>> 5 Terkini :

Monday 30 March 2015

Orang buat HUDUD dengan kuasa NEGARA, tapi PAS buat HUDUD dengan kuasa UMNO

PAS DAN HUDUD


Kalau nak sembang pasal Nabi buat HUDUD, Nabi buat HUDUD dengan KUASA NEGARA.

Brunei pun buat HUDUD dengan kuasa NEGARA.

Sudan, Nigeria, even Arab Saudi yang serang Yaman bersama Israel pun laksanakan HUDUD dengan KUASA NEGARA.

Tapi PAS, nak buat HUDUD dengan kuasa UMNO yang jelas selama ini melawan HUDUD. analoginya bagaikan Hamas mintak Israel buat negara Islam Palestine.

Jadi sepatutnya, PAS tumpukan terlebih dahulu dapatkan kuasa negara, bila dah dapat kuasa negara, pindalah apa jua perlembagaan sesuka hati untuk selari dengan HUDUD.

SOLAT itu WAJIB, tapi kalau pergi SOLAT di tengah jalan raya sampai ganggu lalu lintas, solat tu pun jadi salah walaupun hukumnya WAJIB.

Sama juga dengan HUDUD. kedudukan HUDUD dengan kuasa negara, bukan dengan kuasa UMNO.

Jadi tak timbul soal "asal dah laksana tanggungjawab", sebab HUDUD tidak dilaksanakan dengan ungkapan sebegitu...

Rakyat Bangkit

Saturday 28 March 2015

Apa punya mandom Presiden.. sampai Timbalan dia kena tangkap pun tak tahu..!!

BismillahirRahmanirRahim


Kepada sesiapa yang masih 'Tidak Tahu'!!!

Sehingga saat ini Hj Mohamad Sabu, Timbalan Presiden PAS masih ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah Dangwangi.

Sekian, Terima kasih.

Ini dari page peguam yang terlibat :


Friday 27 March 2015

Geng yang mengaku ulamak dalam PAS kena kencing dengan Jamil..!!


Bila kami kata, jgn percayakan Umno dlm isu hudud. Geng mengaku ulama kata, hampa tolak hudud ka?

Mursyid Am Pas sendiri bg bayangan utk putus hubungan dgn Dap sebab tolak hudud.

Geng mengaku ulama pun bukan main bersungguh buat baik dgn Umno pasai Umno nak hudud.

La ni, apa dah jadi. Jamil Khir tu bukan setara mana pun. Orang kenal kebolehan dia setakat mana.

Tapi yang syoknya, dgn Jamil pun geng mengaku ulama kena kencing.

Tu la, kami dok kata, tok sah dok berkira dgn Umno. Mai kita perkukuh hubungan dlm PR. Jaga hubungan dgn Dap dan Pkr.

Kalahkan dulu BN tu. Tapi geng mengaku ulama ni ketegag...

Padan muka hampa geng mengaku ulama oooiiiii....!


Zolkharnain Abidin Al-Abyadhi

Thursday 26 March 2015

Isu Hudud - PAS bodoh apabila percayakan UMNO...


nak buat HUDUD nie bukan jenis main bawa macam tu jaa dan lepas tu tanggung jawab kita kira dah selesai walaupun hudud itu dapat dilaksana atau pun tidak sebab bila ALLAH tanya nanti boleh pakat kami dah bawa dah tapi nak buat camna UMNO DAP PKR & MCA GERAKAN MIC tak mau sokong... awat hangpa nak jawab macam tu depan ALLAH...

Habih dimana otak dan akan yang ALLAH berikan untuk hangpa berfikir.... nak jadikan kenyataan sesuatu benda kita lihat dahulu halangan apa ada didepan.... dalam bab hudud halangan utama perlembagaan negera dimana akta 355 kena pinda....

nak pinda yang nie kena bawa keparlimen dan mendapat sokongan dari ahli parlimen.... sekarang kita dah ada sokongan tak lagi....kita pula ada berapa yang betul2 nak sokongnya... dan adakah musuh iaitu UMNO akan sokong pindaan akta 355 nie... ini yang perlu dinilai dan difikirkan....

Bukan main bawa memkhinzir buta tapi kesudahannya pakatan kita huru-hara...dan dipenghujungnya musuh yang tersenyum memperolehi keuntungan dari perpecahan kita....

Coq Kria, 

Tuesday 24 March 2015

Adakah PAS itu Hj Hadi & Haji Hadi itu PAS?

ذوالحزم شاريف السبعة
Kuala Lumpur ·

Masing-masing sudah kalot dengan keputusan DAP. Masing-masing sudah serabut dengan keputusan DAP. Macamana DAP blh putuskan hubungan dengan Presiden parti tp tidak dengan parti???

Aku nak bagitau begini saja. Dari pemahaman aku tentang keputusan DAP tu, apa yg DAP nak bagitau dunia ialah bahawa PAS sebenarnya parti yang baik tetapi bermasalah hanya kerana individu bukan parti. Tidak ada masalah PAS sebagai parti Islam tetapi individu-individu dlm PAS yang bermasalah.

Aku percaya ahli-ahli PAS pun faham bahawa individu bukan parti. Bak kata Dato' Tuan Ibrahim "................. presiden mewakili parti. Tiada istilah putus dengan presiden, tetapi putus dengan PAS".

Betul ianya suatu keputusan yang janggal tapi kenyataan Dato' Tuan juga adalah sesuatu yang janggal. Dato' Tuan kata Presiden mewakili parti tapi hakikatnya Presiden bertindak sendiri membelakangi parti. Banyak perkara yang Presiden buat tanpa dirujuk dan tanpa mendapat persetujuan dan mandat daripada parti. Mandat daripada parti ialah mandat AJK PAS Pusat. Parti digerakkan oleh SYURA atau mesyuarat tetapi Presiden tidak melalui SYURA. Mandat parti bukanj bererti apabila dilantik sebagai Presiden boleh berbuat sesuka hati. Ini parti politik milik semua ahli bukan hak peribadi sesiapa.
Contohnya dalam hal membawa Private Member's Bill ke Parlimen. Sewajarnya melalui pengetahuan Ketua Whip Parlimen PAS iaitu Dato' Hj Mahfuz Omar yang juga Ketua Penerangan PAS Pusat tetapi Ketua Whip tidak tahu tentang hal tersebut. Sepatutnya keputusan hendak membawa Private Bill dirujuk dan dimaklumkan kepada Mesyuarat AJK Pas Pusat atau sekurang2nya Dewan Harian tetapi tiada siapa yang tahu melainkan Presiden dan orang2 di sekelilingnya. Tiba-tiba saja dimaklumkan bahawa notis membawa Private Bill telah dihantar kepada Speaker Dewan Rakyat. Ini adalah tindakan bersendirian oleh Presiden yang amat janggal dan bertentangan dengan konsep SYURA yang diagung2kan oleh PAS.

Apabila Presiden bertindak secara bersendiri tanpa melalui SYURA parti maka parti tidak boleh diheret bersama walaupun Presiden berpendapat tindakannya itu atas kapasiti beliau sebagai Presiden. Presiden tiada hak bertindak sendiri dalam hal berkaitan dasar parti. Ianya mesti dibuat melalui SYURA.

Sama seperti Presiden disaman dalam kes pil kuda dahulu yang telah ditolak. Yang disaman ialah presiden bukan PAS kerana Presiden mengeluarkan kata-kata bukan atas keputusan parti. Presiden bertindak sendiri jd parti tidak terlibat.

Janggal atau tidak itu sesuatu yang subjektif. DAP masih bersama dengan PAS sebagai parti politik tetapi bukan dengan Presiden melainkan Presiden kembali bertindak sebagai Presiden yang mewakili parti. Sekarang Presiden bertindak secara sendiri tetapi menggunakan kapasiti Presiden. Itu sesuatu yang janggal dan bertentangan dengan Perlembagaan PAS sendiri. Bagi aku ianya seperti menyalahgunakan kuasa, Menggunakan kuasa tanpa kebenaran parti.

Hj Salahuddin Ayub berkata adalah sukar menerima keputusan DAP kerana Hj Hadi Presiden saya dan Presiden lbh sejuta ahli PAS. Betul, aku setuju tetapi bukan semua ahli PAS sekarang bersetuju dengan tindakan Presiden bertindak secara sendiri tanpa melalui SYURA parti. Aku juga percaya Hj Salahuddin juga tidak bersetuju dengan cara Presiden mengambil tindakan bersendirian. Ahli PAS bersetuju Hj Hadi adalah Presiden PAS tetapi tidak semua ahli PAS bersetuju apa yang Hj Hadi lakukan secara bersendiri itu adalah kehendak PAS.

Jika dilihat dalam konteks lebih besar, sebenarnya mesej DAP adalah kepada pimpinan PAS yang tidak bersetuju dengan tindakan Hj Hadi bertindak sendiri. Adakah pimpinan PAS bersetuju dengan tindakan Hj Hadi membelakangkan mereka? Apa guna mereka menganggotai Jawatankuasa kerja PAS Pusat jika pada Hj Hadi mereka tiada nilai kerana semua tindakan tidak perlu dirujuk kepada mereka dan Hj Hadi boleh bertindak sendiri.

Apa yang DAP cuba bagitahu bagi aku ialah adakah PAS itu Hj Hadi & Haji Hadi itu PAS?

Maka di sinilah letaknya kebijaksanaan para pimpinan untuk melakukan tindakan sewajarnya.

SUMBER : Klik Sini

PAS, ingatlah Fadzil Noor

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgYEAWIwFvspn_ZUTe2zejcs4V1Z8VlaXrtYQV-WsmqYY5Vep-QLuP0DGtuoA54dueMa0FGF-5eNDcQwJ6UPnxCz7S71j0DL8LECNfweP3nHKpPoqN3MOwq-J4ZqwhPzKWpdStIQXummcr7/s320/fadhil2.jpg
Ada seorang Pemuda PAS bertanya kepadaku, mengapakah aku kelihatannya rimas dengan Abdul Hadi Awang, memandangkan Hadi banyak membela Syiah dalam kuliah-kuliahnya. Aku menjawab, "Kerana dia meruntuhkan apa yang dibina arwah ustaz Fadzil."

Sebagai orang muda yang tidak pernah merasai kenikmatan menemui dan belajar daripada arwah Fadzil Noor, dia memang terpinga-pinga. Dia tidak pernah bertemu Ustaz Fadzil.

Untuk penggerak dan peneraju gerakan Islam di Malaysia, siri kuliah 'Akidah dan Perjuangan' oleh almarhum Ustaz Fadzil Noor (13 Mac 1937 – 23 Jun 2002) yang kemudian dibukukan oleh Dewan Pemuda PAS adalah satu monumen; seakan-akan manifesto perjuangan yang mesti dibaca.

Almarhum Ustaz Fadzil atau Ali bin Mohd Noor dilahirkan pada 13 Mac 1937 di Kampung Seberang Pumpung, Alor Setar, Kedah. Moyang arwah adalah Tuan Guru Hj Idris yang lebih dikenali sebagai Tuan Syeikh Idris Al-Jarumi yang merupakan seorang ulama terkenal di Kedah asal Patani.

Ustaz Fadzil Noor pernah menjadi Setiausaha Persatuan Ulama Malaysia (1974-1976), Setiausaha Penerangan ABIM (1973-1974) dan Timbalan Presiden ABIM (1974-1978). Pada tahun 1974 ustaz Fadzil turut terlibat dalam demonstrasi membela rakyat miskin di Baling, Kedah.

Beliau menonjol dalam bidang kepimpinan ketika Anwar Ibrahim ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri di Kamunting dari tahun 1974 hingga 1976, ketika itu Ustaz Fadzil Noor diamanah menjadi pemangku presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM).

Ustaz Fadzil Noor pernah ditahan dua kali oleh pihak polis. Kalau tidak silap aku, pada hujung tahun 1970-an, ketika beliau sedang berucap dalam suatu majlis ceramah di Kampung Seberang Takir, Terengganu, pihak polis telah mengumumkan bahawa ceramah tersebut adalah perhimpunan haram.

Turut hadir dalam ceramah itu adalah arwah Ustaz Fadhullah Shuaib. Tanpa menghiraukan amaran tersebut, Ustaz Fadzil Noor meneruskan ceramahnya. Oleh kerana kedegilan ustaz itu polis telah menahannya berserta penceramah lain. Mereka bermalam di lokap.

Penangkapan itu telah meledakkan kemarahan orang di Kuala Terengganu. Kira-kira 15,000 orang ahli dan penyokong PAS telah berkumpul di luar kawasan balai polis Kuala Terengganu bagi mendesak pemimpin mereka dibebaskan segera.

Hasil perundingan dengan pihak polis, Ustaz Fadzil Noor dan pemimpin yang ditahan dalam lokap tersebut dibebaskan tanpa sebarang tindakan. Kemudian, beliau juga ditahan oleh pihak polis dalam satu ceramah di Jerlun, Kedah.

Seingatku ia berlaku ketika peristiwa pertelingkahan antara pimpinan PAS dan Umno mengenai Muassasah Darul Ulum. Ustaz Fadzil Noor telah ditahan semasa berceramah bersama-sama yang dipertua (YDP) PAS kawasan Jerlun pada waktu itu, dan dikenakan ikat jamin.

Kes tersebut dibawa ke mahkamah tetapi digugurkan setengah jalan.

Apakah yang telah dibina oleh alMarhum Fadzil Noor dan diruntuhkan oleh Hadi Awang? Ada empat tunjang yang ditegakkan oleh gemulah ustaz Fadzil dan kini menjadi tebusan.

Dahulukan rakyat semua kaum

Pertama, tatkala Tuan Guru Yusof Rawa uzur dan terpaksa melepaskan jawatan Yang Dipertua PAS, Ustaz Fadzil Noor telah memikul beban PAS paling besar. Beliau perlu mara ke hadapan untuk mengambil alih kepimpinan di tengah-tengah tragedi Memali.

Sebagai antara pembantu Profesor Zulkifli Muhammad beliau sudah pun secara terbuka menerima idea PAS bersekutu dengan bukan Islam. Profesor Zulkifli adalah pemimpin PAS pertama yang mencadangkan agar PAS menerima kaum Cina dan orang bukan Islam sebagai ahli bersekutu PAS.

Dengan idea dan wawasan ustaz Fadzillah maka beliau menggerakkan pakatan Majlis Perundingan Cina (CCC), di mana PAS mulai berjinak-jinak dengan kaum bukan Islam.

Politik melampaui zaman

Kedua, idea tahaluf siyasi adalah suatu kebijaksanaan politik yang dikemukakan oleh ustaz Fadzil Noor di mana beliau menunjukkan contoh dengan mewujudkan pakatan bersama Semangat 46 pimpinan Tengku Razaleigh Hamzah dalam Angkatan Perpaduan Ummah.

Kalau tidak kerana tahaluf siyasi ini, hampir sukar untuk PAS memerintah Kelantan pada tahun 1990 dan terus menguasainya sehingga hari ini. Kebijaksanaan politik beliau jugalah yang membolehkan gejala reformasi ekoran pemecatan Anwar Ibrahim dicetuskan.

Jika pemimpin PAS tidak campur tangan serta terlibat "membantu" Anwar Ibrahim, sukar untuk Anwar mendapat momentum reformasi yang terus ditunggangnya sehingga 2008.

Tanpa mengendahkan suara-suara bantahan dalam PAS yang resah, bimbang, dan gerun dengan hubungan akrab Anwar dengan 'Amerika Syarikat', ustaz Fadzil melakukan tindakan nekad, iaitu melihat masa depan dari konteks tempatan.

Beliau adalah orang yang menubuhkan Gerakan Keadilan Rakyat Malaysia (GERAK), dan dengan GERAK itulah beliau merintis penubuhan Barisan Alternatif yang merupakan satu tahaluf siyasi ke arah pembentukan Malaysia Baru.

Waktu itu, Anwar sudah berada di dalam penjara. Ketika Wan Azizah Wan Ismail 'terkontang-kanting' untuk menjaga momentum reformasi yang makin merosot menjelang turunnya Mahathir Mohamad, ustaz Fadzil merintis kerjasama ini.

Pendek kata Ustaz Fadzil menyelamatkan Parti Keadilan Nasional dari hanyut dan berkubur. Di bawah kepimpinan Ustaz Fadzil Noor, GERAK dilancarkan pada 27 September 1998 di Markaz Tarbiah, Taman Melewar.

Puluhan ribu rakyat dan ratusan wartawan dari dalam dan luar negara hadir ke majlis pelancaran tersebut.

Dalam Muktamar PAS ke-45 pada Mei 1999, Ustaz Fadzil Noor menegaskan:

"Kejayaan PAS menggabungkan parti politik dan NGO dalam satu gerakan yang disebut Majlis Gerakan Keadilan Rakyat Malaysia atau GERAK, cukup untuk membuktikan keupayaan kepimpinan PAS menerajui kebangkitan rakyat di negara ini".

Kerjasama Parti Keadilan dan PAS, membawa hasil yang begitu besar kepada PAS dalam pilihan raya 1999. Kebijaksanaan tersebut membolehkan PAS mengekalkan kuasa di Kelantan dan berjaya menubuhkan kerajaan di Terengganu.

Lain daripada itu, kebijaksanaan ustaz Fadzil telah melunakkan imej Islam sehinggakan YB Tian Chua yang ketika itu merupakan Naib Pengerusi Keadilan, yang ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) di Kamunting pernah berkata pada tahun 2001 bahawa tidak akan adanya ISA dalam sebuah negara Islam.

Ia sekali gus menyarankan bahawa negara Islam adalah serasi sepenuhnya dengan demokrasi, kemajmukan, hak asasi manusia, hak wanita, kepelbagaian budaya, pembangunan dan pemodenan.

Tak lupa sejarah

Ketiga, kepintaran almarhum bermain dengan tahaluf siyasi itu sebenarnya tidak terbit dari vakum. Ia adalah kerana kepimpinan terbuka dan sederhana Tuan Guru Yusof Rawa, pimpinan sebelumnya.

Tiada siapa dapat menafikan Tuan Guru Yusof Rawa adalah pemimpin yang bertanggungjawab membuka ruang bagi pemimpin pelapis PAS dengan gagasan 'pakatan politik untuk memenangkan dakwah dan politik Islam' ini.

Idea persekutuan dengan kaum Cina sehingga tertubuhnya CCC adalah hasil sokongan Tuan Guru Yusof Rawa.

Mengambil kira itu, Ustaz Fadzil Noor seorang pimpinan yang merenung sejarah dengan tekun di mana beliau tahu bahawa PAS adalah berakar umbi daripada perjuangan Hizbul Muslimin di Gunung Semanggol.

Hizbul Muslimin adalah usaha Ustaz Abu Bakar Al-Baqir. Ustaz Fadzil tahu keberanian dan sikap terbuka Ustaz Abu Bakar Al-Baqir yang bertanggungjawab merintis pelbagai tahaluf siyasi menerusi PEPERMAS, MATA, LEPIR dan seumpamanya mampu dijadikan model baharu bagi perjuangan PAS.

Ustaz Fadzil juga sedar beliau harus meminjam keberanian Dr Burhanuddin Al-Helmy yang berjaya menggabungkan lebih 80 buah parti dan persatuan Melayu dalam sebuah gerakan bernama PUTERA. Gerakan PUTERA ini berusaha menuntut kemerdekaan daripada penjajah.

Aku berpandangan idea PUTERA inilah yang memberi ilham kepada Ustaz Fadzil Noor untuk mewujudkan gabungan lebih 80 buah parti politik dan NGO melalui GMI untuk mendesak kerajaan memansuhkan undang-undang warisan penjajah, iaitu ISA.

Poros Islam

Empat, kemasukan Anwar Ibrahim ke dalam Umno satu masa dahulu menjadi luka buat penyokong gerakan Islam. Peranan mengetengahkan Islam itu terpaksa diambil alih oleh Ustaz Fadzil Noor.

Menyedari itu, PAS bawah ustaz Fadzil juga menyedari bahawa untuk menjadikan Islam relevan di dalam masyarakat majmuk, inti pati Islamlah yang perlu diketengahkan. Falsafah dan bumbu Islam yang universal dan sentiasa munasabah sepanjang zaman perlu dijunjung.

Ustaz Fadzil adalah insan yang bertanggungjawab meminggirkan suara-suara Islam legalitas yang gila syariah. Beliau, dengan penuh bijak bangkit menjuarai Islam aktual yang berteraskan waqi atau keadaan setempat.

Beliau telah bertanggungjawab untuk bersetuju dengan Manifesto Bersama Barisan Alternatif dalam pilihanraya tahun 1999.

Untuk itu PAS bersetuju menggugurkan idealisme penubuhan negara Islam dalam konteks pakatan Barisan Alternatif kerana:

(a) Tidak berbangkit soal negara Islam dalam Manifesto; (b) Tidak boleh memaksa ideologi PAS ke atas rakan dalam pakatan; (c) Dalam komposisi rakyat negara ini, tidak ada parti boleh memerintah secara bersendirian; dan (d) PAS perlu bekerjasama dengan rakan pakatan BA atas perkara- perkara yang sudah dipersetujui.

PAS dengan itu telah bersetuju untuk memberi tumpuan kepada isu-isu yang membabitkan soal keadilan, demokrasi, kebebasan, penyelewengan kuasa, rasuah dan sebagainya sebagai agenda utama untuk perjuangan pakatan Barisan Alternatif.

Kesimpulan; tidak ada kebijaksanaan dan keberanian Datuk Fadzil Noor yang dapat ditandingi oleh pemimpin PAS hari ini. Beliau telah melihat dengan bijak bahawa retorik dan cogan kata tidak penting tetapi 'isi' yang menjadi keutamaan.

Hari ini PAS bergelut untuk menentukan sikap dan kedudukan politiknya. Syariah telah mengatasi keadilan. Dan fikah mengatasi akhlak. Peri perjuangan Rasulullah SAW iaitu untuk menyempurnakan akhlak telah berakhir.

Adalah menyedihkan, apa yang pernah dibina oleh arwah Fadzil Noor itu diruntuhkan sekelip mata oleh Hadi Awang (seorang alumni Saudi).

Hari ini PAS mendahulukan hudud dari rakyat Malaysia berbilang kaum. PAS mengundur zaman. Bahkan PAS sama sekali mengenepikan sejarah penubuhan dan kebijaksanaan pimpinan terdahulu.

PAS malah tidak lagi komited dengan idea-idea murni dalam Manifesto Bersama Barisan Alternatif seperti dikemukakan ketika pilihan raya tahun 1999.

Lebih menyayat hati PAS kini dikenal orang bukan Islam bukan lagi sebagai parti Islam, tetapi sebagai parti khianat dan lebai mungkir janji.

Faisal Tehrani



Monday 23 March 2015

Apa hukumnya antara Hudud dan ponteng parlimen dan tidak menjalankan tugas sebagai pemimpin?



Hari ini kecoh perihal hukum hudud.

Teringat pada tahun 2012, saya berdiskusi secara 'online' dengan Tun Dr Mahathir Mohamad, apabila beliau menyatakan bahawa hukum hudud akan merugikan orang melayu/orang Islam.

Perbincangan kami lebih menjurus kepada auntentiknya hudud di sisi Islam - melalui perbahasan memastikan kesohihan hadith - dan perlaksanaannya.

Saya sehingga hari ini tegas menyatakan bahawa hukum hudud ini ialah sebuah mekanisme yang Allah SWT gariskan untuk kebaikan manusia.

Namun ianya hanya akan memberikan kebaikan jika ia dilaksanakan dengan adil dan saksama sebagaimana ajaran Allah SWT.

Hukum hudud bukan kayu magik. Jalankan hudud, terus sifar jenayah. Jalankan hudud, terus negara makmur. Bukan begitu. Hudud adalah pelengkap kepada sebuah pentadbiran. Namun jika pentadbiran itu sendiri korup, pendidikan dan kebajikan rakyat tidak dijaga, maka amalkan hukum hudud pun takkan membawa apa-apa kelebihan. Bahkan, hukum hudud akan menjadi perisai pemerintah zalim, dan cemeti kepada marhaen.

Saya tegaskan kepada Tun pada tahun 2012 itu bahawa Hudud perlu dilaksanakan kepada para pemimpin terlebih dahulu dan tidak boleh ada yang terkecuali. Sultan-sultan dan raja-raja, Perdana Menteri, Menteri-menteri Besar, menteri-menteri, para penguasa, VIP-VIP dan sebagainya, tidak patut ada yang terkecuali daripadanya.

Rasulullah SAW bersabda bahawa jika anaknya Fatimah mencuri, baginda sendiri akan memotong tangan puterinya itu. Menandakan hudud perlu dijalankan tanpa kompromi, terhadap semua golongan dan lapisan masyarakat.

Rakyat pula perlu punya pendapatan yang cukup, makanan yang cukup, serta diberikan pendidikan dan kefahaman, agar jenayah yang mereka lakukan bukan kerana kecapekan ekonomi atau kejahilan(lantas ia menjadikan jenayah mereka adalah salah kerajaan, bukan salah penjenayah).

Sebab itu juga, bila ada pihak menyatakan bahawa 'kemajuan negara bukan prioriti, tetapi akhirat/hukum Allah ialah prioriti mereka' pada saya adalah golongan yang tidak memahami. Golongan yang memisahkan dunia dan akhirat. Sedangkan sebenarnya dunia dan akhirat itu perlu seiringan. Allah SWT menciptakan kita untuk mentadbir bumi ke arah kemakmuran, bukan kehancuran. Kemakmuran itu juga antara syaratnya perlaksanaan hudud.

Kita boleh lihat bagaimana Umar Al-Khattab menangguhkan hukum hudud kala musim rakyatnya kesusahan. Dan hudud itu sendiri bukan pertama yang turun di dalam Islam. Ia turun lewat, ada pelbagai perkara lain perlu disempurnakan terlebih dahulu.

Jika tidak, hudud akan menjadi mimpi ngeri buat rakyat marhaen.

Maka jika kefahaman sebegini boleh diwujudkan, jika itu semua boleh dijamin, hudud akan melengkapkan perjalanan sebuah negara menjadi negara yang adil, yang maju dan terkehadapan insyaAllah. Bukan kerana masyarakat hidup dalam ketakutan akan 'hukum Tuhan'. Namun merasai betapa 'hukum Tuhan' menjaga kemakmuran mereka agar berterusan dan berkekalan. Bukan dirompak oleh tangan-tangan jahat.

Muhasabah.

Bagaimana caranya ENAKMEN JENAYAH SYARIAH di DRAF..???


Pada saya jika nak buat enakmen bab SYARIAH nie tak kiralah anda tu parti mana dan siapa nak bawa..sepatutnya jawatankuasa yg draf enakmen ditubuhkan dan lantik pihak yg kelayakannya di iktiraf dalam negara atau luar negara....

AJK ini pulak akan memangil pakar2 dalam perundangan ISLAM untuk berbincang dan mendraf enakmen ini... antara yang perlu terlibat ialah para MUFTI setiap negeri, para Profesor pengajian ISLAM, pihak berkuasa seperti POLIS, PENJARA, HAKIM2 MAHKAMAH SYARIAH, JPA...

kemudian pakat berbincanglah dan keluarkan satu enakmen yang betul2 mendapat pandangan dan cadangan dari semua pihak....

Selepas siap enakmen ini maka pamerkan dan bentangkan untuk semua rakyat jelata komen, pertikai, setuju tak setuju untuk dilihat akan kecacatan ada atau tidak.... dan jika ada sila perbaiki dan perbetulkan dan sila jawab kemusykilan2 yg wujud supaya tidak timbul isu mempermain2kan hukum Allah.... ini boleh dilakukan dengan memanggil NGO-NGO, Wakil2 Persatuan dan sebagainya...

Apabila sudah dibuat langkah2 ini barulah dibawa ke dalam DUN atau PARLIMEN untuk di bentang dan dibahas dan diluluskan.....

Apabila diluluskan barulah kita tawakal pada ALLAH sebab kita sudah lakukan yg terbaik untuk melaksanakan apa yg ALLAH perintahkan....

Ini dinamakan DAKWAH dan MENGHILANGKAN KERAGUAN PADA ISLAM... 

Berbalik pada Pindaan Enakmen Jenayah Syariah di Kelantan sekarang kita nak tanyalah siapa yang terlibat dalam merangka draf tersebut..jika mereka peguam2 terhebat siapa.... adakah terlibat mereka yang alim ulamak termasuk mufti, tok guru, profesor islam, sarjana Islam... sebab dilihat tup tup ada....

Kemudian bila dibentangkan dalam DUN sampai sekarang tak dapat lihat apa yang dipinda apa yang nak buat apa yang nak dilakukan.... ini yg boleh menimbulkan keraguan....

Kita juga hendaklah mengelakkan gambaran hudud yang tidak kondusif dan seakan menggambarkan 'kekejaman' undang-undang yang telah berlaku bawah pentadbiran Taliban, cara hudud ISIS, Bokoharam dan lain-lain. Versi hudud mereka tidak memenuhi maqasid syariah yang terdapat dalam al-Quran dan as-Sunnah.

Umat Islam menyokong hasrat Kelantan. Dalam masa yang sama, ruang waktu untuk pandangan kesarjanaan di pelbagai peringkat hendaklah dibuka. 

Kita umat Islam kini sedang hidup dalam era persepsi yang salah terhadap Islam dan ajarannya. Musuh-musuh Islam merancang persepsi yang salah ini. Jika kita tidak berhati-hati, hudud akan dijadikan senjata memberikan persepsi salah itu.

Hudud adalah pintu yang berat tapi indah lagi menyelamatkan. Maka, kita memerlukan rumah yang sesuai untuk memasangnya. Jika dipasang di rumah yang buruk, mungkin pintu indah tapi berat berat itu boleh meruntuhkan rumah. Namun, jika dipasang di rumah yang indah juga, maka keindahan pintu itu akan terserlah dan keselamatannya akan zahir.

M.A Shah,  
Pemerhati Politik Negara

Note : Sedikit tulisan Ustaz Asri Zainak Abidin dimasukkan dalam perenggan di bawah...

Friday 20 March 2015

Bukti PAS gagal dalam menjalankan Misi Dakwahnya terhadap bukan islam dalam negara kita.


Ketika Mendengar Berita Kematian Karpal Singh.. Tuan Guru Nik Abdul Aziz dalam status nya merasa kesal kerana gagal "memaham kan Karpal Singh Tentang Hudud", gagal memahamkan Org Sebaik Karpal Singh tentang Keindahan Islam..

Tuan Guru Nik Abdul Aziz tidak Menghukum mereka yg menentang sebagai Tidak beriman.. Kafir.. Tetapi Menyalahkan diri Sendiri kerana gagal Menyampai kan Dakwah, bertapa Indah nya Undang2 Islam..

Kata Tuan Guru Nik Abdul Aziz.. Orang Yg Menghantar Surat untuk Menghalang dan Mengancam Kerajaan Kelantan, Bukan nama nya Karpal Singh"..

Teuku Zacharyah Iskandar
Admin FB : Anak Muda Bangkit Gancyrjan UMNO

Friday 13 March 2015

Jika nak jadi ketua bukan kita yang terhegeh bagi nama, tapi biarlah ahli di bawah yang angkat kita


Orang yang nak jadi KETUA atau PEMIMPIN bukannya diri sendiri yang bagi nama kata kita nak jawatan tu kita layak jawatan tu.... jika lagu nie orang akan kata memintak-mintak jawatan tersebut...

orang yang nak jadi KETUA atau PEMIMPIN, beliau hendaklah diangkat oleh AHLI DI BAWAH dengan menaikkan nama beliau untuk dipilih jadi KETUA atau PEMIMPIN... ini kerana AHLI sendiri yang merasakan dan menilai akan kerja buat beliau..sebab itu beliau di calon untuk sebagai KETUA atau PEMIMPIN...

sebab itu perlembagaan PAS dia suruh AHLI calon dulu sapa depa nak angkat memegang sesuatu jawatan.... dan terpulang pada calon nak terima atau tolak... bukan tuan tubuh kata beliau nak jawatan itu dan tak mau jawatan ini.... bila dah habis masa pencalonan baru tuan tubuh pilih yang mana jawatan beliau hendak...

jadi rasanya sekarang banyak kena muhasabah diri kot....sembang bab ISLAM dah kemas dah tapi perlaksanaan nampak macam ada cacat sikit.....jika dah pakat perelok balik insya'allah PAS akan nampak hebat dan kerja buat akan di redhai allah...

Coq Kria

TUAN IBRAHIM TUAN MAN telah hilang syarat untuk mendapat NUSRATULLAH


Nampaknya perkara ini sudah berlaku kepada NAIB PRESIDEN PAS dimana beliau menyatakan bahawa beliau hendak bertanding JAWATAN TIMBALAN PRESIDEN... berdasarkan dari nukilan daripada KETUA PENERANGAN PAS KEDAH yang suatu ketika dahulu memegang jawatan TIMB. KETUA PEMUDA PAS KEDAH dimana mereka yang meminta-minta jawatan nie adalah mereka yang telah hilang syarat pertama kelayakan untuk mendapat NUSRATULLAH (PERTOLONGAN ALLAH)

Sepatutnya beliau tidak perlu berkata apa-apa dan apabila beliau bersuara untuk meminta di calonkan sebagai TIMBALAN PRESIDEN maka secara termaktub beliau sudah tergolong dalam golongan yang meminta-minta jawatan...

Ini tidak berlaku dalam isu beliau di calonkan dalam jawatan PRESIDEN dimana beliau bukan meminta jawatan tersebut tetapi AHLI di bawah yang mengangkat beliau akan menjadi calon PRESDIEN....

Jika sebegini berlaku nampaknya pihak dalam PAS ada masalah KRISIS IDENTITI di mana mereka yang diangkat sebagai USTAZ & ULAMAK pun masih gagal memahami akan maksud NUSRATULLAH....

M. A Shah
Pencoret politik anda

Jangan dedah kelemahan HADI sahaja tetapi dedah semua kelemahan yang ada pada PIMPINAN PAS


Hanipa kata kena dedah kelemahan Presiden elak PAS rosak......

Zulhazmi kata bukan saja Presiden.... Kena dedah semua kelemahan pimpinan PAS tak kira la pimpinan mana pun utk elakkan PAS rosak.

Jangan pilih puak la untuk dedah kelemahan. Sapa2 saja yang ada kelemahan patut kita sebagai ahli ni bagi nasihat, teguran, kritikan...... Kalau dah tegur, nasihat, kritik tak jalan jugak.... pakat sama2 dedah la.... Supaya perwakilan tahu samada pimpinan tu masih layak dipilih atau tidak.

Kalau Hanipa ada kelemahan, kita pakat sama2 tegur dan kritik. InsyaAllah aku percaya Hanipa akan terima dgn lapang dada dan ambil kritikan dan teguran untuk perbaiki diri dia sbg pemimpin kita.

Bak kata Timbalan Mursyidul Am yang baru mengambil kata-kata Saiyidina Abu Bakar Al-Siddiq apabila menerima jawatan:

قد وليت عليكم ولست بخيركم فإن أحسنت فأعينوني وإن أسأت فقوموني

"Sesungguhnya aku dilantik memimpin kamu dan aku bukanlah yang terbaik daripada kalangan kamu. Sekiranya aku melakukan yang baik bantulah aku dan sekiranya aku tersalah perkiraan maka perbetullah diriku".

Harapan kami seluruh ahli agar para pemimpin kami berlapang dada menerima nasihat, teguran dan kritikan.

ZULHAZMI SHARIFF
13/03/2015

Wednesday 11 March 2015

PAS bukan hak milik keluarga, PAS merupakan parti politik...!!!

Zolkharnain Abidin Al-Abyadhi


TITM kata, biarlah orang tak setuju dengan ayah kita, tapi anak-anak janganlah begitu.

Mungkin maksud beliau, presiden Pas sekarang adalah ayah kepada ahli Pas.

Pas bukan keluarga. Pas parti. Dalam keluarga memang anak tak boleh melawan ayah, berdosa. Anak tetap anak. Dia tidak boleh ambil alih tempat ayah.

Dalam parti, lawan ketua bukan salah. Ahli boleh ambil tempat ketua bahkan boleh gulingkan ketua. Anak tak boleh gulingkan ayah.

Datuk Asri pernah digulingkan. Salahkah?

Tolonglah. Jangan urus Pas macam urus keluarga. Uruslah Pas macam parti politik.

Tuesday 10 March 2015

Mokhtar Senik Al-Maunah sebenarnya tidak layak di iktiraf ULAMAK dalam PAS



M.A Shah,
ULAMAK BEBAS

Apabila NaJib Dan MuhyidDin Bergeser isu 1MDB...

oleh Tok Batin Deris II

http://mk-cdn.mkini.net/868/5af990cb20d5d9d9fc46129061ba42b7.jpg
Adakah sudah mula tidak percaya mempercayai satu sama lain
1Malaysia Development Bhd (1MDB) sejak Oktober lagi berada dalam sasaran kritikan -- dan kepemimpinan Umno yang dekat dengan presidennya turut dilanda tekanan isu tersebut.

Sejak isu itu dibangkitkan dengan konsisten beberapa bulan lepas, termasuk oleh Dr Mahathir Mohamad, muncul desas-desus penyokong kerajaan di Dewan Rakyat tidak bersedia membelanya.

Kelihatannya, waktu itu, hanya Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan yang ghairah membela 1MDB, termasuk memberi jaminan lebih RM7 bilion dari pelaburan pesisir pantai di Cayman Islands akan dipulangkan ke Malaysia tahun ini.

Sejak isu ini tidak bertambah reda, malah terus menggugat 1MDB dan Najib, sekumpulan besar pemimpin Umno bahagian menyatakan sokongan kepada presiden mereka dalam satu pertemuan di bangunan Umno semalam.

Tetapi timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin pula tidak hadir -- dengan itu membuka spekulasi baru wujudnya pergeseran antara dua pemimpin atasan negara ini.

Muhyiddin pula mengeluarkan kenyataan berani dan tegas Jumaat lalu, sehari selepas Pejabat Perdana Menteri (PMO) menyatakan kabinet yakin tiada salah laku pada syarikat itu.

Jabatan Audit Negara boleh menyiasat 1MDB sebelum laporan diserahkan kepada jawatankuasa parlimen, Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC), kata PMO lagi.

Tetapi Muhyiddin pula berkata PAC boleh menyiasat kontroversi 1MDB tanpa perlu menunggu hasil audit Jabatan Audit Negara.

Beliau juga mengingatkan bahawa kerajaan tidak bersedia menyelamatkan (bailout) syarikat pelaburan itu yang berhutang RM42 bilion.

Timbalan perdana menteri juga tidak bersetuju dengan penjualan tanah projek-projek Tun Razak Exchange (TRX) dan Bandar Malaysia untuk melangsaikan hutang 1MDB.

Menariknya, walaupun kenyataannya dilihat berani dan berbeza daripada PMO, Muhyiddin menegaskan beliau tidak bercanggah dengan perdana menteri.

Rahsia di sebalik transkripsi kenyataan media Yang Dipertua PAS Kota Bharu



“Daripada 14 Ahli-Ahli Jawatankuasa (PAS Kota Bharu) yang dipilih yang mengadakan mesyuarat (Jawatankuasa PAS Kota Bharu) pada malam ini, 11 orang daripada 14 (Ahli-Ahli Jawatankuasa PAS Kota Bharu) yang hadir bersetuju mengemukakan Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man selaku calon Presiden PAS untuk tahun 2015-2017. 

Beliau sekarang adalah Naib Presiden dan kami penuh yakin dengan kemampuan beliau untuk memimpin Parti Islam Se-Malaysia sebagai satu tokoh yang sudah lama dididik dan dilatih oleh Tok Guru Haji Hadi sendiri dan dengan penuh penghormatan kepada Tok Guru Haji Hadi yang kami yakin dalam keuzuran sekarang ini, dengan suatu harapan bahawa Majlis Syura Ulama’ akan melantik beliau untuk menggantikan Allahyarham Tok Guru Nik Aziz selaku Mursyidul Am Parti Islam Se-Malaysia. 

Dan yang kami tekankan dalam mesyuarat tadi adalah suatu hasrat daripada (PAS) Kota Bharu supaya perpaduan dan keutuhan parti tidak pecah menjelang Muktamar pada bulan Jun nanti. Jadi kami penuh yakin dengan mengemukakan nama Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man selaku calon Presiden PAS, insya’Allah, parti kita akan dapat meneruskan kesinambungannya. 

Dan untuk mengelakkan kontroversi yang berlebihan, kami hanya mencalonkan calon Presiden saja, tidak mencalonkan Timbalan Presiden, Naib-Naib Presiden dan selebihnya. Yang lain itu kami mengharapkan PAS Kawasan-Kawasan yang lain yang akan mengadakan mesyuaratnya masing-masing mulai minggu depan sehingga April dan Mei. 

Jadi kita di Kota Bharu, sebagai Kawasan yang pertama mengadakan mesyuarat agung di seluruh negara, cukup berbangga untuk mengemukakan nama Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man sebagai calon Presiden, dengan 11 daripada 14 Ahli-Ahli Jawatankuasa (PAS Kota Bharu) yang hadir bersetuju. 

Sekian.”

(Transkripsi kenyataan media Yang Dipertua PAS Kota Bharu, Dato Wan Rahim Abdullah, di Pejabat PAS Kota Bharu pada 9 Mac 2015)

Antara DATUK BANGLA, DATUK CHINA & DATUK INDIA..!!!!

Apa la ko orang kecoh-kecohkan bab BANGLA dapat gelaran DATUK nie... dah tuanku nak bagi biarkanlah....


Individu berkenaan ialah seorang ahli perniagaan yang berjaya di Malaysia. Bernama Hanif dan kini bergelar Datuk Hanif. Datuk Hanif ini juga dilaporkan telah menyumbang 1.5 juta ringgit Malaysia bagi membantu mangsa banjir di Pahang. Mungkin ini antara penyebab kenapa pangkat 'DATUK' diberikan kepadanya disamping atas kejayaannya menjadi seorang usahawan yang berjaya di Malaysia.

Walaupun ramai yang mengeji, namun ada juga yang memuji. Tapi bila difikir-fikir semula, jika benar ahli perniagaan tersebut berjaya atas usaha sendiri dan mempunyai sikap pemurah (membantu mangsa banjir) maka tak la rasa ralat jika diberikan gelaran 'DATUK' kerana somehow dia menyumbang kembali kepada negara ini meskipun ini bukan negaranya.

Berbanding Jackie Chan dengan Shah Rukh Khan. Sampai sekarang kami masih confuse. Apa jasa-jasa mereka kepada kita selain jual filem (itupun kau keluar duit sendiri dan mereka yang kaya raya) sehingga melayakkan mereka terima gelaran 'DATUK'? Ke beri gelaran sebab orang2 VVIP kat negara kita minat pelakon2 tersebut?

Jika disebabkan datang buat filem dan promosi negara Malaysia...pengarah hebat kita si MAMAT KHALID pun sepatutnya dapat anugerah BANGLA sebab dengan filem terbarunya dok cerita bab BANGLA......

Adam Al-Pekani, 

Wednesday 4 March 2015

Jerat UMNO semakin mengena & PAS umpama ingin tenggelamkan kapal sendiri


Saya merupakan seorang pengokong tegar PAS dulu, kini dan mungkin tak selamanya. saya amat terkilan dgn apa yg melanda pakatan kebelakangan ini. bertelagah sesama sendiri. andainya pas berpecah dari pakatan sudah pastinya amat merugikan pas berbanding pkr dan dap.

1. Pas akan berpecah 2 setengahnya menyokong PASMA. Kelantan yg dah lama dipegang pas juga mungkin jatuh ketangan BN.

2. pas sebuah parti yg lama tapi masih lemah untuk berhadapan BN. tengok dulu terengganu dan kedah juga perak.
seharusnya lebih matang.mengapa masuk campur lebih2 isu selangor?

3. apakah yang diperjuangkan pas dan siapakan musuh politik pas sebenarnya? saya sudah mulai keliru.

berapa peratuskah islamnya negara malaysia sekarang? apakah bangsa dan agama lain benar2 mengenali islam sebenar?

pada saya dap masih sgt menghormati islam cuma tidak dapat menerima sesuatu yg baru kerana diluar pemahaman mereka.

salah siapa? agung dan sultan2 melayu merupakan ketua agama dan BN sebagai parti pemerintah. merekalah yg terlebih dahulu pertikai sebelum bangsa lain berani pertikai pasal hudud. tiba2 mereka menyemarakkan isu hudud pada pas.

apakah islam satu agama dahulukan menghukum sebelum mendidik? mengapakah pas kebelakangan ini lebih membicarakan soal hukum
sebelum mampu menuding jari pada pesalah?

4. Saya sgt mghormati ulama' dan tahap ilmuan mereka. sejauh mana ilmu mereka berbanding ilmu allah taala? (mungkin ramai yg marah saya pertikai ini).maksud saya perlu ada rendah diri bermesyuarat dan merujuk majlis syura sebelum keluar kenyataan) mereka juga tidak lari dari melakukan kesilapan dan tanpa ego dan dendam.

- TGHH. saya tak petikai ilmu agama dan tafsirannya sebagai ulama' malah saya amat menghormatinya. tapi saya pertikai kepimpinan beliau. dulu terengganu dah dapat di tawan. mengapa hanya satu penggal? salah siapa? salah penyokong atau lawan kuat tektik kotor atau kepimpinan sendiri pada masa itu. siapa menteri besar?

-ulama' pewaris nabi tak bererti mereka maksum dari melakukan kesilapan dalam sesetengah perkara contohnya TGHH pernah katakan secara terbuka seorang rakan pimpinan dalam pkr pengedar pil kuda(mungkin betul) tapi caranya dedah secara terbuka adalah salah dan mengaibkan biarlah perkara tu secara tertutup. beliau sebagai pimpinan utama pada saya kesan sgt buruk. kalau nak di ikutkan umno pun katakan mereka ikut ulama' mereka.

5. jika malaysia skrg kita tafsirkn 50% mengamalkn islam jgn kita impikan terus 90% atau 100% islam tanpa melalui 51,52...60,70% dan seterusnya. pada saya di bawah bn percent itu tidak akan meningkat tambahan pula adanya kerjasama yg erat dgn amerika dan yahudi.

6. saya sangkakan isu UG dah berakhir dulu dengan penyingkiran hassan ali, nasaruddin mat isa. mengapa di war2kan semula?

UG agenda siapa? siapa sebenarnya penyokong UG? istiqamahkah pas jika menerima UG?

pada saya UG merupakan agenda umno dan pas yg tidak istiqamah kerana nak kuasa secara jalan pintas mengkhianati persepakatan pr.

7. terbaru isu DSAI dipenjarakan. saya nampak segolongan pengikut pas turut gembira. saya amat sedih sedangkan ramai pengikut umno bawahan turut sedih dgn keputusan mahkamah tersebut. apa dah jadi dgn pas. ya Allah selamatkanlah pas

8. sekarang Pas menyerang pasma tanpa tolak ansur. sedar diri sikit pasma juga ramai pengikut terdiri dari ahli pas. sekiranya pas berpecah saya dan ramai kawan2 akan tinggalkan pas. tiada kejayaan dengan keangkuhan


Kredit Mecari Hakiki

Popular Posts