>> 5 Terkini :

Monday 31 August 2015

Bertaubatlah kamu MAT SABU...sesungguhnya ALLAH itu MAHA pengampun dan penerima taubat...

Adam Al-Pekani, 

Maaf cakap.. bila peminat wanita mahu bergambar dgn kita dlm keadaan kita tak dapat mengawalnya kerana org terlalu ramai menyerbu kita utk bergambar, tak jadi dosa pun sebenarnya jika tersentuh dlm darurat, cuma penyokong Parti lebai kmpg Melayu islam dgn parti Melayu bangla saja yg cuba utk besarkan isu, maklumlah ahli syurga.. Kerana sifat dengki & iri hati lahir dlm hati mereka kerana Bersih4 tak ajak mereka..


Masalah sekarang apa berlaku kepada Mat Sabu ialah terlajak rapat untuk bergambar dan jugak dipimpin tangan untuk bergerak....jadi jika bersentuhan Mat Sabu wajib bertaubat dan memohon keampunan kepada ALLAH..itu sebaik2nya kerana ALLAH MAHA PENGAMPUN...

Jika dilihat 3 contoh gambar disertakan kpd saya tiada salahnya mereka bergambar dengan pimpinan cuma adat dan hukum hakam sahaja perlu dijaga...  spt TG Harun Din beliau memegang kerana darurat perubatan...jadi tiada masalah...

Jadi bersangka baik juga kpd Mat Sabu dimana dalam situasi yg ramai itu dan beliau pun tanpa sedar ada org nak berselfie sampai tahap sebegitu jadi jika ada ketelanjuran maka kita harap beliau bertaubat kerana ini dosa beliau kpd Allah... Jika beliau siap angkat tangan dan peluk pabagai amaoi tu itu baru kita kata beliau berniat lain dan itu wajar kita kecam.....

Kepada pihak yg terdekat dan terbabit dalam menjaga dan mengiri serta Mat Sabu sendiri kenalah lebih prihatin dan pandai membuat keputusan di dalam situasi sebegini kerana ia akan jadi maslahan di depan hari...



----------------------------------------------------------------------------------------

BismillahirRahmanirRahim

PERMOHONAN MAAF

Saya selaku Ketua Pengiring kepada Hj Mohammad bin Sabu sepanjang Himpunan BERSIH 4.0 memohon berbanyak kemaafan kepada Hj Mohammad Sabu, keluarga, sanak saudara dan kenalan Islamnya kerana tidak berjaya mengawal serbuan rakyat Malaysia dalam Himpunan Bersih 4.0 dari berbagai kaum untuk mengambil gambar, berselfie, bersalaman dan menandatangan di baju, topi, ikat kepala dan seumpamanya.

Kejadian diluar kawalan dan kelalaian saya telah menyebab berlakukan insiden yang dirasakan kurang sopan oleh masyarakat Islam.

Insyaa Allah selepas ini saya dan team pengiring ARIF (kali.pertama bertugas) akan berusaha memastikan insiden serbuan sehingga diluar kawalan akan dapat di atasi pada masa hadapan.

Sebagai sedikit gambaran sebenar terhadap photo yang sedang diviralkan, kejadian berlaku ketika Hj Mohammad Sabu bergerak dari pentas ke pentas di tengah kesesakan puluhan ribu peserta, saya sendiri telah memberi arahan.agar kawalan tidak dilakukan terlalu ketat dan mesti mesra rakyat tanpa menjangkakan serbuan yang amat menakjubkan telah berlaku apabila mengetahui kehadiran Hj Mohammad Sabu sehingga ada yang seperti histeria untuk bergambar, berselfie dan sebagainya.

Sekali saya memohon berbanyak kemaafan di atas insiden yang telah menyinggung perasaan keluarga serta sahabat seIslam akibat kelemahan.kawalan kami terhadap Pengerusi Harapan Baru Malaysia.

Aris Awang
Ketua Pengiring
Pengerusi Harapan Baru Malaysia
Untuk Bersih 4.0

Friday 28 August 2015

Masa PAS nak UG dengan UMNO tak boleh, datang PKR, DAP & GHB nak UG dengan BN boleh pula..!!?

Mat Alishah


KENAPA KERJASAMA ANTARA PKR DAP & GHB MENGAJAK BN UNTUK TUMBANGKAN NAJIB DAN WUJUDKAN KERAJAAN PERALIHAN ini di anggap sebagai UG versi pakatan rakyat 2.0 tanpa PAS...

Puak PAS kata hangpa nak UG boleh mai kami nak UG hangpa kata tak boleh....mana adil macam nie...

Pada aku sebenarnya memang tak boleh sebab hangpa pie bincang sorang2 tak bawa kawan2 pie bersama....

Bila pie sorang2 dia dah kira kot lain sebab boleh menimbulkan prasangka....jika dilihat dari segi persepsi macam2 perkara akan diperkatan untuk menimbulkan fitnah...

Ia berbeza dengan pie membuat tawaran dalam satu pakatan iaitu PKR DAP & GHB... bila dah ditetapkan ketetapan bersama maka turunlah berpencak bersilat atas nama bersama....dan jika ada masalah hadapilah bersama....

dan perkara ini boleh dilihat dalam perkara KONSENSUSU NASIONAL yang PKR usulkan dimana dia ajak PAS & DAP mai dengaq penerangan apa dia KONSENSUS NASIONAL tu, sians satu ketetapan bersama baru pie tawar kat BN... mcm tu jugak tawaran KIT SIANG yang mana beliau juga sarankan supaya DAP PKR PAS bersama BN mai perelok balik Malaysia....

Ini berbeza dengan UG PAS dimana pie sorg2 sembang balik tirai sapa pun tak tau tawar apa sembang apa....bila kantoi baru kalut nak habaq.....dan yg best sekali mai bertahun pecah lubang sekali lagi dok pie tawar kat KU LI jadi PM..... awat lekeh sangatkan pimpinan dlm Pakatan Rakyat...sampai dok pie jumpa musuh dan tawarkan jawatan.

Ini yang kita tak mau dimana kita tak nak menimbulkan persepsi yg membawa masalah kpd kita di depan hari...mudah2an anda semua faham...

Tuesday 25 August 2015

Apabila Ulama PAS "cover line" dalam isu Kg. Mutiara

\
nie jawapan dia...


Apabila ULAMAK PAS & BLOGGER UMNO BN bersatu "RATAH" Lim Guan Eng & Kerajaan Negeri dalam isu Kg. Mutiara

Malas nak cerita banyak, anda bacalah sendiri apa yang telah di postkan oleh ULAMA PAS nie di wall beliau..???


Ini penjelasan oleh rakyat berkenaan isu tersebut


ini apa yang berlaku hari ini dimana semua bersama nak menyelesaikan masalah...


Ini pula kenyataan MP Bukit Bendera..

Bantah sebarang projek pembangunan di atas tanah Kampung Mutiara selagi pampasan adil tidak diberikan kepada penduduk

Penduduk Kampung Mutiara, Batu Ferringhi yang sudah menetap di kawasan tersebut sejak 50 tahun dahulu kini berhadapan dengan tindakan pengusiran berikutan penghakiman mahkamah bertarikh 3 Julai 2012, perintah bertarikh 20 April 2015, writ milikan bertarikh 25 Jun 2015, dan akhirnya, notis keluar bertarikh 9 Julai 2015.

Kemelut Kampung Mutiara, yang terdiri daripada 90 lebih unit rumah kampung, telah bermula pada tahun 2007 apabila pemilik baru, Encik Loke Leng Seak, telah membeli hartanah Lot 39 dan 40, Seksyen 1, Daerah Timur Laut, Bandar Batu Ferringhi, Pulau Pinang yang berukuran seluas lebih kurang 3.5 ekar.

Setahun kemudian, Encik Loke telah memulakan tindakan mahkamah untuk mengusir penduduk kampung tanpa sebarang pampasan kepada mereka. Walaupun tidak bercanggah dengan kanun tanah negara, namun tindakan ini merupakan tindakan yang kejam dan tidak berperikemanusiaan.

Di bawah garis panduan Kerajaan Negeri Pulau Pinang, mana-mana pelan pembangunan tidak akan diluluskan tanpa pampasan adil dan setimpal kepada penduduk di kawasan tersebut. Sebagai contoh, di Kampung Chetty, iaitu sebuah kampung berdekatan dengan Kampung Mutiara, pampasan satu unit rumah kos sederhana rendah (LMC) telah diberi sebagai ganti rugi bagi setiap rumah yang dikosongkan. Ini adalah hasil rundingan antara penduduk dan pihak pemaju dengan Kerajaan Negeri sebagai pemudahcara.

Namun begitu, dalam kes Kampung Mutiara, sampai sekarang tidak ada sebarang permohonan kebenaran merancang yang dibuat. Oleh itu, Kerajaan Negeri tidak mempunyai locus standi untuk menolak atau menyekat tindakan mahkamah yang diambil oleh tuan tanah Encik Loke.

Pun begitu, kami selaku wakil rakyat tempatan bertekad akan membantah dan mendesak Kerajaan Negeri untuk menolak sebarang projek pembangunan di atas Lot 39 dan 40 Kampung Mutiara, selagi pampasan yang adil dan setimpal tidak diberi kepada semua penduduk kampung tersebut. Kami berpendapat bahawa pampasan bagi penduduk yang sudah berpuluh tahun menetap di situ adalah suatu hak asasi yang wajib ditunaikan atas prinsip perikemanusiaan.

Teh Yee Cheu
Adun Tanjong Bunga

Zairil Khir Johari
Ahli Parlimen Bukit Bendera
Naib Pengerusi DAP Pulau Pinang

NB: This press statement was released on 10 August 2015 in George Town.

#kenyataan wakil GHB yang berjumpa dengan MP Bukit bendera

Perjumpaan JK Khas (Ghb) Kg Mutiara dgn YB Zairel.

Fakta.

1. Kes ini adalah antara Penduduk Kg Mutiara dengan Tuan Tanah.

Ringkasan.

Tanah Kg Mutiara asalnya milik Lorraine Osman.

Atas sebab2 tertentu, Bank melelong tanah tersebut dan dibeli oleh Tuan Tanah sekarang pada 2007.

Tuan Tanah selaku Plaintif, telah memfailkan di Mahkamah supaya penduduk mengosongkan tanah miliknya.

Kes ini telah dibicarakan di Mahkamah Tinggi, seterusnya di Mahkamah Rayuan, memihak kpd Tuan Tanah.

2. Kes ini pada asal dan awalnya dikendalikan oleh Umno. 'Kebetulan' majoriti penduduk Kg Mutiara adalah ahli dan/atau penyokong Umno.

3. Tanah Park Royal Hotel.
Sebahagian penduduk Kg Mutiara sebelum ini menduduki tanah Hotel Park Royal. Bila Hotel Park Royal dibina, mereka berpindah ke Kg Mutiara.

4. Sehingga hari ini, TIDAK PERNAH ADA perundingan/perbincangan antara Penduduk dgn Tuan Tanah.

Atau antara Penduduk dengan Kerajaan Negeri.

Yang ada, adalah naik turun mahkamah yg akhirnya tetap berpihak kpd Tuan Tanah.

5. Oleh kerana kes ini kes yg melibatkan penduduk dan tuan tanah, dan pada asal dan awalnya dikendalikan oleh Umno, Kerajaan Negeri tidak terlibat dalam kes ini.

6. Peranan Kerajaan Negeri. Kerajaan Negeri akan berpegang kpd polisi pentadbiran nya; iaitu TIDAK AKAN MELULUSKAN apa jua projek memajukan tanah tersebut SEHINGGA penduduk diberi pampasan yang sewajarnya.

Hingga hari ini, Tuan Tanah tidak hantar apa2 permohonan untuk memajukan tanahnya.

7. Tuan Tanah tidak mengemukakan apa apa permohonan untuk memajukan tanahnya, sebaliknya, mengguna kuasa Mahkamah supaya penduduk mengosongkan tanahnya.

8. Atas kuasa tersebutlah, kampung tersebut sepatutnya dirobohkan pada hari ini, 24.8.15.

9. Atas pandangan keselamatan pihak polis, mereka menangguhkan perobohan ini selama 2 minggu.

10. Ambil maklum, bahawa TIADA PERNAH PERUNDINGAN RASMI antara Penduduk vs Tuan Tanah , dan Penduduk vs Kerajaan Pulau Pinang.

YB Zairel , TKM1, dan YB Mujahid akan cuba membawa Tuan Tanah ke meja rundingan BUAT PERTAMA KALI.

Ini akan dilakukan dalam masa 2 minggu ini.

Semoga dipermudahkan Nya dan berjaya.

Dr Zaidi Zakaria
Wakil
JK Khas (Ghb) Kg Mutiara.

#Umno, PAS, DAP and PKR come together to save Penang Malay villagers from eviction (VIDEO) - See more at: http://m.themalaymailonline.com/malaysia/article/umno-pas-and-dap-come-together-to-save-penang-malay-villagers-from-eviction#sthash.hhwpZjQV.dpuf

#INI PULA KISAH KG. MUTIARA YANG MENJADI MODAL BLOGGER UMNO "RATAH" GUAN ENG & KERAJAAN NEGERI :

 'Melayu Terbangsat' Menjadi Bukti Di Pulau Pinang?.. Jangan Fitnahlah Bro..

Isu ni mengenai Kampung Mutiara di Batu Feringgi, Pulau Pinang ini dah mula disebar dalam beberapa Group WhatsApp sejak dari hari Sabtu yang lalu..



Hari ini ianya disiarkan oleh kebanyakkan Blog UMNO khususnya dari UMB di Pulau Pinang ini..

Tujuannya jelas untuk membuktikan kepada umum apa yang Najib kata iaitu 'Melayu Terbangsat jika UMNO hilang kuasa' itu adalah benar..

Kita baca dulu laporan dari sebuah Blog UMNO ni..

'MELAYU TERBANGSAT' MENJADI BUKTI DI PULAU PINANG, APABILA MELAYU DIHALAU BAGAI ANJING KURAP DARI KAMPUNG SENDIRI!!! 
Bukan main lagi sensitif apabila Perdana Menteri menyatakan, tanpa UMNO, Melayu akan menjadi BANGSAT. Ramai yang menyatakan ketidakpuasan hati berhubung penggunaan perkataan tersebut. Mereka lebih senang menerima perkataan BODOH, RASUAH, PENYELEWENG, RASIS dan sebagainya berbanding BANGSAT. 
Malah mereka tidak akan memberikan sebarang reaksi apabila Melayu dikaitkan dengan lembu atau babi. Tetapi sangat meloncat dan bimbang sekiranya perkataan BANGSAT akan menjadi perkataan trending yang akan menjadi sangat popular. 
Hakikatnya, BANGSAT adalah bermaksud 'tiada tempat tinggal' atau 'berkelana' atau 'bertebaran mengembara' dan dalam pengertian masakini, dihalau keluar dari tempat tinggal dan mencari-cari tempat tinggal baru tanpa ketentuan. 
Ia samalah seperti era 1930-an apabila ramai masyarakat India dan Cina bangsat ke Tanah Melayu dan sekarang menjadi keturunan yang merupakan sebahagian daripada struktur negara ini. 
MELAYU TERBANGSAT tanpa UMNO yang berkuasa terbukti di Batu Feringgi, Pulau Pinang hari ini. 
Pemusnahan 66 buah rumah, malah difahamkan melibatkan lebih 1000 keluarga adalah bukti sebenar kepada kenyataan Melayu Terbangsat. Kesemua mereka yang dibangsatkan terdiri daripada orang Melayu. Mereka dipaksa menjadi bangsat apabila rumah dan kediaman mereka dirobohkan tanpa sebarang pampasan, tanpa sebarang bantuan dan tanpa sebarang rumah ganti. 
Adalah difahamkan perkampungan tersebut dihuni oleh keturunan pahlawan dan kerana itulah, mereka akan mempertahankan kewujudan kampung mereka sehingga ke titisan darah yang terakhir. Mereka adalah keturunan daripada perajurit-perajurit yang berkhidmat untuk Sultan Kedah sebelum kedatangan Francis Light di Pulau Pinang. Sultan Kedah pada waktu itu telah membenarkan mereka tinggal di pulau tersebut yang merupakan sebahagian daripada negeri Kedah. 
Perkampungan tersebut merupakan perkampungan Melayu terakhri di Batu Feringgi, yang menjadi idaman DAP semenjak mereka berjaya merampas Pulau Pinang daripada Barisan Nasional pada tahun 2008. 
Bagi yang tidak faham istilah dan pengertian BANGSAT selain daripada maksud pertama yang popular dan seringkali digunakan, apa yang berlaku di Pulau Pinang hari ini adalah maksud sebenar perkataan BANGSAT yang kerapkali digunakan oleh masyarakat Melayu di sebelah utara Semenanjung ` The FlyingKick

Nak menangis aku baca.. sedih tak terkira bila membayangkan nasib Melayu bila UMNO dah hilang kuasa.. senang-senang saja kena halau..

Tapi.. betoi ka apa yang dia tulis tu??




Sejak semalam isu mengenai Kampung Mutiara di Batu Feringgi, Pulau Pinang ini dijadikan modal untuk menyerang pentadbiran Kerajaan Negeri Pulau Pinang oleh Facebooker dan juga Blogger Pro UMNO yang ramai bertapak di Pulau Pinang ini..




Biarpun laporan berita dengan jelas menyatakan punca penduduk diarahkan mengosongkan perkampungan mereka, Facebooker dan Blogger Pro UMNO dengan bodohnya tetap menuduh angkara Kerajaan Negeri..

Baca laporan yang aku copy dari Pisau.Net ni..

PULAU PINANG 13 Okt. – Sebuah lagi perkampungan Melayu di negeri ini iaitu Kampung Mutiara, Batu Feringgi di sini bakal hilang dari peta apabila lebih 200 penduduknya diarahkan mengosongkan kediaman mereka masing – masing. 
Kampung berkenaan yang terletak berhampiran lokasi pelancongan popular di sini wujud sejak tahun 1950-an lagi dan menempatkan lebih 200 penduduk membabitkan 48 keluarga. 
Hari ini sebahagian besar penduduk kampung mengadakan demonstrasi dalam keadaan penuh emosi bagi menyuarakan nasib mereka yang diarahkan berpindah tanpa pampasan dan rumah ganti. 
Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan Kampung Persekutuan (JKKKP) , Ismadi Abu Bakar berkata, masalah mereka bermula pada tahun 2007 apabila tuan tanah yang berpengkalan di Selangor menyerahkan notis pengosongan kepada mereka. 
Menurutnya, keadaan bertambah sukar pada tahun 2012 apabila mereka diarah berpindah dan notis terakhir yang diserahkan ialah tiga bulan lalu. 
” Sehubungan itu, kami meminta pihak berkuasa campur tangan bagi membantu penduduk di sini yang tersepit. Majoritinya adalah penduduk asal di Batu Feringgi dan ke mana kami hendak berpindah selepas ini,” katanya. 
Terdahulu, Ismadi bersama kira-kira 100 penduduk mengadakan demonstrasi sambil mendesak supaya keadilan diberikan kepada mereka. 
Pelbagai sepanduk turut dibawa antaranya bertulis ‘ Jangan Halau Kami’, Kami Diusir Tanpa Pampasan’ dan ‘ Tuan Tanah Tidak Berperikemanusian’ malah ada yang tidak dapat menahan sebak sehingga mengalirkan air mata. 
Katanya, kawasan itu bukanlah perkampungan haram kerana diiktiraf kerajaan dan pernah mendapat anugerah Johan Kampung Terbaik di negeri ini dan mempersoalkan kenapa tidak digazetkan sebagai kampung warisan. 
” Arahan ini membabitkan 48 rumah penduduk yang terletak di lot A dan B dan kami tidak dimaklumkan, pembangunan apa yang mahu dilaksanakan di sini,” katanya. 
Seorang penduduk, Che Melor Othman, 48, berkata, dia berikrar untuk mempertahankan haknya sebagai penduduk kampung berkenaan dan menuntut supaya pemilik tanah lebih bertimbang rasa. 
” Bagaimana saya, suami serta empat anak mahu meneruskan kehidupan kerana kami dihalau tanpa dibayar walaupun satu sen. 
” Majoritinya kami menuntut supaya diberikan rumah di kawasan ini juga kerana kami anak jati dan hidup mati di sini,” katanya. 
Saudara kembarnya, Che Bunga Othman berkata, mereka mahu terus menetap di situ kerana terdapat masjid di kawasan berhampiran selain mewarisi tempat itu dari nenek moyang. 
” Jangan main- main dengan kami orang Melayu di sini kerana apabila keadaan mendesak seperti ini, kami bangkit mempertahankan hak masing- masing,” katanya. 
Aminah Said, 51, pula berkata, keluarganya terpaksa menanggung kerugian yang besar kerana rumah bakal musnah selain perlu mengeluarkan perbelanjaan untuk menyewa atau membeli rumah baru di negeri ini yang sangat mahal. 
” Saya hanya suri rumah yang mempunyai tiga orang anak.Mana hendak cari duit untuk berpindah. Ini tempat kami,” katanya. 
Perhimpunan berkenaan yang berlangsung selama sejam dengan kawalan ketat pihak polis berakhir dengan bacaan doa.



Siapa yang mengusir?.. Tuan tanah atau Kerajaan Negeri? jelas dalam laporan tu mengatakan Tuan Tanah yang mengarahkan mereka keluar.. tapi macai masih nak spin juga..

Kalau benarlah mereka nak perjuangkan nasib bangsa Melayu di Pulau Pinang ni.. aku cadangkan perjuangkanlah nasib 5,000 penduduk dari 11 buah Kampung kalau tak silap aku.. yang tak tahu bagaimana masa depan mereka berikutan terjualnya tanah pengkalan TUDM kepada pemaju untuk dibangunkan..

Perjuangkanlah nasib mereka.. kenapa didiamkan?..  Aku sokong sangat kalau isu mengenai Kampung-kampung disekitar Pengkalan TUDM itu dibawa oleh Blogger UMNO..

Tapi malangnya bila perkara yang akan mencetuskan backfire kepada mereka.. mereka buat tak nampak saja..

Berikut pula adalah ulasan dari Faqar mengenai isu ini..


Isu Kampung Mutiara dekat Batu Feringghi, Pulau Pinang pun sebenarnya membabitkan tiga pihak.

Pertama, tuan tanah persendirian. Kedua, pemaju. Dan ketiga, penduduk asal di situ. Tuan tanah persendirian itu menang kes di peringkat Mahkamah Rayuan Putrajaya, sekaligus mengakibatkan pengusiran penduduk asal dari kampung tersebut.  
Ahli Majlis bagi Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) Hariszuan Jaharudin dalam reaksi spontan memberitahu bahawa Kerajaan Negeri secara pentadbiran telahpun menyediakan khidmat guaman untuk penduduk-penduduk asal berwajib demi menghadapi tuntutan tuan tanah persendirian tersebut hingga ke peringkat akhir mahkamah.  
"Penduduk asal di situ sebahagian menerima khidmat guaman daripada pemimpin Umno, dan sebahagian lagi menerima khidmat guaman daripada Kerajaan Negeri sendiri, selepas pertemuan dengan Jagdeep Singh Deo (Exco Perancangan Bandar & Desa dan Perumahan) serta Timbalan Ketua Menteriu I (Datuk Mohd. Rashid Hasnon sebelum ini.  
"Dari segi undang-undang, Tuan Tanah Persendirian memang mempunyai hak ke atas tanah tersebut, tetapi, Kerajaan Negeri melalui PBT (MPPP) secara pentadbiran biasanya tidak akan meluluskan permohonan pelan perancangan pembangunan di atas tanah tersebut sehinggalah tuntutan penduduk asal di situ turut diambil kira," ujar Hariszuan, yang juga Ketua Pemuda DAP Bukit Bendera semasa dihubungi pagi tadi.  
Penjelasan tersebut sekaligus mendedahkan perkara sebenar di sebalik percubaan pembangkang Umno Barisan Nasional negeri menggambarkan bahawa pentadbiran Ketua Menteri YAB Tuan Lim Guan Eng kononnya mengusir komuniti Melayu daripada kampung setinggan berkenaan ~ FAQAR

Sunday 23 August 2015

Pas dulu dan Pas sekarang...... kami tak dijemput!


Pas dulu.. bila ada rakyat marhaen tertindas, merekalah juara memperjuangkannya dari segi bantuan guaman hinggalah kepada bantuan kewangan dan makanan...

Pas sekarang.. diam atau mengutuk tindakan mengatakan yang bertindak itu bodoh dan tak ikut lunas-lunas demokrasi yg ditetapkan..

Pas dulu.. jika timbul isu rakyat seperti gst, tol, harga minyak, dll merekalah juara yang perjuangkannya mati-matian. Berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah. Empati dengan rakyat hingga rakyat turut terharu...

Pas sekarang.. rakyat kesempitan hidup, miskin, dilanda musibah, kos sara hidup tinggi, merempat dsb.. mereka berlumba2 buah rumah besar, kereta mewah, bermotosikal kuasa tinggi dan bermewah2...

Pas dulu.. bila ada himpunan rakyat, merekalah barisan hadapan berkempen minta rakyat bersama-sama mereka berjuang seiringan. Kena gas pemedih mata, ditangkap, dipukul, didakwa dan dipenjara...

Pas sekarang... kami tak dijemput!

Thursday 20 August 2015

Akhirnya benarlah kisah KU LI ditawarkan jawatan PM oleh PAS..!!!

Teuku Zacharyah Iskandar

ALLAH RUNGKAI SATU PERSATU..


Maka BENARLAH apa yg didakwa oleh Rafizi Ramli dan beberapa orang di dlm biro pollitik PKR bahawa dua bulan sebelum PRU 13 dilangsungkan telah diadakan mesyuarat pimpinan PR bagi mendapat persutujuan bersama dan menentukan siapakah yg akan diangkat menjadi PM jika PR berjaya membentuk kerjaan di Putrajaya..

Di dalam mesyuarat tersebut DAP dan PKR bersetuju Datok Seri Anwar menjadi PM di atas segala pengalamannya dlm pentadbiran negara dan pernah menjadi Tim Perdana Menteri.. Juga kerana itu jugalah kehendak rakyat terbanyak yg mahu melihat Anwar ditabalkan sebagai PM..

Sheikh Yussof Qaradawi, Sheikh Wahbah Zuhaily dan beberapa pimpinan Ikhwanul Muslimin di Mesir, Erdorgan di Turkey dan pimpinan tertinggi Indonesia juga mengutuskan Warkah yg menyata harapan dan doa mereka agar Anwar Ibrahim ditabalkan menjadi PM jika PR menang dlm PRU 13

Malah Website2 Official Sheikh Yussof Qaradawi, Erdorgan, Ikhwanul Muslimin dan pimpinan dunia islam yg lain sering memaparkan berita tentang Anwar Ibrahim.

PAS yg pada mulanya bermanis mulut menyokong Anwar Ibrahim sebagai PM kemudianya teragak2.. Hingga akhirnya Haji Hadi mencadangkan nama Tengku Razaligh Hamzah dari UMNO sebagai PM..

Kini desas desus ahli PAS yg menyatakan Haji Hadi menyokong KULI sebagai PM adalah Fitnah Rafizi Ramli akhirnya terbongkar juga apabila KULI sendiri yg mendedahkannya di media massa...

Di sini jelas :

Haji Hadi mempunyai Agenda tertentu.
Haji Hadi menyimpan dendam kesumat terhadap Anwar Ibrahim.
Haji Hadi membelakangkan Harapan Rakyat dan Dunia Islam.

MARAH Haji Hadi belum KEBAH terhadap Anwar selaku Presiden ABIM yg hanya melantik beliau sebagai pengerusi ABIM Kuala Terangganu ketika di zaman remaja mereka dahulu..

GILA JAWATAN DAN PANGKAT RUPANYA AL MARANGI NI...

Note :

Hikmah " Kemenangan yg tertangguh " adalah bagi membongkar siapakah pengkhinat dlm gabungan PR.. Allah dh tunjuk sedikit demi sedikit.. Mereka yg khianat telah menerima KIFARAHNYA sehingga mereka berpecah belah..

Teuku Zacharyah Iskandar
Admin FB : Anak Muda Bangkit Hancurkan UMNO & Wala'unta

Hebatnya KENDERAAN TMB KELANTAN..!!!!!


anda ingat duduk dalam perjuangan PAS nie lekeh kee... tak mampu kee..
kehidupan mereka pun lebih hebat dari sesetengah pimpinan UMNO jika nak tahu....

nie ada lagi..







Sunday 16 August 2015

AJK PAS yang baru naik semua 'LEMBIK'

Sebenarnya kemelut yang melanda PAS ketka ini bolehlah dikatakan satu kemelut yang sukar diatasi kerana PAS ketika ini mempunya satu barisan kepimpinan yang baru naik merupakan salah satu barisan kepimpinan yang 'LEMBIK' dalam ketegasan membuat keputusan.

Lihatlah apa berlaku sekarang dimana G18 setiap hari ibarat menghina & mencerca PAS dengan sentiasa menyebut akan kehadiran parti GERAKAN HARAPAN BARU mereka.

Jika sebelum ini ada amaran melarang JAMAAH DALAM JAMAAN.. namun kali ini perkara yang berlaku ibarat ditelah sebegitu sahaja.

Apa yang mampu mereka semua katakan ialah sekadar bertanya BILA NAK KELUAR... BILA NAK KELUAR.....

Hallo mereka itu ibarat pencuri datang mencuri dalam rumah kita namun kita tak berikhtiaq nak menghalau mereka...kita sekadar menyuruh SILALAH KELUAR.... bertuah mereka akan keluar... mereka meneruskan niat yang dilakukan untuk terus MENCURI dan MENCURI... nama pun pencuri..

Ayuh..!! Buktkan anda semua merupakan wira-wira kepada ahli PAS yang telah diangkat baru2 ini adalah AJK yang hebat dan mampu membuat keputusan yang tegas dan dinamik..... 

dan sila tunjukkan ketegasan yang ada dalam kepimpinan... PECAT sahaja mereka2 itu.. ..usah disimpan atau dibiarkan mereka berleluasa dalam PAS.. ini baru dilihat ada ketegasan....ada pendirian dan mampu memikul tanggungjawab yang diamanahkan....

Joe Kobah

Saturday 15 August 2015

Ini bukan fitnah pil Kuda ...Saifuddin Nasution sudah sedia dengan saksi-saksi hebat



Saman bekas TS Abdul Khalid Ibrahim terhadap Saifuddin Nasution Ismail telah diselesaikan dengan baik di luar mahkamah. Namun mulut longkang dari penyokong PAS tetap mendakwa Saifuddin telah memfitnah Khalid hingga akhirnya terpaksa minta maaf kepada Khalid. 

 Waima Saifuddin dan Rafizi Ramli telah menyatakan bahawa mereka berdua, Khalid dan Saifuddin telah saling bermaafan. Nak diungkit apa lagi kalau bukan kerana mulut dan dan hati busuk macam cirit!!

 Apakah puak-puak penyokong Khalid ini mahu mereka turun naik mahkamah bertahun-tahun lamanya?

 Kerana andainya diteruskan juga, pastinya akan mengambil masa yang panjang .....Itu antara sebab TS Khalid menerima baik saranan Anwar yang menyatakan kepada Khalid, sekiranya kes ini diteruskan ia akan melalui proses yang panjang. 
   
Khalid menerima saranan tersebut malah berpesan kepada Saifudin bahawa penarikan saman itu adalah hikmah supaya beliau boleh memfokuskan kepada kerja lain dan PKR boleh memperkukuhkan parti. 

Saifuddin Nasution memang telah cukup bersedia dengan saksi-saksinya untuk mempertahankan dirinya. Bukan macam kes pil kuda, bayang saksi pun tak nampak....

Mungkin kerana setelah menyedari peluang untuk memenangi kes ini agak tipis, Khalid menerima saranan Anwar untuk menarik saman RM100juta! Korang ingat mudah gitu sjakah Khalid nak lepaskan peluang untum mendapat RM100juta tu? 

Saifuddin Nasution menerusi satatus di akaun fesbuknya menyatakan :

 sy telah meminta peguam saya memanggil saksi-saksi berikut, anwar, kit siang, mat sabu dan khalid samad. ini bagi menjawab apakala ditanya mengapa tski diminta berundur sebagai mb.


 sy perlu memanggil anwar kerana beberapa kali beliau bertemu tski 4 mata membincangkan isu ini. satu ketika tski bahkan bersetuju untuk berundur. bila dibuat prk kajang dengan cadangan asalnya anwar menjadi calon, tski bersetuju menjadi pengarah jentera praya pkr.


 sy perlu memanggil mohd sabu kerana beliau mengadakan pertemuan tertutup dengan pimpinan pas selangor dlm isu tski. pas selangor bersetuju meminta tski berundur sebagai mb selangor.


 sy perlu memanggil khalid samad kerana pada waktu beliau menjawat timb pesuruhjaya pas selangor, bilamana isu tski dibincang dlm mesy pas selangor ada ketikanya pas selangor mencadangkan kpd pas pusat supaya dicadangkan kpd pkr agar memecat tski sebagai mb selangor.


 peguam sy telah mendapatkan minit mesyuarat pas selangor yg tertera pas selangor mencadangkan seorang mb dari pas menggantikan tski.


 sy memanggil kit siang kerana beliau akan mengesahkan mesyuarat pimpinan pakatan yg membincangkan bgmn tski membelakangkan keputusan dan arahan majlis presiden pr.


 tski menganggap sebab2 yg dinyatakan oleh pkr ketika meminta beliau berundur adalah fitnah. saya katakan tidak kerana sy menyampaikan keputusan2 parti dan pr. sy juga harus menerangkan kpd rakyat sebaWb2 tersebut.


 hari ini perkara itu tidak sampai dibicarakan kerana telah diusahakan penyelesaian melalui kedua-dua pihak saling bermaafan dan kes tidak diteruskan.

Thursday 13 August 2015

Siapa Yang Hina, Serang & Tolak ULAMA'..???


[09:19, 8/13/2015] Ibrahim Soffian: -

[09:19, 8/13/2015] Ibrahim Soffian: Pertanyaan..siapa serang ulamak dan siapa tolak ulamak?

Adakah menegur pendekatan siyasah yg diambil oleh seseorang yg digelar ulamak itu bermakna menolak ulamak?

Adakah ulamak maksum atau terlepas dari kesilapan sehingga apa shja tindakan dlm aktiviti politiknya tidak langsung boleh ditegur?

Soalan terakhir..dlm muktamar pas yg lalu sebenarnya siapa yg tolak siapa?

Golongan ugama menolak golongan profesional secara borong atau etnic cleansing atau golongan profesional yg tolak golongan ugama?

Siapa yg halau siapa? Artikel oleh Subki Latif tu baik tapi adakah menyelami sehingga ke dasar terhadap apa yg berlaku atau sekadar perbicaraan di atas permukaan?

[09:23, 8/13/2015] Ibrahim Soffian: Selagi kita dibelenggu fahaman apa shja tindakan politik TGHH itu betul dan haram dipertikaikan srlagi itu lah kita akan berfikir di dalam kotak.

Jgn samakan tindakan politik dgn hukum feqah atau huraian tauhid..yg mmg TGHH pakar dan tiada siapa pertikai. Tp adakah bermakna tindakan politik dia juga wajib betul dan wajib ditaati walaupun ternyata kerosakan akibat tindakan tersebut?

[09:30, 8/13/2015] Ibrahim Soffian: '..kejayaan gerakan Islam adalah kejayaan dakwah..' mcm dlm artikel...bkn kah PAS sekarang telah membakar jambatan dakwah yg telah dibina oleh TGNA dan UFN antara PAS, PKR dan DAP dan antara PAS dan org bukan Islam akibat pendekatan 'keras' yg diambil oleh PAS hingga menjauhkan semula mad'u yg sudah mula menghampiri kita?

Wednesday 12 August 2015

Hadi melepaskan peluang keemasan untuk jadi PM selepas PRU14 nanti..!!

Mat Alishah


Result pru13 menunjukkan cuma lagi 2% untuk menumbangkan BN.....ini berdasarkan apa yang dihuraikan oleh mantan TPM Tan Sri Muhyiddin Yassin semasa perhimpunan Agung Umno tempohari..

Ini Videonya :



2% kejatuhan undi BN di pru14 nanti akan menyebabkan mereka berkubur.... Disebabkan takut berkubur itulah politik mereka mula lunak dan mesra pembangkang terutama pas....pkr depa dah berjaya perosok bigbos dia maduk dalam...dap pulak dok tanam komunis komunis....jadi bila dah berjaya pecah pakatan rakyat maka 2% akan naik semula.....Nasib nasib....musuh dah nak tergolek dah tetiba pakat dok nak pie bantu bangun semula....
Posted by KedahLanie on Friday, 13 March 2015

Seandainya Hadi dan pimpinan Pas Kelantan tidak gopoh dengan hudud mereka sudah pasti pru14 nanti Hadi lah yg akan jadi calon pilihan dalam PR ini disebabkan Anwar ada dalam 'sana'.

Jadi bayangkan semasa pru14 nanti Pas menambahkan kerusi parlimen sehingga 60 kerusi....Dap 50 pkr 60.......mmmmm kenapa anda tak yakin....

Pada saya ia tak mustahil dlm keadaan BN yg nazak dgn pelbagai isu dan kadar kehidupan yg semakin tertekan dlm kos kehidupan...

Yang dikalutkan dengan HUDUD tu pun bukannya boleh dilaksanakan lagi sebab PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN tak dipinda.... jika nak pinda kena ada kuasa dengan sokonga 2/3 ahli parlimen baru boleh dilaksana...

Sekarang yang dok gopon nak bawa parlimen siapa nak sokong...nak suruh UMNO sokong...sejak bila UMNO sokong HUDUD...ayaq mata yang dok mengalir tu semua ayaq mata boya aja...

Tapi nak buat camna dah tak nak kuasa yang dikehendaki hanya redha Allah sahaja....yang mana habih bercerai berai kesepakatan yg dibina....

Bayangkan selepas ada kuasa dan siap jadi PM lagi dok tunggu apa lagi... kuasa sudah ada ditangan...buat laa apa yg dihajati tuu...siap boleh guna tv radio lagi sebab kita yg memerintah skrg....

Namun hakikatnya semua sudah tinggal menjadi kenangan....

Apakah Beza Dasar Islam PAS Dan GHB?


1. HB lahir daripada hasrat untuk mengembelingkan tenaga seluruh rakyat dan menghidupkan semula semangat Pakatan Rakyat.

2. Berbeza dari sudut Penegasan ciri2 yang kita nak tonjolkan. Kita tahu Islam itu tidak ada ciri2 yang kita boleh tempelkan. Islam adalah Islam. Cuma dari sudut bagaimana cara orang Islam atau parti Islam atau Organisasi Islam membawa pendekatan Islam itu.

3. HB mengasaskan Islam yang sifatnya RAHMAH (Kasih Sayang), Ramah Tamah. dan bukan Islam Marah atau 'the Compesionate Islam, not the compeling Islam'. Ada setengah pihak tanpa kita sedari, melalui pendekatannya, seolah-olah mengambarkan Islam itu Islam yang marah-marah.

4. Idea berkenaan Pendekatan Islam yang Ramah ini memerlukan kita merungkaikan semua cara kita berfikir, cara kita mendekati orang ramai, cara kita berdepan dan berinteraksi dengan masyarakat berbagai kaum, bangsa dan agama.

5 Ciri yang kami maksudkan ialah Islam yang bersifat Syamilah (Inklusif) bahawa tidak ada seorang pun tertinggal dalam hal ini.

6. Yang kedua, Islam yang sifatnya itu PEDULI bukan hanya soal agama tetapi juga soal politik, sosial, ekonomi, pendidikan yang boleh bagi keadilan kepada semua tidak kira kaum dan agama.

7. Islam yang sifatnya itu melihat perkembangan semasa itu perlu dijadikan sebagai tema bahawa Islam itu mampu bergerak dengan majunya pada setiap masa.

8. Kita mengambil kira soal realiti, perundangan negara, kepelbagaian yang ada tanpa kita cuba nak bulldoze (paksakan). Itu perbezaan nyata dalam konteks isu2 Islam seperti perlaksanaan hudud.

9. Isu2 yang melibatkan sensitiviti orang Islam, kita lebih berminat untuk menggarap persoalan itu melalui dialog, kepercayaan antara satu sama lain, dan lebih penting kita nak memelihara kesepaduan sehingga tidak muncul perpecahan akibat isu itu sehingga mengambarkan Islam itu bersifat tidak boleh berunding dan seolah-olah Islam itu cuba nak paksa orang lain menerima idea-ideanya tanpa dibawa dalam proses demokrasi dan dialog awam.

10. Apa yang kita bawak dalam kerangka negara kita menerimanya sebagai salah satu dari proses demokrasi dan orang ramai boleh berbincang soal itu cumanya perbincangan itu jangan sehingga membawa kepada kebencian dan segala pertentangan idea perlu dilihat sebagai sesuatu yang berada dalam kerangka demokrasi yang sihat dan bukan benci-membenci antara satu sama lain hatta kepada isu yang sensitif sekalipun.

Tuesday 11 August 2015

Bongkar rahsia kenapa #NAJIB taknak tambat nilai Ringgit dengan USD

Gin Marvel


Secara rasmi pihak kerajaan buat pengumuman bahwa Malaysia tidak akan buat tambatan wang ringgit sebagaimana tambatan RM3.8 suatu ketika dahulu. Dan setiap posting yg dikeluarkan dari wall ini kerap kali buat jangkaan awal berkenaan penurunan nilai mata wang Malaysia. Akhirnya GM terima maklumbalas.....

"Jgn spekulasi mata wang ringgit, anda boleh dikena hukuman Akta Hasutan".

Akta hasutan pala pak, tok, nek hampa....!!! Index saham di BSKL itu pun beroperasi berdasarkan jangkaan/spekulasi. Ringgit lemah kerna penyangak regime yg memerintah, bukan rakyat yg melihat graf index kewangan Malaysia.....

Cuba fikir kenapa Najib minta 6 bulan nak setel hal 1MDB ?

Kerna jika tambatan wang ringgit ini di jalankan sekarang, besar kemungkinan jika ada fund pelabur dari luar negara ingin dapatkan tanah kepunyaan 1MDB di Tun Razak Exchange seperti dikhabarkan dari negara China & Arab, pada bulan ke 6 nanti di andaikan 1usd=RM4.4 maka 1MDB akan perolehi keuntungan tinggi yg mudah dari perjanjian yg dibuat pd awalnya....

Contoh:
Sekarang RM3.95/usd= 1billion usd bersamaan RM3.95 bilion
Jika lepas 6 bulan RM4.4/usd= 1 bilion td bersamaan RM4.4 bilion
Keuntungan mudah dari kelemahan ringgit berjumlah = RM450 juta

Amno kata kelemahan ringgit itu membantu negara, inilah permainan yg mereka sendiri lakukan.....

Yang memerhati: Gin Marvel

Monday 10 August 2015

Sembang Santai FB Antara - Pejuang PAS dan Harapan Baru

GHB bila PILIHAN raya nanti dia akan lawan UMNO dan PAS ke?
Mmg SAH geng tak mandi mat sabun.
Like   Comment   
  • 1 share
  • Mat Alishah hang tau mana depa nak lawan UMNO atau PAS... parti pun belum wujud lagi....itu sekadar persepsi hang lepas tu hang dok hina orang... ajaran PAS macam itukah dok suruh hina orang...

    benda kedepan kita bukan tahu apa nak jadi thah thah PAS bersama UMNO
    lawan GHB dan PKR dan DAP... (ini hanya persepsi yg kita semua tak tahu)

    ataupun PAS bersama GHB/PKR/DAP berbincang elok2 susun kerusi lawan satu sama satu tentang BN... ini juga persepsi yg kita semua tak tahu apa nak jadi di kemudian hari....

    yang penting kita berusaha....

    Jika berusaha nak tumbangkan BN...maka tumbanglah BN
    Jika berusaha nak kawan dengan UMNO...maka berkawanlah ia

    Selamat bekerja menumbangkan pemerintah yg zalim grin emoticon
    Like · Reply · 3 hrs
  • Pejuang Pas Kah kah kah
    Belum wujud Tp nama parti dah ada.... Mmg SAH meroyan geng GHB
    Like · Reply · 1 · 3 hrs
    • Hide 53 Replies
    • Mat Alishah tak kesah.meroyan atau tidak..yg penting buat kerja menumbangkan pemerintah yg zalim..

      biarlah yg meroyan membawa diri...jika bersama dalam pas nanti nama pas akan tercemar...jadi biarkan mereka dengan matlamat depa..
      Like · 3 hrs
    • Pejuang Pas Nak TUMBANG si zalim sampai tolak hukum Allah ye...kiki
      Like · 3 hrs · Edited
    • Mat Alishah siapakah yg tolak HUKUM ALLAH... tak ada seorang pun yg menolak hukum ALLAH...yg ada skrg ialah PERBEZAAN CARA HENDAK MERIALISASIKAN HUKUM ALLAH DIBUMI MALAYSIA...itu sahaja....
      Like · 3 hrs
    • Pejuang Pas Kah kah kah.....
      Ko tanya lge
      Like · 3 hrs
    • Mat Alishah kenapa perlu tanya LGE..adakah LGE yg memegang KUASA yaang ada dalam negara kita.. adakah LGE yg boleh merubahkan PERLEMBAGAAN NEGARA..... 

      Yang HUKUM ALLAH PAS dok laungkan tu dimana skrg nie dah terlaksana dah ka... dah wujud dah ka dah lulus dah kaa..adakah LGE yg halangnya
      Like · 3 hrs
    • Pejuang Pas Dlm pakatan RAKYAT siapa yg menolak dan x bg hudud terlaksana... si kafir tu apasal sibuk hal agama org lain
      Like · 3 hrs
    • Mat Alishah OK fine..biaq saya hujah yg nie dulu
      Like · 3 hrs
    • Mat Alishah Dalam negara kita PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN adalah ikutan utama untuk semua rakyat MALAYSIA... tak kira hang DAP ka PAS ka UMNO ka dan semua Undnag2 Lord Reid inilah yg wajib dipatuhi..walaupun yg beragama ISLAM menekankan QURAN & SUNNAH tapi tak ada....

      Jadi skrg DAP depa berpegang pada sini... jadi sebarang Undang baru dan nak pinda perlembagaan negara mereka akan tentang.... sama mcm kita yg ISLAM jika nak ubah QURAN kita akan tentang.....

      Skrg PKR mereka sebenarnya mahu kuasa dan laknakan dahulu kebajikan kepada rakyat dan menghapuskan segala kerakusan pemerintah yg lama baru nak laksnakan HUKUM allah....Ini juga pendekatan yg diambil oleh PAS sewaktu memasuki PRU13 dahulu...

      Jadi skrg DAP tolak kenapa PKR tolak sekarang kenapa dah menjawab persoalan yg anda kemukakan....pada saya DAP tolak tak berbekas kerana mereka bukan ISLAM ...dan hudud tak wajib keatas mereka...biarlah mereka menyalak bukit sekuat mana pun kita tak mengharapkan undi MP bukan ISLAM untuk kita laksanakan HUKUM ALLAH..tapi jika mereka sokong itu sebagai bonos dan dakwah kita kpd mereka...
      Like · 3 hrs
    • Pejuang Pas Pi google ke lama sgt tu
      Like · 3 hrs
    • Pejuang Pas Kah kah kah
      Like · 3 hrs
    • Mat Alishah sekarang apa yg berbeza adalah PENDEKATAN nak MERIALISASIKAN HUKUM ALLAH ini....

      Pendekatan yg PAS ambil skrg ialah membawa draf pindaan tanpa bermesyuarat dengan sahabat sepakatan dan mengharapkan MP UMNO menyokongnya...
      Like · 3 hrs
    • Mat Alishah dan ada sebahagian sahabat yg kini GHB mereka mengambil pendekatan sepertimana presiden PAS nyatakan sebelum PRU13 dahulu iaitu memperolehi KUASA MEMERINTAH....dan dengan KUASA lah kita mampu mengubah PERLEMBAGAAN LORD REID itu...
      Like · 3 hrs
    • Pejuang Pas Tidak pelik apabila para ulama' dipinggirkan pada akhir zaman ini dan tidak pelik juga lahirnya ummat Islam sendiri yang menentang hukum Allah
      Like · 3 hrs
    • Mat Alishah Jadi apa yg PAS perlu lakukan ialah mengukuhkan sokongan dari semua rakyat jelata tak kira apa agama apa kaum apa bangsa apa fahaman politik..dan perkara ini yg TG Nik Aziz bawa dahulu.....bagi menang dan ada kuasa.. lihatlah bila ada kuasa apa PAS mampu lakukan di TRENGGANU & KELANTAN....tak kira sesiapa membantah RUU JENAYAH SYARIAH tertegak juga
      Like · 3 hrs
    • Mat Alishah kita berbincang bab merislisasikan HUKUM ALLAH..kita bukan bincang bab menentang hukum allah... tak ada siapa yg mengaku ISLAM menentang hukum allah meliankan dia UMNO..tu pun UMNO yg dok songlap mcm 2.6bilion tuuu mau Umno masjid depa pon nak hukum allah nie
      Like · 3 hrs
    • Pejuang Pas Kalau x menentang x kAn dap kuar PAKATAN gara2 HUDUD
      Like · 3 hrs
    • Pejuang Pas Umno mmg x kAn sokong hudud... Tp dap knp nak sibuk hal2 agama islam
      Like · 3 hrs
    • Mat Alishah salah pahaman anda.. DAP keluar sebab PAS yg buat keputusan keluar dahulu di muktamar tempohari....

      DAP cuma memutuskan hubungan dengan PRESIDEN PAS itu sahaja...ini yg pimpinan PAS tak dapat baca politik DAP....sepatutnya PAS pun bantai PIMPINAN DAP 
      yg dikatakan tolak HUDUD....

      Namun DAP sebenarnya depa berpandukan PERLEMBAGAAN NEGARA dan dalam perlembagaan tak ada HUDUD..

      Jadi benda nie mudah sahaja nak bagi DAP diam iaitu kita pinda PERLEMBAGAAN NEGARA..habis cerita
      Like · 3 hrs
    • Pejuang Pas Kah kah kah
      Like · 3 hrs
    • Pejuang Pas Lawak.Kamu.Mmg mjadi
      Like · 3 hrs
    • Mat Alishah apa yg lawaknya..cuba beritahu apa tak kena hujah saya?
      Like · 3 hrs
    • Pejuang Pas Dap nak ke putrajaya lepas tu baru nak sokong hudud... Mmg lawak yg menggelikan hati
      Like · 3 hrs
    • Mat Alishah DAP mereka akan tentang sapa yg nak pinda perlembagaan persekutuan..itu aja...tapi jika dengan 50 kerusi yg ditandingin DAP dan PRU13 dahulu cuma menang 34 bagaimana DAP nak halang ubah perlembagaan negara...
      Like · 3 hrs
    • Pejuang Pas Sokong lah lge kAmu tu.. kita tgk apa yg diA akan buat pula pada GHB pula
      Like · 3 hrs
    • Mat Alishah kita tak harapkan sokongan DAP...kita berdiri atas kaki pimpinan ISLAM sendiri...namun kan tadi kata jika mereka sokong itu bonos
      Like · 3 hrs
    • Mat Alishah ayuh teruskan berhujah...tak ada masalah bertukar fikiran.. grin emoticon
      Like · 3 hrs
    • Pejuang Pas Dah tahu x kuat tapi cara mcm blh tawan malaysia.
      Like · 1 · 3 hrs
    • Pejuang Pas Kah kah x sokong DAP pula... nak diri atas kaki sendiri sdgkan parti blm ada... Kah kah kah
      Like · 1 · 3 hrs · Edited
    • Mat Alishah selepas PRU13...berdasarkan sokongan rakyat PR mendapat 53% undi dan BN mendapat 47% undi.... sekarang PR hanya memerlukan 2% sahaja lagi untuk memerintah Malaysia....

      Jadi berpakat dan berganding bahu bersama menarik sokongan rakyat dan tak mustahil 
      dengan kuasa allah didalam kekalutan BN & UMNO sokongan akan beralih kpd PR...tapi kenapa dalam keadaan ini PAS tarik handbreak nak bentang HUDUD..sedangkan kita tahu tak akan dapat sokongan pun....
      Like · 3 hrs
    • Mat Alishah ini sembang sebelum GHB wujud dan PR masih ada dan PAS masih bersama PR....sepatutnya PAS perkukuhkan sokongan semua rakyat jelata...bersabar seketika untuk mencari sokongan rakyat kasi up kwsn parlimen bertanding 80 takan tak boleh menang 60-70 kerusi...bila dah banyak kerusi habis nak cakap apa lagi... PM pun boleh jadi jika memerintah putrajaya nanti.....nak bagi kat Anwar dia dok dalam..nak bagi kat LGE dia cina.....
      Like · 3 hrs
    • Mat Alishah jadi teruskan retorik anda dengan gelak dan gelak... tak ada masalah...org bercakap berdasarkan fakta buka nafsu serakah....

      mesej saya skrg fikirkan bagaimana nak merislisasikan hukum allah di bumi malaysia..


      1)dengan ada kuasa
      2)dengan tiada kuasa
      3)dengan suruh umno sokong
      4)dengan suruh dap sokong
      Like · 3 hrs
    • Pejuang Pas Dlm keadaan mcm ni dap jgn perasan la nak dpt putrajaya
      Like · 1 · 3 hrs
    • Pejuang Pas Jangan kita mengukur pelaksanaan hukum hudud dengan akal semata-mata. Kita tak fikir bila dilaksanakan hukum hudud masyarakat akan hormat dan jenayah berkurang.
      Banyaknya jenayah pada hari ini bukan kerana tidak ada undang-undang tetapi masyarakat sudah tidak menghormati undang-undang yang sedia ada kerana ia tidak menggerunkan penjenayah untuk melakukan jenayah
      Like · 1 · 2 hrs
    • Mat Alishah Laa depa memang tak setuju sebab mereka bercakap berdasarkan perlembagaan negara dimana sebarang hukuman jenayah akan tertakluk bawah mahkamah persekutuan bukannya mahkamah syariah... 

      ini dalam perlembagaan negara... namun dengan kuasa kita mampu men
      ...See More
      Like · 2 hrs · Edited
    • Pejuang Pas Siapa mereka sampai kita kena ikut CAKAP dan perlembagaan sampai kita ketepikan hukum
      Like · 1 · 2 hrs
    • Mat Alishah nak buat camna penjajah british dah tinggalkan UNDANG2 LORD REID tu sebelum mereka balik kenegara mereka... benda nie yg jadi berulat dalam undang2 tubuh negara kita...

      skrg nak buat mcmana pun kita yg ISLAM nie kena ada strategi dan halatuju suppaya 
      benda nie dapat di buang dan mengangkat QURAN & SUNNAH sebagai ikutan....

      dengan sekadar emosi menengking, marah, mengamuk ianya tak akan merubah semua tu.. jadi kita kena ada kaedah untuk mengubah semua tu.....
      Like · 2 hrs
    • Mat Alishah ingat ALLAH pun tak PAKSA kita laksanakan HUKUM dia selagi kita tak dapat membina pemerintahan dan dapat kuasa...

      sama spt kita menunaikan HAJI yg mana termaktub dalam RUKUN ISLAM 5 tuu...


      adakah orang yg tidak menunaikan HAJI mereka terus jatuh kafir....dia juga ada syarat2 wajibnya untuk menunaikan HAJI..itu bab HAJI yg ada dalam RUKUN ISLAM.. inikan pula HUKUM ALLAH yang tak ada pun dalam RUKUN ISLAM...sudah pasti ia pun ada juga syarat wajib untuk melaksanakannya....
      Like · 2 hrs
    • Pejuang Pas Siapa kamu nak kata bgitur
      Like · 2 hrs
    • Pejuang Pas Haji Mmg utk yg mampu dan x de paksaan...
      Like · 2 hrs
    • Mat Alishah saya sebagai orang islam umat islam yg berada diatas bumi allah swt ini...
      Like · 2 hrs
    • Pejuang Pas Tp HUDUD sekurang2nya kita ada niat utk menegakkan syiat islam di bumi ALLAH bkn nyA nak mpertikai
      Like · 2 hrs
    • Mat Alishah begitu juga HUKUM ALLAH..adakah kita mampu melaksanakan sekarang nie...adakah kita sudah ada kuasa dalam pemerintahan di negara ini...adakah kita dapat ubah perlembagaan negara...
      Like · 2 hrs
    • Mat Alishah memang kita ada niat nakan HUDUD..skrg kita berbincang bagaimana nak merialisasikan HUDUD di BUMI MALAYSIA..... macamana? ini yg sedang dibincangkan..? bukan bab niat nak tak nak...
      Like · 2 hrs
    • Pejuang Pas Perkara yang perlu kita ingat adalah HUDUD hanya dijalankan kepada manusia yang jahat. Jadi kenapa kita perlu takut sedangkan HUDUD dijatuhkan kepada manusia yang jahat dalam menjaga keamanan negara
      Like · 2 hrs
    • Mat Alishah tak payah cerita bab nie semua kita tahu... skrg halangan nak buat HUDUD ialah PERLEMBAGAN NEGARA....
      Like · 2 hrs
    • Pejuang Pas Pas bermatian nak laksanakan HUDUD ms dlm pAkatan rakyat Tp DAP kematian menolak HUDUD
      Like · 2 hrs
    • Mat Alishah Laa dok salahkan DAP lagik.... DAP kan bukan ISLAM...org bukan ISLAM nie kena sokong HUDUD kah? Undang2 HUDUD pun tak kena keatas org bukan ISLAM...

      cuba dengaq balik apa NIK AMAR katakan tu.... dan target nak ubah PERLEMBAGAAN MALAYSIA itulah yg seda
      ng difikirkan oleh semua....

      namun ini semua semasa dalam PR lah tapi selepas itu dimana PAS mengharapkan sokongan MP UMNO untuk laksanakan HUDUD saya dah tak mampu berhujah dah

      tanyalah PAS sendiri kenapa harapkan musuh sokong
      Like · 2 hrs
    • Mat Alishah OK lah ye..rasanya anda dah nampak apa yg ingin disampaikan dan sama2lah kita berdoa semoga ISLAM di MALAYSIA ada satu KUASA untuk merislisasikan segala2nya berkenaan ISLAM.... dan untuk rahmat bagi sekelian penghuni di negara MALAYSIA.....
      Like · 2 hrs
    • Kherull Azzam parti mana yg nk bg kerusi kt GHB.? Dap.? PKR..? PAS.? oh nooooo..... GHB hanya layak jd anjing kurap DAP ja...
      Like · 2 hrs
    • Kherull Azzam sebelum menyalak sila daftar dulu parti tu......
      Like · 2 hrs
    • Mat Alishah terima kasih.... tak mengapa... janji pakat buat kerja lawan BN bagi tumbang grin emoticon
      Like · 2 hrs

Popular Posts