>> 5 Terkini :

Tuesday 22 September 2015

PAS harus disingkirkan dari Selangor, Azmin tiada pilihan..!!!!

Farouq Albaloque


Sebagai strategi Pakatan Harapan untuk menang di Selangor dalam PRN atau PRU14, PAS perlu dikeluarkan dari kerajaan Selangor. Pakatan Rakyat dah berkubur dan sekarang ni hanyalah wujud Pakatan Harapan. Pakatan Harapan seharusnya memberikan laluan kepada AMANAH untuk mengisi jawatan exco negeri Selangor. 

Azmin berpendapat pembangunan dan pembelaan rakyat Selangor tidak patut digangu dan perlu diteruskan dgn kerajaan sekarang ini dan juga sekiranya PAS dikeluarkan dari Kerajaan Selangor, Istana tidak akan selesa dgn komposis kaum dalam Kerajaan Selangor yang baru. Sama macam bunyi Hadi masa nak lantik Kak Wan dulu , Hadi yg beria ria kata Istana tidak setuju. Entah betul entah tidak. 

Kalau ye pun Dr Aziz pernah memberi pendapat bahawa parti yg mempunyai majority berhak melantik siapa saja sebagai MB. Bukan nak mempertikaikan kuasa Istana , Agong pun tak pernah menolak lantikan BN dalam jawatan PM. Ini bukan nak tukar MB cuma kedudukan parti pemerintah dah berubah dengan tertubuhnya Pakatan Harapan. 

Sekiranya gagal mengeluarkan PAS dari kerajaan Selangor, AMANAH didalam keadaan yang sukar bagi menghadapi PRN atau PRU 14 nanti. Ini kerana disebabkan jawatan lantikan PAS dalam kerajaan selangor samada di peringkat Exco, Majlis Daerah, JKKKP dan masjid akan digunakan sepenuhnya oleh PAS Selangor untuk mengekang pengaruh AMANAH di Selangor. 

Tiada jalan pilihan untuk Azmin kecuali mengeluarkan PAS dari Kerajaan Selangor.

Benarkah UNDI PAS yang tertinggi semasa PRU13 tempohari..????

masalah sekarang mai mana data kata UNDI PAS TERTINGGI..????
sekadar mendapat 14% sahaja dan DAP mendapat 15%
dan PKR 20%


PUTRAJAYA - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengumumkan bahawa 84.84 peratus atau 11,257,147 daripada jumlah 13,268,002 pengundi berdaftar keluar mengundi bagi 222 kerusi Dewan Rakyat (Parlimen) pada Pilihan Raya Umum ke-13

(PRU13) semalam.

SEMBANG ANGKA...(anggaran shj)

pengundi 11 juta
53% sokong PR
47% sokong BN
jadi 11juta x 53% = 5.83juta
ahli PAS 1juta
ahli PKR 500k
ahli DAP 500k
baru total 2 juta
baki lagi 3.83juta

SIAPAKAH PENGUNDI 3.83 JUTA ITU?
ADAKAH PENGUNDI 3.83 JUTA INI AKAN KEKAL UNDI PR?
APAKAH YANG DIINGINKAN OLEH PENGUNDI 3.83 JUTA INI?
APAKAH AKAN BERLAKU SEKIRANYA 3.83 JUTA INI UNDI BN?



Saturday 19 September 2015

Parti Mat Sabu Tolak HUDUD...YA @ TIDAK..????

Mat Alishah


aku pun hairan bila terbaca komen sahabat mengatakan kami tolak hudud.... hangpa paham lagu mana nie dok kata orang tolak hududnya....

kita nie jika dah mengaku ISLAM boleh tergelincir akidah bila tolak HUKUM ALLAH nie.. bab nie jika pie sembang dgn penyokong UMNO boleh laa tanya depa hangpa nak sokong hudud atau dak....
kami nie yg ditarbiah sejak zaman arwah ustaz fadhil noor dan arwah tg nik aziz kira kata jahillah jika dok tolak hudud nie...

Untuk makluman hangpa kami lanie tak sembang dah bab sokong dan tolak hudud nie... kami lanie dok pikiaq macamana nak merialisasikan hudud dibumi Malaysia nie...

Ulang semula jika tak paham apa itu merialisasikan ia bersamaan nak bagi hudud tertegak dibumi Malaysia nie...paham dak nak bagi tertegak...bukan sembang tolak atau dak...TERTEGAK...paham tuuu...

Jadi lanie pada kami untuk nak bagi tertegaknya HUDUD dibumi MALAYSIA nie yang paling utama ialah kita kena ada KUASA....sebab tanpa KUASA kita pakai dok kena permain sekupang dua macam tu aja dengan pemerintah di bumi Malaysia nie....

Pemerintah Malaysia nie dah 58 tahun memerintah negara nie dah jika depa ikhlas nak lihat HUDUD tertegak kira dah lama dah depa buat hudud nie...tapi dok tengok macam dok sembang untuk ambil kesempatan sahaja...jadi pada kami nie...

pakai tak percaya dah akai muslihat depa tuu kata pielah macamana pun... nak tengok ISLAM tertegak.. nak tengok MELAYU bersatu...cakap la apa pon kami takan percaya sebab mereka skrg tengah lemas dan hanya memerlukan 2% sahaja lagi untuk memastikan mereka lemas dan tewas memerintah bumi Malaysia nie dan kuasa akan berlaih arah...

Jadi kami akan pastikan kuasa ada ditangan baru kita sembang nak buat hudud nie....bila dah ada kuasa nak risau apadah.... RTM kita punya... jadi gunakanlah media tu untuk berdakwah dan bercerita bab hudud....kemudian kita boleh suruh universiti2 buat paper work buat kajian buat wacana bab hudud.. disamping memanggil bijak pandai dan pakar bab hudud nie untuk duduk semeja berbincang nak merialisasikan hudud nie...semua nie nak risau apadah..kita sudah memerintah.....bagi arahan sahaja....

nak suruh tok katib baca khutbah bab hudud pun boleh dah aihh...terang biaq bagi jelas...supaya semua masyarakat paham....

Jadi skrg untuk makluman hangpa kami tak tolak hudud tapi kami sedang dok pikiaq macamana nak menjadikan hudud tertegak dibumi Malaysia.....itu cara kami...

dan cara hangpa untuk bawa ke parlimen nak suruh mp umno sokong tu kami ucapkan ahlan wasahlan dan kami doakan semoga berjaya dan Umno sokong.....itu aja.....

SUMBER & NAK LIHAT KOMEN2 SAHABAT FB BOLEH KLIK SINI

Monday 14 September 2015

Mike Tyson joint PKR, Inilah dinamakan strategi berpolitik.. PAS semakin terkebelakang..!!


Mulut boleh lah bercakap... kami tau dah pun depa nak belah... kami tak kesah 1 pergi 100 yg dok isi borang masuknya...

namun tidak adakah sedetik dalam hati akan timbul perasaan yang mulut tak tahu hakikat sebenarnya...

dgn masuknya Mat Taib kedlm PKR, usaha UMNO BN utk rampas Selangor menjadi lebih sukar.

Mat Taib akan jawab senang je.... aku dh kenal sgt umnu dan pas, aku bekas kedua2nya

umnu selangor pun takleh bikin onar sgt, taib akan jawab.. aku bekas MB selangor aku tau sgt dh permainan umnu

sgt bijak mat taib masuk PKR, PR selangor perlu dimantapkan kerana ada tangan2 hitam masih mengidam selangor

inilah dinamakan politik berstrategi bukan main politik SIKU & LUTUT....

M.A Shah

Saturday 12 September 2015

Sudah-sudah la dok bohong tu harakahdaily oi, akuilah hakikat yang PAS semakin layu sebenarnya..!!

Biarlah gambar berbicara... saya malas nak sambung cerita....

 
 

Sampai tahap bawa keluar pekeliling kepeada pengetua sekolah agama
ingatkan UMNO BN sahaja duduk buat kelaku macam nie....

https://scontent-kul1-1.xx.fbcdn.net/hphotos-xtp1/v/t1.0-9/12003306_10204979067898135_8932311814194464176_n.jpg?oh=d40d232fb68a25ff7f345c80f4de1faf&oe=56A06DD5

Thursday 10 September 2015

Ada peruntukan rupanya untuk kos pendaftaran keahlian baru PAS

https://scontent-kul1-1.xx.fbcdn.net/hphotos-xft1/v/t1.0-9/11209672_952287051479024_4434665806752775423_n.jpg?oh=498a78c65bd8b2ecd740b8f12030adda&oe=5674B9A9

Berita buruk yang baik bila Najib Razak enggan berundur


Najib Razak masih enggan berundur. Ini berita amat buruk untuk rakyat Malaysia. Sabar dahulu. Berita buruk Najib Razak enggan berundur ini juga adalah berita yang amat baik.

Dalam ilmu falsafah perkara sedemikian dipanggil “kesatuan yang bertelagah” atau “unity of the opposite’.

Dalam tulisan ini saya akan beri pencerahan untuk memahami bagaimana berita buruk ini boleh menjadi baik. Ini samalah seperti kita memahami bagaimana tahi lembu atau najis manusia boleh membantu manusia.

Bersih berjaya menghasut 500,000 orang rakyat Malaysia turun ke jalan raya. Ini adalah tanda undi tidak percaya kepada Najib Razak.

Sesudah BERSIH 4, kita terus membaca pelbagai berita yang berkaitan dengannya. Semuanya memberi gambaran bahawa suami Rosmah Mansor yang bernama Mohd Najib bin Abdul Razak masih enggan melepaskan jawatan sebagai perdana menteri Malaysia. Suami Rosmah semakin dilihat degil.

Kenyataan dan tindakan politik Najib saban hari menyakinkan saya dan meyakinkan warga Malaysia bahawa suami Rosmah ini ingin terus berkuasa sampai hari kiamat. Suami Rosmah mahu terus memimpin parti United Malays National Organisation dalam PRU14.

Buktinya, paling baru ialah kenyaatan Abdul Hamid Bador bekas timbalan pengarah Cawangan Khas (SB). Bekas pegawai polis ini membocorkan berita di mana si Rosmah Mansor turut hadir dalam satu “mesyuarat tergempar”.

Mesyuarat tergempar kerajaan ini didakwa dipengerusikan oleh Najib sendiri. Turut hadir ialah Zahid Hamidi dan pegawai tinggi kerajaan.

Kuasa bomoh

Apa ke jadahnya Rosmah Mansor berada dalam mesyuarat tergempar kerajaan? Ini satu pertanyaan tapi dalam masa yang sama ianya juga satu kenyataan. Ini yang dikatakan dalam ilmu falsafah – “kesatuan yang bertelagah”.

Laporan bahawa Rosmah berada dalam mesyuarat kerajaan sebenarnya tidak lagi memeranjatkan Malaysia. Malah berita ini memperkuatkan lagi keyakinan umum bahawa sebenarnya Najib Razak ini telah menjadi bangkai bernyawa yang berlakon mengikut arahan telunjuk Rosmah Mansor.

Justeru, pembocoran berita dari bekas pegawai Cawangan Khas ini mensahih dan memperkuatkan satu lagi berita yang telah dibocorkan oleh Mahathir Muhamad.

Mengikut Mahathir, si Rosmah ini sedang menggunakan kuasa bomoh untuk mempertahankan suaminya. Menurut Mahathir, si Rosmah ini menggunakan khidmat bomoh dari India dan Jawa.

Awas, ini bukan fitnah. Ini kata-kata dari Mahathir Muhamad. Mahathir Muhamad ini bukan tukang kebun sekolah. Mahathir bukan pakcik warung. Mahathir ialah bekas perdana menteri Malaysia.

Jadi persoalan timbul – apakah ini bermakna 30 juta rakyat Malaysia sedang bertempur dengan Guru Ji – bomoh Rosmah dari India?

Sekali pandang, kesemua berita ini kelihatan seperti berita buruk. Tetapi hakikatnya semua berita ini adalah berita baik. Semua sedang membantu rakyat Malaysia untuk membenci parti United Malays National Organisation.

Kedegilan suami Rosmah ini semakin jelas dilihat. Kritikan dan tuntutan agar suami Rosmah ini melepaskan jawatan telah datang dari pelbagai sudut.

Najib ditibai kiri dan kanan

Beberapa bahagian parti United Malays National Organisation telah meluluskan resolusi menuntut suami Rosmah berundur. Ini berlaku dalam mesyuarat tahunan parti.

Tidak cukup dengan ini – suami Rosmah yang juga presiden parti ini telah disaman oleh ahli parti sendiri. Saman-saman ini bersangkutan dengan kes duit RM2.6 bilion yang masuk ke dalam akaun peribadi suami Rosmah.

Kes putar alam duit derma Tok Arab suami Rosmah ini bukan hanya ditimbulkan oleh parti pembangkang. Kes rasuah suami Rosmah ini telah menjadi kes antarabangsa.

Persidangan Anti-Rasuah Antarabangsa baru sahaja selesai. Malaysia dan SPRM telah menjadi tuan rumah. Dalam persidangan ini suami Rosmah telah ditibai kiri dan kanan.

Seorang demi seorang delegasi antarabangsa telah bangun bertanya tentang hal duit 2.6 bilion ringgit yang masuk ke dalam akaun peribadi suami Rosmah.

Bayangkan, dalam satu persidangan dunia seramai lebih 1,000 delegasi antarabangsa telah ketawa berdekah-dekah apabila seorang ahli Parlimen dari Kenya bertanyakan tentang duit ‘derma’ dari Tok Arab kepada suami Rosmah.

Soalan dari Kenya ini satu gambaran yang amat berat. Apabila kayu sudah condong bukan sahaja kura-kura datang memanjat malah Mat Bangla sudah berani bergayut dan berak.

Sekali lagi saya nyatakan bahawa semua ini kelihatan amat amat buruk untuk imej Malaysia. Tetapi di sebalik keburukan ini ada hikmahnya. Seperti membuat tapai, kita memerlukan masa agar ragi dan pulut betul-betul masam sebelum nikmat tapai dapat dirasakan.

Mahathir jadi Mahazalim

Masa dan waktu kedegilan suami Rosmah ini wajib dijadikan masa dan waktu untuk mengolah persetujuan orang ramai bahawa masanya telah sampai untuk menumbangkan kerajaan di bawah pimpinan suami Rosmah Mansor.

Rosmah Mansor dan Najib Razak kini telah menjadi ikon kebencian rakyat. Maka secara terancang, secara tersusun, orang ramai, anak-anak muda dan bakal pengundi boleh dihasut dengan menggunakan nama Rosmah Mansor.

Sekitar tahun 1998/99, saya pernah menulis bahawa Mahathir Muhamad wajib digambarkan sebagai susuk yang zalim di media. Ini merupakan pencerahan dari segi strategi politik. Kezaliman ini menjadi bahan hasutan kepada anak-anak muda untuk turun ke jalan raya.

Gerakan Reformasi berjaya – Mahathir Muhamad dinobatkan sebagai Mahazalim.

Sesudah Mahathir letak jawatan, strategi media juga beralih dari Mahathir yang zalim kepada Dolah Badawi yang bebal. Dolah digambarkan selalu tidur. Sering dolak-dalik, sering tak tahu kiri atau kanan. Sering terlupa. Malah saya mementaskan teater Tok Sloo untuk menyebarkan hasutan.

Akhirnya usaha ini berjaya – Abdullah Ahmad Badawi dinobat sebagai Mat Bebal atau Tok Sloo.

Tetapi apabila melihat ke belakang saya sedar saya telah melakukan kesilapan yang amat besar ketika itu. Kempen Mat Bebal aka Tok Sloo ini berjalan cepat.

Belum sempat ranum Dolah Badawi telah diturunkan dari takhta. Dari segi strategi politik jangka panjang, adalah amat molek jika Dolah Badawi terus berkuasa agar ‘tapai’ betul-betul ranum untuk dilingkupkan.

Tunggu masa

Sayang, tetapi dari kesilapan ini kita wajib mengumpul pengalaman dan jadikan kesilapan sebagai ilmu pedoman.

Justeru, pada tahap ini kempen menghasut orang ramai wajib menggunakan imej Rosmah Mansor. Ini sama saperti yang sedang dilakukan oleh Zunar dalam karikaturnya.

Imej Rosmah digunakan kerana umum sedar bagaimana Najib kini telah dibomoh dan dikontrol oleh Rosmah. Budaya bomoh dan budaya ‘nasi kangkang’ ini wujud dalam pandangan dunia alam Melayu. Justeru ianya menjadikan kerja propaganda politik senang dan ampuh.

Strategi politik berjangka panjang kita ialah agar suami Rosmah ini terus berdegil seperti perangainya hari ini. Kita harapkan Tok Bomoh yang ditaja oleh Rosmah akan sentiasa membakar kemenyan dan Guru Ji dari India akan terus membawa api sembahyang mengelilingi Putra Jaya.

Kita sedar kedegilan suami Rosmah ini sedang mengharu-birukan United Malays National Organisation. Parti ini sedang dihantui oleh krisis.

Dua kumpulan sedang mengumpul kekuatan. Satu berkumpul di belakang Muhyiddin dan satu lagi sedang dipayungi oleh Tok Bomoh Rosmah.

Ketika musuh kita huru-hara berkrisis kita juga wajib berkempen secara terbuka menuntut suami Rosmah ini meletakkan jawatan. Dari segi mengolah persetujuan politik, kita akan dilihat bebal jika tidak menuntut suami Rosmah berundur.

Tuntutan agar Najib berundur ini kita lakukan khusus untuk media dunia. Kita juga akan dilihat bebal oleh media antarabangsa jika kita tidak bangun melawan dan menuntut suami Rosmah mengundur. Justeru BERSIH 4 adalah sebahagian dari taktik untuk mengolah persetujuan media dunia.

Demi tujuan sama

Setakat ini apa yang kita lakukan telah berjaya. CNN, BBC, NBC, RT – The Guardian, The Age, Sydney Morning Herald, South China Morning Post, The New York Times, Boston Globe, Wall Street Journal, Jakarta Post, The Times of London.. dan dan dan.... Hampir seluruh media dunia telah bersama memerangi suami Rosmah. Ini satu kejayaan.

Taktik mengolah persetujuan media barat ini digunakan oleh anak-anak muda ketika menjatuhkan Marcos. Taktik yang sama telah dijalankan ketika anak muda ke jalan raya menjatuhkan Suharto. Malah Hosni Mubarak dari Mesir jatuh terlungkup melalui gerakan jalan raya yang disadur dengan laporan media barat.

Jangan merasa segan dan malu apabila menggunakan media barat. Kita secara sedar menggunakan media barat kerana media barat ini mempengaruhi suasana pelaburan.

Kita sedar tugas utama media barat saperti New York Times, The Economist, Wall Street Journal bukan untuk memperkukuh demokrasi, hak asasi atau keadilan.

Media barat juga sama hampeh macam Utusan. Kalau Utusan menjaga kepentingan United Malays National Organisation, media barat menjaga kepentingan kaum pemodal antarabangsa.

Dalam kes suami Rosmah kita bertemu dan bekerjasama. Ini yang saya katakan “kesatuan yang bercanggah”. Kali ini kepentingan kita yang mahu menjatuhkan rejim United Malaya Nayional Organisation selari dengan kepentingan kaum pemodal antarabangsa.

Jangan anggap Hishamuddin Rais tidak kenal siapa di belakang CNN, atau BBC atau New York Times atau Wall Street Journal. Tetapi pada ketika ini kepentingan kita bertemu di lorong yang sama. Maka saya ucapkan ah lan wa sahlan. Lagi banyak laporan mengutuk Malaysia atau suami Rosmah lagi baik untuk warga Malaysia.

Semalam Majlis Tertinggi United Malays National Organisation bersidang. Apa yang menjadi perhatian adalah persoalan sama ada Muhyiddin dibuang atau tidak. Tetapi, jika Muhyiddin diterajang, ianya baik untuk kita. Muhyiddin tidak diterajang pun baik untuk kita.

Apa yang saya tidak mahu ialah tapai belum ranum dan suami Rosmah kena terajang. Jika ini berlaku bermakna Tok Bomoh dari India dan Jawa telah lembik. Ini sahih satu berita buruk.

Hishamuddin Rais

Nyawa PAS SELANGOR berada pada AZMIN sekarang ini...!!!!

ذوالحزم شاريف
1 hr · Batu Caves ·



Dengan kemasukan Ahli Dewan Undangan Negeri Pelabuhan Kelang yang sebelum ini bebas ke dalam parti lebai, maka parti lebai mempunyai 14 kerusi DUN.

Pecahan kerusi DUN Selangor slps sabtu 12/09/2015 ialah :

DAP : 15
PKR : 13
Parti Lebai : 14
BN : 12
Amanah : 2

Kalau PKR bersama DAP dan Amanah membentuk Pakatan Baru tanpa Parti Lebai di Selangor, kerusinya akan menjadi 30 yang mana sudah cukup menjadi majoriti berbanding Parti Lebai dan BN yang hanya berjumlah 26 kerusi. Dengan majoriti itu Azmin masih boleh menjadi MB.

Tapi apakan daya MB sekarang cangkalewang....

Pakatan Rakyat 2.0 - Apabila pimpinan atasan PAS cakap bercanggah...!!

Amanah Negara Pengkln Chepa 

Apabila 2 kenyataan berbeza...... Kenyataan sesama sendiri pon ada percanggahan inikan pula ahli bawahan. Namun yg mana satu akan diguna pakai?? Mungkin ahli PAS pon nampak keadaan ini...

Bagi pihak kami PAN PC... Asalkan mahu tolak Umno/BN xsalahlah mahu bergabung pon..cumanya agak mohon hadir mesyuarat pakatan..dan membuat kenyataan yg sama..sama2 bersetuju dan sama2 menolak/,mengkritik atas dasar keputusan bersama bukan mcm yg terjadi seblm ni. 

Berpakat tapi keputusan ikut suke..itu bukan pakatan namanya. Mesyuarat dan berunding lah demi kebaikkan rakyat.

Rakyat hanya mahu yg terbaik!


Kewujudan baiah sumpah taklik cerai talaq tiga PAS Kelantan tidak mematuhi keputusan MSU



Kewujudan baiah sumpah taklik cerai talaq tiga bagi calon-calon PAS dalam pilihan raya umum yang lalu adalah suatu yang misteri.

Pimpinan pusat PAS berkali-kali menafikan wujudnya baiah tersebut sejak 2009 lagi.

Terbaru tiga hari yang lalu setiausaha Majlis Syura Ulama (MSU) PAS Datuk Nik Zawawi Salleh menegaskan bahawa mereka tidak pernah meluluskan baiah sumpah taklik cerai talaq tiga itu.

Ini bererti PAS Kelantan tidak mematuhi keputusan MSU sekiranya benar baiah tersebut di kenakan ke atas wakil-wakil rakyat PAS di negeri tersebut.

Ini bermakna baiah sumpah baiah taklik talaq tiga tidak diperakui oleh ulama PAS sendiri.

Dan dengan sendirinya tindakan PAS Kelantan itu adalah bukti tidak walaknya mereka kepada kepimpinan ulama.

Maka tidaklah sepatutnya isu tersebut dibangkitkan oleh pimpinan PAS Kelantan khasnya apatah lagi pimpinan Pusat PAS amnya.

Kesungguhan sesetengah pemimpin PAS yang begitu ghairah mahu meruntuhkan rumahtangga di kalangan wakil-wakil rakyat PAS Kelantan yang kini bersama Parti Amanah Negara (AMANAH) menimbulkan kehairanan besar di kalangan masyarakat umum.

Seolah-olah mahu dipisahkan semua wakil-wakil rakyat ini dengan pasangan masing-masing tanpa sedikit pun ingin melihat hujah dan pandangan ahli fekah yangmemberi jalan keluar kepada persoalan hukum menghiasi dada-dada media.

Tidaklah dinafikan adanya pendapat ahli fekah yang menghukumkan jatuh talaq dengan sumpah taklik oleh suami terhadap isterinya, tetapi ia tidak ada kena mengena dengan sifat taklik dalam baiah politik seperti yang dilakukan oleh PAS.

Lebih menyedihkan apabila mereka yang bersungguh-sungguh ini seakan-akan mahu membalas dendam dan ‘gembira’ melihat rumahtangga sahabat yang dahulunya berjuang dalam PAS, runtuh dan musnah.

Seakan-akan tiada ruang untuk hujah menyelamatkan rumahtangga ini dikedepankan.

Islam diwajahkan dengan pandangan yang cukup jelek seolah-olah politik kepartian Islam ini kerjanya mencerai-berai rumahtangga orang semata-mata dengan cuba menjadikan perjuangan politik Islam sebagai alasan untuk mewajarkannya.

Institusi keluarga

Institusi keluarga merupakan entiti penting dalam pembentukan sesebuah masyarakat dan negara, bahkan terhormat dan mulia kedudukannya di sisi Islam.

Melindungi keluarga termasuk dalam kategori melindungi kehormatan dan zuriat keturunan yang merupakan salah satu daripada maqasid (tujuan-tujuan) syariah yang lima perkara.

Jelas bahawa keutuhan integriti keluarga merupakan sesuatu yang dilindungi dalam syariat Islam.

Walaupun perceraian antara suami isteri dibolehkan dalam Islam tapi itu adalah perkara yang hanya wajar dilakukan dalam suasana yang amat mendesak dan tidak ada jalan keluar yang lain untuk mengatasi masalah rumahtangga.

Bahkan dalam masalah perbuatan ilaa’ atau bersumpah tidak menyetubuhi isteri dalam tempoh lebih empat bulan pun jelas kesukaan Allah terhadap pernikahan berbanding penceraian.

Allah S.W.T berfirman (Al-Baqarah, 226-227):

“...kemudian jika mereka kembali (kepada isterinya), maka sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang”.

Dan pada waktu mereka berniat memilih talak, maka Allah berfirman:

“Dan jika mereka berazam (untuk) talak, maka sesungguhnya Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui”.

Syeikh Muhammad Shalih Al-Utsaimin menyebut dalam Durus wa Fatawa Haramul Makki:

“Ini menunjukkan bahawa Allah tidak suka terhadap orang yang memilih jalan talak daripada kembali menyambung tali pernikahan.”

Bahkan Rasulullah SAW sendiri menganggap orang yang menjatuhkan talaq tiga sekaligus adalah mempermain-mainkan kitab Allah.

“An-Nasai meriwayatkan dari Mahmud bin Labid: Bahawa ada seorang memberitahu kepada Rasulullah bahawa ada orang yang menceraikan isterinya dengan talak tiga sekali gus. Baginda bangkit dengan berang seraya berkata: Apakah ada yang berani mempermain-mainkan kitab Allah sedangkan aku masih hidup di kalangan kamu? Kemudian seorang bangun dan berkata di hadapan Rasulullah: Biar aku bunuh dia wahai Rasulullah?”

Walaupun akhirnya sahabat itu tidak dibenarkan meneruskan hasratnya untuk membunuh pihak yang menjatuhkan talak, peristiwa ini menunjukkan bahawa soal hubungan suami isteri dan keluarga sesuatu yang tidak wajar dihubungkaitkan dengan sebarang kepentingan politik kepartian.

Ini demi menjaga keutuhan dan nama baik keluarga itu sendiri.

Allah berfirman dalam surah Al Maidah ayat 89:

“Allah tidak menghukum kamu lantaran sumpah-sumpah yang kamu lafazkan secara tidak sengaja, tetapi Dia menghukum kamu lantaran sumpah yang kamu sengajakan.

Bayaran dendanya ialah memberi makan sepuluh orang miskin daripada jenis makanan yang biasa kamu berikan kepada keluarga kamu atau memberi pakaian untuk mereka atau memerdekakan seorang hamba.

"Sesiapa yang tidak berupaya untuk melunaskan denda tersebut, maka dia hendaklah berpuasa selama tiga hari. Ini sebagai denda penebus sumpah kamu apabila kamu terlanjur bersumpah. Oleh itu, berhati-hatilah apabila bersumpah. Demikianlah Allah menerangkan titah perintah-Nya kepada kamu supaya kamu bersyukur.”

Umat Islam dituntut agar berhati-hati berkaitan dengan sumpah ini dan tidak bermudah-mudah mengheret institusi dan kehormatan keluarga dalam pertarungan politik kepartian.

Maksud firman-Nya: “Jagalah dan berhati-hatilah terhadap amalan sumpah di kalangan kamu.”

Dengan perkataan lain, jangan mempermudah dan memperbanyak sumpah dalam budaya hidup kamu.

Dalam sumpah laknat, rahmat Allah mengatasi kemurkaan-Nya, sesuai dengan perutusan Islam itu sebagai Rahmat untuk seluruh alam.

Bermohon istighfarlah dengan Allah.

Sungguhpun mungkin si pelafaz sumpah telah memohon kecelakaan dan laknat terhadap dirinya, namun Allah bukan Tuhan yang suka-suka hendak menurunkan laknat kerana Dia Tuhan Yang Maha Mengasihani.

Allah Maha Mengetahui bahawa sumpah itu bukanlah niat sebenar bagi calon itu melainkan hanyalah tatacara yang dipaksakan ke atasnya oleh partinya yang mahu memastikan calon itu patuh kepada parti berkenaan dan tidak melompat kepada parti lawan (Umno-BN).

Allah Tuhan yang Maha Pengasih dan Penyayang sama sekali tidak tunduk kepada kebencian dan kegeraman manusia pendendam yang mendoakan keburukan kepada orang yang hanya berbeza pendapat atau yang memasuki wadah politik Islam yang lain.

Apatah lagi si pelafaz sumpah berkenaan masih komited terhadap perjuangan Islam dengan wadah yang baru, bukanya melompat kepada parti lawan yang di maksudkan ketika melafazkan sumpah baiah dahulunya.

Realiti kerosakan masyarakat

Realitinya ketika ini, memang terdapat kerosakan masyarakat yang parah; rasuah dibudayakan demi memenangi tampuk kuasa dan pilihan raya.

Malah ada kerajaan yang sedia berkuasa di sesebuah negara lumrah membeli calon dan pemimpin dengan mengajukan rasuah bernilai jutaan ringgit.

Sehingga – dengan sebab itu – ada parti politik yang terlanjur melibatkan institusi keluarga untuk menjamin kesungguhan dan integriti calon mereka; agar tidak mudah dipujuk dan dibeli.

Mereka mengadakan semacam sumpah hingga mentaklikkan cerai isteri; baik satu atau tiga sekali gus dengan tindakan politik tertentu oleh penutur sumpah itu sendiri.

Amalan politik mempertaruhkan rumahtangga calon sememangnya tidak dapat diterima oleh masyarakat yang bertamadun.

Ia merupakan ciri warisan masyarakat jahiliah.

Kerana itu PAS sendiri melakukannya dalam keadaan misteri dan menyembunyikan amalan yang boleh mengaibkan imej parti.

--------------------------------------------------------------------------------

AHMAD AWANG penasihat umum AMANAH.

Tuesday 8 September 2015

Apabila golongan agamawan PAS dianggap suci & murni

Mat Alishah



Golongan ulama yang berada dalam Pas adalah lulusan dalam bidang pengajian Islam. Mereka bukan pakar dalam semua bidang. Jauh sekali mereka mampu menguasai bidang-bidang disiplin keduniaannya yang lain.

Seakan-akan golongan agamawan Pas mendapat autoriti untuk menakut-nakutkan golongan yang bukan agama. Golongan ini juga merasakan bahawa mereka sahaja yang betul dan mendapat keredhaan Allah.

Golongan agamawan Pas sering membuat ancaman dengan menggunakan senjata (doktrin) "walaq" dan ugutan "dosa" jika melawan ulama Pas. Akibatnya, ahli-ahli bawahan yang kurang didikan agama telah dipasakkan dengan doktrin bahawa ulama Pas adalah "maksum" dan mempertikaikan mereka adalah berdosa besar.

Doktrin yang menyatakan Pas adalah Islam dan Islam itu adalah Pas, dan ulama-ulama Pas adalah "maksum" telah berjaya memerangkap ahli-ahli akar umbi dan bawahan Pas "berwalaq" secara membabi buta kepada pimpinan tertinggi Pas.

Ketaatan yang mutlak dalam ajaran Islam hanyalaah kepada Allah dan Rasullullah sahaja, dan ketaatan kepada pemimpin adalah bersyarat. Kini masyarakat melihat Pas sebagai satu entiti yang kurang diyakini arah tuju perjuangan keislamannya.

Pas kini merasa hebat kerana masih ramai ahli yang setia, dan masih ramai yang ingin menganggotainya. Itu semua tidak menghairankan, kerana "Ayah Pin" dan "Rasul Melayu Terakhir" yang terang-terangan aajaraannya bercanggah dengan Islam pun ada pengikut-pengikut masing-masing.

Apatah lagi, Pas sebagai parti politik yang menjanjikan habuan kuasa dan pangkat semestinya ada pengikutnya yang tersendiri.

*maaf nampak kasaq sikit..sebenar luahan ini datang apabila mendengaq ustaz2 muda PAS bercakap ibarat macam rakyat yang menyertai GHB nie macam dah tak ada nilai pada ALLAH swt

Lagi Ustaz Muda PAS dok bantai golongan yang SOKONG HARAPAN BARU dalam masjid



Seronok la no Ustaz dok kata kat orang...

Tak ada siapa yg tolak ulamak
masalah skrg Ulamak yang buat diri dia dihina
dan menyebabkan dia sendiri yang dihina

Dan Ustaz harus ingat nabu kata ALIM...
dia tak kata ULAMAK sebab ulamak nie ada dua
Ulamak BAIK & Ulamak SUK..

Bab kategori Ulamak nie Ustaz sendiri pun tau rasanya


Najib terlupa yang malukan negara dia, bukan Bersih

DALAM KABUS


Najib Razak mengecam himpunan Bersih 4 yang berlangsung baru-baru ini sebagai gila. Katanya himpunan itu, - Bersih bukan demokrasi, tetapi democrazy. (Gila).

Perdana Menteri itu berkata himpunan itu bertentangan dengan perlembagaan negara kerana ia cuba mengguling kerajaan. Najib menggunakan perlembagaan untuk mengecam Bersih dan menyelamatkan dirinya.

Sebenarnya tidak ada siapa beranggap himpunan Bersih itu sebagai hendak mengguling kerajaan. Himpunan Bersih bukan baru, malahan sudah berlaku beberapa kali sebelum ini. Himpunan Bersih adalah untuk menuntut demokrasi dan pilihan yang bebas, telus dan adil.

Bekas PM Dr Mahathir Mohamad juga hadir dalam himpunan itu. Apakah ini bermakna Dr Mahatir juga gila? Tidak. Sebab dia sudah mengatakan kehadirannya bukan menyokong pembangkang tetapi kerana mahukan Najib berundur. Jelas himpunan itu hanya mahu menggulingkan Najib dan bukannya kerajaan UBN.

Di antara Najib dan kerajaan adalah dua perkara berbeza. Yang ditentang ialah peribadi Najib bukan kerajaan yang dipilih oleh rakyat. Kalau pun mengikut kehendak rakyat, rakyat telah memilih Pakatan Rakyat berbanding dengan BN apabila Pakatan mendapat lebih 51% undi popular berbanding dengan BN.

Tetapi kerana sistem pilihan raya kita mengambil kira kelebihan kerusi bukan peratus undi maka BN memerintah. Jika pilihan raya kita berdasarkan peratus undi diperolehi parti, bermakna BN sudah jadi pembangkang kini.

Najib marah benar dengan Bersih sehingga menyifatkan himpunan itu memalukan negara kepada dunia luar. Beliau tidak memperincikan apakah yang menyebabkan himpunan itu memalukan Malaysia. Cuma mungkin dia beranggapan apabila dia hendak digulingkan disebabkan masalah ekonomi negara yang muram sekarang ini.

Beliau berdalih keadaan eknomi negara yang muram, kejatuhan nilai ringgit bukan disebabkan faktor kepimpinan yang diketuainya tetapi kerana isu global.

Dakwaan Najib itu jelas cuba menengakkan benang basah. Himpunan itu tidak pun memalukan negara, bahkan himpunan itu mendapat liputan media massa dunia. Masyarakat dunia tertanya-tanya mengenai kesudahan himpunan berkenaan. Sekiranya himpunan itu sesuatu yang buruk, sudah pasti ia tidak dipedulikan oleh dunia.

Najib tidak patut mengatakan himpunan itu memalukan negara. Sebelum beliau menuduh demikian, dia perlu menilik dirinya sendiri. Najib perlu kencing dalam tempurung bulu dan tilik wajahnya. Yang memalukan negara bukan Bersih tetapi dirinya.

Skandal 1MDB penyonglapan wang dana sebanyak RM2.6 billion ke dalam akaunnya itu yang menjadi persoalan umum. Beliau gagal untuk menjelaskan mengenai status wang berkenaan. Jawaban yang diberikan oleh para menteri musang berjanggutnya juga berbelit-belit.

Najib sebenarnya terlupa dan tidak sedar yang dirinya kini menjadi damge kepada negara. Yang memalukan negara adalah diri Najib bukannya himpunan Bersih. Yang melanggar "perlembagaan" bukannya rakyat tetapi Najib yang membelakang ahli-ahli partinya. [wm.kl.8:59 am 08/09/15]
* Tanpa edit.

Posted by mso.im at 8:59:00 AM

Monday 7 September 2015

PKR pula dihinggap penyakit KETAGIH KENA TIPU

KETAGIH KENA TIPU.


Penyakit "Ketagih Kena Tipu" sudah mula menular. Dulu, puak parti lama aku adalah puak yg mengidap penyakit "Ketagih Kena Tipu" ni. Ketagih sungguh utk ditipu oleh Umno yg sejak azali diketahui kaki tipu. Umno tak blh hidup tanpa menipu. Kerja Umno menipu org saja. Tapi nasib Umno baik krn ada puak yg memang ketagih ditipu.

Dah banyak kali Umno tipu parti lama aku tapi puak2 tu masih syok utk ditipu dan terbaru ditipu isu Private Bill. Sehingga hari ni masih ditipu. Habis bab ketagih parti lama aku, penyakit tu menular kpd PKR.

PKR yg nampak mcm cerdik la ni dah tersampuk penyakit ketagih ditipu tu dan yg paling seronok ketagih ditipu oleh parti lama aku yg asyik kena tipu.

Parti lama aku tu dah la ditipu, la ni depa plk menipu PKR & PKR mcm syok plk nak kena tipu.

Parti lama aku tu kononnya ikhlas berkawan tapi menipu jugak. Banyak kali dah depa dok tipu. Kata bertanding 1 lwn 1 tp parti aku letak calon dia lwn calon PKR. Parti lama aku kata kami tak pelahap jawatan tp letak calon dia sbg MB Selangor. Parti lama aku kata kita sokong calon PKR di Permatang Pauh tp depa pulau secara terang & diam. Punya la menipu.

La ni parti lama aku berpecah & wujud "AMANAH"... Yg seronoknya PKR yg dah tau parti lama aku tu kerja dok menipu blh lg dok syok nak kawan dgn penipu. Kononnya nak nampak terbuka & berlapang dada tp sebenarnya ketagih ditipu. Kami berkawan dgn semua katanya. Bkn dgn AMANAH @ DAP saja.. Kena ingat yg tegas dgn prinsip ialah DAP & AMANAH. DAP tetap dgn prinsip biar pun nampak mcm tak ke mana. AMANAH tegas dgn prinsip sbb tu depa keluar dr parti lama.

Ingatlah PKR oi bahawa kena tipu dgn yg kena tipu tu cukup2 bodoh. La ni bkn masa nak ambik hati kawan dah. La ni masa tetap dgn PRINSIP. Tegas dgn prinsip bkn dok mengular makan keliling yg akhirnya terjerut dgn puak2 penipu.

BERANI BERUBAH bukan terhegeh2 sua kepala utk ditipu.

UMNO PENIPU dan akan terus menipu.

ZULHAZMI SHARIFF
07092015

Thursday 3 September 2015

Sempena nak laksanakan Hudud di Kelantan, Ketua Hakim Mahkamah Syarie sudah boleh jatuhkan hukuman guna telefon


Pemanggil : Hello... Assalamualaikum... Ini Dato' Ketua Hakim ka??

Ketua Hakim : Hello... Waalaikumussalam... Ya ana bercakap... Ada apa tu?

Pemanggil : Ni Dato'... Kami tangkap seorang budak ni dia mencuri... Macamana ni??

Ketua Hakim : Owhhhhh klu mcm tu just chop like that la... Hudud tu.... Hudud ni hukum Allah yg wajib laksana... Antum potong ja tangan budak tu insyaAllah diredhoi...

Pemanggil : Takbir!!!!

****** mudah... Tak payah susah2 pi Mahkamah... Hakim blh dihubungi & jatuh hukum melalui telefon ja...

Adam Al-Pekani, 
hakim pondok-pondok
lulusan Unibersiti Pekan

Wednesday 2 September 2015

Wala' arahan Presiden PAS pun takan bai'ah kena juga??

Kenapa NIK AMAR nie lebih-lebih pula... dia dengan Presiden PAS mana lagi tinggi arahannya... mereka yang keluar dan buat parti baru tu rasanya golongan yang WALA' pada apa yang Presiden PAS katakan...

Aku pun sebenarnya pening dengan PAS nie..semasa duduk dalam Presiden halau suruh pergi buat parti baru jika mereka berlainan pendapat dalam PAS... kini apabila mereka betul-betul keluar dan buat parti baru anda semua pakat bawa cerita 'akujanji' aka 'bai'ah' pula...

Sudah mereka patuh dengan apa Presiden katakan takan bai'ah itu terjadi... melainkan Presiden larang dan nasihat mereka jangan keluar dan jangan bina parti baru...tetapi mereka ketegar juga nak keluar dan buat parti baru...

Masa tu baru boleh sembang macam Nik Amar nie bab lakhnat la cerai berai la....tapi sekarang mereka patuh dengan arahan Presiden... apa masalahnya pula....
Nak tubuh parti baru, sila - Presiden PAS Diterbitkan: 06 September 2014
Ditulis oleh Harakahdaily 
 MARANG: Penubuhan parti baru dalam negara yang mengamalkan demokrasi berparlimen adalah perkara biasa, kata Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.
"Penubuhan parti baru, ini perkara biasa dalam negara demokrasi berparlimen, siapa-siapa yang nak tubuh parti, sila tubuh," ujarnya ketika menjawab pertanyaan pada Majlis Dailog dan Penjelasan Isu Terkini Bersama Presiden PAS di Dewan Tok Guru, Rusila, di sini semalam. (Video)
Selanjutnya Ahli Parlimen Marang itu mempersilakan mereka yang berlainan pendapat di dalam PAS yang mahu menubuhkan parti sendiri. 
"Jadi mereka yang berlainan pendapat dalam PAS ni, dia nak tubuh parti sila, baik dia keluar dia tubuh parti sendiri, senang tak payah duduk dalam," ujarnya disambut dengan laungan takbir. 
Dalam nada berseloroh, katanya jika ada seekor nyamuk menyebabkan tidak lena tidur.
"Kalau duduk dalam, kalau ada nyamuk seekor tak jenera (lena) tidur kita pun, itu dia, senang nak tubuh parti, sila. 
"Saya tak tahu, surat khabar tanya, ni saya tak baca berita ni," jelasnya di hadapan kira-kira 1,000 hadirin. (Foto bawah oleh Buletin Online) - HARAKAHDAILY 6/9/2014

Adam Al-Pekani,
Si Kunang-Kunang 

Tuesday 1 September 2015

Terbaik !!! Ustaz PAS beri kuliah dalam masjid 'kenen' geng GHB...



Bagusnya mereka.....
Posted by Info Politik Malaysia on Monday, 31 August 2015

Bab kisah Abu HURAIRAH di panggil oleh SAIDINA OMAR untuk siasat dan selepas itu beliau didapati tidak bersalah....dan dia disuruh pegang jawatan semula..... namun dia letak jawatan....

ini contoh yg Ustaz bawa untuk dibandingkan dengan apa yg berlaku kepada mereka yg dikatakan meninggalkan jamaah itu....

bab jamaah baru dia tak buat.... tapi bab yg kena kepada golongan nie adakah sudah disiasat.... adakah ketua bagi keadilan kepada mereka.... adakah ketua berlaku adil kepada mereka....yg ada ketua siap halau lagi....siap maki hamun lagi mereka dengan gelaran BARUA, TOLOL, JEBON

bab depa tak dapat jawatan tak apa ustaz tapi bab depa dipernaya untuk dapat jawatan bagaimana ustaz... penyalahgunaa harta rasmi parti iaitu page rasmi fb dewan ulamak untuk wujudkan cai dan suruh tolak mereka adakah itu Ustaz tahu tak....?

Jika tak tahu nie saya sertakan link untuk bab tersebut....dan juga print screen tersebut...

so far posting ini sudah di padam selepas muktamar PAS tempohari..yg ada ini hanyalah print screen sahaja
 LINK ARTIKAL : Dewan Ulama salah guna page rasmi berkempen di Muktamar PAS

Ini belum lagi masuk bab mengadakan program LIGA FIKRI, MULTAQO ULAMA... meng Boooo pimpinan dalam majlis, membaca doa TAHLIL dalam muktamar dan memijak gambar mereka dalam demontrasi.... dan yang paling sedih KETUA sendiri halau mereka pergi wujudkan parti baru jika tak suka...


Jadi sekarang apabila mereka keluar kenapa anda semua pakat mengata macam-macam kepada mereka... 

kenapa Ustaz pula semangat berkata sebegitu kepada mereka.... ustaz tahukah apa yang berlaku kepada mereka seperti apa yang saya sampaikan ini....

Adakah itu sudah boleh dikira termasuk dalam bab fitnah..adakah Ustaz pula telah melakukan fitnah terhadap mereka....

Saya rasa bab ini Ustaz sendiri boleh mimikirkannya..... Ingat Ustaz tak tahu baik DIAM... nak pertahankan PRESIDEN nak pertahan ULAMA dipersilakan tapi jangan bawa cerita yg kita tak tahu hujung pangkalnya.... buruk natijahnya....

Gunalah peluang terbaik di TAZKIRAH dan KULIAH untuk menyampaikan ILMU ALLAH... jangan dijadikan tempat mengadu domba yang kita belum tahu hujung pangkalnya...

Maaf sekali lagi jika saya ketelanjuran bahasa dan kata....

*Yang BEST nya cerita bab "RUMAH MELAYU"....


M.A Shah

Mat Sabu..menjadi ikon dan pujaan semua kaum di BERSIH 4.0



Semalam kali pertama solat dikelilingi oleh Non Muslim
Serius rasa terharu
Bila jalan nak ke tempat solat
Dorang bukan sahaja tepi tepikan badan untuk bagi kita Melayu ni jalan
Tapi siap tundukkan badan dan tunjukkan tangan sambil cakap " sila sila"
Bukan seorang dua, tapi ramai yang buat macamtu!
Uh
Baik betul, rasa dihormati beb
Bila aku bentang kain aku, dorang siap susunkan beg beg kami ni

Waktu solat, tiada lagi tiupan vevezuela, sorakan Bersih! Bersih!
Semua senyap lihat Muslim bersolat,
Non Muslim berdiri sekeliling, dengan tangan pegang kamera dan riak muka ingin tahu yang sangat jelas kelihatan
Waktu aku dah habis solat, nak lipat kain lapit sujud aku, ada seorang wanita cina muda ni, asyik pandang je aku ,lepas tu senyum, Aku lipat lagi,dia pandang aku dan senyum lagi
Lepastu dia tengok aku masukkan kain tu dalam beg aku
Aku rasa wanita cina ni tak pernah lihat Muslim solat kot
Pandang macam tu sekali. Haha
Dan ada seorang kawan aku ni, niaga moist cake, minta tolong jagakan moist cake waktu nak solat. "Auntie, yang ini tak boleh bawa masuk dalam, boleh ke auntie tolong jagakan kejap, auntie ambillah ni satu moist cake, makanlah"
Auntie pun balas "haa boleh boleh"
Nak dijadikan cerita, waktu kawan aku nak ambil coklat moist cake tu, hujan dah mula turun
kawan aku nampak yang auntie tu siap payungkan lagi coklat moist cake dia
dan dia tak makan pun moist cake tu!
MasyaAllah
Inilah dakwah, ada give and take
Mutual respect
Barangkali ini kali pertama Non Muslim melihat orang Islam bersolat
siapa tahu?

Tapi ada beberapa yang islamis memaki hamun demontrasi kononnya tidak menjaga syariat,ikhtilat entah ke mana..

Mesej besar BERSIH 4. 0 iaitu 5 isu besar negara diperkecilkan dek beberapa keping gambar
Tuntutan

1. Pilihan raya bebas dan adil
2.Sebuah kerajaan yang telus
3.Hak untuk berdemonstrasi
4.Mengukuhkan sistem demokrasi berparlimen
5.Menyelamatkan ekonomi negara


semuanya tidak penting dek gambar yang ditangkap tidak sampai sesaat
Iya matlamat tidak menghalalkan cara
Tapi mohon fahami waktu bagaimana keadaannya
Baca statement Aris Awang
Waktu itu aku di situ, tengok semua orang berebut rebut pergi ke seorang tokoh ni
Allah, sempit betul tu, berasak kiri kanan depan belakang
berhimpit sampai nak lemas
Aku pun terus blah je dari situ
RImas betul, bila dah lega sikit
aku tanya kat orang sebelah, "Sape tu?"
Jawab dia, " Mat Sabu, "
Aku pun " oooo ok"
Dia pun tambah
"Dia dah tersekat kat situ dekat 1 jam lebih tu sebab kena serbu"
aku jawab " wohhh dashyatnye"
Sedarlah
Himpunan ini bukannya orang jubah dan bertudung labuh sahaja
Ia himpunan semua jenis orang
Dari tak pakai tudung, dari tak percaya tuhan, dari yang tak kenal apa itu islam, dari sosialis, ke liberalis
Di situ kita harus berperanan, menjadi contoh
Menjadi qudwah
Dalam negara yang berbilang kaum, pelbagai cara pemikiran, islamis perlu menposisikan dirinya
Bukan menyisih diri
Lalu menyangka semua orang sokong kita dan semua berfikir seperti kita
Alaa, korang berdemo ni, ade kesan ke?
Terjerit sana sini, Bukan ada kesan pun
ok baik, aku pinjam kata kata Dr Fahmi
Pertama sekali kena faham
Demonstrasi ini adalah sebahagian dari demokrasi.
Melaluinya kita mendidik masyarakat yang yang telah tersepit,
bahawa masih ada ruang lagi menyatakan pendirian.
Demonstrasi juga ialah cara mendidik supaya rakyat menjadi celik.
Adalah lebih baik melihat anak bangsa Malaysia berbincang pasal politik negara daripada berbincang soal Malaysian Idol, Akademi Fantasia mahupun Runningman
Melihat drama cintan cintun pukul 7 ke 8,
tidak akan mengubah mentaliti
.
BERSIH adalah proses pendidikan, yang akan berlakunya proses kematangan
Ini cara kita mendidik masyarakat.
Program realiti TV mengajak manusia hidup bermimpi.
Manakala BERSIH mengajar manusia hidup memikir masa depan negara ini.
Ini semua learning process.
Jadi didiklah masyarakat kita. Terjunlah ke medannya.
Runtuhkanlah tembok prejudis.
Spread love, not hatred.
Dr Maszlee
"Jikalau intelektual tidak menanggalkan baju mereka dan bersama org awam utk menyedarkan orang awam, tiada beza mereka itu samada mereka duduk di kelab malam atau di dalam masjid"
*
Saya tidak menyokong mana mana pihak yang memijak mana muka pimpinan, hatta pimpinan BN sekalipun
Jangan biar kebencian membakar habis akhlak kita

Popular Posts