>> 5 Terkini :

Sunday 7 September 2014

Adakah PAS alami KRISIS PERLEMBAGAAN, Nik Aziz kata ikut J/Kuasa Pusat, Hadi pula kata dia ada 'veto'

TUAN GURU MURSYIDUL AM SERAHKAN ISU MB SELANGOR 
KEPADA AJKPP(Ahli Jawatankuasa PAS Pusat)

Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat minta Ikut Keputusan AJK PAS Pusat - Serahkan kepada AJK PAS Pusat membuat keputusan.

Hari ini Presiden PAS mengatakan beliau guna hak beliau sebagai ketua parti untuk memutuskan pelantikan jawatan penting seperti itu.

Persoalan sekarang PRESIDEN PAS pula mengatakan beliau menggunakan hak beliau sebagai ketua parti untuk memutuskan pelantikan jawatan penting seperti itu..

 Adakah disini kita lihat PRESIDEN PAS telah menggunakan KUASA VETO BELIAU UNTUK MEMBUAT KEPUTUSAN....

Adakah keputusan PRESIDEN PAS ini boleh dikategorikan sebagai melanggar Perlembagaan PAS ?

Mengikut Fasal 23 Ada lima (5) tugas Presiden yg dinyatakan di dlm perlembagaan.

Tidak ada satu pun memberitahu tugas Presiden ialah memberi kata putus dlm pelantikan MB mana mana negeri atau mempunyai kuasa pemutus atas satu satu perkara.

Mengambil contoh Kelantan dan Terengganu di mana Ustaz Fadzil Noor dan TG Nik Aziz melantik terus Menteri Besar tanpa merujuk kepada jawatankuasa pusat adalah kesasar kerana sememangnya negeri-negeri tersebut adalah diperintah oleh PAS sepenuhnya.

Berbeza di Selangor dimana tiada satu parti pun di dalam Pakatan Rakyat yang memperolehi majoriti yang mencukupi untuk mendakwa MB itu milik mereka. (DAP 15, PKR 14, PAS 15). Dan telah disepakati dan diputuskan oleh Pakatan Rakyat, jawatan Menteri Besar diberikan kepada PKR.

Justeru itu, membelakangkan Jawatankuasa PAS Pusat adalah sesuatu tindakan yang amat dikesalkan.

Berbalik kepada tindakan Presiden yang menghantar tiga nama calon yang berlawanan dengan keputusan mesyuarat pada 17 Ogos 2014, maka jelas ada perlanggaran tatatertib dilakukan oleh presiden sendiri. Perlanggaran tersebut adalah di bawah Fasal 82 (1)(b),(c),(d) dan (g).

Fasal 82(1)(b) presiden ingkar dengan Perlembagaan parti. Perlembagaan secara jelas menyatakan bahawa tugas presiden hanya sebagai Ketua Eksekutif yang menjalankan tugas berpandukan keputusan mesyuarat JKPP bukan pendirian peribadi.

Dilihat dari apa yang berlaku sekarang apakah PAS sedang mengalami Krisis Perlembagaan.

SUMBER : KLIK LINK 

No comments:

Popular Posts