>> 5 Terkini :

Monday, 29 September 2014

Jika Sg Limau di beri AYAM & ITIK, di Pengkalan Kubor pula MICROWAVE & DUIT ZAKAT RM250

BN perlu post mortem kenapa menang di Pengkalan Kubor..!!

Microwave PRK....... duit zakat RM250 seorang..!!!

Memang Barisan Nasional (BN) menang pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DU) Pengkalan Kubor 25 September lepas tetapi hakikatnya, parti tunjang kerajaan itu wajib buat post mortem untuk mencari jawapan kenapa kerusi DUN tersebut masih kekal menjadi milik BN.

Kalau mengikut pemerhatian orang luar yang bukan pengundi Pengkalan Kubor, kemenangan BN sebenarnya tidak boleh dijadikan ukuran bahawa BN telah berjaya mendapat sokongan rakyat.

Sebabnya, BN terlalu pemurah sepanjang kempen PRK diadakan. Selain janji-janji untuk membangunkan Pengkalan Kubor, rezeki penduduk Pengkalan Kubor datang bergolek tak semena-mena.

Rakyat miskin di hampir semua saluran undi diberi zakat paling sedikit sebanyak RM250 seorang sementara beberapa saluran lagi mendapat habuan lain seperti ketuhar elektrik.

Paling menarik, walaupun zakat tersebut dikeluarkan oleh agensi-agensi kerajaaan dan swasta, penyampaian kepada penduduk yang layak dilakukan oleh pemimpin BN.

Tak kisahlah nak beri apa pun kepada rakyat kerana BN memang dikenali sebagai parti yang dermawan terutama kepada golongan miskin.

Yang menjadi persoalan, kenapa semua pemberian zakat dan sebagainya itu dilakukan pada PRK Pengkalan Kubor?

Apa juga alasan pemimpin BN, orang yang memerhati ada persepsi tersendiri iaitu tak lain tak bukan adalah untuk memancing undi.

Hak orang memerhati untuk bercakap apa sahaja tetapi memikirkan balik apa yang dicakapkan itu, memang ada kebenarannya kerana kalau zakat diagihkan kepada penduduk di Pengkalan Kubor, apa pula kata rakyat di DUN bersebelahan seperti Wakaf Bharu dan Kelaboran?

Apakah di kalangan rakyat DUN bersebelahan tidak terdengar berita zakat diagihkan kepada penduduk Pengkalan Kubor dan tidakkah mereka juga layak sebagai mana penduduk di Pengkalan Kubor?

Bukanlah hendak memuji parti kerajaan negeri tetapi kempen yang dijalankan selama 12 hari sejak hari penamaan calon tidak langsung melibatkan duit yang sememangnya bukan menjadi amalan mereka.

Malah beras yang diberi kepada rakyat miskin bukan diagihkan hanya pada pilihan raya tetapi menjadi rutin bulanan kepada rakyat Pengkalan Kubor yang layak.

Nasib baik BN menang dan cuba bayangkan kalau Pas berjaya merampas kerusi DUN yang telah tiga penggal menjadi milik BN itu?

Maka sebab itulah BN perlu membuat post mortem atas kemenangan yang dicapai walapun majoriti undi bertambah.

Ini bukan masanya BN boleh berbangga atau hanyut dibawa arus dengan keputusan PRK Pengkalan Kubor. Orang luar yang memerhati membuat kesimpulan BN sebenar kalah jika tidak dibantu oleh pemberian wang zakat dan sebagainya.

Ini adalah kenyataan yang tidak dinafikan oleh pemimpin BN. Memang BN berkempen bertemu pengundi tetapi mampukan BN mencapai kemenangan jika berkempen cara Pas yang langsung tidak mengeluarkan duit?

Segerakanlah post mortem untuk mencari punca kemenangan. Tanya diri sendiri apakah BN benar-benar boleh menang jika berkempen tanpa memberi zakat dan sebagainya?

Persoalannya, kalau Pas boleh, kenapa BN tak boleh? Jangan biar rakyat terus mengata BN menang sebab rasuah !

Bicara Rakyat

No comments:

Popular Posts