>> 5 Terkini :

Thursday 21 July 2016

Isu 1MDB : Antara kehebatan Timb Pengarah FBI dan Naib Presiden Ulamak Dunia..??

Zolkharnain Abidin Al-Abyadhi


Tim Pengarah FBI, Andrew McCabe kata:

1. Sebahagian dana 1MDB telah diguna untuk membayar hutang perjudian di Las Vegas, hiasan dalaman di London dan membiayai jet Bombardier bernilai AS$35 juta.

2. Rakyat Malaysia ditipu pada skala besar-besaran dalam satu skim yang hampir berlaku di seluruh dunia. Malaysia terperangkap dalam hutang yg boleh menyebabkan muflis kerana penyelewengan ini.

3. McCabe orang FBI. Dia kafir. Jauh sekali berstatus ulama. Mana mungkin cakapnya dalam isu berkaitan Najib tanpa dua saksi adil boleh dipakai. Ikut Islam, dakwaan perlukan saksi.

4. Kita kena berpegang dgn prinsip Islam. Mustahil Najib membenarkan semua itu berlaku. Tiada sebab utk dia dijatuhkan. Berikan dia peluang utk bekerja utk negara ini.

5. Dia tidak bersalah sebab belum dihukum. Dia tak perlu letak jawatan sebab belum didakwa. Prinsip Islam, seseorang tidak bersalah selagi belum dibukti bersalah.

6. Kami tolak dakwaan McCabe sebab bercanggah dgn prinsip yg ulama kami ajar dlm isu ini. Tapi, dalam isu Selena, kami perlu tegas sebab itu mungkar. Jelas mungkar. Isu 1MDB belum jelas mungkar.

7. Sesiapa yg membantah kami, dia dikira membantah ulama. Sesiapa bantah ulama, dia dikira lawan Islam. Sesiapa yg lawan Islam, kecuali dia hafal nombor ahli parti kami, dia tak selamat.

8. Demikianlah adanya pendirian kami, dulu, kini dan selamanya sebab kami ada dasar. Hang pa tau ka...? Kami ada dasar... dasar... dasar...!

Tuesday 19 July 2016

Solidariti untuk Erdogan dan Turki - Politik Lebai Yang Juga "Gila Harta Dunia"

Zolkharnain Abidin Al-Abyadhi
July 16 at 10:29am ·


1. Solidariti untuk Turki. Selama ini aku betul-betul anggap semua pemimpin utama Pas, kehidupan mereka sangat sederhana. Tidak memandang dunia apatah lagi mengambil kesempatan untuk menimbun harta.

2. Mereka betul-betul berjuang dan berkorban untuk Islam. Fokus mereka ialah Islam dan rakyat. Aku anggap mereka tiada masa utk fikirkan keselesaan diri kerana mereka gigih memikirkan urusan umat dan Islam.

3. Kalau mereka ada kereta, sekadar untuk boleh bergerak ke sana sini. Kalau ada rumah, sekadar untuk tidak kena hujan. Kalau ada tanah sekadar untuk tanam lima enam pokok cabai.

4. Itulah kepercayaan dan baik sangka aku kepada mereka. Dalam usrah itulah juga yg ditekankan. Ada pengikut yg tiada harta sanggup jual ibu ayam sedang mengeram dan kelapa tumbuh utk sara aktiviti Pas.

5. Selepas kes saman seorang YDP Pas bahagian di Kelantan, terdedah Mustafa Ali dan Abdul Halim ada ribuan ekar tanah atas nama peribadi (bukan milik parti?), aku jadi meluat dan melugai.

6. Aku rasa selama ini pengikut Pas diperbodoh dan diperkuda oleh pemimpin mereka yg hidup mewah. Jihad, pengorbanan hanya lagu yg didendang utk melalikan mata dan hati pengikut supaya perangai sebenar mereka tertutup.

7. Mereka pakai kereta besar, beli plat istimewa, rumah agam tersergam, beli gelar datuk, umrah dan melancong sana-sini atas nama seminar perjuangan Islam dan sebagainya. Apabila balik ke kampong, berceramah, mereka pun kobarkan semangat pengikut supaya berderma utk perjuangan. Itulah realiti.

8. Ada yg lebih bijak. Tampil dgn gaya ulama yg zuhud, pakai serban, jubah di depan pengikut, tapi di belakang pengikut mereka bersedap-sedap, bersenang-senang dgn kemewahan hidup. Siap naik flight first class, tidur di hotel 5 bintang, makan di restoran high class. Pengikut pula makan di bawah khemah di belakang pentas ceramah.

9. Aku dengki? Aku bukan dengki tapi aku meluat dgn kepuraan-puraan kamu. Aku melugai dgn kehipokritan kamu. Aku jelak dgn tipudaya kamu. Faham ke lebai?

10. Solidariti untuk Erdogan dan Turki.

Pendekatan politik perlu berubat ikut masa

Budiman Mohd Zohdi
KUALA LUMPUR - Arena politik tanah air perlu bersedia‎ untuk mencari pendekatan baharu dalam memenangi keyakinan rakyat, kata Ahli Parlimen Sungai Besar, Budiman Mohd Zohdi.

Mengambil contoh pendekatan 'iconic to fan', Budiman berkata realiti politik hari ini memerlukan ahli politik yang bukan sahaja efektif, tetapi juga perlu menjadi ikon kepada penduduk setempat serta mampu mencipta peminat di kalangan masyarakat setempat itu.

Katanya, pendekatan tersebut kini banyak digunakan oleh pemimpin popular dunia seperti Presiden Amerika Syarikat Barack Obama, Presiden Indonesia Joko Widodo dan Perdana Menteri India Narendra Modi.

"Contoh-contoh ini patut kita ambil kira kerana dunia politik yang sentiasa berubah," katanya dalam temubual program Ruang Bicara terbitan Bernama News Channel yang disiarkan secara langsung malam ini.

Pada PRK 18 Jun lepas, Budiman berjaya mempertahankan kerusi Parlimen BN Sungai Besar dengan majoriti 9,191 undi setelah mengalahkan pencabarnya Azhar Ab. Shukur (Amanah) yang meraih 7,609 undi dan Dr Abdul Rani Osman daripada Pas yang mendapat 6,902 undi.

Budiman yang juga Adun Sungai Panjang berkata, tamplet kemenangan di Sungai Besar, yang memfokus kepada kerjasama semua komponen parti BN, boleh digunapakai oleh BN untuk Pilihan Raya Umum (PRU) yang akan datang.

Sementara itu, Felo Penyelidik Majlis Professor Negara, Dr Muhammad Asri Mohd Ali menjangkakan BN mempunyai peluang baik untuk merampas semula pemerinthan kerajaan negeri Selangor yang kini diterajui pihak pembangkang pada PRU akan datang.

Katanya, ini berdasarkan perpaduan yang dinikmati oleh BN berbanding parti pembangkang yang dilihat masih mengalami kecelaruan kepimpinan.

Namun katanya, BN perlu memantapkan koordinasi, khususnya mengukuhkan kerjasama antara semua komponen parti.

"Umno di Selangor tidak berdepan dengan masalah kronik berbanding dengan komponen parti yang lain. Koordinasi perlu dibuat dengan baik," katanya.

Beliau berpendapat antara langkah persediaan awal yang boleh dibuat termasuk mengetengahkan calon lebih awal serta mampu berinteraksi dengan penduduk setempat secara konsisten dan efektif dalam usaha memenangi semula keyakinan pengundi terhadap BN. - Bernama

Popular Posts