DULU-DULU, ucapan Almarhum Fadhil Noor sering diputar belit oleh media Umno, sama ada TV atau akhbar untuk memfitnah dan memburukkannya. TV memutar-belit kenyataan beliau dengan menyiarkannya berucap tanpa suara.
Semasa berceramah di Perlis, beliau mengkritik pembinaan Putrajaya yang beliau sifatkan tidak sesuai dengan kemampuan negara ketika itu. Besoknya, muka depan Utusan Malaysia menjadikan tajuk utamanya, PAS akan jual Putrajaya jika berkuasa.
Pendek kata, media terpaksa putar, bohong, tipu, tambah, kurang, ubah kenyataan Presiden untuk memburukkannya. Juga untuk memberi gambaran kepada umum bahawa Presiden PAS itu adalah seorang pengkhianat kepada negara.
Malam ini, saya tengok TV3 menyiarkan ucapan Presiden PAS sekarang tanpa sebarang ulasan putar-belit. Gambar dan suaranya juga jelas. Pembaca berita juga mengulang sahaja apa yang beliau sebut dalam ucapannya tanpa penambahan atau pengurangan.
Mengapa media dulu terpaksa putar belit ucapan pemimpin PAS, dan tidak melakukannya kini?
Adakah kerana media Umno kini lebih baik dan beretika berbanding dulu, atau memang ucapan Presiden kini tidak perlu diputar belit lagi.
Kerana, memang ucapan itu sudah menguntungkan Umno. Agaknyalah...!
No comments:
Post a Comment