>> 5 Terkini :

Friday, 29 January 2016

Antara 2 Setiausaha parti politik.. seorang PENGKRITIK & seorang PENJILAT

oleh Awang Al kenit



SIAPA YANG LEBIH 'ADVANCE' MELAKUKAN KAJIAN ?

PERBEZAAN 2 SETIAUSAHA DARI 2 PARTI

SEORANG LULUSAN EKONOMI
SEORANG LULUSAN PERUNDANGAN

SEORANG PENGKRITIK
SEORANG PENJILAT ..

HAR HAR HAR ...






Thursday, 28 January 2016

Orang Sedekah Pasai Apa Bagi Balik?

A Kadir Jasin


KALAU emak saya celik huruf dan pandai mengarang, tentu dia tulis cerita derma Raja Arab kepada Perdana Menteri, (Datuk Seri Mappadulung Daeng Mattimung Karaeng Sanrobone) Mohd Najib bin Abdul Razak, lebih kurang macam ini:
“La, awat tak bagi tau awai-awai kata duit (AS$680 juta) tu Raja Arab bagi?
[PERINGATAN: Komen guna “Anonymous” tidak akan disiarkan. Sila guna Google Account atau Name/URL. Boleh pakai nama samaran.]
“Kalu tau kata Raja Arab bagi pasai nak lawan orang jahat (kununnya Ikwanulmuslimin) tentu kita sokong.
“Ni dak, dok dalih sama dalih sini. Lepas tu siasat sana siasat sini. Buang oghang tu buang oghang ini. Buat menyusah dan perabih duit saja.
“Kalu awai-awai mengaku kata Raja Arab bagi pasai nak tulung Najib memang pilihan ghaya (2013) bukan ka baguih? Ni dak, semunyi sana semunyi sini macam kawaq.
“Kalau Raja Arab dah bagi sedekah kat dia, pasai apa nak bagi balik? Buruk siku.
“Kalu Raja Arab bagi pasai nak tulung dia menang pilihan raya, pasai apa tak pakai duit tu? Dok tak dok kata dah bagi balik (AS$620 juta).
“Raja Arab yang bagi sedekah tu dah mati. Macam mana nak tau betoi ka dia bagi? Kalau dia dah mati, macam mana nak bagi balik duit tu? Bagi balik kat sapa? Kat anak cucu dia ka?
“Ni kegheja (kerja) tak masuk akai. Kesian Raja Arab tu. Dia mati tu satu hai la. Tapi yang Najib dok pi bagi balik tu pasai apa? Macam mana nak kira pahala dia?
“Pasai Najib tak guna semua duit sedekah Raja Arab tu la kot dia tak menang besaq dalam pilihan ghaya  (2013)? Habih dia pakai duit sapa? Duit 1MDB ka?
Mohd Najib dengan Almarhum Raja Abdullah pada tahun 2010
“Ni yang mak heran. Pasai apa dia tak guna duit Raja Arab tu? Pasai bila orang keghobek (cungkil) baghu dia nak mengaku duit tu duit derma Raja Arab?
“Raja Arab bagi AS$680 juta. Dia bagi balik AS$620 juta. Jadi dia guna AS$60 juta saja la masa pilihan ghaya. Pasai pa dia tak pakai semua atau pakai banyak sikit?
“Yang tok guru mak dulu kata, duit sedekah yang orang amanah kat kita, kita kena istihar dan kena guna untuk oghang ghamai. Bukan masuk paket seniri.
“Yang kata dia pon teghima sedekah RM42 juta daghi SRC International tu macam mana pulak? SRC tu raja negeri Arab jugak ka?
“Tak tau la cik oi. Mak penin kepala. Dulu masa ayah hang jadi ketua Umno kampung kita, dia tak ada duit pun sampai kena gadai barang mas mak.
“La ni depa dok cakap milion milion bilion bilion. Mak sikit pun tak faham parti jaga rakyat atau jaga temolok depa.”
“Malu juga la Perdana Menteri kita dok pi mintak sedekah daghi Raja Arab. Macam kita ni susah sangat. Baik lagi kalu dia mintak Raja Arab tambah kota (kuota) jemaah haji kita.”
Nota kaki: Ikut kisah seribu satu malam, yang bagi duit tu kepada Mohd Najib adalah Almarhum Raja Abdullah bin Abdulaziz Al Saud. Baginda mangkat pada 23 Januari 2015. Kementerian Luar dan Kementerian Dalam Negeri Saudi kata mereka tidak tahu menahu mengenai derma itu dan sama ada ia dikembalikan. Mohd Najib terima gelaran King Abdul Aziz Order of Merit daripada Raja Abdullah pada tahun 2010. 
Wallahuaklam.

PAS "jilat" TABUNG HAJI lah pulak...!!!

Salman Karimi 

POLITIK BEBAL.


PAS amat yakin dengan kemantapan sistem tadbir urus baik yang diamalkan oleh Tabung Haji (TH) selama ini, kata Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan.

Beliau berkata, bukan sahaja selaras dengan pematuhan syariah, tetapi ia juga mementingkan manfaat dan menjana pulangan pendapatan yang baik kepada pendepositnya.

“TH bukanlah sebuah bank dan diyakini tidak beroperasi sebagai institusi kewangan yang lebih berorientasikan keuntungan maksimum berbanding dengan pulangan kepada pendeposit,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Sehubungan itu, Takiyuddin berkata, PAS berpuas hati dengan penjelasan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom yang beliau temui di Parlimen semalam serta pengurusan tertinggi TH berhubung prestasi kewangan TH.

NOTA TAPAK KAKI:

KALAU DENGAN PENJELASAN JAMIL KHIR BAHAROM YANG MEMBELASAH DUIT YAPIEM PUN LEBAI BOLEH PERCAYA...APATAH LAGI DENGAN NAJIB YANG TELAH MEMULANGKAN RM2.03B KEPADA RAJA ABDULLAH YANG DAH MENINGGAL TU..DAH TENTU SUCI LAGI MURNI...HAHAHA
PS: WOIII..ORANG TAU LER LEBAI2 BANYAK CARI
MAKAN DENGAN TABUNG HAJI TAPI TAKKAN LAH
SEGALA KEBURUKKAN DAN KEPINCANGAN UMNO
KORANG JILAT DAN TELAN..DASAR BEWOK!!

Kerajaan SELANGOR buang tabiat, Cukai seperti nie zaman BN dulu pun tak buat kelaku camnie

Iron Steel
Yesterday at 12:48 ·


APA NAK JADI DENGAN KERAJAAN SELANGOR??!!

pagi tadi lepas sarapan aku pergi pejabat pos. da setel urusan bil di pejabat pos, hala tuju seterusnya ke MBSA untuk lunaskan cukai taksiran.

macam biase brader, ambil nombor giliran.. usha2 jodoh sepandang dua.. lebih kurang 10 minit, nombor aku di panggil.

awek kaunter tu tanye "nak bayar setahun atau separuh?"

aku jawab "ikut bil lah senang rm152.40".

sambil belek2 duit kat dompet, dalam hati memberontak juga. mane tak serabut, dalam setahun je berapa cukai nak kene hadap, tu belum cukai harian lagi. tapi aku rilek sambil senyum, hulur gak duit kat kaunter.

"rumah kos rendah?" dia tanya lagi. aku mengiyakan.

lantas bill tadi di pulangkan balik pada aku, dan berkata "cukai untuk tahun 2016 , kerajaan Selangor dah bayarkan.."

p/s- tu je nak kongsi, duit tu boleh beli barang untuk perbelanjaan dapur atau anak pokok lemon yg aku dah lama mengidam nak beli..

Wednesday, 27 January 2016

Sudahlah Miskin.. Hutang pula banyak..bila orang tolong bagi duit dia pulangkan pula...

Adam Al-Pekani,


Sudah lah miskin, banyak hutang pulak. Dah lah orang tolong bagi duit, di pulangkan. Najib tidak akan pulangkan duit tersebut sekiranya duit tersebut benar-benar digunakan untuk membantu negara menghadapi kemelesatan ekonomi ketika ini. Yang sebenarnya tidak ada orang percaya yang Najib benar-benar memulangkan duit tersebut.

Bagaimana Najib boleh memulangkan duit tersebut semasa siasatan sedang di jalankan? Peguam Negara pula hanya mengatakan Najib telah memulangkan duit tersebut, sedangkan tidak ada keputusan atau arahan dari Mahkamah meminta Najib memulangkan duit tersebut.

Duit tersebut hanya boleh di pulangkan oleh Kerajaan melalui Peguam Negara dan SPRM. Bukan Najib yang memandai-mandai memulangkan duit tersebut.

Najib perlu mendapatkan semula duit tersebut jika tidak Najib telah melakukan satu lagi kesalahan kerana melanggar undang-undang dimana duit tersebut adalah hak milik Kerajaan selagi tidak ada keputusan untuk memulangkan semula kepada Najib dan seterusnya di kembalikan kepada Pak Arah yang memberi derma tersebut.

Kesudahan nya, PM kita tidak ada maruah !!

Inilah koleksi 30 jawapan yang diberikan oleh pihak #NAJIB bila ditanya "Mana RM2.6Bilion?"

http://2.bp.blogspot.com/-saaqtIaGpPE/ViocWRdhtXI/AAAAAAAAPVA/j44SyFNQLwc/s640/CR_7u6fUwAAe9AI.jpg
http://www.freemalaysiatoday.com/wp-content/uploads/2015/10/Mana-RM26-Bilion_600.jpg

Jawapan 1 : (Diam)
Jawapan 2 : Akaun itu tidak wujud.
Jawapan 3 : Ejaan nama Najib Razak oleh WSJ adalah silap.
Jawapan 4 : Saya tak guna duit itu untuk kegunaan peribadi.
Jawapan 5 : Penulisan Wall Street Journal adalah berunsur fitnah.
Jawapan 6 : Saya akan saman WSJ pada hari Selasa.
Jawapan 7 : Yahudi sedang menyerang Malaysia.
Jawapan 8 : Adalah bodoh jika Najib Razak guna akaun sendiri untuk terima wang
Jawapan 9 : RM2.6 bilion itu tak wujud.
Jawapan 10 : RM2.6 bilion itu adalah Derma.
Jawapan 11 : Penderma RM2.6 bilion itu adalah adalah dari Timur Tengah.
Jawapan 12 : Najib berhak untuk merahsiakan derma.
Jawapan 13 : Pembangkang perlu isytihar Penderma.
Jawapan 14 : Tun Mahathir cemburu tak dapat duit derma sebanyak itu.
Jawapan 15 : Duit itu guna untuk pilihanraya & kerja kebajikan
Jawapan 16 : Duit itu guna untuk melawan IS
Jawapan 17 : Duit itu guna untuk melawan DAP YAHUDI
Jawapan 18 : Duit itu bukan duit rakyat, jangan dengki dengan rezeki seseorang
Jawapan 19 : BERSIH juga menerima duit derma
Jawapan 20 : jangan ganggu pentadbiran Najib, zaman Tun sudah berlalu
Jawapan 21 : Saya sudah berjumpa dengan keluarga penderma
Jawapan 22 : Bank Negara tahu, saya tidak melakukan apa apa kesalahan
Jawapan 23 : ada plurals penderma, bukan seorang penderma
Jawapan 24 : Azalina uthman- ya kah?mungkin zahidi lebih tahu dari apa yang kami tak tahu
Jawapan 25 : Saya telah membelanjakan kesemua RM 2.6B untuk kegunaan umno
Jawapan 26 : Henti kan fitnah. Wang itu wang derma bukan rasuah. ( Issue fitnah kembali berkumandang)
Jawapan 27 : Aishah RA juga di fitnah. Tapi sudi memafkan penfitnah. Aishah RA berjiwa besar.
Jawapan 28 : SPRM jumpa penderma tunggal, bukan lebih dari seorang.
Jawapan 29 : RM 2.03B telah di pulangkan kembali kepada keluarga diraja arab
Jawapan 30 : Tiada kesalahan jenayah di lakukan oleh PM. Minta SPRM mengugurkan kertas siasatan dan kes di tutup kerana tiada fakta jelas dan tiada bukti

Sunday, 17 January 2016

PAS tiada pilihan selain berkomplot dengan NAJIB

Panglima Utara

Persengketaan antara dua parti iaitu Umno dan PAS telah berlangsung cukup lama sehingga hampir mustahil dapat diselesaikan.

Perbalahan hingga ke tahap kafir mengkafir, jika orang umno sembelih lembu tidak boleh dimakan oleh orang Pas kerana sembelihan itu dianggap haram. Sembahyang berimamkan orang umno juga tidak sah dan sembahyang dianggap tidak sah sehingga terjailah sembahyang dua imam.

Malah, perbalahan beberapa dekad juga pernah memecahbelahkan anggota keluarga dengan berdasarkan cerita-cerita daripada orang Melayu di kampung-kampung. Bercerai berai laki bini, kaum keluarga tidak bertegur sapa hanya kerana perbezaan politik sahaja.

Bekas mursyidul am PAS Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat juga sering menggambarkan bahawa kerjasama dengan Umno seperti 'dosa' yang tidak dapat dimaafkan.

Sebelum ini PAS merupakan saingan terbesar kepada Umno dan Pas selalu dibayangi oleh DAP dan PKR sehingga mereka menang besar dalam setiapa pilihanraya yang ditandingi.

Hari ini Pas menghadapi masalah dalaman yang amat kronik apabila kesemua profesionalnya telah meninggalkannya dan menyertai parti Amanah. Begitu juga Umno menghadapi masalah dalaman akibat sikap sambil lewa Najib menyelesaikan dua isu besar iaitu 1 MDB dan derma daripada Tok Arab RM2.6billion. Bukan itu saja Najib cuba menyembunyikan segala kemungkaran dengan memecat beberapa pemimpin umno yang mengkritik 1 MDB. Tidak cukup dengan itu speaker digunakan untuk menolak segala usul yang dibuat terhadap 1 MDB.

Hari ini juga Pas tiada pilihan selain menyokong segala usaha yang akan dibuat oleh Najib kerana Pas kini tidak lagi mampu bergerak sendirian.

Kesemua ahli parlimen PAS hari ini bersama ahli parlimen Umno bersatu dalam undian menyokong usul penggantungan Ahli Parlimen Gelang Patah Lim Kit Siang dari Parlimen.

Ini membuktikan bahawa Pas kini sudah berada dalam genggaman Najib dan umno. Najib boleh tidur lena apabila melihat keadaan ini dan beliau yakin segala undi tidak percaya yang alan dibuat ke atasnya tidak akan berjaya. najib sudah boleh memikir menunaikan apa-apa janji yang telah dibuat kepada Pas selepas ini.

Video Sidang DUN Terengganu - Antara Soalan Marang bab Hudud PAS & Jawapan Exco Terengganu



Saya baru tengok video persidangan dewan undangan negeri Terengganu.... Sidang dalam tahun 2011, maknanya ketika itu Adun PAS ada 8 orang, termasuk Haji Hadi (Rhu Rendang), Harun Taib (Manir) dan lain-lain.

Koman sangat wakil-wakil rakyat PAS rupanya.... 8 orang ulamak dan lebai PAS, berbahas bab HUDUD, kena check-mate dengan seorang Adun BN je...! YB Khazan Che Mat, Adun Batu Rakit dengan selamba dan bersahaja menyekolahkan ulamak dan lebai PAS mengenai Hudud, dalam Dun Terengganu, ketika menjawab soalan bertulis dari Haji Hadi....

Itu Haji Hadi dan Harun Taib ada sekali tu... Itu berbahas bab Hudud tu...... Itupun PAS kena check-mate dengan Adun BN... terkedu...! Wakil rakyat PAS hanya mampu memberi respon bodoh dan bertanya soalan bodoh saja.... Apa yang lebai PAS tahu, sebenarnya...?

Sampai ke satu peringkat, Khazan Che Mat kata, dalam Islam ada perkara-perkara yang perlu kita dahulukan, ada perkara yang perlu dikemudiankan.... Misalnya, kalau kita tersesat di padang pasir. Kita hanya ada air sebotol. Mana yang patut didahulukan, nak minum ke atau nak buat ambik air sembahyang...? Hendaklah air itu kita simpan untuk minum. Kalau nak sembahyang, kita boleh tayammum.......

Adun PAS Bukit Payong (Mohamad Nor Hamzah) bangun, minta penjelasan..... Speaker tak bagi, tapi dia mencelah jugak..... Ingatkan nak minta penjelasan apa, rupa-rupanya dia bangun, dia tanya Khazan : "Ke dok payoh semayang?"

ek eleh..... setara tu je kemampuan ustaz PAS berhujah dalam dun.... kemudian dengan kasarnya berkata kepada Adun Batu Rakit, dalam keadaan dia tidak dibenarkan bercakap : "Contoh yang anta bagi tu, salohhh...."

Hadoiii...! Apa yang salahnya..? Betullah yang Khazan kata tu, kalau air tak cukup untuk minum, bila nak sembahyang, kita boleh tayammum.... Apa yang salahnya..?

Lagi pun, itu hanya contoh.... Bukan persoalan itu yang jadi pokok perbahasan.... Khazan menjawab soalan bertulis Haji Hadi tentang hudud.... Semasa Khazan jelaskan alasan-alasan kenapa kerajaan Terengganu masih belum mampu melaksanakan hudud, kenapa semua 8 orang diam....? YB Tepoh bangun, tanya soalan bodoh.... Harun Taib bangun hanya untuk marah ke speaker, nak tunjuk hero, padahal bila speaker bagi peluang dia bercakap, tak ada apa pun...!

Nawi (BN Hulu Besut) bangun, tanya Khazan, orang PAS kata kalau tak jalankan hudud, jadi kapir.... adakah sekarang kita jadi kapir...? (lek lu.... aku nak gelak jap... hahahaha!)

Khazan kata, betul lah hudud itu wajib, tapi tak sama dengan wajibnya sembahyang.... banyak benda wajib dalam agama, jawab salam pun wajib.... adakah kalau orang bagi salam kita tak jawab, terus jadi kafir...?

Rosul Wahid (Ajil) pulak bangun, katanya, masa PAS perintah Terengganu tahun 1999-2004 dulu, menteri besar (Haji Hadi) beritahu dalam dewan ini lah, saya ingat tarikhnya, pada 3.3.2000, dia kata, dalam Islam, hudud hanya 0.00001% saja.... (maksudnya, masa jadi pembangkang, PAS memainkan isu hudud untuk kepentingan pilihanraya saja, sedangkan masa PAS memerintah, mereka memperkecilkan soal hudud).

Kesimpulannya..... 

Haji Hadi dan lebai-lebai PAS bukannya cerdik sangat.... Dalam bab politik memang kita semua tahu kemampuannya, tapi dalam bab agama pun, bukanlah setara mana sangat.... setaraf ustaz sekolah menengah je....

NIE VIDEO TERSEBUT :

PAS oh PAS... Hak PAS suruh orang Hormat, Tapi Hak PKR dia boleh arah suruh ikut telunjuk dia




Nie ada ayat sedap dari sahabat boleh baca dan nilaikan..



Lebai Pas buat kerja jahat kat Dun salor. ...

Faez Kassim added 2 new photos.

Lebai Pas buat kerja jahat kat Dun salor. ... hormat lah sikit Adun Pas Dun Salor Dato Husam hidup lagi... agak2 aku puak nih sanggup gadai Dun Salor kasi kat UmnoBN Janji Dato Husam kalah.... tapi agak2 aku dicalonkan pun belum tentu Dato Husam...

Undi Pas ibarat Undi BN


Aduhai MOKHTAR SENIK..dah tak reti nak beza antara ceramah, perhimpunan, perjumpaan dan mesyuarat parti dah ka!!

Che Ibrahim Mohamed added 3 new photos.


Ambo ingat kijaan fitnah dan provokasi longkang ni hanya mainan budak2 wat baru nak main politik, rupa2nya Ketua Dewan Ulama Pas negeri @ jkuasa Agung Parti Agama Islam SeMalaysia pun tak reti beza juga antara perhimpunan, perjumpaan dan mesyuarat parti.

Mesyuarat Penubuhan Parti Amanah Negara ( AMANAH ) Negeri Kelantan hanya melibatkan 22 perwakilan drp Jkuasa Protem Negeri dan 12 perwakilan dari dua kawasan Parlimen iaitu Tumpat dan Rantau Panjang sebagaimana yg mana telah diluluskan oleh ROS setakat ini.

Mesyuarat ( bukan perhimpunan) ini bertujuan memilih 17 orang AJK Amanah Kelantan bagi tempoh 2016/2018.

InsyaAllah selepas ini akan menyusul mesyuarat penubuhan bagi baki 12 kawasan Parlimen di Kelantan setelah mendapat surat rasmi kelulusan penubuhan drp ROS

Friday, 15 January 2016

Benarkah PAS sedang merindui Salahuddin Ayob..???

Mohd Asri Yusof 


Mengapa merindui Salahuddin Ayob. Bukan kah pemuda Pas dah dapat yang lebih baik seperti yang mereka laung2kan...anak muda sokong ulama dan sbgnya.

Walaupun sewaktu meninggalkan Pas....Salahuddin Ayob tidak lagi sbg Ketua Pemuda Pas...tetapi dalam banyak2 ketua pemuda..beliau antara yg berkarisma dan disenangi orang.

Pas terasa betapa impak cukup besar bila Salahuddin Ayob meninggalkan parti. Salahuddin Ayob bukan setakat membawa batang tubuhnya saja...malah pengikut2 yg senang dgnnya turut sama meninggalkan pas. Itu baru Salahuddin Ayob.

Mereka yang lain bukannya calang2 orang. Masing2 mempunyai pengikut. Abg Mat..Mazlan Aliman..Ustaz Ahmad Awang dan rakan2 seperjuangan yang lain mampu menggoyahkan kekuatan Pas...dimana asalnya pun pas tidak lah sekuat mana.

Sebagai seorang penyokong tegar Pas..saya tidak boleh menerima bagaimana pemimpin2 seperti abg Mat..Salahuddin Ayob...Ustaz Ahmad Awang dan lain2 diperleceh dengan tidak beradab oleh rakan2 yang kononnya memperjuangkan Islam. Amat teruk mereka diperlakukan sedemikian semata2 atas nafsu hendak mengawan dgn pihak musuh.

Terima lah satu hakikat...Salahuddin Ayob...Abg Mat dan lain2 yang bersama Amanah adalah celupan pas yang berkualiti tinggi. Payah nak lekang sadurannya. 

Oleh sebab itu....tanya la diri. Layak kah mereka bernaung dibawah saf kepimpinan pas sekarang dimana celupan dan saduran qualitinya boleh dipertikaikan. Beza sungguh qualiti saduran yg ada pada saf kepimpinan yang ada sekarang. 

Bercampur aduk bahan sadurannya....ada pas dan ada bahan dari pihak musuh. Macam watak dalam filem Terminator pulak..

PETIKAN HARAKAHDAILY :

Salahuddin Ayub adalah sibghah PAS - Subky Latif


ADA penyokong PAS yang setia datang bertanya, betulkah PAS sedang memujuk Salahuddin Ayub yang lari daripada PAS supaya kembali semula kepada PAS?

Saya tidak tahu akan sesuatu. Yang saya tahu hanya membuat tafsiran dan analisis atas semua kemungkinan. Tafsiran dan analisis ada tepat ada tidak. Biasanya ia dibuat mengikut logik.

Orang yang bertanya itu berkata, dia dimaklumkan oleh orang kuat parti orang-orang PAS yang lari itu bahawa PAS sedang berusaha memecahkan parti itu dengan memujuk Salahuddin kembali kepada PAS.

Analisis saya ialah tiada banyak orang PAS pandai memujuk orang PAS yang keluar kembali kepadanya, bahkan menghalang jangan keluar pun kurang. Yang banyak dan pandai ialah memujuk orang PAS keluar daripada partinya. Yang saya paling tidak seronok ada yang suka orang yang keluar itu keluar kerana ia dikira sebagai pemutihan kepada PAS.

Yang saya hajati dalam mengatasi hal yang dihadapi PAS ialah jangan penyelesaian itu hingga mencicirkan barang seorang pun anggota PAS yang sejuta itu.

Apapun tentang Salahuddin itu ialah dia adalah seorang sibghah PAS. Kalimah sibghah dalam Quran itu diterjemahkan sebagai celupan atau sepuhan.

Kalau hendak diselamatkan dia bukanlah justeru disasarkan kepada mana-mana pihak tetapi orang yang dicelup PAS dari mula itu seelok-eloknya wajar diselamatkan.

Seelok saja dia baligh, tentunya sesudah berkhatan, gerakan Islam yang mula diketahuinya dan lekat padanya ialah PAS. Sengat PAS itulah yang menjalar pada nadi dan dalam darahnya.

Orang lain yang sebaya dengannya, justeru jamaah Islam selain PAS sudah mulai ada di sana sini, mereka sudah dihinggapi sibghah yang lain. Sebagai anak muda mereka dapat celupan daripada persatuan pelajar Islam atau belia Islam dan macam-macam NGO dakwah dan badan kebanjikan seperti Perkim dan lain-lain.

Setelah mereka keluar sekolah atau tidak aktif lagi dalam mana-mana badan, justeru cenderung kepada gerakan dan politik, ada yang menyertai parti-parti politik lain dulu antaranya ada yang tersesat dalam Umno. Sesudah dalam politik itu tidak kena dalam politik ini pun tidak kena, maka barulah atas sibghah-sibghah yang lain mereka dapat sibghah PAS.

Akan tetapi Salahuddin diketahui semua dari awal sudah sibghah PAS dan kalau PAS itu ada usrah dan tarbiyah, besar dan dewasanya adalah dengan usrah dan tarbiyah PAS. Dan dengan sibghah PAS itulah dia menyepuh pemuda-pemuda PAS dan lain-lain lapisan PAS dengan celupan yang sebati dengan darah dagingnya.

Yang dapat celupan daripada berbagai-bagai jamaah dan parti politik lain dulu jika antaranya lucut daripada celupan PAS apa boleh buat, tetapi jika Salahuddin terlondeh sama daripada sibghah PAS adalah suatu yang amat tdak patut. Jika yang sebati sibghahnya sepertinya lekang daripada sibghahnya, nescaya ada ruginya. PAS rugi dia pun dikira rugi juga. Kerugian itu nescaya mendatangkan sia-sia.

Sebelum semua jadi sia-sia eloklah Salahuddin diselamatkan supaya yang sibghah PAS dari mula kekal dalam sibghah PAS. Pada yang lain saya sayang juga, tapi Salahuddin adalah tersangat sayang. Tiada siapa boleh pujuk dia. Dialah yang boleh memujuk hatinya. – HARAKAHDAILY 14/1/2016

POLITIK BEBAL PAS - Dulu Lain Sekarang Lain.. Janji kena kepada mereka semua HALAL..!!

POLITIK BEBAL oleh Coq Kria, 


Hishhh..itu hari NIK ABDUH kata nak lawan umno dengan ilmu, iman serta kematangan dan tidak akan melawan umno dengan perasaan emosi dan amarah sepertimana yg dilakukan oleh pemimpin2 Pas terdahulu.

Kemudian PRESIDEN pula TG Hj HADI kata demo2 nie usah diperbodohkan sertai demo...


Tup tup hari nie pakat dok ajak orang sertai demo TPPA.... nie skrg sampai nak berdemo demo apa hal?


Sudah jadi penasihat kerajaan kenapa tak nasihat je Najib supaya membatalkan perjanjian TPPA tu..takkan makan gaji buta je..

NOTA TAPAK KAKI:

BAGI TAPAK KAKI JA KAT PUAK2 MACAM NIE...

Thursday, 14 January 2016

PRU 14.. Bukan jaminan mudah untuk PH ke putrajaya...!!!

Aman Shah 

http://www.freemalaysiatoday.com/wp-content/uploads/2015/10/parti-pembangkang1.jpg
Ini kerana biarpun di atas kertas, dalam situasi yg berlaku dalam negara skrg ini seolah nampak mudah... Namun langkah kearah tersebut masih samar..tapi kenapa?

Mgkn ini soalan yg bakal ditimbulkan..

Jawapannya mudah..selagi parti2 dalam PH tidak bangkit lakukan pembersihan dalaman parti...selagi itu lah umno bn kan terus berkuasa...

1) kerana ada mereka yg dalam parti terus bertindak memberi " nyawa" kepada Pas, yg ternyata tidak berada dalam Pakatan Harapan..

Mereka ini masih terus bergantung harap pada pas demi survival politik,kedudukan mereka yg ada sekarang..samada di cabang cabang, atau Dun...

2) kerana adanya pihak pihak dari AMK sendiri yang sibuk gila jawatan,sanggup mengerakkan cubaan menjatuhkan kepimpinan sendiri..ini terbukti semasa kongres Nasional,Amk baru baru ini..

Seolah tak sabar utk menunggu pemilihan berikutnya..masing masing gelojoh,tamak..dalam bahasa mudah..mereka ini biadap.!!!

Contoh jelas, ada pewakilan dari Kedah yang tunjuk ketidakmampuan sebagai seorang ketua..dengan beri kenyataan, tanpa Pas jangan diharap dapat menawan kedah semula...

Ini ungkapan dari mereka yg mentah dlm politik dan tak layak diberi kepercayaan utk memimpin cabang2 mana sekalipun..

Soalnya, kenapa parti masih simpan puak seperti ini.????

3) yang berada di kedudukan pimpinan tertinggi pn ada yang masih gusar untuk mengambil pendirian tegas dengan menyingkir adun2 yg bukan dari kalangan PH dari jawatan penting PBT ,contohnya.

Apa tindakan ini ada bersangkutan kerana takut kedudukan terjejas,hilang sokongan?????
Mana maruah? Mana prinsip yg Dsai selama ini terap kan dalam perjuangan beliau??

Ekoran apa yg berlaku sekarang...bukan satu yg pelik mengapa pejuang pejuang dalam pkr dulunya bertindak tinggalkan parti..

Bukan kerana di umpan duit ,jawatan sebenarnya,tp lebih kerana rasa kecewa mereka ttg apa yg berlaku dlm parti... Mereka yg bermati2 berjuang demi parti..di abaikan,di cantas..
Yang punya wang, kaki ampu terus diberi tempat...

‪#‎HapusParasitDalamParti‬
‪#‎BebasAnwar‬
‪#‎AkuBukanBarua‬

Wednesday, 13 January 2016

Benarkah PAS rela KALAH asalkan UMNO menang pilihanraya..???

Abe Awang Malaya

INILAH MAKSUD TAA'WUN, AGAKNYA......


Kenapa PAS merahsiakan ketetapan mengenai isu kerjasama dengan UMNO.... Kenapa rundingan dengan UMNO dilakukan secara sulit.....? Muslihat apakah yang sedang dirancang oleh PAS dan UMNO untuk mempertahankan kuasa Barisan Nasional dan memastikan Anwar terus merengkok dalam penjara...?

PAS tidak akan bergabung dengan UMNO.... PAS tidak akan masuk Barisan Nasional.... PAS tidak akan bekerjasama dengan UMNO dengan meletakkan hanya seorang calon menentang Pakatan Harapan dalam PRU-14 nanti. Bukan itu yang PAS mahu. Bukan itu yang UMNO mahu. Kerjasama begitu hanya akan mempercepatkan kekalahan UMNO dan mengundang malapetaka yang besar kepada PAS.

Seperkara lagi, PAS tidak berani mengumumkan bentuk hubungan sulitnya dengan UMNO kerana masih mahu menumpang dalam kerajaan negeri Selangor. PAS takut juga, kalau-kalau PKR memutuskan hubungan dengan PAS di Selangor, Iskandar Samad dan geng-geng lebai dalam Dun kena jadi pembangkang.... Kedudukan Din Ayam dalam Perangsang pun akan tidak selamat.

Baru ni, PAS buat program di Kuala Selangor, katanya nak menjelaskan kepada seluruh pimpinan PAS akan ketetapan mengenai kerjasama dengan UMNO.... Habis program, ketetapannya dirahsiakan, hanya kenyataan Haji Hadi kononnya PAS tak hairan dengan Amanah.... Iskandar Samad pula kata Amanah adalah musuh baru PAS...... laaa, pulak..? Isu kerjasama PAS-UMNO, apa kena-mengena dengan Amanah...?

Sebenarnya, ini yang PAS mahu, dan ini juga yang UMNO mahu..... PAS rela kalah asalkan UMNO menang, itu prinsipnya...... PAS dan UMNO mahu perlawanan 3 penjuru...!!!! Orang putih kata, three corners fight.

Alasannya mudah. Kita ambil contoh Dun Kota Damansara di Selangor dan Dun Sungai Acheh di Pulau Pinang.... Inilah tugas PAS dalam kerjasamanya dengan UMNO. Asalkan Anwar Ibrahim kekal dalam penjara, PAS akan buat apa saja untuk membantu UMNO. Dan UMNO sendiri tidak ada masalah untuk membayar beberapa puluh juta kepada lebai sebagai saguhati, asalkan berlaku 3 penjuru.

Dun Kota Damansara cukup mudah..... PAS khianati PKR... berlaku 3 penjuru..... PKR dapat 14,860 undi, PAS dapat 7,312.... calon BN dapat 16,387 undi.... akhirnya, calon UMNO yang menang... INILAH YANG PAS MAHU...!!!!!

Dun Sungai Acheh..... sama dengan Kota Damansara, PAS khianati PKR.... berlaku 3 penjuru.... calon PKR, Chegu Bard dapat 6 ribu lebih, calon BN pun dapat 6 ribu lebih.... Calon PAS, Yusni Mat Piah cuma dapat 690 undi, dan hilang deposit.... undi rosak ada 2 ratus lebih...... PAS sanggup hilang deposit kerana mahu menarik 690 undi sahaja, semata-mata kerana mahu menghalang kemenangan PKR..... Dan PAS berjaya.... Undi rosak kerana ada pengundi yang keliru.... PAS pun dia pangkah, PKR pun dia pangkah, yang mereka tahu, tolak dacing.

Akhirnya, calon BN menang dengan majoriti 800 sahaja.... cukuplah... Inilah yang PAS mahu...!! Tapi jangan tanya saya berapa yang UMNO bayar kepada Yusni Mat Piah, sebab saya tak tahu.

Ini yang PAS dan UMNO mahu.... 3 penjuru.... PH mesti bersedia menghadapi kemungkinan ini.... dan PKR mesti putuskan hubungan dengan PAS dan mesti pecat PAS dari kerajaan negeri Selangor..... Alasannya mudah, seperti juga UMNO, PAS adalah musuh yang nyata bagi Pakatan Harapan.

Monday, 11 January 2016

Yang Timb Presiden PAS kalut tak nak serah kerusi tu kenapa, sapa yang berpakat dengan anda sekarang nie..??

Oleh  M.A Shah
Eishhh Gua naik hairan kenapa pulak Timb Presiden PAS nie sebok buat kenyataan tak nak serah kerusi.. siapa yang dok mintak kerusi mereka...mereka dah tiada dalam gabungan PAKATAN HARAPAN pun yang dok sebok nak kata tak nak serah kerusi tu... lawan sahajalah 222 kerusi parlimen tu...dan semua kawasan DUN di setiap negeri...

Contoh terdekat di SARAWAK nanti lawan kesemua kawasan nak takut apa.. PAS kan sudah kuat bila bersendirian... Jentera PAS hebat-hebat belaka...lawan kesemua....

PAS tidak akan serah walau satu kerusi.
Radzi Razak | January 10, 2016

Penegasan dibuat Tuan Ibrahim kerana parti itu terlalu banyak berkorban untuk rakan sebelum ini.

tuan-man,pas
KUALA SELANGOR: PAS tidak akan sesekali menyerahkan kerusi termasuk kepada sekutu dalam pilihan raya akan datang.

Timbalan Presidennya, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, berkata PAS sudah terlalu banyak berkorban untuk sekutu politiknya sebelum ini.

Tuan Ibrahim berkata, sejarah sudah menunjukkan di mana parti seperti Parti Negara dan Semangat 46 banyak mengambil kesempatan atas pertolongan daripada PAS.

“Masa kita bekerjasama dengan Parti Negara, PAS berikan kerusi kepada Parti Negara. Bila bekerjasama dengan PKR kita berikan jentera untuk bantu sekutu kita itu.

“Hari ini, mereka minta PAS bekerjasama dengan pakatan baharu, yang bermakna PAS kena serahkan kerusi.

“Itu tidak akan berlaku dan kita takkan serahkan satu kerusi pun kepada mereka,” katanya ketika berucap di hadapan kira-kira 3,000 ahli PAS di sini, hari ini.

Semalam, bekas sekutu PAS iaitu DAP menandatangani perjanjian dengan parti serpihan PAS, AMANAH dan PKR untuk bekerjasama demi menghadapi pilihan raya akan datang.

Bagaimanapun, pakatan ketiga-tiga parti itu masih belum memutuskan pendirian berhubung kerjasama dengan PAS.

Presiden PKR yang juga Ketua Pembangkang, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dipetik sebagai berkata, keputusan mengenainya hanya akan dibuat apabila ia diperlukan.

Sunday, 10 January 2016

Apabila AJK PAS Dr ZUHDI perli PRESIDEN sendiri apabila angkat Placard


ITULAH RODA ITU BERPUTAR..SATU HARI IA DIATAS DAN SATU HARI IA AKAN DIBAWAH... JADI KETIKA DIATAS JANGANLAH BONGKAK DAN BERASA HEBAT...

SEKARANG LIHATLAH APA BERLAKU..SUATU KETIKA DAHULU ANDA HINA RAKAN YANG DAHULU BERSAMA ANDA 

TAPI SEKARANG SUDAH KEMBALI KEATAS BATANG HIDUNG ANDA SENDIRI.....






RAFIZI tempelak pimpinan PAS yang sebok urusan PAKATAN HARAPAN

Bahasa Yang Tersirat Di sebalik Tulisan Rafizi Ramli


"Yang tandatangan perjanjian ini KEADILAN, DAP dan AMANAH. Yang kami nak lawan adalah Najib dan konconya dalam Umno yang menyusahkan rakyat.

Yang parti lain(Pas) tidak terlibat itu terpulanglah dengan keputusan kamu, sudah buat keputusan untuk bersendirian dan saling menasihati Umno.

Saya hormati keputusan itu, tapi tidak perlulah(Pas) perlekehkan usaha parti-parti kami yang sedang menjalankan tanggungjawab kami membela rakyat.

Tidak nampak akhlak Islam(Pas) bila terlalu banyak mengata kepada orang lain, lebih baik tumpu kepada misi masing-masing." Rafizi Ramli


Saturday, 9 January 2016

HUDUD - Antara HUJAH Dr Yusuf Al Qardawi & TG Haji Hadi Awang..!!



Perlaksanaan Hukum Hudud Menurut Sheikh Dr. Yusuf al Qaradhawi....Nak ikut kata hat mana tak tau.. !! yang dunia ka yang dalam negara...
Posted by Mat Alishah on Friday, January 8, 2016


boh surat habaq depa kata ambik dari pihak ketiga...sekarang aku boh VIDEO ucapan PRESIDEN depa yang tak mau buat HUDUD tuu....kalau dapat mimpi lain pulak mai nak hujah lepas nie aku pun tak tau la nak bawa apa bukti lagi...
Posted by Mat Alishah on Tuesday, December 29, 2015

TAPI SEKARANG
HUDUD kat mana?
HUDUD kat mana?

Friday, 8 January 2016

Jika isu BAUXITE di Selangor & Penang tentu Azmin Ali jadi satay Kajang.. Guan Eng jadi pasemboq..!!


1. 15 ribu laporan polis dah kena buat oleh "NGO"

2. TV3 buat special report bertajuk “Nelayan hilang punca pendapatan. Mangsa kerakusan kerajaan pembangkang".

3. Ada agamawan keluarkan pendapat keagamaan kenapa rakyat perlu membantah.

4. Page di media sosial dah penuh dengan list nama, alamat dan number pemegang kepentingan dalam syarikat perlombongon.

5. MACC dah bukak 8 ribu kertas siasatan.

6.JAS dah keluar tender buat study EIA.

7.JPJ dah sita 500 lori.

8. Menteri dah posing atas jalanraya Kuantan, baju putih ditempek tanah merah keluar statement “Kerajaan memandang serius pekara ni.

9. Utusan Malaysia dah letak gambar makcik jual nasi lemak tepi jalan yang nasi lemak dia dah penuh tanah. Makcik tu mesti Melayu, ibu tunggal, anak OKU. Title “Melayu merana di tanah sendiri”.

10. Azmin Ali jadi satay Kajang. Guan Eng jadi pasemboq.

11. Abang Ali Tinju dah buat demonstrasi 50 ribu orang

-copy paste.

Nampaknya PROSES "menjatuhkan" NAIB PRESIDEN PAS sedang berjalan...

TAHNIAH YB ISKANDAR YANG TELAH MENGIKTIRAF PAN DAN MENYERAHKAN 5 DARIPADA 73 KERUSI PAS


Ramai yang tidak melihat game PAN dan PKR dan bagaimana YB Iskandar terperangkap. Ramai yang rasa megah dengan YB Iskandar yang konon-kononnya telah mempertahankan kerusi Ahli Majlis (AM) PAS. Apabila diisytiharkan, PAS mengekalkan sebanyak 68 kerusi AM dan PKR telah menyerahkan 8 kerusi Ahli Majlis kepada PAN. Kemudiannya YB Khairudin Othman, SU Perhubungan Negeri Selangor yang telah dibela oleh YB Iskandar telah mengarahkannya supaya mengeluarkan kenyataan berterima kasih kepada Azmin Ali dan PKR tanpa disedari.

Di sebalik tabirnya, sedar atau tidak, PAN telah mendapat pengiktirafan daripada kerajaan Selangor. Itu target utama PAN dan ia sudah tercapai. Bukti yang jelas menunjukkan YB Iskandar telah dikencing oleh PKR dan PAS terperangkap dengan politik murahan PAN dan PKR disebabkan beberapa faktor berikut:

1. Kalau setakat mahukan kerusi, maka PKR boleh berikan kerusi itu tanpa diatas nama PAN. Itu langsung tiada masalah bahkan lebih harmoni. Tetapi dengan cara ini PAN tidak mendapat pengiktirafan.

2. Setakat PAS pertahankan kerusi AM sebanyak 68 kerusi, manakala PKR pula telah serahkan sebanyak 8 kerusi kepada PAN, ia dibaca oleh orang awam dari 2 sudut:
i- PAS tamak kerusi dan keras kepala serta tidak ada unsur toleransi.
ii- PKR murah hati dan bertoleransi.

Padahal rakyat Selangor tidak mengetahui hakikatnya PKR mempunyai lebih 120 kerusi AM manakala PAS ada 73, iaitu dinaikkan sebanyak 5 kerusi berbanding 68 kerusi AM sebelum ini. 

Daripada 5 kerusi yang dinaikkan ini, maka semuanya telah diberikan kepada PAN. Dengan kata lain, PAN hanya mendapat 3 kerusi PKR daripada 120 lebih secara keseluruhan manakala PAN mendapat 5 kerusi daripada PAS secara paksa. Yang paling selamat ialah kerusi DAP. Itu bodohnya YB Iskandar atau memang dia perbodohkan rakyat demi mempertahankan kedudukannya sebagai Exco. Pas Pusat wajar menyiasat perkara ini demi maruah Pas itu sendiri.

Bukti yang seterusnya ialah, keputusan mesyuarat perhubungan untuk keluar daripada Selangor jika PKR ambil kerusi PAS untuk diberikan kepada PAN langsung tidak disuarakan oleh YB Iskandar sewaktu pertemuan dengan wakil-wakil parti. Sedangkan mesyuarat perhubungan Selangor telah memutuskan bahawa PJ mestilah membuat kenyataan akhbar untuk bersedia mengkaji kedudukan PAS di dalam kerajaan Azmin jika PAN diberikan tempat di dalam kerajaan Selangor, bukannya jika PAN ambil kerusi PAS. YB Iskandar tidak melaksanakan keputusan mesyuarat perhubungan bahkan beliau telah bertindak sebaliknya.

Semua perkara ini berlaku disebabkan oleh YB Iskandar yang sayangkan kedudukannya sebagai Exco, bukan untuk mempertahan serta mempertegaskan prinsip parti. Sebab itu PAS kehilangan satu demi satu kerusi, bermula daripada EXCO, sehinggalah kepada masjid. Dan terbaru ialah Ahli Majlis dan selepas ini ketua kampung pula.

Saya menyeru supaya YB Iskandar digugurkan sebagai PJ dan YB Dr Yunus sepatutnya mengambil alih tampuk sebagai PJ.

Ahmad Mokhtar Ali,
Ahli PAS Kelana Jaya.

Tuesday, 5 January 2016

Muhasabah Tipikal Orang kaya Malaysia - antara kaum cina dan melayu..!!!


Orang kaya Melayu tipikalnya banyak rumah, banyak kereta mewah dan berbangga dengan hartanya yang melimpah ruah.

Mulutnya? MasyaAllah.

Tanya apa perniagaannya?

Menjual produk muslimah, dari lampin wanita sehinggalah kepada alat make-up dan kecantikan wanita. Yang membelinya wanita, yang mahu lebih cantik dan mahu kulit lebih puteh.

Produknya membodohkan ummah, doktor, professor, arkitek, jurutera tidak boleh bekerja dengannya. Orang cerdik pandai tiada ruang di sisinya.

Teman rapatnya ahli politik, artis, pelakon dan pelawak.

Dan juga ustaz-ustaz Ma'had Tahfiz yang sekali-sekala datang ke rumahnya membaca Yassin dan mengendalikan kenduri anjurannya.

Pendek kata, orang Melayu asalkan kaya jual apa pun tak apa. Yang penting kayo....Kaya itu utama....

Biar produk tidak terbukti saintifik, cukup dengan cakap-cakap testimonial pengguna produk, guna promosi artis dan pelakon bagi orang percaya.

Tak perlu susah-susah R&D, tak perlu upah saintis dan pakar buat kajian makmal sebab produk dijual bawah lesen 'kosmetik' bukan lesen ubatan yang memerlukan kelulusan Kementerian Kesihatan dan mematuhi piawaian ketat perubatan dan farmaseutikal.

------------------------------

Tetapi orang kaya Cina, umumnya tidak menunjuk-nunjuk harta tetapi sibuk mengembangkan empayar perniagaan dan kekayaan keluarga.

Membina yayasan, institusi dan pelbagai projek untuk anak bangsa sendiri.

Tanya apa perniagaannya?

Membuat cip komputer, alat komponen kapal terbang, motorsikal dan motokar atau paling kurang pengedar alat-alat telekomunikasi, komputer dan teknologi.

Semua pakar jurutera, arkitek, doktor dan pelbagai cerdik pandai bekerja dengannya.

Ustaz-ustaz yang mengaji pandai pun diambil bekerja, bukan untuk baca jampi atau Yassin tetapi jaga bahagian pasaran 'halal' untuk memasarkan produk ke dalam masyarakat Islam.

Kalau 'JUTAWAN MELAYU' kerap muncul wajahnya dalam rancangan dan majalah hiburan. Jutawan Cina dan India kerap muncul wajah-wajah mereka dalam media bisnes, Time, WSJ dan pelbagai forum perniagaan.

Anda nampak tak apa yang tidak kena?

Kita bukan persoalkan kekayaan.....

Itu usaha dan rezeki individu yang terlibat tetapi kita menasihati orang ramai dan anak-anak muda, berusahalah untuk ummah. Jangan hanya mahu menjadi kaya tetapi jadilah orang yang berusaha membina kekayaan dengan cara membangunkan ummah!

1MDB DAN RM2.6 BILION - APA KENA MENGENA DENGAN HIDUP KITA?


Kita diceritakan pelbagai masalah berkaitan 1MDB dan wang derma RM2.6 bilion. Kita diceritakan bahawa 1MDB telah menanggung beban hutang lebih kurang RM42 bilion dengan pelbagai agensi perbankan. Kita diceritakan tentang derma RM2.6 bilion yang dimasukkan ke dalam akaun peribadi Perdana Menteri, Najib Tun Razak.

Cerita berkaitan kedua-dua isu ini iaitu 1MDB dan RM2.6 bilion setiap hari kita dengar, ada pendedahan dan ada jawapan daripada Najib dan Kerajaan serta 1MDB sendiri. Persoalannya ialah apa kena mengena dengan kita sebagai individu rakyat Malaysia?? Kenapa ada di antara kita hanya dengar, angguk kepala kemudian hilang. Macam tak ada apa-apa bersangkut dengan diri kita.

Inilah masalah kebanyakan orang kita, selagi tidak kena batang hidung sendiri secara langsung, kita tak rasa apa. Perangai kebanyakkan kita mesti isu itu kena secara langsung pada dia. Contohnya kita kata harga barang naik sebab GST. Dia kata aku rasa biasa ja. Tapi bila dia ke kedai beli barang, dia sendiri kena bayar mahal, baru dia tau, rasa dan faham.

Apa kena mengena 1MDB dan RM2.6 bilion dengan kita? Kita tak terkena secara langsung ka?? Kita kena cuma kita tak sedar sebab tak keluar duit dari poket kita, tapi sebenarnya duit kita yang banyak keluar dan hilang disebabkan 1MDB dan RM2.6 bilion ni. Macamana boleh jadi macam tu?? Macam ni....

1MDB ditubuhkan sebagai agensi pelaburan strategik negara. Tugas utama 1MDB ialah untuk memacu pertumbuhan ekonomi dengan menggalakkan pelaburan langsung asing (FDI). Maknanya 1MDB bertujuan menjana ekonomi dengan mencari pelabur asing melabur di Malaysia. Dengan itu ekonomi Malaysia akan meningkat maju. 1MDB diberikan aset-aset penting negara seperti mendapat hartanah bernilai tinggi contohnya Tun Razak Exchange (TRX) dan Lapangan Terbang TUDM Sg Besi (Bandar Malaysia). Aset-aset ini bernilai tinggi tetapi dijual kepada 1MDB dgn harga murah di bawah harga pasaran. Sepatutnya 1MDB boleh menjana pendapatan amat tinggi jika menjual hartanah tersebut dgn harga pasaran kepada pelabur asing dan dalam. Dengan pendapatan tinggi itu, 1MDB mendapat keuntungan dan Kerajaan Malaysia juga mendapat keuntungan. Sebaliknya 1MDB telah menggadai hartanah tersebut kepada agensi perbankan untuk mendapatkan pinjaman. Dengan pinjaman tersebut 1MDB membeli aset2 lain yang telah merugikan. Pinjaman 1MDB pulak dijamin oleh Kerajaan.

1MDB pulak terlibat dengan beberapa perjanjian perniagaan lain yang merugikan yang menyebabkan 1MDB tidak dapat bayar ansuran pinjaman bank. Sekarang duit 1MDB tak tahu ke mana, pinjaman bank tak dapat dibayar dengan baik. Maka Kerajaan yang bertindak sebagai penjamin terpaksa menanggung hutang. Sekarang 1MDB menjual beberapa aset kepada pelabur asing. Sepatutnya hasil penjualan itu adalah keuntungan tetapi sekarang hasil penjualan aset hanya untuk menampung hutang.

Aset hilang, untung tidak ada. Harta Malaysia hilang kepada warga asing tapi tiada pulangan. Bila Malaysia tidak ada harta, maka kita rakyat Malaysia makin miskin kerana aset kita hilang. Kalau ini pun tidak ada kena mengena dengan kita, apa lagi??? Kita rakyat Malaysia mempunyai hak terhadap seluruh harta negara kerana harta negara adalah aset kita yang menjamin ekonomi negara. Jika negara tiada aset, ekonomi negara lingkup, ekonomi negara lingkup, kita rakyat yang akan tanggung. Itulah yang berlaku dengan GREECE.

RM2.6 bilion juga terlibat langsung dengan kita. Bagaimana seorang perdana menteri boleh terima derma sebanyak itu tanpa ada sebarang audit? Kenapa PM dpt derma? Apa tujuannya? RM2.6 bilion bkn sikit. RM2.6 bilion boleh tampung perbelanjaan sebuah negeri bagi 3 tahun. Bagaimana RM2.6 bilion semudah itu dapat kepada PM tanpa kita tahu apa tujuannya dan kemana perginya??

SEDARLAH MALAYSIA, KITA PERLU BERUBAH, BERANI BERUBAH.

ZULHAZMI SHARIFF
05012016

Popular Posts