>> 5 Terkini :

Friday 31 October 2014

5 Sebab kes liwat DSAI langsung tidak masuk akal....!!!!


Pertama,
Jika betul DSAI meliwat saiful, kenapa saiful tidak melawan.. saiful pada masa tu muda, gagah takkan senang2 nak bagi orang liwat.. si muda umur 20an diliwat si tua umur 60an takkan tak mampu nak lawan.. perempuan kena rogol pun reti nak lawan.. jika suka sama suka kenapa DSAI sorang saja kena dakwa.. kenapa saiful tak kena dakwa..

Kedua,
DSAI didakwa mengikut sekyen 377B Kanun keseksaan.. seksyen 377B dengan jelas menyebut "Sesiapa yang secara sukarela melakukan persetubuhan bertentangan dengan aturan tabii".. jadi jika mengikut seksyen ini saiful juga mesti didakwa kerana suka sama suka..SOP kes liwat atau rogol, mangsa akan dihantar ke hospital untuk pemeriksaan perubatan untuk mengesahkan adanya tusukan/penetration tetapi 4 doktor, 1 di pusrawi dan 3 di HKL membuat laporan TIADA kesan tusukan.. 1 doktor mungkin khilaf tapi kalau 4 tak mungkin khilaf..

Ketiga,
Bagaimana DNA air mani DSAI boleh ada dalam dubur saiful sedangkan tiada kesan tusukan dijumpai dekat punggung saiful.. adakah betul itu air mani DSAI atau DNA DSAI telah dipalsukan.. ingat lagi semasa DSAI kena tahan beberapa hari di penjara, di sana dia pun disediakan tuala, berus gigi.. jika berus gigi dan tuala dipalit pada kapas lalu kepada DNA tester itu sudah memadai untuk mendapatkan DNA DSAI..

Keempat,
Kenapa nak dekat2 prk kajang tiba2 DSAI disabit bersalah dalam kes liwat.. seolah2 tak nak bagi DSAI bertanding padahal DSAI telah diputuskan tidak bersalah..Kenapa mesti peguam negara yg menjadi pembela saiful dalam kes liwat.. inikan soal peribadi tiada kena mengena dengan hal negara.. mana saiful dapat duit untuk bayar peguam negara.. saiful kerja apa sebenarnya.. jadi boleh nampak kat situ permainan kerajaan zalim..

Kelima,
Saiful dakwa dia diliwat pada 26hb jun dan buat report polis pada 28hb jun.. dalam tempoh 2 hari itu ada lagi ke DNA air mani DSAI.. takkan si saiful langsung tak berak, tak solat, tak basuh dubur.. semata2 nak simpan bukti dalam dubur.. kenapa tak terus je report polis lepas dia kena liwat..
Langsung tak masuk akal! Hanya yg mempunyai akal yg waras saja dapat berfikir DSAI telah difitnah dan dizalimi.. semoga Allah menimpakan balasan ke atas orang yg menganiaya beliau dan orang yg menyokong beliau dipenjara.

Muka cam.. Ci...... i!!!!! Sakit ati plak aku tgk muka dia ni..

dari FB : KLIK SINI

Thursday 30 October 2014

Apa kuasa MAJLIS SYURA ULAMAK PAS sebenarnya..?


Ada orang tanya aku berkaitan "nasihat" dan/atau "arahan" Majlis Syura Ulamak (MSU) PAS supaya ahli-ahli PAS tidak mendekati PasMa dan/atau cenderung serta simpati kepada PasMa. Ada yang berkata MSU mempunyai kuasa untuk mengeluarkan "nasihat" dan/atau "arahan" tersebut berdasarkan peruntukkan Fasal 8(1)(b) Perlembagaan PAS.

Aku nak sebutkan begini. Sebelum ni aku dah tulis panjang berkaitan isu yang lebih kurang sama iaitu semasa MSU membuat keputusan mempertahankan Tan Sri Khalid Ibrahim sebagai MB Selangor. Dah panjang lebar aku tulis dan masih ada dlm wall aku ni di bahagian NOTES. Boleh cari & baca, tapi mungkin malas & susah nak faham maka aku nak cerita sikit lagi khusus berkaitan isu tu.

Gini ceritanya :

Majlis Syura Ulamak (MSU) diwujudkan melalui Fasal 8 yang bertujuan dan berfungsi sebagai institusi pemandu dan badan penyemak kepada semua badan-badan lain di dalam PAS dalam menjalankan kuasa dan tugas mereka.

Fasal 8 Majlis Syura Ulamak

(1) “Bagi menjamin kekuasaan PAS yang diperuntukan dalam Fasal 7(2) di atas dan badan-badan yang diberikan kepadanya kuasa oleh Muktamar Tahunan PAS dan oleh mana-mana peruntukan dalam Perlembagaan ini, tidak terkeluar daripada kehendak-kehendak yang diperuntukan dalam Fasal 7 (1) dan tidak berlawanan dengan dasar PAS seperti yang diperuntukan dalam Fasal 3 Perlembagaan ini, maka hendaklah ditubuhkan sebuah majlis yang dinamakan "Majlis Syura 'Ulamak".

Berpandukan peruntukkan Fasal 8 (1) kewujudan MSU adalah untuk memandu dan mengawasi badan-badan yang diberi kuasa oleh Muktamar menjalankan kuasa mereka agar tidak terkeluar daripada hukum Kitabullah, Sunnah Rasul, Ijma’ Ulamak dan Qias dan tidak berlawanan dengan dasar PAS. Inilah fungsi UTAMA MSU.

Seterusnya Fasal 8 (1) memberikan MSU kuasa untuk :

(a) Menghurai, menjelas dan mentafsirkan dasar PAS dan mana-mana peruntukan di dalam Perlembagaan ini yang menimbulkan kesamaran mengenai maksud dan tujuannya dan membuat ketetapan mengenainya.

(b) Mengeluarkan arahan dan perintah supaya dasar dan ketetapan itu dipatuhi dan dilaksanakan oleh mana-mana pihak atau badan di dalam PAS dan mengawasi serta memelihara supaya dasar dan ketetapan serta kehendak-kehendak dalam 8 Perlembagaan ini dipatuhi dalam kegiatan, gerakan dan pentadbiran PAS.

(c) Mendengar dan memutuskan semua rayuan semula tatatertib yang dikemukakan oleh ahli PAS mengikut Fasal 83 Perlembagaan ini.

Fasal 8(1)(a) memberikan kuasa kepada MSU menghurai, menjelaskan dan mentafsir dasar PAS dan mana-mana peruntukan yang samar di dalam Perlembagaan dan seterusnya membuat ketetapan.

Apakah dasar PAS yang perlu dihurai, dijelaskan dan ditafsir oleh MSU? Fasal 3 Perlembagaan PAS memperuntukkan bahawa dasar PAS ialah ISLAM. Justeru MSU hanya berkuasa untuk menghuraikan, menjelaskan dan mentafsirkan ISLAM yang merupakan dasar PAS. Tiada orang lain atau badan lain yang diberikuasa menghurai, menjelaskan dan mentafsir ISLAM yang menjadi dasar PAS selain daripada MSU, kerana itulah setiap ahli MSU hendaklah merupakan seorang yang mengetahui masalah pokok (al-usul) dalam syariat Islam dan hukum-hukumnya atau/dan dapat merujuk sebarang masalah kepada Al-quran, as-sunnah, ijmak dan qias seperti yang diperuntukkan dalam Fasal 8(3).

Fasal 8(1)(a) juga memberikuasa kepada MSU menghurai, menjelaskan dan mentafsirkan mana-mana peruntukkan yang samar di dalam Perlembagaan PAS dan membuat ketetapan mengenainya.

Fasal 8(1)(b) memberikuasa kepada MSU mengeluarkan arahan dan perintah supaya dasar dan ketetapan itu dipatuhi dan dilaksanakan oleh mana-mana pihak atau badan di dalam PAS. Ayat nyata di dalam peruntukkan Fasal 8(1)(b) ialah mengeluarkan arahan dan perintah supaya dasar itu dipatuhi dan dilaksanakan.

Apakah maksud “supaya dasar itu dipatuhi dan dilaksanakan”?

Jawapannya perlu dirujuk kembali Fasal 8(1)(a) iaitu apabila MSU menghuraikan, menjelaskan dan mentafsirkan dasar PAS dan kemudian membuat ketetapan, maka huraian, penjelasan dan pentafsiran itulah yang akan dikeluarkan perintah serta arahan agar ianya dipatuhi dan dilaksanakan oleh badan-badan lain. Maksudnya dasar (ISLAM) setelah dihuraikan, dijelaskan, dan ditafsirkan serta kemudiannya dibuat ketetapan, maka ketetapan daripada huraian, penjelasan dan pentafsiran itulah yang akan dikeluarkan arahan dan perintah supaya dipatuhi dan dilaksanakan oleh badan-badan lain. Contohnya adakah boleh bekerjasama dengan bukan Islam. Maka MSU akan menghuraikan, menjelaskan dan mentafsirkan dasar ISLAM bolehkah dilakukan. Apabila ISLAM membolehkan kerjasama dengan bukan Islam, maka MSU membuat ketetapan dan seterusnya mengeluarkan arahan dan perintah kepada badan-badang lain agar kerjasama itu dilakukan.

Arahan dan perintah yang dikeluarkan oleh MSU hanya berkaitan DASAR Islam yang ditafsir, dihurai dan dijelaskan oleh MSU. MSU tiada kuasa membuat arahan pentadbiran seperti yang MSU lakukan sekarang. MSU tiada kuasa pentadbiran. Kuasa pentadbiran atau kuasa eksekutif hanya ada pada Jawatankuasa Kerja PAS Pusat (JKPP).

PAS ditadbir oleh JKPP yang diketuai oleh Presiden. Tugas-tugas JKPP dengan jelas disebutkan di dalam Fasal 26 (1) hingga (9). Fasal 26 (1) memperuntukkan bahawa Presiden bertanggungjawab sebagai ketua bagi melaksanakan pentadbiran, gerakan dan kegiatan PAS bagi mencapai tujuan-tujuan yang termaktub dalam Perlembagaan ini mengikut dasar yang diperuntukannya dan yang diputuskan oleh mana-mana badan yang diberi kuasa oleh Perlembagaan ini bagi menghurai, menjelas dan mentafsirkan dasar PAS serta membuat ketetapan-ketetapan mengenainya dan bertanggungjawab ke atas semua kerja dan urusan Jawatankuasa Kerja PAS Pusat serta menyelaraskan tugas-tugas Jawatankuasa Kerja PAS Pusat. Maka jelas bahawa tugas mentadbir PAS ialah terletak hak kepada Presiden bersama Ahli-Ahli JKPP yang lain yang dipilih melalui Muktamar dan dilantik melalui Mesyuarat JKPP.

Fasal 26 (9) seterusnya dengan jelas memberikan bidang tugas JKPP dalam menggerakkan PAS. Fasal 26(9) (a) hingga (m).

PAS tidak boleh bergerak tanpa JKPP manakala MSU merupakan pemandu arah JKPP bergerak agar tidak terkeluar daripada dasar PAS iaitu ISLAM. Ini yang dimahukan oleh Perlembagaan PAS.

Inilah niat Perlembagaan apabila mewujudkan MSU, JKPP dan badan-badan lain di dalam PAS iaitu setiap badan mempunyai tugas dan fungsi masing-masing.

Dalam konteks kenyataan MSU tersebut, adalah sangat janggal apabila MSU telah mengambil kuasa JKPP dalam keadaan JKPP masih belum menjalankan kuasanya memutuskan sebarang ketetapan dan tindakan, MSU telah terlebih dahulu membuat keputusan dan ketetapan.

Dalam keadaan itu, adakah tindakan MSU dan kenyataan MSU itu mengikat badan-badan lain di dalam PAS dan adakah berperlembagaan?

Jawapannya perlu dirujuk kepada huraian awal tentang kuasa dan fungsi asal mengikut Perlembagaan. Berdasarkan peruntukkan Perlembagaan adalah jelas bahawa tindakan MSU telah ultra vires kerana telah mengambilkuasa badan lain yang tidak diperuntukkan kepada mereka. Kuasa mentadbir dan menggerakkan PAS untuk menjalankan usaha-usaha PAS di dalam Fasal 6 untuk mencapai tujuan PAS di Fasal 5 adalah bukan di dalam bidangkuasa MSU.

Dalam keadaan MSU telah melanggar bidangkuasa maka kenyataan MSU tersebut adalah tidak sah dan tidak mengikat badan-badan lain. Malah jika dibaca dengan teliti kenyataan MSU tersebut, tiada sebarang arahan atau perintah yang dikeluarkan kepada badan-badan lain. Kenyataan tersebut tidak lebih daripada sekadar pandangan MSU berkaitan isu tersebut.

Tetapi amat pelik apabila ada antara pimpinan tertinggi seperti Naib Presiden dan Pesuruhjaya-Pesuruhjaya PAS Negeri memperakui kelampauan bidangkuasa MSU ini dan ada antaranya mengiktiraf tindakan salah oleh MSU tersebut. Ada Pesuruhjaya Negeri yang mengeluarkan kenyataan menyokong "nasihat" dan/atau "arahan" MSU sehingga turut sama melarang dan mengahalang ahli sertai program-program anjuran PasMa. Nampak gayanya mereka turut suka tugas mereka diambilalih oleh MSU. Mungkin seronok sebab mereka sudah tidak terbeban jalankan tugas kerana tugas mereka diambil oleh MSU. Mungkin juga ada antara ahli MSU yang sudah tidak berkuasa atau sudah tidak boleh berhujah di JKPP maka telah suka-suka dan senang lenang menggunakan kedudukan mereka di MSU mengeluarkan "nasihat' dan "arahan" songsang.

Tindakan mereka ini boleh kita gelarkan projek "LANGGAR JKPP MELALUI MSU".

Sekadar itu dulu.

ZULHAZMI SHARIFF
30/10/2014

Wednesday 29 October 2014

AJK Dewan Ulamak PAS pun mohon duit BN untuk selenggara sekolah pondok dia..apa cerita?




inilah dia insan tersebut... Ketua Dewan Ulamak PAS Pahang merangkap AJK Dewan Ulamak PAS Pusat... Buktinya adalah berdasarkan daripada website http://yppm.org.my/ dimana sekolah pondok beliau disertakan dalamnya...





LINK SUMBER : KLIK SINI

IKLAN PROGRAM :

Apa hebatnya KETUA PEMUDA PAS P/PINANG , selain hanya mengampu PRESIDEN & MSU

Apa hebatnya KETUA PEMUDA PAS P/PINANG sampai mengeluarkan arahan sebegini untuk menolak kehadiran KHALID SAMAD dalam program tersebut....

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjzfO52KkNti9hw8uOsMJXCVSMoP7JAIms38YD-45It30ImYmEVOFMFpZ6pDsR3ymyvIFDbYl-CXu5C6RepBAI6btjNjnwnGSuSetnfKVdUvZHKiRM615B28gtKdbXt1-Vwl-2zPiC4fb0/s1600/capture_24.jpg

Jika hendak dibandingkan kerja buat beliau dengan Khalid Samad ibarat langit dengan bumi sahaja... Orang yang beliau hina itu siang tadi telah berada bersama SPR untuk menunaikan amanah kerja buat parti tapi beliau yang berada di P/PINANG sana dilihat sekadat mengampu presiden sahaja....





Cubalah buat kerja kat P?Pianang tu bagi orang suka sama...dah la menang satu DUN sahaja tapi sembang macam hasil dah gegak gempita....dan kemudian berbangga dengan nama PAS P/PINANG....

Sudah-sudahlah mengampu tuu..sehodoh-hodoh Khalid Samad di mata PEMUDA PAS P/PINANG beliau lah antara wakil PAS untuk berbincang masalah persepandanan semula kwsn pilihanraya dimana kwsn ini jika dicorak ikut kepala otak UMNO BN pakai kemampuslah anda masuk p/raya tak menang.....

Coq Kria..

Macam nie punya pulun KETUA PEMUDA PAS berjuang masih ada yang ingin jatuhkan beliau

Cuba anda baca dahulu apa yang ditulis oleh seorang pejuang yang mengaku menyokong ULAMAK dan mempertikaikan KETUA PEMUDA PAS dengan apa yang berlaku siang tadi...


Lihatlah bahasa pencinta ULAMAK yang menghina KETUA PEMUDA mereka sendiri dengan mempertikaikan kerja buat KETUA PEMUDA mereka.... sedangkan hakikat sebenarnya beliau tidak tahu namun fitnah juga yang dilemparkannya... sungguh mulianya mereka yang mencintai ULAMAK mengulas kerja buat KETUA PEMUDA mereka.....

Ini ialah gambar sewaktu malam dimana di UM beliau bersama DSAI....

Ini pula gambar pada perbicaraan PRESIDEN PAS mengatakan calon mentedarah pil kuda...

dan di bawah ini adalah alasan kenapa beliau tidak berada dalam perbcaraan tersebut sampai habis adalah kerana terpaksa bergegas ke KUALA LUMPUR iaitu ke KG CHUBADAK....


dan ini pula gambar pada petangnya sewaktu bersama pejuang-pejuang mahasiswa yang memeprtahankan Kg Chubadak....

dan ini adalah salah satu komen di fb beliau yang memahami akan perit jerih KETUA PEMUDA PAS bersama RAKYAT & PIMPINAN beliau... namun betapa ligat dan bersemangatnya beliau berjuang ia tetap di pandang sebelah mata oleh sesetengah golongan dalam PAS di waktu ini dan ada sehingga mengusulkan undi tak percaya untuk menjatuhkan beliau sewaktu muktamar dahulu....



KAMI SOKONG CADANGAN ANDA...SUHAIZAN SEPATUTNYA MEMILIKI JENTERA YANG HEBAT SEPERTI VELLFIRE ATAU BMW UNTUK BELIAU BERGERAK DENGAN PANTAS MEMBUAT KERJA PERJUANGAN UNTUK PARTI.....



INI KERETA YANG KAMI CADANGKAN....


  • maklumat semua ini kami dapatkan dari facebook beliau iaitu Suhaizan Kayat

Nukilan...
Coq Kria

Tuesday 28 October 2014

Tak payah dibuat sayu sangat apabila Presiden Pas masuk mahkamah..!!!

ذوالحزم شاريف


PROSES TUNTUTAN SIVIL

Kes sivil ialah tuntutan suatu pihak ke atas pihak yg lain @ berkaitan hal2 individu dgn individu @ suatu pihak dgn pihak yg lain yg bkn berkaitan perlakuan jenayah. Antara contoh kes sivil ialah tuntutan hutang, fitnah, pertikaian hartanah, syarikat, kecuaian, kekeluargaan, harta pusaka.

Dlm kes sivil, pihak yg menuntut dipanggil Plaintif manakala pihak yg dituntut dipanggil Defendan. Dlm kes sivil, pihak2 blh bertindak sendiri tanpa peguam atau blh melantik peguam. Peguam yg mewakili Plaintif dipanggil peguamcara Plaintif manakala yg mewakili Defendan dipanggil peguamcara Defendan.

Dlm kes sivil, tiada istilah pihak yg bersalah. Jika Plaintif berjaya buktikan tuntutan beliau, maka mahkamah akan benarkan tuntutan tersebut, sebaliknya jika gagal membuktikan tuntutan, maka tuntutannya ditolak. Tiada istilah bersalah @ tidak bersalah.

Semasa proses perbicaraan sivil, Plaintif boleh kemukakan segala dokumen berkaitan dan saksi2 untuk buktikan tuntutan beliau. Defendan juga blh kemukakan dokumen dan saksi utk sangkal tuntutan Plaintif.

Plaintif dan Defendan serta saksi2 perlu beri keterangan dlm kandang saksi. Kandang saksi bkn kandang org salah.

Dlm kes Presiden Pas, beliau dituntut sejumlah gantirugi kerana mengeluarkan kenyataan berbaur fitnah terhadap Plaintif. Plaintif perlu buktikan kenyataan Presiden itu fitnah, telah menjatuhkan maruah beliau dan menyebabkan kerugian.

Presiden pula perlu buktikan sebaliknya.

Selesai kedua2 pihak memberikan keterangan maka Mahkamah akan putuskan samada tuntutan Plaintif berjaya @ sebaliknya. Sekali lg diulang, tiada yg bersalah @ tak bersalah.

Jika tuntutan berjaya, jumlah gantirugi akan ditaksirkan oleh mahkamah. Tidak semestinya RM2 juta spt yg dituntut. Mahkamah akan taksirkan berapakah nilai malu yg diakibatkan oleh fitnah tersebut.

JADI.... JANGAN DOK BUAT2 SAYU LA TENGOK PRESIDEN DUDUK BAGI KETERANGAN DLM KANDANG SAKSI.. Bersepah manusia hari2 masuk kandang saksi bg keterangan. Benda biasa ja.... Awat BURUK tara mana langsung masuk kandang saksi tu??

Mulia sampai tara mana la sampai masuk kandang saksi pun mcm pegang najis???

Presiden PAS menjadi bahan lawak jenaka dengan kes beliau di mahkamah Kuala Terengganu hari ini?


Ini kes sivil bkn kes jenayah... Presiden disaman krn tuduh Plaintif jual pil kuda bkn Plaintif reka cerita buat tuduhan pd Presiden...

Presiden hangpa yg tuduh bkn kawan tu yg tuduh Presiden...

Ustaz apa dok buat cerita keliru lagu ni?? Tak tau tok sah ckp la.. Malu kat org...

ada satu lagik..


Itu kandang saksi bkn kandang orang salah...!!!! takan itu pon nak sayu ka?? Bagi keterangan ja pun...

M.A Shah, 

Merungkai dan memahami apa krisis yang sedang berlaku dalam PAS


MEMAHAMI KRISIS DALAM PAS

1. Setiap organisasi tidak terlepas dari sebarang krisis. Begitu juga PAS sejak dari penubuhannya. Bezanya, krisis kali ini adalah krisis besar selepas krisis melibatkan Dato' Asri.

2. Krisis ini berbeza dengan krisis dalaman UMNO yang berlaku melibatkan personaliti. Krisis ini melibatkan perbezaan jalur pemikiran dalam PAS.

3. Mana-mana parti di dunia berlalu pertembungan antara pihak Konservatif yang dianggap Sayap Kanan, pihak Moderate dan juga pihak yang dianggap sayap kiri dengan mengambil pendekatan liberal yang ekstrim.

4. Fenomena ini bukan hanya berlaku dalam PAS bahkan juga berlaku di seluruh dunia. Hamas, AKP dan Saadat, Ikhwan, Jamaah Islami dan lain-lain.

5. Di UK, Tony Blair menubuhkan New Labour Party disebabkan krisis yang berlaku melibatkan golongan konservatif dan moderate yang dilihat pihak konservatif menghalang peluang kemenangan. Hasilnya, Parti Labour yang baru menang tiga kali berturut-turut. Parti Labour yang lama merasakan tidak menang pun tidak menjadi masalah asalkan ajaran Karl Max dapat dipertahankan.

6. Krisis dalam PAS berlaku apabila masing-masing mempunyai pandangan berbeza dari sudut kemana PAS perlu dibawa dan cara bagaimana.

7. Sebahagian memikirkan satu pihak melambatkan kemenangan sedangkan PAS seharusnya bersifat Rahmat Untuk Sekelian Alam. Manakala sebahagian lagi menganggap pihak lain telah mengadai prinsip asas (asolah) perjuangan PAS semata-mata untuk mencapai kemenangan.

8. Krisis ini ketara di permulaan penubuhan kerajaan PR dan smakin teruk selepas krisis MB Selangor. Kesannya, PAS berpecah kepada dua aliran pemikiran, Berlaku sabotaj sesama ahli, tiada rasa ukhuwwah dan akhirnya hilang fokus kepada matlamat perjuangan.

PUNCA UTAMA KRISIS

9. Pada pengamatan penulis terdapat 3 Punca utama krisis ini berlaku (A) Perselisihan fikrah dan pandangan (B) Persaingan kumpulan, dan (C) Pengaruh negatif.


(A) PERSELISIHAN FIKRAH DAN PANDANGAN

10. Perselisihan fikrah biasa berlaku dalam mana-mana organisasi. Bahkan dalam mazhab-mazhab jugaberlaku. Apa yang lebih penting perselisihan ini ditangani supaya tidak membarah dan berlaku perpecahan.

11. Perbezaan pandangan dalam PAS berlaku dalam 3 perkara yang besar iaitu (1) Taadud Jamaah (2) Tahaluf Siyasi (3) Perbezaan Pendekatan Dakwah

12. (1) TAADUD JAMAAH. Isu ini merupakan barah dalam parti dan berlaku sejak 80an yang mana pada masa itu banyak jamaah yang timbul dan mencabar PAS sebagai gerakkan Islam. Topik ini menjadi penting dalam silibus tarbiyah kampus semasa itu. Menolak jamaah lain selain PAS merupakan pendirian PAS. Ahli jamaah lain yang ada dalam PAS dianggap menyusup masuk untuk kuasai PAS.

13. (2) TAHALUF SIYASI. Walaupun dipertegas oleh Muktamar dan pimpinan PAS, tapi masih ada pimpinan di peringkat pertengahan dan bawahan masih belum menerima pendekatan ini. Banyak insiden yang berlaku di mana ada yang cuba mengelak untuk bekerjasama dengan parti komponan lain.

14. Sebelum PRU Ke-12, tidak ada Kerjasama PR sebagaimana hari ini. Persetujuan hanyalah setiap parti mesti mengelakkan pertembungan antara satu sama lain dan perlawanan mestilah satu lawan satu dengan BN. Kerjasama pada masa itu dibuat melalui gerakkan BERSIH.

15. Selepas PRU12 barulah didapati kerajaan boleh ditubuhkan dengan kerjasama PAS, DAP dan PKR. Dalam masa yang sama, UMNO membuat tawaran kepada PAS untuk menubuhkan kerajaan bersama.

16. Ini bermakna ada dua pilihan terbuka kepada PAS pada masa itu samada untuk membentuk kerajaan bersama UMNO atau membuat kerjasama dengan DAP dan PKR. Akhirnya Keputusan dibuat ialah untuk terus bersama DAP dan PKR dengan membentuk Pakatan Rakyat.

17. Dalam masa sama ada pimpinan yang masih cuba menerokai pilihan untuk bersama dengan UMNO seperti Hassan Ali dan beberapa pimpinan-pimpinan tertinggi PAS. Tindakkan ini terbawa-bawa sehingga ada maklumat diterima dari UMNO mengesahkan ada kerjasama dibuat untuk memastikan pimpinan tertentu menang dalam pemilihan PAS.

18. (3) PERBEZAAN PENDEKATAN DAKWAH. Satu pihak dengan gaya yang konservatif dan satu pihak lagi mengambil jalan yang wasatiyyah atau moderate khususnya dalam perkara yang sekian lama menjadi dasar perjuangan PAS.

19. Sebagai contoh dalam isu Hudud. Satu pihak berpendirian perlu untuk dilaksanakan hari ini juga manakala satu pihak lagi merasakan perlu kepada persediaan dan keadaan yang sesuai sebelum Hudud dapat dilaksanakan berdasarkan kekuatan sedia ada dari segi penguasaan di peringkat Kerajaan Pusat dan Negeri. Perselisihan ini kecil tetapi disebabkan banyak isu sampingan yang lain telah menjadikan isu ini diperbesarkan.

20. Contoh lain ialah dalam Isu kalimah Allah dan isu non-muslim membaca Al-Quran. UMNO tahu bahawa berlaku pertembungan dalaman PAS dalam isu ini menyebabkan UMNO sentiasa memastikan isu ini dihidupkan setiap masa agar perselisihan sentiasa berlaku dalam PAS.

(B) PERSAINGAN KUMPULAN DALAM PEMILIHAN

21. Ini juga merupakan punca penting. Sebahagian kumpulan agamawan dalam parti rasa terpinggir dalam pembentukan kerajaan.

22. Penulisan Bridged Welsh pengkaji PAS dari Singapura antara lain menulis, pemain utama dalam PAS yang terlibat dalam Kerajaan PR adalah mereka yang bukan dikalangan Ulama dan mereka mempunyai skill yang diperlukan untuk membentuk kerajaan.

23. Delegasi parti dalam Muktamar sedar akan hal ini menyebabkan ramai pimpinan yang tidak berpendidikan pengajian Islam menang dalam pemilihan parti.

24. Dalam keadaan ini, kumpulan yang dianggap agamawan pula takut dipinggirkan dan dalam pemilihan Muktamar 2013 mereka telah membuat percaturan dan penyusunan lebih awal untuk bangkit dan lawan semula. Inilah apa yang berlaku dalam Muktamar 2014 baru-baru ini.

25. PAS membawa idealisme Islam tetapi lahir dari parti Sekular UMNO. Tetapi apabila menghampiri kuasa pemerintahan, cabaran skarang ini adalah pengisian dan peranan sebagai kerajaan.

26. Keperluan PAS pada waktu ini adalah untuk mengisi kemenangan menyebabkan siapa yang ada bakat yang diperlukan akan lebih terkehadapan. Inilah menyebabkan sebahagian asatizah dan ulama rasa terpinggir.

27. Ahli-ahli PAS mestilah memastikan Ulamadan asatizah tidak rasa terpinggir dengan memastikan mereka juga diberikan peranan sewajarnya dalam struktur Kerajaan.

28. Ahli-ahli ketika ini secara semulajadi merasakan bahawa ahli-ahli yang ada pengetahuan mentadbir perlu diketengahkan. Dalam keadaan ini ramai ulama dan asatizah tidak sedar akan hal ini. Mereka sebelumnya dianggap sebagai golongan pemimpin di pelbagai peringkat dan apabila mereka rasa terpinggir maka keadaan ini tidak boleh diterima. Contohnya apabila seorang dilantik sebagai exco agama, bagaimana pula yang lain boleh diposisikan?.

29. Persaingan lain yang lebih kecil diperingkat negeri dan kawasan juga boleh membarah. Contohnya di Kelantan berlaku persaingan sejak akhir 90an lagi di antara Nik Abduh dan Dato Husam. Krisis ini terevolusi dan merebak sehingga ke peringkat nasional. Segelintir pimpinan di luar Kelantan telah membentuk kesepakatam semasa krisis 2008 untuk menyerang Dato Husam. Maka Timbulah blog anti husam. Akar dari masalah ini adalah perselisihan Nik Abduh dan Dato Husam. Di Kedah juga berlaku krisis apabila membentuk kerajaan yang sebabkan lahirnya dua fraksi.


(C) PENGARUH NEGATIF

30. Sifat mazmumah juga menjadi pemangkin kepada krisis hari ini yang menyebabkan perselisihan menjadi smakin besar dan buruk. Ini berlaku disebabkan kegagalan Tarbiyyah dalam Parti. Akhlak ahli tidak mencapai akhlak jamaah Islam yang sepatutnya.

31. Hal ini ditambah pula kegagalan sistem dalaman Parti khasnya Jawatankuasa Disiplin langsung tidak beroperasi dengan baik. Ini menyebabkan keadaan menjadi semakin kucar kacir dan membarah.

32. Kesannya, buruk sangka semakin menebal di kalangan ahli . Ahli-ahli mengambil berita-berita yang disebar walaupun tidak ada asas. Sebahagiannya suka mendengar dan menyebarkan teori-teori konspirasi.

33. Sebagai contoh dalam Krisis MB ini, ada ahli yang menyebarkan teori bahawa anwar akan lari disebabkan mendapat suaka politik yang mana Anwar akan membawa demonstran dari Thailand ke Malaysia.

34. Ada juga yang menyebarkan teori bahawa Anwar menandatangani perjanjian dengan Najib untuk menyerahkan Selangor kepada BN sekiranya Wan Azizah dipilih sebagai MB.

35. Kedua-tua teori konspirasi yang mengarut ini setelah diselidik berpunca dari maklumat yang disampaikan oleh pihak Cawangan Khas dan telah berlegar di sekitar individu-individu yang dilihat menjadi sumber maklumat Presiden.

36. Ahli-ahli pada ketika ini sudah tidak dapat lagi membezakan berita yang dicipta oleh UMNO dan berlaku serang menyerang sesama sendiri.


BERGERAK KEHADAPAN

37. Ahli-ahli pada ketika ini perlu menjadikan Tabayun sebagai budaya yang penting. Apa sahaja maklumat yang sampai perlu dipastikan sumbernya walaupun maklumat itu selari dengan pendirian sendiri.

38. Tidak perlulah membuat provokasi dan terlibat dengan perbahasan di Facebook dan Whatsapp yang tidak kemana pun. Yang dapat hanyalah rasa marah dan rasa permusuhan.

39. Tidak perlu menyebar maklumat negatif walaupun kita yakini berita itu benar.

40. Isytiharkan Provokator sebagai musuh utama PAS dan musuh dalam selimut. Saya yakin musuh lebih selesa bergerak dengan cara yang demikian. Kadang-kadang mereka mempamirkan diri ahli yang prihatin dengan halatuju PAS dan mula membuat serangan-serangan kepada pimpinan PAS.

Abu Yusuf At Tantawi
----------------------------------

Antara tulisan Bridget Welsh http://bridgetwelsh.com/2014/09/pas-reactionaries-strike-back/

Sunday 26 October 2014

Pengampu Hj Hadi semakin tidak ketahuan punca...!!


 

Link : dari Page KedahLanie

Apabila ULAMAK PAS menari mengikut rentak 'musuh'..??


Ilmu agama aku tidak setinggi Ulama PAS dan Amalan aku pula tidak mengunung seperti Ahli PAS yang lainnya.. Dan aku setiasa sedar bahawa kalian lebih hebat dari aku..

Ulama kalian semuanya hampir dengan Allah dan mereka berada pada tahap level yang tertinggi di dalam haraki Manusiawi yang dikasihi Allah selain para Rasul dan Nabi.

DAN aku pula tidak tahu sama ada aku dan ramai rakan2 aku yang lainya tersenarai dalam golongan yg dikasihi Allah atau tidak, kerana aku tidak berstatus Ulama serta tidak pernah berbaiah untuk Wala` kepada Ulama dalam kesemua perkara...

Tetapi di dalam kesempatan yang terhad ini izinkan aku mengunakan sedikit ilmu feqah yang aku miliki bagi memberi pendapat dalam ISU PEGANG ANJING ini..

Bagi aku daripada Ulama PAS dok kecoh pasal fatwa :
" HARAM MENYENTUH, MEMEGANG DAN MEMELUK ANJING "

Adalah lebih baik PAS buat Programe
" HARAM MENYENTUH, MEMEGANG DAN MEMELUK BUKAN MUHRIM "

Hindarilah diri kamu dari perkara-perkara yang menghampiri ZINA kerana ZINA itu adalah perbuat KEJI lagi TERKUTUK.

Mungkin programe menyentuh Anjing ini didalangi oleh gerakan2 Yahudi sebagai mana yang didakwa oleh sebahagian besar Ahli PAS.

Bagaimana pula dengan kebebasan menyentuh, memegang serta memeluk Bukan Muhrim dalam negara kita..?? Siapakah pula dalangnya..??

Menyentuh anjing tidak akan menyebabkan berlakunya penzinaan tetapi kebebasan menyentuh bukan muhrrim menyebabkan banyaknya perlakuan ZINA BEBAS dan pembunuhan ke atas bayi-bayi yang tidak berdosa..

Bagi saya PAS harus cerdik dalam mendepani isu2 yang bersangkut paut dengan kemaslahatan Ummah bukannya memutarbelitkan perkara2 yang bersangkutan dengan hukum hakam dalam Islam khususnya di dalam Bab Frqah ini.... DAN jangan sekali-kali mengelirukan Bukan Islam di dalam Isu hukum hakam islam..

Kita maki hamun mereka yang menyentuh anjing di tengah-tengah padang pada pada hari tersebut sedangkan di sekeliling kawasan luar padang tersebut terdapat ramai umat islam yang menyentuh bukan muhrim tidak kita maki hamun..

Kita tuduh mereka yang memegang anjing di dalam Padang tersebut sesat.. dan gila sedangkan yang berada diluar padang kita biarkan sahaja

Kebebalan kita dalam mendepani isu Pegang Anjing ini menyebabkan Islam menjadi bahan Lelucon dan Lawak Jenaka kepada bukan Islam...

Admin FB : Anak Muda bangkit Hancurkan UMNO.

Saturday 25 October 2014

Jebon gila jadi "MB KEDAH"..!!!


Hari ini kami nak ULAS bab KETUA JEBON...kata merekalah JEBON dan kami gunakan nama JEBON nie sekadar untuk memuaskan hati manusia yang memanggil beliau JEBON...

Bab yang hendak diulas ialah berkenaan JEBON GILA JADI MB....

Punca ungkapan ini keluar ialah sewaktu beliau menyatakan hasrat untuk tidak menerima lagi jawatan EXCO selepas berakhirnya penggal pemerintahan memegang jawatan EXCO.... beliau dengan YB DR Ismail menyatakan hasrat tidak menerima lagi jawatan yg ditawarkan... alasan yang beliau berikan adalah tidak dapat bekerjasama dengan corak pemerintahan MB waktu itu...

Selepas beliau menolak maka telah terjadi satu musibah besar dalam pentadbiran kerajaan negeri Kedah waktu itu sehingga memaksa semua pimpinan pusat turun dan perjumpaan tergempar sehingga jam 3.00 pagi diadakan dengan satu ketetapan dikeluarkan iaitu mereka berdua harus terima semula menjadi exco....

Selepas mereka menerima semula jawatan exco maka terdengarlah cakap-cakap belakang bahawa JEBON nie gila nak jadi MB sebab itulah beliau buat kelaku seperti itu...

Jika dilihat beliau menolak jawatan EXCO dan bila ditolak maka sudah pasti tittle sebagai EXCO KANAN dalam kerajaan akan berubah atau jatuh...dengan jatuhnya tittle ini maka kebarangkalian JEBON hendak diangkat menjadi MB sudah tertinggal kebelakang....

OK itu satu...mai bab GILA NAK JADI MB.... adakah dengan memberikan tekanan pada MB sedia ada maka MB meletak jawatan adakah jawatan MB itu akan terus diperolehi oleh JEBON....

Jika dilihat dari cara perlantikan MB Selangor...nak jadi MB sesebuah negeri dan contohnya dari PAS adakah boleh diangkat dan mendabik dada "AKULAH MB KEDAH"... Jika mudah macam itu barulah senang nak jadi MB...

Namun hakikatnya untuk melantik seseorang jadi MB... Ahli Jawatan Kuasa PAS Pusat (AJKPP) dan PRESIDEN PAS terpaksa melalui mesyuarat  AJKPP terlebih dahulu dan di bawa ke Majlis Syura dan barulah memilih siapa yg layak....dan kemudian nama tersebut akan dipersembahkan kepada TUANKU SULTAN dan barulah MB dipilih.... jika nama pun AJKPP tak pilih JEBON nak pulun jadi MB dimananya...?


Habih gila nak jadi MB mai kot mana....JEBON jawab mai sat....!!

Coq Kria

Friday 24 October 2014

Jangan percaya sangat pada label politik, ianya hanya propaganda

Michael Chiang


Mereka kata Anwar Ibrahim agent Yahudi tapi yg menjalin hubungan dengan Amerika dan Israel ialah Umno. Yang mengekspot minyak sawit ke Israel ialah Umno. Yang menentang TPPA ialah Pakatan.

Mereka kata Pakatan nak jual negara tapi yg jual Tanjung Pagar dan Pulau Batu Putih kpd Singapura ialah Umno.

Mereka kata DAP anti-Islam tapi yg beri peruntukan beratus juta ringgit kepada sekolah agama ialah DAP. Yang hina Islam secara terbuka dan menikmati kekebalan dari dakwaan ialah MCA, GERAKAN dan MIC.

Mereka kata DAP nak hapuskan hak Melayu tapi yg mengubah status tanah reserve Melayu dan menjualnya ialah Umno, yg bina Iskandar Malaysia ialah UMno.

Mereka kata PAS sesat tapi yg mengusahakan dan melesenkan kasino, kilang arak, loteri, nombor ekor, pusat pelacuran, yg menganjurkan Kpop, Music Festival ialah Umno dan kroni-kroninya.

Mereka kata Pakatan akan bangkerapkan negara tapi yg bermaharajalela makan rasuah dan menyebabkan hutang negara melambung ialah Umno.

Mereka kata Anwar liberal dan Madey konservatif tapi dari segi amalan dan pemikiran adalah sebaliknya. Anwar Ibrahim tak anti-hadis, tak sokong Kassim Ahmad, wanita2 dlm keluarga AI semuanya bertudung, DSWA bersalaman dengan memakai sarung tangan.

Mereka kata Izzah mengucapkan tahniah kpd penganjur program sentuh anjing tapi mereka sembunyikan apa yg Marina Mahathir kata.

Jangan percaya pada label politik, ianya hanya propaganda

28 OCT : Nak hadir yang mana - Yang Kena Fitnah atau Yang Buat Fitnah?


Thursday 23 October 2014

Siapakah yang membuka ruang kepada musuh menghentam PAS, PasMa atau UG?


Yang sediakan ruang kepada musuh Pas pukul Pas bukan Pasma Pak Subky oiii... Tapi Presideng Pas, Nasrudin Tantawi, Zaharudin Mohamad, Nik Abduh, Khairuddin AtTakiri dan beberapa kerat yang lain buka seluas-luasnya, bagi ruang selebarnya kepada musuh Pas balun Pas. Takkanlah sebagai penganalisis politik dah tenggelam buta dalam hal ini.

1 - Pasma tak keluarkan watikah di Dun Kota Damansara & Sg Pinang serta 3 Dun lagi di Terengganu. Tapi yang tandatangan itu ialah Presideng.

2 - Pasma tak tuduh calon Dun Bukit Besi edar pil kuda. Tapi yg buat itu ialah Presideng dalam ceramahnya.

3 - Pasma tak langgar keputusan Jawatankuasa Pas Pusat(JKPP) pada 17 Ogos 2014 yang sebulat suara setuju Wan Azizah dan Azmin calon MB Selangor. Tapi yg langgar keputusan JKPP ialah Presideng.

4 - Pasma tak peluk Umno dalam gelap. Tapi yang buat itu ialah 'Presideng and the Gang'.

5 - Pasma tak tuduh 2 adun Pas yg sokong keputusan Muktamar Khas kukuhkan Pakatan Rakyat sebagai BARUA dan BROKER. Tapi yang tuduh tu ialah Presideng.

6 - Pasma nak kukuhkan Pakatan Rakyat serta tak mahu Pas keluar Pakatan Rakyat . Tapi yang bertindak dan cakap tidak senada dengan Pakatan Rakyat ialah Presideng.

7 - Pasma tidak ada masalah dengan Anwar Ibrahim, Wan Azizah, Bajet 2015. Tapi yang hentam Anwar, Wan Azizah dan lari tak masuk dewan Parlimen musim bajet ini ialah Presideng.

8 - Pasma tak keluar fatwa sokong Wan Azizah masuk neraka. Tapi yang kata ahli-ahli Pas mesti diselamatkan daripada masuk neraka ialah Tuang Presideng.

9 - Pasma tak jadikan Muktamar Pas ke 60 sebagai medan menyerang pemimpin. Tapi yang serang, label dan tak jadikan muktamar medan muhasabah ialah Presideng.

10 - Pasma mahu kukuhkan Pas bersama Pakatan. Tapi Presideng bersama pasukanNYA, Nasrudin Tantawi, Zaharudin Mohamad, Nik Abduh, Khairuddin AtTakiri dan beberapa kerat yang lain buat kenyataan media, tindakan yang mahu melemahkan Pakatan.

11. Yang bergerak kearah supaya Pas ditendang keluar dari Pakatan Rakyat ialah Presideng and the Gang. Bukannya Pasma.

~ "Mereka (Presideng and the Gang) yang tibai orang lain.. alih-alih mereka menangis kepada ahli mengadu kena pukul..."


~Kelaku keling..

dari fb : Rakyat Bangkit

Apabila Ulamak PAS putar belit ucapan Hanipa Maidin untuk menghalalkan status fb beliau..!!

Inilah masalah ulamak yg kita dok lawan...

Hanipa kata....

"Saya sayangkan Presiden Pas, tetapi saya lebih sayang PAS...."

nie video dia dan dengarlah elok-elok...



Ulamak ni putar alam pi kata Hanipa sebut....

"Saya sayang Presiden tp saya lebih sayangkan PR"

ini keratan fb beliau...

link fb
Ulamak macam ni kita nak percaya ka???  Kita mengharapkan ulamak memandu kita tapi kalau ulamak mcm ni punya kelaku takan kita nak mereka pandu kita ke mana??

Adam Al-Pekani, 

HUDUD UMNO vs HUDUD PAS.....!!!


HUDUD HUDUD HUDUD.............. 

sejak bila kita semua YAKIN dengan system keadilan yang di bawa oleh UMNO BN nie yang dok kalut nak buat HUDUD.....

Awat bila di buat HUDUD....

mahkamah milik umno akan sokong
hakim milik umno akan sokong
pihak berkuasa milik umno akan sokong
penjara milik umno akan sokong
peguam negara milik umno akan sokong
pemimpin milik umno akan sokong
ustaz milik umno akan sokong
mufti milik umno akan sokong

Cuba langkah bagi banyak langkah sikit jangan dok pulun langkah setapak terus kata jalan raya bagus dan tak berlubang dah... jalan bagi jauh sikit..baru tahu jalan ada lubang atau tidak...dan bila ada lubang kita tampung dahulu lubang-lubang tersebut....

Sekarang pastikan semua diatas tu memberi sokongan barulah kalut sembang bab HUDUD.... sembang lanie pun tak guna sekupang aihh.... panggil wakil UMNO mai mesyuarat AJK HUDUD pun haram tak mai-mai tapi kita dok kalut nak buat situ laa...

Ambik dahulu kuasa tu kasi bersihkan pengaruh UMNO dalam semua pihak yang berkenaan dan baru dilaksanakan HUDUD....

Kuasa tak ada sembang pun tak guna....

Coq Kria

Tuesday 21 October 2014

Dr Jamnul Azhar Mulkan istihar Kempen Tolak AJK Pas Pusat di fbnya..!!


LINK FB
Salah seorang aktivis PAS yang popular di sebelah utara sana dan antara yang disebut akan dijadikan sebagai salah seorang calon ADUN PAS di Kedah pada PRU13 dahulu kini secara terang-terang mengistiharkan kempen menolak 5 AJKPP di facebook beliau.. semoga kempen beliau berjaya...

Sunday 19 October 2014

Sebenarnya PAS juga parti serpihan daripada UMNO..!!

PAS PUN PARTI SERPIHAN UMNO


RIDWAN MD NOR selewengkan fakta pasal Pas dan serpihan. Hanya ada 3 parti serpihan dari Pas:

1. BERJASA ..Sebab Muhammad Nasir nak jadi MB juga walaupun parti arah letak jawatan, akhirnya membawa kepada PRN 1978 bukannya PRU, Pas tinggal 2 kerusi .

2. HAMIM ... Sebab Datuk Asri merasakan dirinya dianiaya oleh 'kepimpinan ulamak' yg diterajui oleh Stopa Ali mewakili dewan pemuda waktu itu 1982.

3. AKIM .. Arwah Cikgu Musa Pasir Puteh yg kecewa dgn TGNA menangguhkan pelaksanaan hudud di Kelantan pd 1992.

4. JATI ..NGO Hassan Ali bukan parti politik. Begitu juga Pasma yg dipimpin Pharolrazi bukan parti politik. Kenapa tak sebut NGO Geng Ustaz yg dipimpin Nor Azli Musa. Bukankah ia ditubuhkan ekoran ramai geng ustaz kalah dlm pemilihan Pas 2013.

Kenapa Riduan tidak menyebut bahawasanya Ulamak2 yang ada dlm Biro Agama Umno keluar dari Umno kerana tidak bersetuju dengan cara Umno yang sekular lalu menubuhkan Pas? PAS PUN PARTI SERPIHAN UMNO. Awat dia ingat Pas independent tertubuh dengan sendiri ka?

Tahun 1955 Pilihanraya dan Almarhum Tn Hj Ahmad Tuan Hussein menang kerusi tunggal tu pada PRU1..bukan 1956. Salah fakta......

=====================================================

Fakta Ridwan Md Nor: SEJARAH PAS DAN KUMPULAN SERPIHAN

1) Tahun 1948: Lebih 5 ribu ulamak berhimpun di Gunung Semanggol untuk menubuhkan Hizbul Muslimin.

2) Tahun 16 Jun 1948: Hizbul Muzlimin diharamkan termasuk kelompok kanan antaranya kumpulan yang diketuai oleh Burhanuddin al-Helmy.

3) Tahun 1951 : Ditubukan Persatuan Islam se-Tanah Melayu oleh ulamak saki baki pimpinan Hizbul Muslimin.

4) Tahun 1955: Dr Abbas Alias mendaftarkan PAS sebagai parti politik atas nama Parti Islam se-Tanah Melayu dengan logo tangan.

5) Tahun 1956, PAS menang satu kerusi di Parlimen Kerian dalam pilihanraya pertama tersebut Tuan Guru Hj Ahmad Tn Hussein.

6) YDP yang menggantikan Dr Abbas selepas itu ialah Prof Burhanuddin Al-Helmy dan timbalan beliau Dr Dzulkifli Muhammad.

7) Tahun 1959, PAS menang Terengganu dalam pilihanraya pertama selepas merdeka. Dr Burhanuddin Al-Helmy menang bertanding di parlimen Besut ketika itu.

8) Tahun 1964: Dr Burhanuddin dimasukkan di dalam ISA dan dipangku oleh Dato' Asri.

9) Tahun 1974: Anak muda yang tak puas hati dengan kerajaan campuran buat Revolusi 1974, tetapi gagal.

10) Tahun 1977: PAS ditendang daripada BN akibat krisis MB Kelantan.

11) Tahun 1978: Akibat penubuhan BERJASA, PAS hanya tinggal 2 kerusi di Kelantan pada PRU ketika itu.

12) Ulamak berijtimak di Pondok Pasir Tumbuh selepas itu dan membuat resolusi bahawa PAS perlu dipimpin oleh ulamak.

13) Para ulamak di dalam PAS selepas itu mengerakkan gerakan ta'lim, memberi ilmu dan kesedaran kepada ahli PAS selepas itu.

14) Tuan Guru Nik Aziz mengambil alih menjadi Pesuruhjaya Kelantan menjadikan hari Jumaat sebagai hari Ilmu. Begitu juga di beberapa buah tempat di seluruh negara.

15) Tahun 1978, Dr Nasir mengumpulkan anak-anak muda di dalam ABIM agar menjadikan PAS sebagai wadah perjuangan.

16) Tahun 1982, Dewan Pemuda mengadakan muktamar berasingan di Pulau Pinang manakala Muktamar Pusat diadakan di KL.

17) Usul pemuda adalah menubuhkan gagasan Kepimpinan Ulamak dan Majlis Syura Ulamak.

18) Tahun 1983, ditubuhkan HAMIM oleh Dato' Asri Muda a
kibat kecewa dengan PAS.

19) Tahun 1985, ditubuhkan Madrasah Darul Quran untuk dijadikan pusat tajnid perjuangan.

20) Tahun 1987, UMNO berpecah kepada team A dan team B.

21) Tahun 1989, PAS menyertai gabungan pembangkang Angkatan Perpaduan Ummah (APU) yang bertahaluf dengan Semangat 46, BERJASA dan HAMIM.

22) Tahun 1990, hilang serpihan PAS iaitu PAS (51) yang tidak puas hati dengan ijtihad PAS sebelum ini.

23) Tahun 1998, DSAI dipecat dari UMNO dan PAS menggerakkan GERAK membela DSAI.

24) Tahun 1999, PAS menang 98 DUN diseluruh negara dan merampas Terengganu.

25) Tahun 2008, berlaku tsunami politik di negara Malaysia dan PAS mendapat sokongan non muslimin.

26) Tahun 2012, PAS dalam era Pakatan Rakyat, wujud serpihan PAS iaitu Jati yang ditubuhkan oleh Hasan Ali.

27) Tahun 2014, wujud pula kumpulan serpihan yang tidak puas hati dengan PAS iaitu PASMA.

28) Melihat kepada rentetan sejarah, kumpulan serpihan PAS tidak pernah kekal. Apa yang pasti PAS terus maju memacu ummah.

Pidato Ustaz Riduan Mohd Nor di NEKAD 2.0

(Dicatat oleh Ahmad Ulwan Hassim)

Sebahagian Ustaz PAS dari Timur Tengah yang merosakkan reputasi PAS

PAS CIPLAKKAN TIMUR TENGAH
Oleh FIRDAUS ALI



Kemunculan ustaz ustaz muda yang baru balik dari Timur Tengah telah secara perlahan lahan sejak 2004 menguasai rentak perjuangan Pas dengan menekankan elemen tarbiyah sebagai aktiviti dominan dalam parti.

Mereka dicetak oleh kumpulan ulamak. Pada awalnya utk mengukuhkan Pas dalam persada politik tanahair tetapi sejak tercetus idea UG selepas PR menang besar dlm PRU 2008, usaha mencetak lebih ramai lagi ustaz ustaz Timur Tengah ini dilipat ganda setelah menyedari idea UG yg dicetuskan Presiden Pas ditolak pelbagai pihak.

Tercabar dengan tindakan dari parti parti PKR, DAP dan sebahagian besar pucuk pimpinan Pas diperingkat Pusat yang menendang idea UG ke dalam tong sampah, kelihatan pasukan ulama mula bekerja keras untuk mengnyahkan mereka yang dianggap tidak bersama Presiden.

Berlakulah pertembungan terbuka antara pasukan ulama dengan golongan profesional dalam Pas. Tanpa disedari ia membiakkan virus-virus jahat atas nama serban dan jubah, tarbiah dan usrah bagi mengetepikan golongan profesional yang kononnya untuk menjatuhkan Presiden dan para ulamak.

Ini ditandai dengan kempen kempen fitnah pada pemilihan Pas 2011 apabila Mohd Sabu bertanding kerusi Timbalan Presiden Pas berentap dgn calon bertahan ketika itu, Ust Nasarudin Mat Isa daripada golongan ulamak. Ketika itu medium popular ialah sms dan blog.

Kini fitnah dan adu domba kelihatan segar dijari facebooker pasukan UG untuk menidakkan kumpulan profesional dengan pelbagai posting tanpa hujah, tanpa fakta yang sudah tentu tidak benar kerana mereka berselindung di sebalik laman laman palsu.

Walaupun pasukan ulama ini menggunakan taqline "Tanpa Tarbiah Pasti Rebah", jika diperhatikan sikap, tulisan, kata kata sebahagian ustaz-ustaz yang mengangkat diri sebagai ulamak ini, jelas tidak mencerminkan mereka dari kelompok yang beramal soleh dan mementingkan tarbiah.

Jom singkap facebook Ketua Ulamak Pas Pahang, Ust Mokhtar Senik, Ajk Pas Pusat, Ust Nik Abduh, MP Temerloh, Ust Nasrudin Hasan, YDP Gombak, Salehudin Nasir dan ramai lagi ustaz-ustaz cetakan Timur Tengah yg telah didoktrinasikan oleh pemimpin tertentu Pas, jelas sarat dengan sangkaan buruk dan nasihat lekeh terhadap seteru mereka.

Paling menarik, posting-posting fitnah facebook El Haraki cukup minat dikongsi oleh pasukan ulamak handal seperti Takiri, Tantawi, Abduh, Riduan Mohd Nor, Mokhtar Senik dan lain lain yg tidak segan silu berbuat demikian.

Apakah tarbiyah begini yang mahu dihidangkan kepada ahli, dan dakwah seperti ini pula mahu disogokkan kpd org awam? Pas yang kononnya parti dakwah, siasah dan tarbiah, kini hanya jadi retorik dan slogan. Realitinya ketiga tiga ungkapan itu sudah tidak ketahuan hala.

Kini terdapat usaha pasukan ulama mahu menjadikan Pas sebagai badan dakwah. Mereka bekerja keras siang malam pagi petang untuk berpecah dgn Pakatan Rakyat. Sebahagiannya mahu bersama Umno membentuk UG, tapi ada sebahagian lagi mahu Pas bersendirian dan berjuang dalam medan dakwah serta tarbiah.

Produk Pas selepas PRU13 lalu, lebih fokus kepada tarbiyah dengan mengeluarkan aktiviti bersifat dalaman seperti usrah, liqa, tamrin, nadwah dan pelbagai istilah arab diperkenalkan bagi menampakkan betapa islamiknya mereka berbanding pasukan profesional yang dianggap liberal dan tidak wala dengan Presiden Pas.

Mereka menolak Anwar Ibrahim dengan pelbagai cemuhan. Tidak mengiktiraf apa jua himpunan, gerakan yg babitkan Pakatan dan Anwar. Bagi mereka Pas menang bukan kerana pengaruh Anwar, Bersih dan lain lain elemen. Pas menang kerana pengaruh Presiden dan kerja keras pasukan ulamak.

Kini Pas retak menunggu belah. Presiden Pas dilihat degil untuk memulihkan krisis dalaman parti yang kian meruncing. Ketika gerakan Islam menjadikan muktamar sebagai pentas muhasabah, MP Marang ini terus menyiram petrol dalam ucapan penggulungannya dengan menabur sentimen benci Anwar, benci Pakatan, benci DAP dan melabel dua Adun Pas yang menuruti keputusan muktamar perkukuh Pakatan sebagai barua dan broker.

Selepas menyiram petrol, beliau terus berangkat ke luar negara. Misi menyelesaikan permasalahsn ummat sejagat. Tetapi dalam parti sendiri bersepai dan dibiarkan ahli ahli 'beramuk' tanpa sebarang tindakan pembaikan.

Rakyat terus persoal apabila Presiden Pas tidak hadir pembentangan Bajet 2015 di Parlimen. Sedangkan Anwar dan Kit Siang tahu tanggungjawab itu. Lagi teruk, berangkat ke London kononnya untuk urusan dakwah, walhal keperluannya di dewan rakyat membahas bajet sangat sangat ditunggu rakyat sebagai pemimpin yang amanah dengan Allah. Sedangkan elaun dibayar untuk tujuan itu.

Realitinya, Pas kini tidak lagi mesra rakyat, tidak juga mesra orang awam malah semakin dibenci oleh ahli. Sebahagian ahli, dan ini juga dirasai oleh mereka di luar Pas, parti Islam ini kini sedang bersalin kulit untuk menjadi badan dakwah dan ini menyebabkan DHPP terkedu dan tidak berkata apa apa.

18/10/2014 - Setiu, Terengganu

Friday 17 October 2014

Senarai Pemimpin Impian PAS & AJK PAS Pusat untuk muktamar tahun hadapan

Our PAS-UG Dream Team:



Presiden: TGHA

Timbalan Presiden: Tuan Ibrahim Tuan Man

Naib Presiden:

1. Nasrudin Tantawi
2. Nik Zawawi Nik Salleh
3. Nik Amar Nik Abdullah

Setiausaha Agong: Khairuddin A-Takiri

Ketua Penerangan: Nik Abduh Nik Aziz

Bendahari: Zaharudin Mohamad

Pengarah Jabatan Pilihanraya: Ridwan Md Nor

Ketua Pemuda: Khalil Hadi

Ketua Dewan Ulama: Ahmad Yaakob

Mursyidul Am: Haron Din

*Bayangan pemilihan dibuat berdasarkan merit & track record yg baik.

1. Tuan Ibrahim di pilih berdasarkan kemampuan beliau membawa cerita anak, cerita rakyat dan sebagainya. Cerita-cerita yang sebegini mampu memberi keinsafan kepada pengundi di atas pagar untuk tidak sabar-sabar menyokong Pas. Cerita yang sebegini juga mampu memberi inspirasi kepada ahli untuk terus bersabar dengan sebarang dugaan.

2. Ketiga-tiga Naib Presiden ini Nasrudin Tantawi, Nik Zawawi dan Nik Amar amat diperlukan kerana berwibawa mengeluarkan kenyataan. Ahli akan bertambah disiplin dan akan dapat mengelakkan Pas daripada terus dibuli oleh Rakan Pakatan yang lain iaitu DAP dan PKR. Kemampuan mereka mengeluarkan kenyataan amat-amat di perlukan untuk mendisiplinkan ahli parti jika berlaku kelainan pendapat.

3. Anak kelahiran Terengganu ini memiliki pengalaman yang amat sangat mengenai budaya Takfiri, kerana budaya ini lahir di negeri tersebut. Khairuddin mampu mengekalkan rentak Takfiri sebagaimana Pas di era 80an. Hukum berasaskan lebel-melebel, munafik haraki dan sebagainya sudah menjadi keistimewaan beliau. Keperluan ini amat-amat di perlukan untuk Pas mengekalkan retak 30 tahun yang lalu.

4. Ketua Penerangan ialah jawatan yang paling sesuai untuk Nik Abduh kerana sekarang ini beliau yang paling rapat dengan media arus perdana atau dengan kata lain mesra media. Berapa hari sekali pasti akan keluar kenyataan media samada di akhbar muka depan mahupun di TV. Ini akan mempopularkan nama PAS di mata masyarakat.

5. Zaharudin pula dipilih berdasarkan kebolehan dan pengalaman beliau berada di dalam GLC PERANSANG dan pemilikan saham PERANGSANG. Kita percaya beliau mampu menjana pendapatan untuk PAS dengan kepakaran yang beliau miliki tambahan pula beliau memang 'specialist' di dalam bidang kenderaan tukar alat ganti BMW.

6. Kebolehan Ridwan Md Nor di dalam bidang menghimpun data tidak perlu di nafikan lagi. Jika di berikan peluang kejawatan Pengarah Pilihanraya PAS Pusat tentunya Pas akan menang besar di dalam PRU14. Tambahan pula dengan kebolehan menulis akan memperkukuhkan setiap data dan statistik jentera parti.

7. 'Like father like son'. Inilah ungkapan yang terbaik untuk menceritakan ketokohan anak muda ini. Paling berani ketika menghadirkan diri semasa Demontrasi, Flashmob dan sebarang unjuk rasa mobilisasi parti. Khalil Hadi memang pemuda terberani berhadapan dengan polis. Menjadi ikon berani anak muda.

8. Pada ketika ini beliau sedang memangku jawatan tersebut. Banyak maslahah syariah yang telah berjaya di kupas oleh Datuk Ahmad Yaakob. Kini rakyat makin memahami Pas kerana kebolehan beliau mendekati setiap pemasalahan Syariah.

9. Tidak perlu di perkenalkan lagi. Nama ini amat besar di dalam dunia Shifa dan berkemampuan berhubung dengan dunia ghaib. Pakatan antarabangsa yang di dakwa ingin menjatuhkan Presiden boleh di selesaikan dengan bantuan alam ghaib.

Jika inilah yang berlaku kita percaya, Pas akan mendapat penghormatan yang tidak berbelah bagi terutamanya dari pemimpin Umno.

Umno-BN tentunya tidak akan ragu-ragu lagi untuk memberikan ruang dan peluang kepada Pas untuk sama-sama memerintah Negara. Umno-BN amat takut untuk berhadapan dengan mereka semua.

~Buletin 7.30 Melapurkan..

dari fb : Rakyat Bangkit

Benarkah ada SMS MSU untuk sebaran dalaman berkenaan PasMa kepada PJ PAS negeri tersebar!!

ilustrasi sahaja

Agaknya Majlis Syura ni mesyuarat hari hari kot?

SEJAK BILA MAJLIS SYURA ULAMA BOLEH BAGI ARAHAN TERUS PADA PJ NEGERI SDGJAN PJ NEGRI BUKAN TERLETAK BWH MAJLIS SYURA ULAMA?

SATU LAGI PASMA NIE MENGGUGAT KEPIMPINAN TERTINGGI & MSU... HABIS NAK TAKUT APANYA JIKA TERGUGAT...TAKUT HILANG JAWATANKAH....JIKA TAK ADA SALAH TAK PAYAH TAKUT BERHADAPAN SAHAJA DENGAN PASMA NIE

INI TAK BUAT ARAHAN MENGALAHKAN UMNO BN MENYEKAT RAKYAT UNTUK MENYOKONG PR....

Adam Al-Pekani, 
Pemerhati Politi Anda

Thursday 16 October 2014

Bagus punya ahli Parlimen, orang bersidang dalam dewan dia naik kapal terbang pergi London

ADAKAH HJ HADI GAGAL DAN LALAI MELAKSANAKAN AMANAH SEBAGAI AHLI PARLIMEN ?

Ahli Parlimen yang dilantik mendapat kepercayaan pengundi2 di kawasan yang diwakilinya. Apabila dilantik,tugasnya ialah membawa ke parlimen untuk membincangkan perkara-perkara berkaitan kepentingan orang ramai.

Untuk membawa usul ke parlimen bukannya mudah dan senang seperti menggunakan wasap dan facebook selama 24 jam, ia hanya boleh dibawa apabila dewan rakyat bersidang. Apabila dewan bersidang,ahli parlimen harus lah menggunakan peluang ini untuk membincangkan kemaslahan dan perkara berkaitan kepentingan orang ramai.

Jika peluang ini tidak digunakan sepenuhnya, siapakah lagi yang boleh diharapkan untuk mempertahankan hak2 orang islam dan rakyat keseluruhannya ?

Apalagi jika ia melibatkan sesuatu perundangan yang hendak diluluskan yang boleh membebankan rakyat, ia juga memerlukan undian setiap ahli parlimen yang hadir

APAKAH HJ HADI SUKA MAKAN GAJI BUTA DAN HARAM ?

APAKAH ULAMA SEHEBAT HJ HADI TIDAK TAHU HUKUM HAKAMNYA ?

APAKAH HJ HADI HANYA PANDAI BERJANJI KEPADA PARA PENGUNDI SEMATA2 UNTUK DIANGKAT SEBAGAI AHLI PARLIMEN ?

JIKA MASAALAH DIDALAM NEGARA SENDIRI SUKAR UNTUK DISELESAIKAN,APALAGI MASALAH DUNIA YANG MEMBABITKAN BERBILLION UMAT ISLAM. MUNGKIN AGAK BENAR JIKA DINAMAKAN ULAMA DONIA.

Kepimpinan dalam Islam bersifat sepadu kerana Islam tidak hanya terbatas dalam urusan dunia atau urusan akhirat semata-mata. Tetapi ajaran Islam meliputi segala urusan dunia dan akhirat, rohani dan jasmani, spiritual dan material bagi tujuan mencapai kebahgiaan dan kesejahteraan hidup di dunia dan akhirat.

Justeru, pemimpin dalam Islam mestilah dipilih dari kalangan orang-orang yang bertakwa, berilmu, berwibawa dan berkelayakan bagi memenuhi segala tututan di atas. Penyerahan kuasa kepada orang yang tidak berkelayakan dan sesuai menurut Islam adalah mengkhianati perintah Allah dan Rasul-Nya

Kepimpinan dalam Islam merupakan amanah berat yang perlu dilaksanakan dengan sebaiknya. Kelalaian dan kegagalan pemimpin dalam melaksanakan tanggungjawab dan amanah akan mengakibatkan penyesalan dan kerugian di akhirat kelak. Ingatlah kepimpinan dalam Islam bukanlah alat untuk memperoleh kekayaan, pangkat dan kesenangan hidup di dunia, malah ianya merupakan amanah berat yang dikendong dan wajib ditunaikan serta akan dipersoalkan oleh Allah di akhirat kelak.

UNTUK KE SEKIAN KALINYA , DEMI MENERUSKAN SURVIVAL PAKATAN RAKYAT SERTA PARTI YANG DIWAKILINYA , HJ HADI DINASIHAT MELETAKKAN JAWATANNYA DAN BERI LALUAN KEPADA ORANG YANG LAYAK MEMIKUL BEBANNYA.

Abu Dzar RA pernah bertanya kepada Rasulullah SAW yang bermaksud:

"Wahai Rasulullah kenapa engkau tidak memberi jawatan kepada saya? Baginda langsung menepukkan tangannya di atas bahuku, kemudian bersabda, "Ya Aba Dzar, sesungguhnya engkau ini lemah dan jawatan itu amanah, pada hari kiamat ia akan menjadi penghinaan dan penyesalan kecuali bagi orang yang mengambilnya dengan haknya dan menunaikan hak jawatan yang menjadi kewajipannya".

Sumber : KLIK SINI

Popular Posts