sunnah Wal Jama'ah, seorang Islam yang mengikut ajaran Ahli Sunnah Wal Jama'ah," katanya ringkas ketika  dihubungi Astro AWANI.

Mohamad ketika dihubungi dalam perjalanan ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) untuk berlepas ke lura negara selepas melawat mangsa banjir di Kuantan.

Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri dalam ucapannya itu meminta JAKIM mengambil tindakan ke atas pemimpin nombor dua PAS yang didakwa pengikut ajaran Syiah.

Dakwaan pemimpin PAS terlibat dengan ajaran Syiah sebelum ini pernah mendapat perhatian selepas isu itu ditimbulkan selepas Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) baru-baru ini.

Namun PAS menafikan terdapat pemimpinnya terlibat dengan ajaran Syiah dan mengecam pihak-pihak yang cuba mengaitkan ajaran tersebut dengan parti tersebut.
PAS menegaskan jika terdapat pemimpin PAS mempunyai hubungan baik dengan pemimpin Iran atau gerakan Islam di Asia Barat seperti Hizbullah bukan bermakna mereka pengikut Syiah.  

PAS NAFI BAHAWA PIMPINAN MEREKA ADA YANG SYIAH :

# PAS: Tiada pemimpin parti ikut ajaran Syiah

PAS: Tiada pemimpin parti ikut ajaran Syiah

KUALA LUMPUR: PAS hari ini mengecam tindakan media arus perdana yang disifatkan cuba memberikan bayangan terdapat pemimpin parti tersebut terlibat ajaran Syiah.

Ketua penerangan PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man menegaskan tindakan tersebut lebih bersifat politik dengan menghala tuduhan tanpa bukti kukuh dan bersandarkan kepada andaian semata-mata.

Katanya jika terdapat pemimpin PAS mempunyai hubungan baik dengan pemimpin Iran atau gerakan Islam di Timur Tengah seperti Hizbullah bukan bermakna mereka pengikut Syiah.

"Tindakan beberapa orang pimpinan parti yang mempunyai hubungan peribadi dengan pimpinan Iran atau gerakan Islam Timur Tengah seperti Hizbullah bukan bermakna mereka pengikut Syiah.

"Jika begitu, bagaimana pula dengan mereka dan kerajaan yang mempunyai hubungan dengan Zionis Yahudi?" katanya dalam satu kenyataan media yang dikeluarkan hari ini.

Beliau juga menegaskan isu Syiah bukan isu politik kerana ia merupakan isu aqidah dan kefahaman terhadap ajaran Islam.

"Atas sebab itu, PAS memberikan amaran kepada mana-mana pihak yang ingin menggunakan isu ini untuk menyerang pihak lawan untuk keuntungan politiknya," katanya.

Tuan Ibrahim berkata PAS kesal dengan pelbagai tuduhan liar dan tidak berasas yang dilemparkan kepada parti tersebut dan menegaskan pihaknya menentang sebarang usaha untuk embawa fahaman Syiah ke negara ini kerana ia boleh menimbulkan pelbagai polemik dan pertembungan dalam masyarakat serta mendedahkan negara kepada perpecahan di kalangan umat Islam.

"Ahli PAS mesti berpegang dengan ahli Sunnah Wal Jamaah. Jika ada yang menganut fahaman Syiah, maka ia secara automatik terkeluar dari menjadi ahli PAS," katanya lagi.

Beliua juga menjelaskan PAS mempunyai sistem pemantauan dalaman yang sentiasa aktif bagi memastikan seluruh ahli parti tidak melanggar syarat tersebut.

"kita mengalu-alukan sebarang bukti yang melibatkan ahli parti dapat dikemukakan kepada Jawatankuasa Disiplin Parti," tegas beliau.

Tuan Ibrahim mendesak kerajaan supaya tidak hanya melihat Syiah sebagai ancaman kepada negara kerana terdapat ajaran seperti Qadyani yang telah diwartakan sebagai ajaran sesat dan bercanggah dengan aqidah terus berjalan tanpa sebarang tindakan.
Katanyanya cubaan jahat untuk mengaitkan pimpinan PAS dengan ajaran Syiah hanyalah usaha musuh-musuh parti itu bagi memecahbelahkan parti terutama menjelang pemilihan parti pada November ini.

"Tiupan ini semakin dahsyat sehinggakan membaca artikel tertentu yang bercanggah pendapat juga boleh menimbulkan polemik dan menjadi senjata fitnah oleh pihak-pihak tertentu untuk menuduh pihak yang lain pro-Syiah," katanya.

Justeru beliau menyeru ahli-ahli PAS agar tidak termakan dengan fitnah ini dan berjaga-jaga dengan taktik jahat pihak musuh untuk melaga-lagakan pemimpin dan ahli-ahli PAS dengan pelbagai label seperti antara ulamak dan profesional, liberal, kumpulan Erdogan, UG mahupun Syiah.                                                

KEMUDIAN AJK PAS PERTAHANKAN MAT SABU DAH HARAP JAKIM AMBIL TINDAKAN JIKA BETUL APA YANG DIKATAKAN TU..!!

# PAS: Ambil tindakan jika betul Mat Sabu ikut Syiah, kata AJK PAS Pusat

PAS: Ambil tindakan jika betul Mat Sabu ikut Syiah, kata AJK PAS Pusat
AJK PAS Pusat, Riduan Mohd Nor

KUALA LUMPUR: AJK PAS Pusat, Dr Riduan Mohd Nor hari ini mengalu-alukan supaya tindakan dikenakan terhadap Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu sekiranya benar beliau adalah seorang penganut fahaman Syiah.

"Saya mengalu-alukan tindakan JAKIM, PDRM dan lain-lain agensi terhadap ‘Mat Sabu’ sekiranya benar beliau adalah penganut Syiah.

"Syiah adalah ajaran yang diharamkan untuk dikembangkan di negara ini. Secara rasmi, ajaran di Malaysia adalah Ahli Sunnah Wal Jamaah dan majoriti umat Islam di negara ini adalah penganut mazhab Syafie," katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Bagaimanapun beliau menyifatkan langkah Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Zahid Hamidi untuk 'menuduh' Mat Sabu sebagai Syiah adalah suatu langkah politik yang terdesak untuk memerangkap PAS.

"Disebut pula dalam Perhimpunan Agung UMNO, platform buat pemimpin UMNO melepaskan kemarahan terhadap musuh politik mereka. Ia jugalah pentas mereka menunjukkan jagoan mereka di hadapan ahli dan perwakilan mereka, seolah-olah merekalah wira umat yang layak disanjung sepanjang zaman," kata Riduan.

Selain itu, beliau turut menyokong tindak balas Mat Sabu untuk menyaman Ahmad Zahid kerana baginya tuduhan seperti itu amat keterlaluan dan memalukan PAS.

Katanya tuduhan tersebut telah melukakan hati berjuta ahli serta penyokong PAS di seluruh negara.

"Jika niat beliau untuk menjatuhkan reputasi dan maruah PAS di hadapan umat Islam, beliau tersilap langkah dan salah percaturan. Mungkin juga tuduhan beliau bakal memakan diri beliau sendiri," katanya lagi.

Menurut Riduan, sudah tiba masanya untuk Mat Sabu tampil membersihkan dirinya dari dilabel sebagai penganut serta membuktikan bahawa beliau adalah seorang Ahli Sunnah Wal Jamaah yang berpegang kepada mazhab Shafie.

"Mahkamah adalah penentunya dan selepas ini, tiada lagi tohmahan liar menuduh tanpa fakta dan bukti yang sahih berlegar di kalangan masyarakat," jelasnya.

Dalam pada itu beliau mempertahankan partinya yang disifatkannya sering menjadi sasaran fitnah dan tohmahan oleh parti-parti lawan, termasuk tindakan keras terhadap para pemimpinnya.

Beliau juga menegaskan bahawa PAS sentiasa berpaksikan pegangan mereka kepada ajaran Sunnah Wal Jamaah dan menjadikan mazhab Shafie sebagai sandaran mereka.

Menurutnya, perkara itu merupakan asas perjuangan Islam yang didokong oleh PAS serta menegakkan ajaran Islam berpandukan Al Quran dan Sunnah sebagai dasar perjuangan yang tidak pernah berubah.

"Justeru tidak ada yang pelik dalam perjuangan PAS. PAS tidak sesekali membenarkan mazhab Syiah menular dalam diri pendokongnya apatah lagi ia dianuti oleh pemimpin tertingginya.

"PAS memiliki barisan kepimpinan Majlis Syura Ulama yang memandu PAS berdasarkan hukum Islam seperti yang termaktub dalam Al Quran, Sunnah, Ijma’ dan Qias serta melalui perlembagaan PAS. PAS juga memiliki Dewan Ulama sebagai sayap kanan yang bertanggungjawab menjaga PAS agar sentiasa berada dalam orbitnya," tambahnya lagi.

Ahmad Zahid pada Sabtu lalu, meminta Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) mengambil tindakan ke atas Mat Sabu yang didakwanya pengikut ajaran Syiah.

Dalam ucapannya sebagai Naib Presiden UMNO semasa menggulung perbahasan pada perhimpunan parti itu, beliau mendedahkan bahawa Mat Sabu adalah seorang pengikut ajaran Syiah.

Tuduhan yang dibuat Ahmad Zahid itu telah mengundang beberapa reaksi dari kepimpinan PAS Pusat.

Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali menyifatkan dakwaan tersebut sebagai serangan terbuka dan peribadi, dan tidak ada kena mengena dengan parti tersebut.
Beliau juga berkata Mat Sabu wajar mengambil tindakan terhadap Ahmad Zahid berhubung tuduhan itu.

Selain itu, Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, tuduhan yang dibuat oleh Ahmad Zahid itu hanya bertujuan untuk menarik sokongan perwakilan UMNO bagi mengukuhkan kedudukan dirinya.

Katanya, kecenderungan seseorang itu menyokong perjuangan Islam di Iran tidak semestinya seseorang itu mengamalkan ajaran Syiah.

PAS juga menafikan ada pemimpinnya yang mengamalkan ajaran Syiah serta menafikan pernah menerima sebarang laporan mengenai ajaran tersebut yang diamalkan oleh pemimpin parti itu termasuk Mat Sabu.

Zahid hari ini berkata beberapa bukti bahawa pemimpin PAS terlibat fahaman Syiah akan diterangkan secara terperinci dalam satu sidang akhbar khas dalam masa terdekat.    

MAT SABU JAWAB LAGI KENAPA BELIAU KAGUMI PEMERINTAH IRAN

# Akui kagumi Komeini, nafi amal Syiah

Mohamad Sabu
SHAH ALAM – Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu menyerahkan kuasa kepada peguam untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap Kementerian Dalam Negeri (KDN) yang mengaitkan dirinya dengan pengamal Syiah.

Biarpun KDN hari ini mendedahkan 10 bukti mengenai perkara itu, pemimpin nombor dua Pas itu tetap menafikannya.

Mohamad, yang lebih dikenali sebagai Mat Sabu, menafikan beliau adalah pengikut Syiah.

Bagaimanapun, beliau mengakui mengagumi pemimpin Iran, Khomeini 'kerana kepimpinan dan perjuangannya mampu membawa umat Islam lebih berdikari'.

Sebelum itu, Mat Sabu berkata, dakwaan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bahawa beliau pengikut Syiah tidak seharusnya dikeluarkan kerana ia bukan sahaja membabitkan dirinya malah boleh menjejaskan hubungan Malaysia dengan negara yang mengamalkan ajaran Syiah.

“Ini satu kenyataan paling tidak cermat dan boleh keruhkan hubungan Malaysia dengan negara-negara Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC), sekali gus menyusahkan kerajaan kerana pertikaian akidah umat Islam sedunia,” katanya.

Mat Sabu menegaskan dakwaan itu tidak akan mematahkan semangatnya untuk terus berjuang bersama Pas dalam merangka perhimpunan membantah kenaikan harga barang.

“Usikan Zahid tidak jejaskan perjuangan saya menentang kenaikan harga barang,” katanya.   

APABILA MANTAN MENTERI PENERANGAN ULAS BAB MAT SABU SYIAH

# Mat Sabu Syiah hanya mainan politik bodoh Zahid Hamidi - Bekas Menteri Penerangan

Aku amat bersetuju dengan apa yang dikata oleh bekas Menteri Penerangan ini kali ini, walaupun beliau adalah bekas pemimpin UMNO kerana ada rasionalnya.




Kerana rakyat semakin cerdik (kecuali ahli dan penyokong UMNO) mereka akan nampak akan permainan politik yang cetek dan pandir oleh Zahid ini..

Kementerian Dalam Negeri(KDN) yang mempunyai 10 bukti Gred A mengaitkan Timbalan Presiden Pas Mohamad Sabu sebagai Syiah telah menyerahkannya kepada Jabatan Kemajuan Islam(JAKIM) untuk tindakan selanjutnya. 
Dan tentunya JAKIM pula akan melepaskan tangan kepada Majlis Majlis Agama Islam Negeri dan mereka ini pula akan bercanggah antara satu sama lain dalam soal mengambil tindakan. 
Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim telah pun mencabar Kementerian Dalam Negeri jika mempunyai bukti yang kukuh bertindaklah dan hadapkan Mat Sabu ke Mahkamah supaya dia dapat membela diri.

Setelah gempar seluruh negara bagaikan langit nak runtuh, maka akhirnya kelak rakyat akan melihat tiada sesiapa pun yang akan mengambil tanggungjawab untuk bertindak dengan berani dan tegas; orang itu serah pada orang ini,orang ini serah pada orang itu. 
Maka rakyat akan tinggal dalam keraguan dan lebih bahaya lagi, mereka juga akan semakin ragu samaada ajaran Syiah bertentangan dengan Islam atau tidak. 
Akhirnya rakyat akan melihat dan yakin bahawa ini hanyalah suatu permainan politik agama dan imej Mat Sabu akan lebih hebat walaupun merapu dan akan lebih banyak lahir Tuhan Harun. 
Dengan itu juga kredebiliti kerajaan BN dan UMNO semakin terhakis. 
Berapa lamakah kita harus berada dalam permainan politik seumpama ini. Rakyat yang semakin cerdik akan nampak permainan politik yang semakin cetek dan pandir.

Dipetik dari Blog Zamkata di SINI      

INI PULAK DALAM SATU TEMURAMAH DIMANA MAT SABU MENJELAS BAB PERTUDUHAN SYIAH :

Ahad, 26 Jun 2011


# MAT SABU JAWAB TUDUHAN SYIAH

WARTAWAN : Di samping sokongan dan harapan tinggi ahli parti dan rakyat terhadap saudara, terdapat juga suara-suara sumbang yang mengaitkan saudara dengan mazhab Syiah ....

MAT SABU : Saya kebetulan membesar dalam perjuangan, menyertai PAS pada 1978 dan tahun 1979 berlaku revolusi Islam Iran. Perkembangan dan kebangkitan di sana menjadi tumpuan ramai. Kemudian kemunculan gerakan Islam seperti Hizbullah, yang juga dipimpin seorang ulama yang memakai serban.

Kita ambil contoh Imam Khomeini. Macam mana seorang ulama yang menggerakkan rakyat sehingga boleh buat revolusi. Isu apa yang dipakai? Mereka tidak sebut pertentangan kelas. Tetapi beliau mengemukakan isu Mustakbirin dan Mustad'afin, iaitu yang menindas dan yang kena tindas, 'oppressed and oppressors'.

Bagaimana Khomeini berjaya meletakkan semua golongan dibawahnya. Sama ada sosialis, komunis, liberal dan sebagainya berketuakan dia. Yang ini kita perlu belajar, bukan soal mazhabnya.

Saya juga menghormati, bahkan dalam ucapan-ucapan saya tidak lekang menyebut Imam Hassan Al-Banna. Dia seorang guru agama biasa tetapi dia berdakwah dan berjaya masuk sampai ke bar dan kelab malam. Bagaimana dia boleh memimpin semua peringkat, sehingga intelektual universiti, profesor juga ada di bawah naungannya. Pemimpin macam ini saya amat hormat.

Begitu juga dengan Hizbullah. Di Beirut, yang digelar 'Paris of the East', tempat tarian gelek, tarian separuh bogel, minum arak, pakai bikini, tiba-tiba di tengah kota ini muncul satu badan yang begitu disiplin dan begitu menitikberatkan hal kebajikan. Serta boleh mengumpul anak muda dan bagaimana mereka dilatih sehingga sanggup korbankan nyawa harta benda untuk melawan dengan Israel.

Kemudian, dari sudut politik, mereka boleh menarik golongan kristian Michael Aoun yang bersenjata dan kumpulan sekular yang lain berada di bawah naungan Hizbullah. Ini taktik dan strategi politik. Inilah yang saya kagum dan mahu belajar daripada mereka.

Begitu juga Sheikh Ahmad Yasin yang berjuang daripada muda sehinggalah beliau berkerusi roda terus berjihad. Sesetengah kita bila masuk umur tua sedikit cepat-cepat menyerahkan kepada orang muda, "biar kami tua-tua ni duduk di belakang". Tetapi Sheikh Ahmad Yasin ini menyemarakkan semangat jihad sehingga melahirkan Hamas.

Jadi contoh-contoh inilah yang saya kagum. Kadang-kadang saya tidak tahu pun latar belakang soal anutan mazhab mereka, tetapi saya melihat dari sudut ilmu bagaimana mereka mengorak langkah dan memimpin. Dan dalam dunia moden ini, bagaimana ulama ini boleh diterima umum.

Kita ambil contoh macam Hassan Nasrullah. Penyanyi, ahli sukan, artis, semuanya boleh menerimanya. Kita kena lihat di mana kekuatan mereka. Begitu juga dengan dunia intelektual. Saya minat pandangan Dr Kalim Siddiqui, ahli sains sosial daripada England yang meninggal dunia di Afrika Selatan.

Saya mengingati juga Dr Ali Shariati tanpa mengetahui apa mazhab dia. Beliau membuat kupasan yang menarik terhadap sejarah, haji, firaun, kerajaan Mongul yang jatuh di India. Saya minat membaca pemikiran seperti ini. Begitulah juga dengan Dr Fathi Yakan yang membicarakan langkah awal perjuangan Islam.

Bagi saya bukan melihat pemahaman, anutan dan sebagainya. Dan kadang-kadang saya tidak tahu apa pegangan dan anutan mereka tetapi saya melihat dari sudut kepimpinan.

Begitu juga di tengah-tengah kelemahan orang Islam yang tidak yakin langsung tentang nilai jati diri sehingga orang berkata "macam mana hendak merdeka, orang Melayu, jarum pun tidak boleh buat, sedangkan British ada kapal perang".

Di sini pula muncul Jamaluddin Afghani yang memberi nafas baru kepada orang Islam untuk yakin kepada kekuatan diri menuntut kemerdekaan: "Kamu boleh mencapai kemerdekaan sendiri, kalau bersedia untuk berjuang".

Inilah sikap saya dalam hal merujuk kepada pejuang-pejuang, yang tidak langsung melihatnya dari sudut latar belakang mazhab mereka.    

INI PULA JAWAPAN DARI KETUA SYIAH KEDAH :

                            

# Syiah: Peguam Mohd Sabu beri tempoh 3 hari kepada Zahid

Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu hari ini menyerahkan kepada panelpeguam PAS untuk mengambil tindakan mahkamah ke atas Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berhubung dakwaan Syiah.

Beliau berkata, barisan peguam akan memfailkan saman ke atas Zahid sahaja yang juga Naib Presiden Umno, kerana pencetus fitnah ke atas dirinya.

"Saya hari ini menyerahkan kepada panel peguam untuk mengambil tindahan ke atas Zahid berhubung ucapan beliau pada Perhimpunan Agung Umno yang mengaitkan saya sebagai pemimpin Syiah.

"Peguam hanya akan bertindak ke atas Zahid sahaja kerana beliau merupakan pencetus fitnah tersebut, yang bagi saya didasari niat jahat untuk menjatuhkan maruah dan integriti saya," jelas beliau pada sidang media di Pejabat Agung PAS sebentar tadi. (Gambar atas)

Beliau mengambil keputusan untuk tidak akan memberi sebarang kenyataan berhubung dakwaan Syiah sehinggalah perkara tersebut dibawa ke mahkamah.

Mohamad juga meminta agar panel peguam meneliti ucapan Zahid pada perhimpunan tersebut yang mana wujud penyalahgunaan kuasa sebagai Menteri Dalam Negeri.

"Beliau dalam ucapanya menyatakan Kementerian Dalam Negeri (KDN) telah memberi kuasa kepada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) untuk mengambil tindakan ke atas saya.

"Saya yakin ini satu bentuk penyalahgunaan kuasa kerana semua tahu Jakim bukan terletak di bawah bidang kuasa KDN, maka atas dasar apakan KDN boleh dengan secara arbitrari memberi kuasa kepada Jakim untuk bertindak," katanya.

Beliau juga akan membuat satu laporan polis terhadap Zahid atas kenyataan yang tidak bertanggungjawab dan berharap pihak polis dapat menjalankan tanggungjawab seadil yang mungkin.
Sementara itu, Peguam Mohamed Hanipa Maidin memberitahu pihaknya akan menghantar notis kepada Zahid seberapa segara untuk menarik balik dan memohon maaf dalam masa tiga hari.

Katanya, notis tersebut hanya ditujukan kepada Zahid dan tidak melibatkan KDN.

"Notis kita hanya tertumpu kepada Zahid saja bukan melibatkan KDN, sebab bagi kita Zahid merupakan pencetus kepada fitnah tersebut," jelasnya yang juga Ahli Parlimen Sepang.

Beliau tidak mengulas tentang bukti yang dikemukakan oleh KDN dan berharap jika Zahid mahu membuktikannya perlu dibawa ke mahkamah.

"Zahid telah memfitnah dan kita harap beliau dapat buktikan apa yang beliau katakan Mat Sabu sebagai pemimpin Syiah, tunjukkan bukti, Syiah itu mengancam keselamatan negara, sila buktikan apa yang telah berlaku dan Mat Sabu sesat, kita juga mahu bukti.

"Kalau ada kenyataan mengatakan bukti gred A atau B, biar mahkamah yang menentukan bukannya mereka yang membuat kenyataan.

"Kita tidak akan menyaman KDN tetapi kita ingin bertemu Zahid di mahkamah," tegas beliau.

Beliau berkata, Zahid sebagai menteri tidak boleh menggunakan kuasa untuk mengarahkan pihak tertentu kerana setiap siasatan dilakukan melalui laporan yang dibuat bukannya secara arahan terbuka dan fitnah.

Turut hadir pada sidang media tersebut adalah Peguam Nasar Khan Mirbas Khan dan Aminuddin Zulkifli. - Harakahdaily

# Zahid: Saya tak sebut nama Mat Sabu

Naib presiden Umno Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata beliau tidak pernah menyebut nama timbalan presiden PAS Mohamad Sabu ketika menggesa agar “orang nombor dua” PAS dikenakan tindakan kerana mengamalkan fahaman Syiah.

“Saya tidak pernah sebut (nama) Mat Sabu, saya sebut 'nombor dua',” katanya ketika ditanya dalam satu sidang media pagi ini berhubung tindakan yang akan dikenakan ke atas Mohamad.

Wartawan seterusnya meminta penjelasan lanjut daripada Ahmad Zahid memandangkan Mohamad Sabu, yang baru dipilih semula sebagai timbalan presiden PAS, dikenali umum sebagai orang nombor dua parti Islam itu.

Ahmad Zahid bagaimanapun tidak menjawab soalan tersebut dan hanya ketawa.

# Syiah, serangan persepsi terhadap Mat Sabu
Timmy Say

Persepsi tidak boleh diukur. Ia sangat abstrak. Penulis suka melanggar persepsi yang dibentuk untuk memberi kefahaman bahawa ia bukanlah satu kebenaran yang mutlak.

Published: 16 December 2013

Isu Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu dituduh sebagai seorang pengamal Syiah oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN) masih hangat diperkatakan.

Mereka yang menyokong Mat Sabu terus meremehkan bukti gred B yang dikeluarkan KDN dan ketawakan bukti gred A yang didakwa akan diserah pada Jakim untuk tindakan lanjut.

Kumpulan ini juga menyeru KDN untuk membuktikan tuduhan mereka dengan bukti lebih kukuh (tapi bukti kukuh bagaimana yang tidak akan menimbulkan pertikaian masa ini?) dalam menuduh Mat Sabu sebagai pengamal Syiah.

Untuk membersihkan nama Mat Sabu, kumpulan ini menyokong Mat Sabu untuk menyaman KDN dan juga Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Bagi mereka yang tidak menyokong Mat Sabu pula, kumpulan ini lebih menekan Timbalan Presiden PAS itu untuk melakukan perkara untuk menyucikan nama beliau sendiri, termasuk saman malu pada KDN dan Zahid.

Walaupun Mat Sabu melakukan deklarasi terbuka bahawa beliau seorang pengikut Sunnah Wal Jamaah, namun bagi mereka yang tidak menyokongnya lebih cenderung untuk mempercayai bahawa beliau sedang bertaqiyyah (Mengikut kepercayaan Syiah, menyembunyikan fakta sebenar iaitu taqiyyah adalah dibenarkan).

Golongan ini tidak kisah pada bukti yang KDN kemukakan dan tuduhan kepada Mat Sabu, mereka lebih mementingkan Mat Sabu melakukan perkara yang pada pendapat mereka tidak akan dilakukan oleh penganut Syiah.

Antaranya:

1) Mengisytiharkan pada umum bahawa beliau mengakui kepimpinan Abu Bakar dan Umar sebagai pemimpin yang sah lagi berada atas landasan petunjuk Allah dan Rasul-Nya (kenyataan bekas Mufti Perlis, Dr Asri Zainul Abidin).

2) Akui kesesatan akidah yang dibawa Imam Khomeini, tokoh yang disanjung Mat Sabu.

3) Mengiktiraf kekejaman di Syria oleh Hezbullah, yang sering muncul dalam ceramah Mat Sabu satu ketika dulu.

4) Memuji dan mengagungkan tokoh Sunni seperti Al-Fatih, Al-Ayubi, Erdogan, Morsi.

5) Versi Imam Mahdi yang difahami.

Bagi mereka, asalkan Mat Sabu berani membersihkan diri dan betul-betul menunjukkan diri adalah seorang Sunni maka secara sendirinya tuduhan KDN akan gugur, dan yang mendapat malu ialah Umno dan Zahid.

Kerana bagi kumpulan ini, tuduhan Syiah pada Mat Sabu ini bukanlah benda baharu. Bezanya, KDN dan Zahid hanyalah orang yang berani menuduh Mat Sabu sebagai pengamal Syiah secara terbuka berbanding mereka yang bersembunyi dan melakukan tuduhan yang sama sebelum ini, terutama sebelum Muktamar Pemilihan PAS November lalu.

Persamaan kedua-dua kumpulan ini ialah sokongan mereka kepada Mat Sabu untuk menyaman KDN dan Zahid.

Setakat ini, Mat Sabu masih lagi tidak menfailkan saman. Menfailkan saman, walaupun dilihat amat wajar, tetapi sebenarnya ia mempunyai implikasi tersendiri.

Keadaan kini dirumitkan dengan sahutan Zahid untuk Mat Sabu menyamannya.

Tidak menyaman KDN dan Zahid akan membawa implikasi negatif kepada PAS dan Mat Sabu, dalam jawatan Timbalan Presidennya menjelang Muktamar 2015.

Menyaman KDN dan Zahid dan tewas seperti kes Datuk Seri Anwar Ibrahim saman malu terhadap Tun Dr Mahathir Mohamad atas dakwaan liwat juga mempunyai implikasi negatif kepada Mat Sabu dan PAS.

Hanya dengan saman dan menang baru boleh Mat Sabu membersihkan namanya. Mat Sabu hanya ada 1 daripada 3 kemungkinan yang menguntungkannya.

Sudah masuk hari ke-8 isu Syiah ini dimainkan. Isu Syiah ini tidak akan memberikan kesan kepada orang bukan Islam. Ia hanya memberikan kesan kepada orang Islam.

Masalahnya sekarang ialah di luar sana, berapa peratus orang Islam yang percaya Mat Sabu seorang ahli Sunnah Wal Jamaah?

Melihat keyakinan KDN dalam isu ini, saya yakin KDN berpandangan bahawa peratusnya adalah jauh lebih rendah berbanding mereka yang percaya sebaliknya.

Sekiranya itu hipotesis itu benar, bagaimana pula Mat Sabu dan PAS boleh memecahkan persepsi yang ditanam itu? Apakah saman malu mencukupi? Apakah penjelasan mencukupi?

Ataupun sememangnya Mat Sabu perlu melakukan perkara yang dipercayai tidak sama sekali akan dilakukan oleh seorang penganut Syiah di tempat awam untuk menyakinkan rakyat bahawa beliau sememangnya seorang ahli Sunni?

Permainan KDN ini menekan PAS untuk ‘all-out’ mempertahankan Timbalan Presiden mereka. Sahutan Zahid untuk menerima saman malu Mat Sabu dilihat sebagai umpan untuk masuk perangkap lebih besar.

PAS sedar permainan politik dan agama daripada Umno kali ini pada Mat Sabu ialah satu situasi yang serius kerana Umno sanggup mempertaruhkan Naib Presiden paling popularnya untuk menyusahkan PAS dalam isu Syiah ini.

Terdapat dua lapisan permainan sensitif ini iaitu daripada sudut politik dan agama. Daripada sudut politik, rasanya tiada masalah untuk Mat Sabu untuk menang.

Tapi daripada sudut agama, Mat Sabu perlu berdepan dengan perkara yang diminta kumpulan yang tidak menyokongnya untuk membersihkan diri, tetapi pada masa sama tidak menimbulkan persepsi bahawa beliau sedang bertaqiyyah.

Ini masalah terbesar yang dihadapi Mat Sabu dalam isu Syiah. Bagi yang mempercayainya, Mat Sabu tidak perlu berbuat apa-apa. Bagi yang tidak mempercayainya, nafi dilihat bertaqiyyah dan bercakap benar bahawa beliau ahli Sunni juga dilihat bertaqiyyah.

Yang menarik untuk difikirkan ialah mengapa KDN memilih Mat Sabu untuk dituduh sebagai seorang pengamal Syiah?

Mengapa tidak pilih pemimpin lebih besar seperti Presiden Datuk Seri Abdul Hadi Awang untuk disasarkan tuduhan yang sama?

Jawapan kepada ini perlu dijawab oleh Mat Sabu sendiri. Adakah beliau menimbulkan syak wasangka yang tidak perlu selama ini sehingga beliau dituduh Syiah?

Persepsi adalah segala-galanya dalam politik dan inilah perkara paling penting untuk diberi perhatian oleh PAS dalam catur meleraikan serangan isu Syiah pada Mat Sabu. – 16 Disember, 2013.

* Ini adalah pendapat peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan The Malaysian Insider.

- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/opinion/timmy-say/article/syiah-serangan-persepsi-terhadap-mat-sabu#sthash.xrHJSCAQ.dpuf

No comments:

Popular Posts