>> 5 Terkini :

Tuesday 28 October 2014

Tak payah dibuat sayu sangat apabila Presiden Pas masuk mahkamah..!!!

ذوالحزم شاريف


PROSES TUNTUTAN SIVIL

Kes sivil ialah tuntutan suatu pihak ke atas pihak yg lain @ berkaitan hal2 individu dgn individu @ suatu pihak dgn pihak yg lain yg bkn berkaitan perlakuan jenayah. Antara contoh kes sivil ialah tuntutan hutang, fitnah, pertikaian hartanah, syarikat, kecuaian, kekeluargaan, harta pusaka.

Dlm kes sivil, pihak yg menuntut dipanggil Plaintif manakala pihak yg dituntut dipanggil Defendan. Dlm kes sivil, pihak2 blh bertindak sendiri tanpa peguam atau blh melantik peguam. Peguam yg mewakili Plaintif dipanggil peguamcara Plaintif manakala yg mewakili Defendan dipanggil peguamcara Defendan.

Dlm kes sivil, tiada istilah pihak yg bersalah. Jika Plaintif berjaya buktikan tuntutan beliau, maka mahkamah akan benarkan tuntutan tersebut, sebaliknya jika gagal membuktikan tuntutan, maka tuntutannya ditolak. Tiada istilah bersalah @ tidak bersalah.

Semasa proses perbicaraan sivil, Plaintif boleh kemukakan segala dokumen berkaitan dan saksi2 untuk buktikan tuntutan beliau. Defendan juga blh kemukakan dokumen dan saksi utk sangkal tuntutan Plaintif.

Plaintif dan Defendan serta saksi2 perlu beri keterangan dlm kandang saksi. Kandang saksi bkn kandang org salah.

Dlm kes Presiden Pas, beliau dituntut sejumlah gantirugi kerana mengeluarkan kenyataan berbaur fitnah terhadap Plaintif. Plaintif perlu buktikan kenyataan Presiden itu fitnah, telah menjatuhkan maruah beliau dan menyebabkan kerugian.

Presiden pula perlu buktikan sebaliknya.

Selesai kedua2 pihak memberikan keterangan maka Mahkamah akan putuskan samada tuntutan Plaintif berjaya @ sebaliknya. Sekali lg diulang, tiada yg bersalah @ tak bersalah.

Jika tuntutan berjaya, jumlah gantirugi akan ditaksirkan oleh mahkamah. Tidak semestinya RM2 juta spt yg dituntut. Mahkamah akan taksirkan berapakah nilai malu yg diakibatkan oleh fitnah tersebut.

JADI.... JANGAN DOK BUAT2 SAYU LA TENGOK PRESIDEN DUDUK BAGI KETERANGAN DLM KANDANG SAKSI.. Bersepah manusia hari2 masuk kandang saksi bg keterangan. Benda biasa ja.... Awat BURUK tara mana langsung masuk kandang saksi tu??

Mulia sampai tara mana la sampai masuk kandang saksi pun mcm pegang najis???

1 comment:

Anonymous said...

Mana tak sayu pemimpin kami yg tak pernah tinggal solah malam dari sejak remaja. Kehidupan semata2 utk Allah.

Popular Posts