>> 5 Terkini :

Monday 29 February 2016

MOKHTAR SENIK sekadar "pahlawan papan kunci"

MOKHTAR SENIK CUBA BERTINDAK SEBAGAI SEORANG YANG MATANG


Inilah wajah kepimpinan yang dipilih pada sesi muktamar lepas. Seorang yang tidak berani berforum dan berhadapan dengan musuh yang beliau akuinya. Namun saya tidak pilih menyerang peribadinya tetapi memilih menyerang stratergi politiknya.

Politik ini tidak boleh sombong apatah lagi pakaian kita membawa imej agama. Apa yang dibimbangi semua antara kita mahu muslim atau non muslim akan terkeliru dengan gerak penyampaiannya ibarat membawa mesej dari Islam.

Saya kira beliau selaku pimpinan lebih menumpukan bagaimana partinya untuk merubah landskap politik negara seperti yang dicanang. Tetapi yang berlaku hari ini tindakan dan pandangan beliau tidak ubah seperti "pahlawan papankunci" pemerintah.

Terbaru beliau memilih mengecam YB Rafizi Ramli kerana wang. Maksum benar sehingga tidak boleh dikritik. Sedangkan apa yang ditegur oleh YB Rafizi hanyalah kelemahan Tuan Guru Presiden dalam berpolitik.

Saya harap mesej ini dapat kiranya ditag nama beliau agar beliau membacanya. Ayuh kita jumpa dan lepak. Itu pun kalau beliau berani.

Terima kasih.
Muhammad Syafiq Azmi

Sunday 28 February 2016

Perihal YB yang di gelar BROKER & BARUA semasa muktamar dahulu

PERIHAL YB SHAARI SUNGIP


Saya mula-mula dengar nama Shaari Sungip dalam tahun 1998, ketika api politik negara sedang marak menyala akibat fitnah terhadap Anwar Ibrahim.... Ketika itu, dia memimpin NGO Jemaah Islah Malaysia (JIM).

Orangnya tenang dan cool, tapi agak berpengaruh di kalangan orang-orang 'agama' dalam beberapa pertubuhan dan dia mempunyai hubungan rapat dengan beberapa orang tokoh politik termasuk Husam Musa.

Dia pernah ditahan dibawah ISA... tak perlu ceritalah apa kesalahannya, sebab nama pun ISA.

Dalam PRU-2004, dia bertanding atas tiket PKR di parlimen Paya Besar, Pahang tapi kalah di tangan Siti Zaharah Sulaiman….. Masa tu, Hadi Awang pun kalah di parlimen Marang.

Dalam PRU-2008, dia bertanding atas tiket PAS dan menang di DUN Hulu Kelang.... Khir Toyo, bekas MB Selangor jadi ketua pembangkang dalam DUN Selangor ketika itu.... Entah apa yang didedahkan oleh Shaari Sungip dalam DUN tentang persatuan isteri wakil rakyat, menyebabkan Khir Toyo panas bontot..... Khir Toyo tahan Shaari Sungip di luar dewan dan memarahinya, hingga sampai ke tahap Khir Toyo tarik janggut Pak Abu dan memberi amaran supaya jangan babitkan isterinya, tapi... itulah, Pak Abu tetap cool dan rilek saja... dia tidak melatah, tidak melawan balik, dan nak kata dia takut pun tidak.... Dia tetap selamba dengan gaya 'macam tak ada apa-apa'.

Apabila tercetus krisis akibat pertukaran MB Selangor dan Khalid Ibrahim berkeras kepala tidak mahu letak jawatan, maka keadaan agak kritikal ketika itu kerana telah terdengar desas-desus bahawa PAS mahu mengkhianati Pakatan Rakyat dan mahu membentuk kerajaan campuran bersama UMNO untuk memerintah Selangor…. Kalau Adun PAS + Adun UMNO + Khalid Ibrahim, mereka mempunyai kelebihan 2 kerusi dan akan meletakkan PKR dan DAP menjadi pembangkang.

Dalam kemelut yang agak mencemaskan itu, tiba-tiba Shaari Sungip muncul dengan muka tenang dan selamba, bersama seorang lagi Adun PAS iaitu YB Hasnol Baharuddin (Morib), mengumumkan secara terbuka bahawa kedua-duanya menyokong Wan Azizah.

Ternyata tindakan Shaari Sungip dan Hasnol itu sangat membangkitkan kemarahan yang tidak terhingga kepada lebai-lebai PAS dan merangsang kutukan yang keras dari kaum wala’un kepala berdengung…. Tetapi sejarah akan mencatatkan bahawa tindakan kedua-dua Adun PAS itulah yang berjaya menyelamatkan kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor, hingga membolehkan Azmin Ali menjawat Menteri Besar hingga sekarang…. Pengisytiharan Shaari dan Hasnol itu benar-benar telah merubah jalan sejarah, kerana kalau tidak kerana tindakan itu, mungkin hari ini kita akan melihat saja dengan mata berkelip-kelip bagaimana UMNO dan PAS menjarah harta kekayaan negeri dengan sesuka hati dan menfara’idkan kepada anak-menantu dan kroni-kroni.

PAS mula terbakar dengan api kemarahan bergejolak di kalangan lebai dan wala’un… Muktamar Agong PAS di Batu Pahat menjadi medan bagi lebai mempertontonkan bakat kesyaitanan dengan mengutuk dan memaki hamun Shaari Sungip dan Hasnol dengan sekeras-kerasnya…. 

Seingat saya, Azli Taliban berucap berapi-api dengan separuh menjerit sampai nak terkeluar anak tekak dan dengan muka sebijik macam jin afrit, memaki hamun dan merapu macam orang sasau…. Seorang perwakilan yang bertitle ‘ustaz bodo’ telah menggunakan peluang berucap dengan membaca doa selama 20-30 minit, meminta supaya Allah melaknat Shaari Sungip dan Hasno…. 

Siap mengadu dan merintih dalam doa, mereka buat langkah kajang tak berbincang dengan kami, Ya Allah….. ek eleh… dengan Allah pun nak mengacum, macam Allah tak tahu apa yang berlaku.

Kemuncak kepada kemarahan itu ialah ucapan penggulungan oleh Hadi Awang selaku Presiden PAS yang meracau-racau dengan mendedahkan ‘ada orang kita yang sanggup bersekongkol dengan musuh’….! (rupa-rupanya ucapan itu mendedahkan kemunafikan Hadi Awang yang menganggap PKR adalah musuh selama ini, bukannya UMNO)….. Bahkan Hadi Awang mengungkapkan perkataan yang membawa maksud, dia menolak Wan Azizah jadi MB kerana tidak mahu membawa pengikut PAS masuk neraka jahanam…!!! Hadi Awang juga menyindir dengan mengatakan ada orang PAS yang jadi broker PKR untuk curi Adun PAS, manakala Shaari Sungip dan Hasnol digelar sebagai ‘barua’…!

Selesai ucapan penggulungan, Shaari Sungip telah diserbu dan dikerumuni oleh sekian ramai wartawan untuk mendapatkan responnya berkaitan dengan tuduhan broker dan gelaran barua itu….. 

Tetapi, ternyata Shaari Sungip memang seorang yang berjiwa besar…. Pertanyaan yang bertalu-talu dari pemberita dan pihak media itu langsung tidak membuatnya gelabah, sebaliknya Shaari dengan tenang bertanya balik kepada para pemberita : “Eh..? Dia tujukan kepada saya ke…? Saya tak fikir begitu… Saya rasa, broker dan barua tu ditujukan kepada orang lain… Saya tak rasa dia tuju kepada saya.”

Para wartawan dengan mata terkebil-kebil dan terpinga-pinga memandang sesama sendiri, kemudian terpaksa beredar dari situ.

Saya pernah bertemu sekali sahaja dengan Shaari Sungip, selepas dia berceramah di Taman Permata, kemudian kami pergi minum di sebuah restoren mamak…. YB Hasnol Baharuddin pun ada sama….. 

Memang, kedua-duanya sangat tenang, cool, terserlah kewibawaannya, tutur-bicaranya manis menarik melambangkan keluhuran hati dan keikhlasan budinya yang tinggi.

Semoga Allah merahmati YB Shaari Sungip dan YB Hasnol Baharuddin…. Kami mengasihi mu kerana Allah.

Demikian adanya.

(turut bersama kami ketika minum di restoren mamak ketika itu termasuk Dato Saifudin Nasution, Kameel Abuya, Rosli Abdul Rahman, Tengku Kudin Que, Dato Nikah Kawen, Reyel De Helmet)

Cikgu Man Adun Lunas dikatakan dah jadi kera sumbang sekarang disebabkan wala' pada Azmin & PAS

Abe Awang Malaya


Amacam Cikgu Man YB Lunas....? Pak menakan aku yang duk Kulim mai habaq, hang dah jadi kera sumbang la ni..... Betoi ka...?

Tulah.. aku tak gabuih kepala hang pun, yang hang gatai pungkoq pi kutuk aku pasaipa...? Aku tak payah nak pedajai hang pun, tapi aku cuma habaq kat orang 2 benda yang hang sendiri tulis.

Pertama, hang duk rasa yang Anwar Ibrahim tu parti hang yang punya, orang yang tak masuk parti hang tak boleh sokong Anwar.

Kedua, hang duk cerita kat orang yang PKR nak kerjasama dengan PAS, hang ingat orang Kedah bodoh sangat kaaaa...?

Bila orang tau, aku dengaq cerita kemarin hang pi dinner, hang duk satu meja dengan puak hang yang jadi kartel Azmin saja, tak dak orang pun mai tegoq hang.... Hang betoi2 jadi macam kera sumbang.

Masa Saifudin ceramah, hang tak berani nak naik atas stage kan... hang sebagai YB cuma duk kat bawah saja....... Saifudin perli hang, dia habaq : "Kita bertanding pilihanraya untuk tumbangkan UMNO, kita nak jadi pemerintah, bukannya nak jadi penasihat...!"

Semua orang, tak kira Melayu, Cina dan India, semua pakat tepuk tangan..... hang nak cakap apa... awat duk kemut juboq sorang2?

Sepupu aku yang duk Bandar Baharu habaq, cuma ada 3 orang saja pemimpin PKR Kedah yang nak kerjasama dengan PAS..... Adun Lunas (hang lah), Adun Bukit Selambau dan Haji Nasrul, Ketua Cabang Kubang Pasu...... Yang lain semua sokong Pakatan Harapan.

La baru hang tau langit tinggi ka rendah....

*huh, tergeliat jugak lidah aku nak cakap loghat Kedah....

Tuesday 23 February 2016

PAKATAN HARAPAN - Kata nak selesai masalah berbangkit secara dalaman tapi hakikatnya masih guna media

ذوالحزم شاريف
3 hrs ·

MASALAH.

Masalah kita sekarang ialah terlalu banyak masalah. Masalah diri sendiri yang kita sendiri cari dan masalah diri yang bukan dicari tapi diletakkan kepada kita.

Setiap hari kita dihidangkan dengan masalah. Tak kira masalah baru atau masalah lama yang diperbaharui sehingga kita jadi menyampah, cemuih, melugai dan akhirnya kita jadi tak ambil peduli.

Masalah terbesar kita sekarang ialah Umno/BN. Lebih khusus ialah Umno. Umno pembuat segala masalah yang berlaku dalam Malaysia. Ya betul Umno membina dan memajukan negara tapi kalau orang lain parti lain yang memerintah, negara tetap dibina dan dimajukan.

Umno membina negara dan memajukan negara di samping membina dan memajukan kelompok tertentu malah membina dan memajukan diri sendiri. Kita kerugian masa dan khazanah negara dgn pembinaan negara oleh Umno. Ini masalah yang semua orang tau.

Tapi ada satu lagi masalah yang orang tau cuma buat-buat tak tau ialah masalah tidak menyelesaikan masalah.

Kita didedahkan dengan macam-macam masalah tapi setakat hari ini tiada penyelesaian terhadap masalah yang dibongkar. Jadi apa??

Masalah 1MDB, RM2.6 bilion, Tabuung Haji, MARA, kejatuhan nilai ringgit, pengangguran, kos sara hidup, pendapatan berkurangan dan masalah-masalah lain. Ini semua masalah tapi apa penyelesaiannya??

Kalau saya pengundi yang hendak mengundi sesuatu parti, saya akan tanya "semua masalah yang awak sebut tu, macamana awak nak selesaikan?" "saya tak mau undi Umno/BN tapi kalau saya undi parti awak, boleh selesai ke masalah tu?"

Tolonglah.... kepada pimpinan-pimpinan parti politik. Kurangkan retorik, kurangkan teori - buktikan penyelesaian.

Monday 22 February 2016

LGE vs AZMIN - Projek diluluskan zaman BN tapi sekarang pimpinan PAKATAN pula bergaduhnya..!!


Adakah Lim Guan Eng mahu dikenang sebagai orang yang membiarkan Kerajaan Negeri Pulau Pinang menjadi bankrap berikutan terpaksa membayar pampasan besar kerana menghentikan projek-projek tebus guna tanah yang telah diluluskan oleh Kerajaan BN dahulu yang hanya menguntungkan kroni-kroni BN?

Adakah Lim Guan Eng mahu dikenang sebagai orang yang membiarkan Kerajaan Negeri Pulau Pinang menjadi bankrap berikutan terpaksa membayar pampasan besar kerana menghentikan projek-projek tebus guna tanah yang telah diluluskan oleh Kerajaan BN dahulu yang hanya menguntungkan kroni-kroni BN?

Nampaknya ini yang menjadi kesimpulan tulisan seorang kolumnis Malaysiakini yang menyokong tindakan seorang ADUN DAP Tanjung Bungah, Teh Yee Cheu, yang memberi undi kepada usul UMNO, dan tindakan 5 ADUN PKR yang berkecuali (iaitu tidak memberi sokongan kepada Kerajaan Negeri Pakatan Harapan Pulau Pinang) sewaktu sidang Dewan Undangan Negeri baru-baru ini.

Lima ADUN PKR tersebut adalah Ong Chin Wen (Bukit Tengah), Norlela Ariffin (Penanti), Cheah Kah Peng (Kebun Bunga), Dr T Jayabalan (Batu Uban), dan Lee Khai Loon (Machang Bubuk).

ADUN DAP Teh telah pun mengakui kesilapannya dan memohon maaf kepada parti serta menjelaskan beliau akan kembali kepada perjuangan DAP. Beliau menambah bahawa beliau rela menerima apa sahaja tindakan daripada parti berikutan kesilapannya, dan kini sedang menanti tindakan disiplin.

Saya tidak percaya bahawa saya dipilih oleh rakyat untuk membiarkan Pulau Pinang menjadi bankrap. Lebih baik saya dikritik daripada dipuji, asalkan saya dapat memastikan Pulau Pinang tidak bankrap, malah dapat terus meningkatkan lebihan hasil ekonomi untuk membolehkan kita melabur dalam pembinaan infrastruktur awam, pendidikan dan inovasi.

Kerajaan Pulau Pinang hari ini telah mempunyai pengalaman yang pahit dan pedih apabila terpaksa membayar pampasan RM14.7 juta (dan masih tidak mendapat pulangan) berikutan skandal tanah Tang Hak Ju yang berpunca daripada perbuatan kerajaan lama BN, dan membayar pampasan RM20 juta kepada Boustead Holdings Bhd kerana mengurangkan ketinggian hotelnya di George Town yang diluluskan oleh kerajaan BN yang terdahulu, daripada 12 tingkat kepada 5 tingkat.

Fakta sebenar tentang usul ADUN UMNO berhubung isu tebus guna tanah

Walaupun BN telah meluluskan 3,241 ekar tanah untuk tebus guna tanah, hanya 744 ekar telah ditebus guna. Menangguhkan yang selebihnya itu, terutama projek tebus guna tanah Tanjung Pinang oleh E&O, boleh menyebabkan Kerajaan Negeri Pulau Pinang terpaksa membayar pampasan sehingga RM1 bilion. Ini boleh menyebabkan Pulau Pinang menjadi bankrap.

Sewaktu mengemukakan usul tentang tebus guna tanah, ADUN UMNO Muhammad Farid Saad tidak pula meminta maaf kepada rakyat Pulau Pinang walaupun beliau sendiri adalah salah seorang wakil Kerajaan Negeri BN sebelum tahun 2008 yang telah meluluskan 3,241 ekar tanah tersebut, berbanding 60 ekar oleh Kerajaan Pakatan Harapan pada masa ini.

Beliau juga tidak menawarkan sebarang ganti rugi daripada Kerajaan Pusat BN kepada Kerajaan Negeri Pulau Pinang jika projek tebus guna tanah tersebut ditangguh atau dibatalkan.

Apa yang mengejutkan saya ialah ada beberapa aktivis NGO yang menyokong usul Farid dengan tidak mempedulikan fakta bahawa tebus guna tanah 3,241 ekar yang begitu besar itu adalah diluluskan oleh kerajaan BN, serta mereka buat-buat tidak nampak tentang ketiadaan pampasan dan gantirugi daripada Kerajaan Pusat BN jika tebus guna tanah ditangguh atau dibatalkan.

Mengenai usul Farid yang meminta dilaksanakan kajian menyeluruh seperti kajian Penilaian Impak Alam Sekitar yang Terperinci (DEIA) serta menjalankan rundingan awam, ia memang sudah menjadi kewajipan undang-undang yang tercatat dalam undang-undang Persekutuan. Jika gagal melaksanakannya, ia bererti tebus guna tanah tidak boleh dilakukan. Kerajaan Negeri Pakatan Harapan Pulau Pinang tidak pernah lari dari tanggungawab untuk mengadakan rundingan awam atau pertemuan dewan orang ramai. Jadi memang tidak ada isu berbangkit dalam hal ini.

Perbezaan di antara PORR dan tebus guna tanah adalah PORR belum dimuktamadkan (dan tidak pernah dibina sehingga hari ini) sedangkan projek-projek tebus guna tanah telah diluluskan dan dimuktamadkan oleh BN

Malaysiakini telah menyiarkan satu kolum yang bertanya tentang pemimpin veteran DAP Lim Kit Siang pernah meminta BN menghormati hak 2 ADUN MCA yang berkecuali terhadap usul DAP oleh Danny Law pada tahun 2002, tetapi Lim Guan Eng tidak boleh menghormati hak 5 ADUN PKR untuk berkecuali dalam isu usul UMNO ini.

Kita perlu ingat bahawa 2 ADUN MCA yang berkecuali pada 2002 itu adalah kerana mereka membantah projek Lingkaran Jalan Luar Pulau Pinang (PORR) bernilai RM1 bilion yang dicadangkan oleh kerajaan BN mereka sendiri.

Perbezaan di antara PORR dan tebus guna tanah adalah PORR belum dimuktamadkan (dan tidak pernah dibina sehingga hari ini) sedangkan projek-projek tebus guna tanah telah diluluskan dan dimuktamadkan oleh BN.

Sekarang, usul UMNO mencadangkan supaya ditangguhkan tebus guna tanah yang diluluskan oleh BN yang akan mengakibatkan pampasan dibayar oleh Kerajaan Pakatan Harapan Pulau Pinang, dan bukannya oleh BN.

Ini sangat tidak adil dan inilah sebabnya mengapa 23 ADUN Pakatan Harapan menolak usul UMNO itu. Menolak usul UMNO tersebut juga memperlihatkan pendirian kami yang tidak bersetuju dengan keputusan BN meluluskan 3,241 ekar tanah untuk tebus guna.

Sebaliknya, tindakan menyokong usul UMNO itu atau mengambil sikap berkecuali bererti membiarkan BN dan UMNO lepas dari tanggungjawab mereka, sedangkan merekalah yang sebenarnya gagal melindungi kepentingan orang awam.

Menyokong usul UMNO itu atau mengambil sikap berkecuali juga akan memaksa Kerajaan Negeri sekarang membayar pampasan terhadap penangguhan tebus guna tanah yang bakal membawa kepada bankrapsi.

Dengan itu, mengapa perlu Kerajaan Negeri sekarang dipaksa membayar pampasan untuk tebus guna tanah yang bukan kami yang meluluskannya?

Kerajaan Pakatan Harapan Pulau Pinang sedia bertanggungjawab penuh terhadap kesilapan kami, jika ada, tetapi kami tidak akan menyalahgunakan wang rakyat atas kesalahan dan kegagalan BN, terutamanya apabila tiada gantirugi daripada Kerajaan Persekutuan bagi apa-apa pampasan yang perlu dibayar oleh Kerajaan Negeri apabila menangguh atau membatalkan tebus guna tanah.

Kegagalan melindungi kepentingan Kerajaan Negeri daripada dipaksa membuat bayaran pampasan yang besar serta memilih untuk menyokong atau berkecuali dengan usul UMNO tersebut adalah sangat tidak bertanggungjawab.

Tidak ada seorang pun daripada 5 ADUN PKR yang mengambil keputusan itu berkecuali itu telah bangun untuk membahaskan usul tersebut. Mereka juga tidak memberitahu Kerajaan Negeri atau mana-mana empat pemimpin utama PKR Negeri, iaitu Timbalan Speaker, Dato Maktar Shapee; dan Timbalan Ketua Menteri 1, Dato Mohd Rashid Hasnon, serta Exco-Exco Kerajaan Negeri, Dato Abdul Malek dan Dr Afif Bahardin, yang menolak usul UMNO itu.

Sebaliknya, Ketua Whip PKR Ong Chin Wen hanya memberitahu seorang pemimpin kebangsaan PKR tentang niat untuk berkecuali tetapi tidak pula memberitahu Exco-Exco PKR atau Timbalan Ketua Menteri 1 – seolah-olah ia adalah undi tidak percaya beliau terhadap pemimpin PKR Negeri Pulau Pinang. Kini sudah heboh, siapa sebenarnya yang berkuasa dalam DUN Pulau Pinang, PKR 5 atau PKR 4?

Walaupun tidakan tidak bertanggungjawab itu telah menyebabkan terjejasnya keyakinan Kerajaan Negeri Pakatan Harapan Pulau Pinang terhadap 5 ADUN PKR dan 1 ADUN DAP tersebut, mereka tetap kekal sebagai ADUN Kerajaan Pakatan Harapan.

Buat masa ini, semua tugas mereka sebagai ADUN Pakatan Harapan berjalan seperti biasa bersama dengan peruntukan kerajaan untuk kawasan masing-masing. Kerajaan Negeri akan menilai peranan dan prestasi mereka dalam tugas-tugas yang melibatkan tugasan pentadbiran kerajaan.
Lim Guan Eng
Ketua Menteri Pulau Pinang
Kenyataan media oleh Lim Guan Eng di Komtar, George Town pada hari Selasa, 24 November 2015

Sunday 21 February 2016

Selepas Muktamar ke 61 segalanya serba tak kena dengan pimpinan PAS yang baru untuk menjuarai isu rakyat

PAS setelah setengah tahun muktamar – Muammar Qaddafi
Published: 19 February 2016 10:11 PM


Setelah lebih 7 bulan PAS dipimpin satu kepimpinan baharu yang majoritinya muka baru berlatar belakang pendidikan agama menggantikan tokoh profesional,tidak ada satu tindakan parti yang dilihat mampu berdepan Umno Barisan Nasional menjelang Pilihan raya Umum ke-14 (Pru14).

Bahkan walaupun lebih setengah tahun berlalu,satu kajian mendapati pemimpin muka baharu Pas majoritinya tidak dikenali ahli akar umbi dan rakyat kebanyakan.

Barisan kepimpinan profesional yang tersingkir sepenuhnya pada muktamar tahun lepas seperti Mohamad Sabu,Salahudin Ayub, Hanipa Maidin,Mazlan Aliman dan Khalid Samad lebih dikenali umum dan dikenang berbanding barisan baru kerana mereka adalah tokoh yang sentiasa di depan menjuarai rakyat.


Manakala tokoh seperti Mujahid Yusof Rawa dan Dr.Dzulkifly Ahmad pula adalah tokoh pemikir dan yang menghubungkan PAS dengan bukan Muslim turut digantikan dengan individu yang tidak berpengalaman.
Pimpinan baru juga tidak berusaha untuk menjadi lebih ke depan dengan muncul menjuarai dan membela isu rakyat sebaliknya mereka lebih gemar di depan dalam pertahankan sosok presiden mereka.

Jika adapun pemimpin yang dikenali dan selalu muncul di khalayak,namun mereka tidak ada “quality crowd puller”,iaitu kemampuan untuk menarik orang ramai menghadiri program dan ceramah penerangan mereka.

Tidak hairanlah kehadiran pada ceramah PAS akhir akhir ini lebih sedikit berbanding berlaku perubahan kepimpinan.

Jika diperhatikan,majoriti pimpinan baru adalah dalam kalangan pengikut tegar kepimpinan Datuk Abdul Hadi Awang saja.

Mereka bukanlah layak berdasarkan merit tetapi kelebihan berada dalam "kem kepimpinan ulama" melayakkan mereka menjadi pemimpin parti.

Bahkan ketua pemuda dan ketua penerangan lebih sinonim dengan mengetuai majlis tahlil dan baca yasin bukanlah sebagai pemimpin gerakan Islam yang progresif dan berfikiran jauh dalam merangka strategi parti.

Lujnah dalam PAS semacam tidak lagi wujud melainkan di atas kertas saja, program yang dilaksanakan dilihat tidak mampu melahirkan hasil yang mampu melonjakkan nama parti.

Pesuruhjaya PAS negeri juga ramai yang tidak ada karisma dan tidak dihormati oleh masyarakat, mereka juga dikatakan bukanlah naik ke jawatan itu kerana merit tetapi kerana mempunyai hubungan baik dengan presiden parti,pesuruhjaya negeri juga lebih banyak mengundang kontroversi melalui kenyataan mereka berbanding yang mampu bawa visi.

Ahli parti juga semakin keliru dan berbalah sesama sendiri akibat tidak faham kedudukan kerjasama dengan Umno, sebahagian ahli tegar PAS sendiri serba salah kerana masih sayangkan parti namun gelisah melihat hubungan baik PAS dan Umno akhir akhir ini.

Pengikut yang selama ini hidup dalam budaya konfrontasi dengan Umno kini dalam dilema dan mula ambil pendekatan merehatkan diri daripada perjuangan parti.

Walaupun PAS mendakwa memiliki jentera pilihan raya yang besar namun tidak ada bukti nyata jentera itu wujud memandangkan masih tiada pilihan raya pasca muktamar lepas.

Hakikatnya penggerak sebenar jentera sudah berhijrah ke Amanah,kepimpinan bawahan yang kuat bekerja menumbangkan Umno sejak puluhan tahun dahulu semestinya kecewa melihat situasi Pas sekarang seolah -olah usaha mereka dulu adalah sia- sia.

Kepimpinan bawahan yang masih kekal dalam PAS kebanyakannya tidak ada kualiti dan kemahiran dalam menggerakkan jentera.

Struktur organisasi pilihan raya pusat, negeri, kawasan juga dilihat bermasalah kerana pengerak yang memegang jawatan dalam struktur dilihat gagal dan tidak ada kemahiran mengurus tugas

Ironinya,walaupun kepimpinan baru adalah mereka yang satu cara fikrah,namun kenyataan umum dan media dilihat bercanggah sesama pimpinan,contohnya dalam hubungan dengan Umno dan sikap terhadap Amanah.

Pas dilihat tidak ada pendirian rasmi dalam isu isu besar yang melanda parti,yang ada hanyalah pandangan individu tertentu yang sering saling bercanggah.

Setengah tahun berlalu selepas muktamar,dan berbaki kurang 3 tahun berdepan PRU14, PAS perlu melakukan perubahan besar dalam gerak kerja politik mereka,selain hanya menumpukan serangan kebencian kepada Amanah dan Dap.

Sehari selepaa muktamar PAS dilihat bakal mencipta sejarah dan namun gayanya setelah setengah tahun berlalu, jika ini keadannya PAS hanya layak jadi parti sejarah.– 19 Februari, 2016.

* Ini ialah pendapat peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan The Malaysian Insider.

- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/rencana/article/pas-setelah-setengah-tahun-muktamar-muammar-qaddafi#sthash.Zc2yFoRQ.p7nsMGiw.dpuf

PAS nak jadi ketua macamana..menang kerusi pun ciput..!!


Ala DAP lawan 50 kerusi jaa PAS tu bodoh dari dok boleh lock DAP jangan lawan lebih bilamana PAS keluaq PR maka DAP berpeluang ada 70 lebih kerusi PAS untuk ditandingi...skrg siapa yg bagi peluang untuk DAP berkuasa....kerusi selamat parlimen PAS skrg cuma dalam 15shj ada lagi 55 kerusi yg terbuka untuk berentap semasa pru14 nanti...PAS tiada hak nak halang mana2 parti berlawan dikerusi mereka kerana PAS skrg sudah bersendirian...jadi siapa yg cerdik dalam percaturan politik ini...

Zaman TGNA dulu dia nak DAP dalam satu gagasan antaranya sebab inilah dimana DAP kita bagi dia tanding kerusi dia sahaja..dan kerusi tersebut dah ditetapkan 50 maka 50 itulah kerusi DAP yg layak bertandingnya... dan PAS ada 70 lebih untuk bertanding dan kerusi ini juga dah dilock hak milik PAS...DAP tak boleh nak mai ambil dah....

tapi disebabkan kecerdikan pimpinan PAS yg ada hanya nampak satu hala sahaja sampai sanggup berpatah arang dan dengan apa dilakukan itu DAP berpeluang menjadi dominan sekiranya mereka bertanding di 70 kerusi PAS dan menang.....

kalau menang banyak bukan kata ketua PM pun boleh jadi tapi nak buat camna dah bodoh sombong...

zaman UMNO BN dok penat nie apa kata pulun tagih sokongan rakyat bersama PR....letak ketepi sat ego dok nak berkelahi satu sama lain tu..mengalah sat walaupun hakikatnya memang nak sekeh kepala DAP tuuu...

puluh berkempen supaya baki 2% sokongan rakyat berpihak kepada PAS & PAKATAN RAKYAT... dan pulun bagi menang banyak kerusi dan bila menang PAKATAN RAKYAT menawan Putrajaya sudah pasti PM akan dilantik dari PAS kerana seniority dalam parlimen ialah TGHH...dan beliaulah yg akan jadi PM nya....nak lantik yg lain siapa.. ANWAR..dalam penjara... RAFIZI... muda lagi... AZIZAH... pompuan... KIT SIANG... pakai dak laa....habis apa masalahnya... dah jadi PM pandai2lah buat kerja jangan dok bagi hidung DAP tariknya...

TAHNIAH atas kebijaksanaan PAS berpolitik...

MAT ALISHAH

Bila pimpinan PAS bawa hujah gila nak halalkan kata mereka kena tipu dengan UMNO

Gila ka apa...naik sebiji bas...mai umno tahan nak tumpang...pastu dreba bagi tumpang dia masuk dok buat huru hara dalam bas dok raba penumpang berak dalam bas...bila aku yg jadi penumpang nie habaq kata umno nipu ja kata nak naik dgn kita dia nak kucai kita bagi selerak jaa lalu hgpa maki hamun aku kata jebon la tak wala kat dreba la..

lalu aku turun bas tak mau terpalk kerja buat hangpa tetiba boleh pulak hgpa kata kami nie puak yg salah....falsafah gila babi mana hg bawa mai nie mamat oi...pie pemohong puak wala nu sudah laaa.....

MAT ALISHAH

PAS oh PAS - Pimpinan dia atas dok bangga kata bagus tapi hakikatnya ahli kot bawah dah selerak habis dah..!!


Sepanjang dua bulan kebelakangan ini, pihak Ilham membuat tinjuan rambang terhadap perkembangan Pas di kawasan lingkaran Melayu di utara semenanjung iaitu di Kedah, Perlis, Pulau Pinang dan Utara Perak. Tinjauan dilaljukan dengan menemui pimpinan yang memegang jawatan secara temu bual mendalam dan dilakukan secara rawak dan terpilih.

Dapatan kajian ini didapati sudah berlaku rungutan dan kebimbangan pimpinan bawahan parti seperti di peringkat cawangan mahupun kawasan terhadap perkembangan Pas mutakhir. Kebanyakan mereka yang ditemui ialah penyokong kem UG semasa Muktamar lepas. Kami dapat simpulkan dapatan tak rasmi adalah seperti berikut:

1) Pimpinan Pas peringkat tertinggi termasuk Ajk Pas Pusat sekarang kurang dikenali sejak menang dalam pemilihan muktamar lalu sehingga sekarang ini.

Jika dibuat perbandingan antara AJK Pas Pusat terdahulu dan diukur pada tempoh masa yang sama di dapati pimpinan sebelum ini lebih menonjol dan rajin memenuhi ceramah anjuran kawasan.

Pimpinan sekarang, tidak turun ke bawah dan tidak menonjol di media menyebabkan kewujudan mereka tidk dirasai. Sifat lebih elitis dan sukar memenuhi undangan untuk berceramah di kawasan-kawasan. Jika adapun, nama pimpinan tersebut tidak bersifat crowd puller. Ceramah hanya kepada ahli Pas sahaja. Gagal menarik minat pihak yang lain. Lebih malang, nama sebesar Ketua Pemuda, Ketua Penerangan, kehadiran sekadar mereka yang hadir ke majlis tahlil sahaja.

Selain itu, Lujnah yang ditubuhkan juga tidak berfungsi, malah tidak dirasai kewujudannya.

2) Pesuruhjaya Negeri tidak dikenali dan diyakini untuk memimpin negeri dan pilihan raya. Sbg contoh PJ Kedah, Dr Fakhruddin ini tidak dikenali oleh ahli Pas akar umbi dan tidak faham kenapa Presiden memilih individu seperti itu.

Persoalan mengapa tidak Mahfuz, Amiruddin ataupun Nasir Kubang Rotan yang berstatus YB, lebih senior dalam politik Kedah.

Razman, PJ Perak. Lebih mengundang kontroversi daripada reputasi mengangkat imej parti di negeri yang mempunyai komposisi demografi Mini Malaysia.

3) Kerjasama Umno; rata2 sukar menerima pendirian parti terbaharu atas konsep taawun. Tiada penjelasan tuntas terhadap satu polisi besar ini. Ahli di bawah berbalah dan bertengkar atas perkara yang tidak difahami dgn jelas. Lebih malang pimpinan tertinggi tidak membuat pekeliling atau penjelasan rasmi parti.

Bagi sesetengah kawasan atau kampung yang sebelum ini memperlihatkan pertembungan ever green struktur sosial antara Pas dengan Umno seperti surau, kedai kopi, khairat kematian, tadika/pasti kini berada dalam dilema.

Bayangkan selama ini ahli Pas bertembung sengit dengan ahli Umno di kedai kopi, tiba-tiba sesi ini diminta 'bekerjasama' dengan Umno yang dahulunya musuh politik kepada mereka. Sebahagian memberikan gambaran akan tawaqquf sementara daripada gerak kerja parti ekoran pendirian Pas dengan Umno ini.

4) Gerak kerja pilihan raya: Setakat ini, jentera pilihanraya Pas masih belum bergerak ke arah pilihan raya. Ada beberapa sebab antaranya aktivis atau penggerak sebenar jentera sudah berhijrah ke Parti Amanah Negara. Berbaki mereka yang tiada pengalaman dari aspek mengurus kendali modus operandi pilihan raya.

Organisasi pilihan raya negeri bermasalah dari peringkat pusat, negeri, kawasan dan cawangan. Semua individu penting sama ada dari aspek menyusun strategi, taktikal, teknikal, penjanaan dana parti kelihatan tidak menjiwai atau memahami peranan. Nama hanya pada kertas untuk membuktikan ego Pas bahawa Pas masih belum lumpuh sepenuhnya walaupun pada hakikatnya, jentera pilihan raya Pas amat bermasalah.

5). Kenyataan bercanggah antara pimpinan adalah antara kekurangan paling ketara kepimpinan Pas kali ini. Kenyataan media yang kontradik antara satu sama lain sama ada antara Presiden dan Timbalan Presiden, Naib Presiden sesama Naib Presiden, Setiausaha Agung yang kelihatan bercanggah dan gagal diurus dengan baik.

Mesej yang dihantar kepada massa menggambarkan Pas tidak mempunyai pendirian rasmi terhadap sesuatu isu, tetapi lebih kepada pandangan peribadi yang kemudiannya bercanggah sesama sendiri.

Hisommudin Bakar
ILHAM Centre

Saturday 20 February 2016

Usah dilayan ajakan TUN M untuk bersama PEMBANGKANG jatuhkan NAJIB


Ketepikan semua perbezaan antara parti dan ideologi untuk jatuhkan Najib. Itu antara apa yang difahamkan dikatakan oleh Tun Dr Mahathir.

Apa yang kita dapat nilai daripada permintaan Tun Dr Mahathir tersebut?

Bagi aku ianya petunjuk jelas bahawa Tun Dr Mahathir sudah tiada kekuatan menjatuhkan Najib justeru beliau meminta dan menyeru semua pihak termasuk parti politik untuk mengenepikan sentimen kepartian dan ideologi bagi menjatuhkan Najib.

Hasrat Tun Dr Mahathir hanya satu iaitu menjatuhkan Najib. Itu saja tujuan utama Tun. Jatuhkan Najib. Apa sebab utamanya kita tidak tahu. Tun boleh bagi apa saja alasan untuk justifikasikan gerakan Tun menjatuhkan Najib tapi bagi aku Tun ada agenda lain.

Jika tanya Tun, adakah beliau setuju kita gantikan Umno/BN dengan parti lain mentadbir Malaysia atau negeri-negeri? Aku amat yakin jawapan Tun ialah TIDAK. Tun tetap mempertahankan Umno/BN. Tidak sekali-kali Tun akan biarkan parti lain selain umno/BN mentadbir Malaysia.

Justeru bagi aku rayuan Tun supaya kita bersatu menjatuhkan Najib hanyalah untuk kepentingan Tun sahaja.

Sekarang Tun seakan-akan tidak mampu menjatuhkan Najib, justeru merayu kita semua bersama beliau menjatuhkan Najib. Ya, kita boleh bersama Tun menjatuhkan Najib tapi kita juga perlu meminta Tun untuk bersama kita menggantikan Umno/BN dari kepimpinan negara.

Mesti ada tolak ansur. Mesti ada timbal balik. Jika Tun nak Najib dijatuhkan, jom, kita bersama tapi apa kita dapat jika Najib jatuh?? Kalau kita dapat Umno/BN juga maka tidak perlu la buang masa.

Adalah lebih baik kita semua bersatu ketepikan perbezaan antara parti-parti politik selain Umno/BN untuk menjatuhkan Umno/BN. Fokus kita bukan sahaja jatuhkan Najib tapi jatuhkan Umno/BN.

Jatuhkan Umno/BN selamat Malaysia.

BERANI BERUBAH.
Zulhazmi Shariff.
Ahli DAP
19022016

Monday 15 February 2016

Antara artikal yang HARAKAHDAILY delate selepas kena bantai..!!!


Bila kena pada kita,hmmm tak takut api neraka kerr..?
bila kat orang hangpa dok jaja yeee..?

apa untung'nya PPP fadli ghani dan harakah"daily dok ulang tayang kunun hari ini dalam sejarah cerita yg taraf jurassic park kisah penangkapan khawat mat sabu tahun 1985..?nape..? tak takut NERAKA kerrr..?buaknkah nie jugak termasuk bab GHIBAH ooiiiii

Sunday 14 February 2016

PANAS : Siapa Sponsor El Haraki dan TUC? (Episod 1)


Sekali pandang kita digambarkan bahawa El Haraki dan TUC adalah pemuka yang taksub PAS. 

Sekali pandang kita digambarkan bahawa El Haraki dan TUC adalah ahli PAS yang pro Hadi Awang. Sekali pandang kita digambarkan bahawa El Haraki dan TUC menulis atas sebab ingin memberikan pencerahan. Sekali pandang kita digambarkan bahawa El Haraki dan TUC tidak dibiayai oleh pihak-pihak berkepentingan.

Tapi anda jangan silap...

Artikel ini saya tulis bukan hanya menyorot kepada El Haraki dan TUC semata-mata tetapi saya juga sebenarnya menulis tentang beberapa orang yang namanya saya rasa tak perlulah saya tuliskan disini. Anda, Ya Anda. Anda dalam pemerhatian.

Selepas PAS menubuhkan unit khas yang mempunyai dua keahlian parti dan diarahkan masuk menyelinap dalam UMNO pada sekitar tahun 80'an. PAS mendapat banyak manfaat dari maklumat unit khas ini. Unit khas ini diujudkan dengan mengambil ahli-ahli yang telah disaring sebaiknya dan mempunyai jatidiri yang baik. Cukup lama ianya beroperasi tanpa mendapat perhatian masyarakat dan ahli PAS sendiri. Tiada ahli PAS yang tahu operasi ini melainkan yang berada dalam "inner circle" kepimpinan atasan (yang tertentu sahaja).

Pada hujung 90'an selepas Anwar Ibrahim dianiaya, ramai orang yang ternama masuk menyelinap dalam PAS. Masa ini PAS telah memenangi Kelantan dan membentuk Kerajaan Negeri yang dipimpin oleh Nik Aziz. Antara yang menyelinap masuk PAS dan menonjolkan diri mereka dalam PAS adalah Hassan Ali dan Tuan Ibrahim Tuan Man. Walau pun Tuan Ibrahim Tuan Man sebelumnya dikatakan Ahli PAS, namun dia tidak menonjolkan dirinya atas sebab dia masih lagi menjawat jawatan di ITM.

Pada Pilihanraya tahun 1999, PAS yang mempunyai infrastruktur politik yang agak lengkap telah diarahkan untuk membantu Keadilan (Pra PKR) dalam pilihanraya. Mana ini ada beberapa pihak dalam PAS yang tidak puas hati lalu membentuk satu kumpulan penentang kepada arahan ini. Antara mereka yang terlibat adalah ahli-ahli yang baru menyelinap masuk dalam PAS.

Mereka ini tanpa disedari telah membentuk satu kumpulan yang agak kuat yang berjalan disebalik tabir. Tiada siapa yang menyedari siapa yang memberikan bantuan dana kepada pihak ini. Pihak ini agak cekap untuk menghilangkan "money trail" mereka. Mereka telah membentuk satu kumpulan yang anti kepada Fadhil Noor. Mereka telah berjaya menyakinkan Hadi Awang bahawa mereka berada dibelakangnya dan menyokong setiap tindakan Hadi Awang. Ingat, mereka inilah yang pada satu masa telah berjumpa dengan blogger pro BN untuk satu sesi taklimat.

Salah satu dari agenda team ini adalah membentuk satu unit gerak saraf yang "pro kepimpinan Hadi Awang" yang kini kita kenali sebagai Walaun HardCore. Pembentukan ini pada asalnya konon sebagai team risikan untuk Parti PAS, tetapi telah disalahgunakan oleh pihak-pihak tertentu dalam PAS. Mereka juga mengujudkan anggota hantu yang akan memaparkan maklumat bagi menjatuhkan pimpinan yang bukan dalam team mereka. Malah bila ada kelihatan pimpinan yang tidak kompeten, mereka akan jaja fitnah untuk menjatuhkannya. Mereka menggunakan media sosial dengan pelbagai profil yang identiti meragukan.

Yang lagi melucukan, fitnah yang team ini jaja juga diangkat menjadi modal oleh kumpulan anti Hadi Awang tanpa diselidiki dengan lebih mendalam. Memang agak kelakar. Maaf saya tidak mahu nak tunjuk atau dedahkan fitnah yang mana satu. Anda kajilah sendiri. Kalau anda rajin membaca dalam FB atau Blog anda pasti akan dapat mengenali fitnah yang mana satu.

Opps. saya lari agak jauh meleret dari tajuk Siapa Sponsor El Haraki dan TUC. Maaf ye. Yang itu saya akan jawab dalam artikel selepas ini. Ini kerana artikel ini sudah menjadi terlalu panjang dan membosankan.


4th Force

Monday 8 February 2016

Adakah ANWAR akan keluar menjadi HANG TUAH...??


Pertembungan NAJIB & MAHATHIR nampaknya sudah tidak disembunyikan lagi selepas anak MAHATHIR disingkirkan....

nampaknya permainan NAJIB sudah melangkah kedepan meninggalkan MAHATHIR...sampai sekarang kita belum lihat paku buah keras dari MAHATHIR untuk memukul NAJIB...

Kini NAJIB sedang mencari tempat berpaut untuk menyucikan beliau jika sekiranya beliau keluar dari takhta yang sedang diduki ketika ini.. JAMINAN itu ada pada siapa jika anda tahu..

Pada team MAHATHIR...mustahil kerana sudah pasti mereka juga nak lihat NAJIB masuk kedalam... Pada team UMNO sekarang ini..iaitu ZAHID, HISHAMUDDIN, SHARIZAT, KJ...dan ramai lagi yang bersama dibelakang beliau....mereka ini pun NAJIB tak percaya kerana mereka ini semua lalang dan pak turut sahaja...siapa jamu lebih kesitulah mereka akan berpautnya...

Jadi tidak mustahil beliau berpaut keada insan yang ada dalam Sg Buluh sana..dimana aku lepaskan kamu...maka kamu bersilat dan ambil alih lah negara ini dan perbaikilah semampu kamu dalam suasana ekonomi dan rakyat yang tertekan ini...yang aku nak jangan sentuh aku sudah....

Dalam keadaan negara yg tertekan dengan masalah bertimpa-timpa...ekonomi semakin menguncup...pelabur semakin angkat kaki....harga minyak yang semakin menurun ini..insan yang betul teruji menguruskan semua ini dengan jayanya ialah insan yang berada dalam Sg Buluh sana..

Jadi tidak mustahil tengku laksamana pergi mengadakan perjanjian antara mereka dan bawa Hang Tuah keluar...

Tunggu dan lihatlah....politik macam2 boleh berlaku...hari ini lawan esok boleh jadi kawan...

Mat Alishah

Suatu ketika dahulu.."Sumbat je Anwar dalam penjara, biar aman negara kita..."..kini...


- Anwar Ibrahim penyokong Israel, US.
- Anwar Ibrahim tali barut negara luar.
- Anwar Ibrahim akan menghancurkan ekonomi negara.
- Anwar Ibrahim akan menjual aset negara.
- Anwar Ibrahim akan menghuru-harakan negara.

Macai² bangang UMNO/BN kata, "Sumbat je Anwar dalam penjara, biar aman negara kita..."

Orang tua tu disumbatnya dalam penjara...

Bila dia di dalam penjara, apa yang berlaku?

- US dibenarkan masuk untuk menjajah di bawah nama TPPA.
- Aset negara melalui 1MDB dijual kepada China.
- Rasuah makin berleluasa.
- Ekonomi negara makin tenat.
- Hutang negara makin meningkat.
- Kadar pengangguran makin bertambah.
- Nilai ringgit jatuh susut.
- Pelbagai skandal dana awam berlaku.
- Kadar jenayah makin tinggi

Sekarang ni, siapa pengkhianat? Siapa penjual negara? Dan siapa yang mengaibkan nama negara di mata dunia?

Adam Al-Pekani

Sunday 7 February 2016

Alahai Pengarah Strategik BN, nak jilat pun pada-padalah...!!


Krisis politik Kedah sehingga membawa kepada peletakan jawatan Menteri Besar oleh Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir tiada kaitan langsung dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
x
Pengarah Komunikasi Strategik Barisan Nasional (BN), Datuk Abdul Rahman Dahlan berkata krisis politik tersebut merupakan urusan dalaman Umno negeri itu dan tiada kena mengena dengan perdana menteri.
.
"Ini (krisis politik di Kedah) tiada kaitan dengan perdana menteri. Saya harap mereka yang menuduh PM menjadi dalang isu ini tidak teruskan tohmahan ini," katanya.
.
Abdul Rahman, yang juga ahli Majlis Tertinggi Umno berkata demikian kepada pemberita ketika mengulas pelantikan Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah sebagai Menteri Besar Kedah yang baru selepas melawat tapak pelupusan sanitari sisa pepejal Bukit Tagar di Bestari Jaya, dekat Kuala Selangor semalam. (BERNAMA)
.
Komen saya:
.
Pertama,  saya tak tau nak cakap apa lagi kalau kenyataan paling bingai begini pun masih ada yang percaya. Eloklah ambil sahaja otak dan letak di kepala lutut.  Kalau masih percaya dengan kenyataan begini, otak yang ada tidak sepatutnya berada di kepala tetapi di kepala lutut.
.
Kedua, inilah kesan buruk apabila terlalu banyak memakan dedak.  Dedak pun boleh memabukkan  dan keluarlah kenyataan-kenyataan kepada media yang tidak masuk akal.
.
Ketiga,  dia ini  Pengarah Komunikasi dan Strategik BN tetapi kenyataannya macam Pengarah Strategik Najib Razak.  Lagi pun kalau beginilah  akal strategik  Pengarah Strategik BN,  segeralah siapkan payung sebelum hujan.
.
Keempat,  saya hendak tanya  dia  siapa yang tawarkan jawatan Timbalan Menteri kepada Mukhriz?   Tentulah Najib.  Adakah ini bermakna Mukhriz kena buat dua kerja, satu Menteri Besar Kedan dan satu lagi Timbalan Menteri  mengikut  syor Ahmad Maslan?

Saturday 6 February 2016

Najib vs Mahathir - Bunuh 5 ekor Burung Dengan Satu Batu


Membunuh dua ekor burung dengan satu batu adalah klasik. Membunuh lima ekor burung dengan satu batu adalah epik. Dan Najib melakukan perkara yang paling epik, yang mana Lim Kit Siang pun terpaksa mengakui bahawa skor kini sepuluh kosong, memihak kepada Najib. Ia adalah sebab saya memihak Najib mengapa. Ia adalah kerana saya sukakan pemenang dan tidak memihak kepada mereka yang kalah yang merengek sepanjang masa seperti seorang kanak-kanak yang hilang lollipop.

Menurut Raja Petra Kamarudin dalam portal Malaysia Today,

“Pengaruh Mahathir semakin berkurang dalam arena politik Malaysia, “kata Shahnon Teoh dalam akhbar The Straits Times (Singapura). Shahnon berkata:

Penyingkiran Datuk Seri Mukhriz Mahathir sebagai Menteri Besar Kedah merupakan satu tamparan hebat kepada usaha gigih yang diterajui oleh bapanya Mahathir Mohamad, untuk menjatuhkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Pemberontakan Umno Kedah terhadap anak pemimpin paling lama berkhidmat di Malaysia dilihat sebagai pertempuran proksi diantara Perdana Menteri dan mantannya.

Faktor takut kepada Mahathir tidak lagi wujud dalam Umno, walaupun di negeri kelahirannya, “The Malaysian Insider menulis dalam editorial mengenai orang yang berjaya mengharungi beberapa cabaran sepanjang 22 tahun berkuasa sehingga 2003.

Beliau telah menjadi sama sekali tidak relevan terhadap kuasa yang disandang sebelum ini, “S. Rajaratnam School of International Studies (RSIS) fellow Oh Ei Sun beritahu kepada The Straits Times.

Bekas Perdana Menteri itu mungkin masih mempunyai beberapa helah dalam diam-diam, tetapi Najib telah menunjukkan kesediaannya untuk menggunakan sepenuhnya segala kuasa eksekutif yang beliau ada, tidak kira bagaimana kontroversi pun, untuk menangkis dan menghapuskan sebarang ancaman. (BACA LAGI DI SINI)

Kit Siang berkata Najib semakin kuat dengan setiap skandal, “adalah tajuk berita Free Malaysia Today di mana ia berkata:

Sesungguhnya ia adalah satu paradoks besar dalam politik Malaysia bahawa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak nampaknya semakin kuat dan lebih kuat walaupun dengan “skandal demi skandal”, mengeluh Ahli Parlimen Gelang Patah yang digantung Lim Kit Siang dalam satu kenyataan.

Perdana Menteri yang sering dilanda masalah telah memenangi kemenangan lagi dengan menjatuhkan Mukhriz Mahathir sebagai Menteri Besar Kedah dan menggantikannya dengan Ahmad Bashah Md Hanipah.”

Kemenangan Najib dalam memaksa peletakan jawatan Mukhriz sebagai Menteri Besar Kedah mungkin markah “10 berbanding 0” terhadapnya berbanding musuhnya dalam tempoh enam bulan yang lalu, akui Lim. (BACA LAGI DI SINI)

Seperti yang saya katakan pada awal tahun 2015 apabila ramai daripada anda meramalkan bahawa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak akan disingkirkan dari pejabat dan akan menjadi sejarah pada pertengahan 2015 – atau paling lewat Julai. Dan apa saya tetap katakan yang Najib masih akan menjadi Perdana Menteri pada Krismas 2015 dan seterusnya, sehingga ke pilihan raya umum akan datang – dan apabila dia meninggalkan pejabat adalah dengan terma beliau sendiri dan juga pada tarikh yang telah beliau pilih.

Tetapi, tidak, terdapat begitu ramai daripada anda yang merupakan pakar penganalisis politik. Raja Petra Kamarudin adalah diluar kawasan. Beliau tinggal di luar Malaysia terlalu lama. Dia tidak lagi tahu apa yang sedang berlaku di Malaysia. Apa yang Raja Petra tahu?

Satu perkara yang pasti, saya tahu lebih daripada anda. Saya apa yang kita boleh namakan seorang realis. Anda adalah apa yang kita boleh panggil “wishful thinking”. Maka itulah sebabnya otak saya adalah lebih baik daripada anda, terutama orang-orang Pakatuns dan DAP Red Bean Army.

Seperti yang saya katakan dalam artikel hari Rabu, Mukhriz salah langkah, beliau tidak mengendahkan fizik dalam politik (BACA DI SINI). Pertama, Mukhriz Mahathir tidak mahir dalam matematik. Dia berfikir satu campur satu sama dua. Saya mengajar anda Maths Baru, bila berada dalam politik satu campur satu sama tiga. Jadi, dalam skim yang lebih besar, Najib menewaskan Mukhriz sejauh satu batu. Anda hanya perlukan satu inci untuk menang.

Kedua ialah Tun Dr Mahathir Mohamad dilihat sebagai Capo di tutti i Capi atau Capo dei capi. Dalam bahasa Inggeris, yang akan diterjemahkan kepada ‘Boss kepada semua bos’. Orang Cina akan berkata Taipan kepada semua Taikos. Saya akan anggap sebagai Godfather.

Dalam erti kata lain, seperti yang diakui oleh kebanyakan orang, Umno adalah sebuah parti panglima perang (seperti juga semua parti politik di Malaysia,termasuk parti-parti pembangkang) tetapi di kalangan panglima perang akan ada ketua panglima perang. Dan ketua panglima perang ini sepatutnya Dr Mahathir.

Dan apabila kamu adalah ketua panglima perang maka tiada siapa yang berani menyentuh anda atau keluarga anda. Dan sesiapa yang ingin menyingkir anda sebagai ketua panglima perang dan mendakwa sebagai ketua panglima perang yang baru, maka orang itu perlu merampasnya dari anda atau keluarga anda.

Pendek kata, ketua panglima perang dan keluarganya tidak boleh disentuh. Dan jika anda berani mengalahkan ketua panglima perang dan / atau keluarganya (dan bertahan dengan kepala anda masih di atas bahu anda) maka anda telah mengambil alih dan menjadi ketua panglima perang yang baru.

Jadi ini adalah apa yang Najib lakukan. Beliau menyingkirkan anak kepada ketua panglima perang (atau orang yang dianggap sebagai ketua panglima perang yang tiada siapa yang berani sentuh). Walau bagaimanapun, manakala ketua panglima perang itu pergi ke sana sini menjerit dari setiap gunung yang tinggi, Najib melangkah senyap tanpa suara. Dan tanpa banyak kata seperti ‘maafkan saya’ Najib PANCUNG anak ketua panglima perang itu.

Dan adakah anda tahu apa yang paling menarik tentang bagaimana Najib melakukannya? Dalam kes ini, anda tidak sedar, Najib membiarkan pihak istana untuk melakukan semua kerja. Najib hanya duduk diam-diam dan melihat istana PANCUNG kepala Mukhriz. Dan itu adalah perkara yang paling klasik mengenai keseluruhan episod ini.

Joceline Tan menulis tentang perkara ini dalam artikel beliau yang Mukhriz akhirnya bersetuju untuk pergi dan Perjalanan ini berakhir untuk Mukhriz pada Februari ke-3 dan ke-4.

Mukhriz telah dipersembahkan dengan surat peletakan jawatan yang disediakan dalam jam 6 petang. Percubaan ketiga dengan kehadiran beliau menandatangani surat tersebut selepas tiga anggota Majlis DiRaja berkumpul dalam satu perbincangan tertutup di kalangan mereka di pejabat Majlis DiRaja yang terletak di Wisma Darul Aman. Selepas itu, Setiausaha Kerajaan Negeri dan Penasihat Undang-Undang Negeri bertemu dengan Mukhriz mengenai surat peletakan jawatan itu.

Kapal beliau sendiri tenggelam pada petang Selasa apabila ia menjadi jelas bahawa 18 wakil rakyat menentang manakala tiga menyokong dan 15 wakil rakyat pembangkang.

Kedua, Tun Mahathir dianggap sebagai bos kepada bos-bos yang lain. Ringkasnya, sebagai ‘Godfather’.

Dalam erti kata lain, sebagaimana yang diakui kebanyakan orang, UMNO adalah sebuah parti ‘Warlords’ (seperti parti-parti politik lain di Malaysia termasuk pembangkang) tetapi di kalangan ‘warlords’ ini semua, ketuanya adalah Dr Mahathir.

Dan apabila anda seorang ketua kepada semua ‘warlords’ ini, tiada siapa yang berani mengganggu keluarga anda. Sekiranya terdapat individu yang ingin menukar ketua itu, padah akan menimpa diri sendiri atau keluarga anda.

Secara pendeknya Ketua ‘warlord’ ini tidak boleh disentuh. Dan sekiranya anda berani mencabar beliau, anda perlu mengambil alih dan menjadi ketua yang baru.

Jadi inilah yang telah dilakukan oleh Najib. Beliau telah ‘mengganggu’ anak ketua itu. Apabila ketua tersebut menimbulkan ‘kekecohan’, Najib secara diam telah mengorak langkah. Tanpa alasan panjang, Najib telah ‘pancung’ anak ketua ‘warlord’ tersebut.

Dan tahukah anda perkara menarik yang dilakukan Najib? Sekiranya anda tidak tahu, Najib telah menyerahkan semuanya kepada istana. Najib hanya duduk dan melihat bagaimana istana menyingkirkan Mukhriz. Dan itu adalah perkara yang paling klasik.

Joceline Tan telah menulis mengenainya dalam artikel ‘Mukhriz finally agrees to go’ dan ‘the Journey ends for mukhriz’ pada 4 & 4 Februari lalu.

Mukhriz telah mengemukakan surat peletakan jawatan selepas 6 petang. Cubaan ketiga untuk membuat beliau menandatangani surat berlaku setelah 3 ahli dari ‘Regency Council’ mengadakan perbincangan tertutup antara mereka di pejabat yang terletak di Wisma Darul Aman. Selepas itu, Setiausaha Negeri dan Penasihat Undang-undang Negeri bertemu Mukhriz berkenaan surat perletakan jawatannya. Kapalnya tenggelam pada tengah hari Selasa apabila jelas terbukti kumpulan yang menentangnya mempunyai 18 Ahli Dewan Undangan Negeri berbanding tiga daripada kemnya dan 15 ADUN pembangkang.

Kedah mempunyai 36 kerusi, jadi situasi terikat kepada 18 lawan 18. Speaker Dewan Undangan Negeri melangkah masuk dan memilih kumpulan yang mahukan Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah dan semuanya berakhir untuk Mukhriz.

Adalah jelas untuk Mukhriz mengekalkan jawatannya sekiranya pihak pembangkang menyokong beliau. Dan itu bermakna Mukhriz bukan lagi Menteri Besar Barisan Nasional atau UMNO tetapi akan menjadi Menteri Besar Pakatan Harapan. Tetapi hanya sekiranya PAS juga mengundi dengan Pakatan Harapan.

Seterusnya, ia adalah pihak istana yang menyediakan surat peletakan jawatan dan sebanyak tiga kali surat tersebut diberikan kepada beliau untuk ditandatangani. Akhirnya, pada kali ketiga, Mukhriz tidak mempunyai pilihan tetapi untuk menandatanganinya.

Jadi ini seperti membunuh 5 burung dengan satu batu. Pertama, ia adalah istana, bukannya Perdana Menteri yang memaksa Mukhriz untuk meletakkan jawatan. Kemudian, Istana yang menyediakan surat peletakan jwatan setelah bermesyuarat dengan kesemua 36 ADUN, termasuk 15 bukan ahli Barisan Nasional. Ketiga, khabar angina yang mengatakan Istana menyokong Mukhriz dan menentang Najib terbukti salah. Keempat, cakap-cakap mengenai Raja-raja yang mahukan Najib disingkirkan juga salah.

Dan akhirnya, yang penting sekali, Najib telah menghantar mesej kepada semua ‘warlords’ UMNO bahawa beliau berani ‘pancung’ anak kepada seorang yang dikatakan Ketua kepada semua ‘warlord’. Apa yang anda rasa akan dilakukan oleh beliau kepada ‘warlord’ yang lain yang cuba menghalangnya? Mulai sekarang, kesemua ‘warlord’ akan berjaga-jaga, malah Lim Kit Siang juga mengakui bahawa Najib semakin kuat hari demi hari.

Membunuh dua ekor burung dengan satu batu adalah klasik. Membunuh lima ekor burung dengan satu batu adalah epik. Dan Najib melakukan perkara yang paling epik, yang mana Lim Kit Siang pun terpaksa mengakui bahawa skor kini sepuluh kosong, memihak kepada Najib. Ia adalah sebab saya memihak Najib mengapa. Ia adalah kerana saya sukakan pemenang dan tidak memihak kepada mereka yang kalah yang merengek sepanjang masa seperti seorang kanak-kanak yang hilang lollipop.

– Malaysia Today

Wednesday 3 February 2016

Aduhai PAS kritik secara terbuka pun dah nak saman menyaman dah jawab ajalah isu yang ditanyakan tu..!!

PAS mungkin ambil tindakan terhadap Husam berhubung kritikan terbuka

Naib Presiden PAS Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata isu berkaitan mengambil tindakan terhadap Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Salor Datuk Husam Musa akan dibincangkan pada mesyuarat PAS pusat pada 13 Februari ini. – Gambar fail The Malaysian Insider, 3 Februari, 2016.

PAS tidak menolak kemungkinan mengambil tindakan terhadap Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Salor Datuk Husam Musa yang didakwa mengkritik parti secara terbuka berhubung isu hudud.

Naib Presiden PAS Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata perkara itu akan dibincangkan pada mesyuarat PAS pusat pada 13 Februari ini.

"Dakwaan Husam mengatakan perbincangan hudud hanya membabitkan 3 individu dan tidak dimaklumkan kepada parti adalah tidak betul," katanya kepada pemberita selepas mesyuarat jawatankuasa exco negeri di Kompleks Kota Darul Naim di Kota Baru, hari ini.

Husam sebelum ini dilaporkan menggesa Amar dan Setiausaha Agung PAS Datuk Takiyuddin Hassan bertanggungjawab, termasuk mempertimbangkan meletak jawatan setelah gagal membawa usul pindaan Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1964 di Parlimen, bagi membuka laluan untuk pelaksanaan hukum hudud di Kelantan. – Bernama, 3 Februari, 2016.

- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/pas-mungkin-ambil-tindakan-terhadap-husam-berhubung-kritikan-terbuka#sthash.HrbIxlyh.dpuf

Apa punya akai PAS sekarang nie, ada ka pie tanya penyamun hang pa samun tak duit Tabung Haji


Bagi aku bab TABUNG HAJI nie kalau nak tau apa berlaku sepatutnya pie tanya kat BANK NEGARA dan GABENOR KAK LONG ZETI tu apa yang berlaku...

Eishhh PAS oh PAS..awatlaa hangpa makin pening lalat sekarang nie???


Coq Kria
PEMERHATI POLITIK ANDA

Apabila Lebai Kantoi Guna Harta Kerajaan Negeri Untuk Urusan Peribadi

Che Ibrahim Mohamed added 5 new photos.



Ambo mulanya tidak berhajat untuk komen isu anak menyusu suruh orang tua derhaka letak jawatan, tp ramai sangat pakat tag alah ko ambo sera nak bekecet etek.....

Penggunaan kereta rasmi kerajaan hanyalah untuk keperluan jawatan atau urusan rasmi kerajaan shj, bila ianya digunakan untuk tujuan parti, maka ianya menjadi satu kesalahan wpun dgn izin pegawai yg menjaga kerana telah menyalahgunakan harta awam untuk kepentingan parti atau peribadi.

Kesalahan ini lebih serius bila ianya dipandu sendiri oleh pegawai berkenaan bersama keluarganya. Saya difahamkan Tim Setiausaha Kerajaan(Pentadbiran) amat berang dgn salahlaku ini dan telah memutuskan supaya kenderaan tersebut dibaiki sendiri atas tanggungan sendiri. Memandangkan pegawai yg membenarkan dan pegawai yg menggunakan kenderaan rasmi kerajaan tersebut adalah lantikan politik, pihak SUK tidak dapat mengambil apa2 tindakan tatatertib kecuali sekadar enggan menanggung kos baik pulih kenderaan.

Ambo tidak tahu Perintah Perintah Am dan hukum syarak manakah yg menjadi rujukan kpd pemimpin2 parti lama ambo sehingga kenderaan kerajaan boleh digunakan secara peribadi bersama keluarga tanpa pemandu rasmi kerajaan hingga melintasi beberapa negeri.....wallahu'lam

Ambo difahamkan kenderaan yg malang itu telah dipohon untuk digunakan oleh seorang Pegawai Khas TMB untuk ke Gua Musang, tp tidak diluluskan.







KESIMPULAN DIA :

Ada 4 tatakelakuan yg dianggap salah dlm isu ini;

1. Kenderaan rasmi pej TMB digunakan oleh bukan pegawai pej TMB

2. Pengarah Urusetia Belia, seorang lantikan politik memandu sendiri kenderaan kerajaan bukan milik jabatannya,

3. Membawa anak dan isteri menggunakan kenderaan kerajaan tanpa
urusan yg sah untuk kegunaan keluarga

4. Menggunakan kenderaan kerajaan bukan untuk tujuan yg dikhaskan atau dibenarkan

Monday 1 February 2016

Apabila KETUA PEMUDA PAS KELANTAN berkokok dengan ekoq penuh taik..!!!

Ipoh Mali


Ketua Pemuda PAS Kelantan yg suruh Husam letak jawatan tu.. Ketua Pemuda PAS ni baru lepas kantoi guna kan Kenderaan rasmi Pejabat TMB untuk kerja Parti.. Husam masa jadi Exco kanan dulu pun tak pakai kereta rasmi untuk kerja parti..bila Kereta Eksiden depa lari.. dia tahu ker apa Husam cakap ?

Husam respon kepada Soalan Moderator dalam Forum Bincang isu Akta 355(hudud Kelantan).. bukan dia saja2 sentuh pasal Hudud, Exco PAS si Nasruddin Daud dijemput datang, tapi lari(pengecut).. kalau pengecut pun, hantar la wakil.. 

Sepatutnya Fadhli Shaarie kononnya Pemuda gagah berani mari lah datang ganti, kalau Sembang agama, Bagi Kuliah mcm baguih sgt.. bukan kah dalam PAS ada segala kononnya alim Ulama agama , tok2 guru pondok , para asatizah yg Quran hadis penuh di dada.. Aziz Bari datang dari KL, Ustaz Wanji datang jauh2 mewakili PKR nak bincang bagaimana nak realisasi kan Hudud di Malaysia.., tu pun takkan takut nak berhadapan ? 

bukan kah Tok guru Nik Aziz selalu kata.. kita ni, mesti lawan dengan Hujjah.. Islam ini agama Hujjah, bukan kah Nabi itu berhadapan dgn Yahudi dan Nasara pun dgn Hujjah dan bukti ? bukan Quran pun berdialog didalam Quran dgn mereka ini, takkan dgn sesama Islam yg mengaku pejuang Islam ni penakut ?

قُلْ هَاتُوا بُرْهَانَكُمْ إِن كُنتُمْ صَادِقِينَ

Katakanlah (wahai Muhammad): "Bawalah kemari keterangan-keterangan yang (membuktikan kebenaran) apa yang kamu katakan itu, jika betul kamu orang-orang yang benar"

takda beza UMNO dan PAS hari ini.. Penyakit UMNO hari ini sudah melanda pemimpin PAS, sudah tidak ada keberanian Berhujjah.. hanya berani bercakap besar depan pengikut..

Laa ingatkan AMANAH di KEDAH dah berkubur dah..nie mai kot mana nie..??

Ingatkan dah mati..
Dah lebih 3 bulan...

Sepatutnya parti yang berusia setahun jagung nie
Nak mengumpulkan 10 orng pun susah..
Al Maklumlah parti 'PENGKHIANAT' lah katakan
Lepas tu di KEDAH nie bukannya ada org nak sokong pun...

mau kata sambutan macam nie jika di KEDAH
sudah pasti PARTI HIJAU PUTIH tu yang buat programnya
Al Maklumlah depa dah 50thn usianya..
Sokongan kepada mereka bertambah kuat...
Itu yang bercita2 nak tawan Kedah tuuuu
di kala MUKHRIZ tengah sengsara kini..

Tapi dok tengok sebaliknya berlaku kini....


Bang Din MERGONG

Popular Posts