>> 5 Terkini :

Tuesday 23 September 2014

Habis semua kena 'GAME' dengan ANWAR dalam Isu MB Selangor

Inilah Cita-Cita Anwar sebenarnya.....
Antara sebab ANWAR tidak mahu dilihat beliau ingin mengangkat AZMIN adalah sebab-sebab yang dinyatakan di bawah ini... Antara isu paling besar ialah AZMIN & KHALID sedang berseteru... dalam ertikata sedang berlaga antara satu sama lain...

Seandainya ANWAR angkat AZMIN sudah pasti beliua akan dilihat sebagai menyebelahi AZMIN dan juga berseteru dengan KHALID... jadi sekarang dalam strategi politik beliau, ANWAR telah divert isu ini kepada AZIZAH kerana beliau tahu AZIZAH tidak akan diangkat menjadi MB oleh ISTANA jadi apabila AZMIN diangkat oleh ISTANA maka tidak ada sesiapa yang boleh mempertikai dah akan perlantikan AZMIN....

Itulah ANWAR... tiada sesiapa mampu membaca politik beliau sampai PAS & DAP pun kelihatan tertunggu-tunggu apa akan berlaku seterusnya dalam critera ini....

Azmin, dulu ‘seteru politik’ Khalid, kini MB

SHAH ALAM - Mohamed Azmin Ali, yang bakal mengisi jawatan Menteri Besar Selangor ke-15 pada Selasa adalah ahli politik yang paling lantang mengkritik pentadbiran Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang dianggapnya lemah dan tidak cekap.

Kritikan oleh Anggota Dewan Undangan Negeri Bukit Antarabangsa itu sehingga sampai ke tahap beliau mendesak supaya Abdul Khalid dipecat daripada jawatannya.

Mohamed Azmin, 50, juga merupakan antara pemimpin pakatan rakyat yang membantah keras pelantikan semula Abdul Khalid sebagai menteri besar selepas gabungan longgar parti PAS, DAP dan PKR itu berjaya mengekalkan kuasa di Selangor pada pilihan raya umum (PRU) ke-13 tahun lepas.

Kedua-dua pemimpin itu dilihat tidak sehaluan dalam banyak perkara terutama yang membabitkan pentadbiran negeri serta parti dan perseteruan antara mereka telah mencetuskan pergolakan dalam kepimpinan PKR serta para penyokong masing-masing.

Krisis antara Mohamed Azmin dan Abdul Khalid memuncak apabila Mohamed Azmin digugurkan daripada senarai ahli lembaga Pengarah Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) pada 4 Dis tahun lepas, yang menurut beliau merupakan perancangan kem Abdul Khalid untuk mengurangkan pengaruhnya.

Permusuhan itu berlanjutan apabila Abdul Khalid memutuskan untuk menentang Mohamed Azmin dalam pemilihan Timbalan Presiden PKR tetapi persaingan itu berakhir apabila Abdul Khalid dipecat daripada parti pada 9 Ogos lepas.

Pada Selasa, Mohamed Azmin secara rasminya menggantikan Abdul Khalid, Menteri Besar Selangor sejak 2008.

Kini tiba masanya Mohamed Azmin untuk membuktikan kritikannya selama ini ke atas Abdul Khalid adalah berasas dan perlu mempamerkan kepimpinan yang lebih baik.

Dilahirkan pada 25 Ogos 1964, anak kelahiran Singapura itu mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Jalan Gurney (2) Kuala Lumpur, Sekolah Tinggi Setapak, Kuala Lumpur dan Institut Teknikal di Jalan Cheras, Kuala Lumpur.

Pada 1982, Mohamed Azmin melanjutkan pengajian dalam Ijazah Sarjana Muda Sains (Matematik dan Ekonomi) di Kolej Sains dan Kejuruteraan, Amerika Syarikat.

Beliau kemudian meneruskan pengajian di peringkat Ijazah Sarjana dalam Matematik dan Ekonomi di University of Minnesota dan Sarjana Pendidikan ( Matematik dan Ekonomi di Kolej Pendidikan dan Perkhidmatan Profesion Manusia, Amerika Syarikat.

Penglibatan awal Mohamed Azmin dalam politik bermula sekitar 1987 apabila perdana menteri ketika itu Tun Dr Mahathir Mohamad membuka peluang kepada beliau untuk membantu Timbalan Perdana Menteri ketika itu Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga Menteri Pelajaran.

Beliau yang sebelum itu bertugas sebagai Pegawai Khas di Kementerian Pelajaran dilantik sebagai Setiausaha Peribadi kepada Anwar pada 1 Oktober 1987 sehingga 1998.

Kesetiaan Mohamed Azmin kepada Anwar tidak berbelah-bahagi apabila beliau memilih untuk terus bersama ketuanya itu apabila Dr Mahathir memecat Anwar daripada jawatan timbalan perdana menteri pada 2 Sept 1998 berikutan tuduhan liwat dan rasuah.

Insiden pemecatan Anwar juga merupakan permulaan kepada kekeruhan hubungan Mohamed Azmin dengan Dr Mahathir yang dianggap sebagai bapanya sendiri, malah Mohamed Azmin merupakan antara yang paling lantang mengkritik bekas perdana menteri itu.

Mohamed Azmin merupakan antara pengasas Parti Keadilan (ketika itu) yang ditubuhkan pada 1999 bertujuan mencari keadilan untuk Anwar.

Pada 2010 beliau menjadi Timbalan Presiden PKR bagi penggal 2010/2013 dan mengekalkan jawatan itu untuk penggal 2014/2017.

Pada PRU ke-10 pada 1999, Mohamed Azmin yang mewakili Parti Keadilan memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Hulu Kelang, menewaskan calon Barisan Nasional (BN)-Umno Datuk Fuad Hassan dengan majoriti 1,146 undi.

Pada PRU Ke-12, 2008, beliau memenangi kerusi Parlimen Gombak apabila menewaskan calon BN-Umno Said Anuar Said Ahmad dengan majoriti 6,867 undi dan memenangi kerusi Dun Bukit Antarabangsa apabila menewaskan calon BN-Umno Haslinda Mohd Zerain dengan majoriti 1,381 undi.

Mohamed Azmin seterusnya mengekalkan kerusi Parlimen Gombak dan Dun Bukit Antarabangsa untuk penggal kedua berturut-turut pada PRU ke-13.

Sepanjang penglibatannya dalam politik, beliau tidak pernah lepas daripada kontroversi, antaranya beliau pernah ditahan selama tujuh hari berhubung siasatan mengenai harta pendapatan di antara tahun 1992-1995.

Mohamed Azmin juga menghadapi beberapa pertuduhan di mahkamah, antaranya pada 2001 apabila beliau dan Ketua Pemuda Keadilan ketika itu Ezam Mohamed Noor didakwa di Mahkamah Majistret kerana mengambil bahagian dalam perhimpunan haram ketika pilihan raya kecil Dun Lunas, Kedah dan pada 2012 beliau dan Anwar didakwa di Mahkamah Sesyen atas tuduhan menyertai protes jalanan yang menimbulkan kekecohan di ibu negara. - Bernama

No comments:

Popular Posts