>> 5 Terkini :

Wednesday, 8 October 2014

Pesanan untuk "bebudak kanyiaq" sekeliling Haji Hadi..!!

nukilan Adam Al-Pekani, 

Cuba anda lihat bagaimana orang lama UMNO berkerja dalam menyelesaikan masalah politik... kepada dua tiga ekoq sekeling haji Hadi yang bersemangat nak pertahankan presiden PAS bermatian-matian tu cubalah pijak tanah bagi rapat sama...jangan duduk berlagak sangat sampai bagi kuasa veto kepada presiden anda untuk membuat keputusan tanpa perlu merujuk kepada mesyuarat parti...

Kemudian siap timbul Abang Long Fadhil menengking dan mengugut pihak yang tidak seteru dengan mereka... budaya apakah yang sedang cuba dibawa oleh PAS kini...???

Cuba-cubalah renungkan apa yang sahabat kita katakan nie....



Pagi ini, saya buat dua post mengkritik Ahli Parlimen Kulim Bandar Baharu, Datuk Abdul Aziz Sheikh Fadzir. Dalam masa yang tak begitu lama, saya dihubungi Dato'Seri Zaienal Abidin Omar, yang saya tahu rapat dgn MP itu sejak sekian lama.

Dato Seri Zaienal ( saya panggil Abang Non) kawan saya hampir 20 tahun sejak kami berjiran pejabat di Melawati. Dia tidak pula mengherdik saya kerana teguran itu sebaliknya minta saya perjelaskan lagi , dan bertanya apa idea saya untuk perbaiki keadaan, yang saya katakan semakin lama semakin pincang di Parlimen KBB.

Saya bukan orang politik, dan saya tidak kenal pun sesiapa musuh politik Datuk Aziz di KBB. Saya bukan suruhan siapa-siapa dan apa yang saya luahkan hanya suara hati orang kampung saya, pak-pak menakan dan mak menakan saya yang hidup susah dengan harga getah yang tinggai seringgit lebih sedangkan harga barang makin tinggi melonjak.

Saya juga bukan nak ajar orang kampung terus merayu subsidi kerajaan, cuma minta sedikit perhatian daripada wakil rakyat yang depa pilih untuk bawa suara mereka kepada kerajaan untuk dibantu dalam keadaan yang perit lagi getir ini.

Dalam perbualan yang panjang itu, saya berikan beberapa cadangan yang mana DS Zaienal janji kepada saya, insyaallah dia akan ke Parlimen hari ni juga untuk bertemu Datuk Aziz, untuk sampaikan hajat saya. Dia juga berjanji untuk atur appoinment saya dengan Datuk Aziz secepat mungkin supaya saya dapat luahkan secara langsung pandangan saya.

Ini cara orang lama bekerja. Saya sudah muak dengan cara budak-budak kanyiaq yang mengelilingi orang politik hari ini, yang mudah melenting apabila bos mereka ditegur.

Ini yang ramai sekarang. Ini namanya mentaliti 'one way ticket', semata-mata hanya nak jaga bos dengan cara tutup mulut orang lain, sampai depa terlupa 'orang lain' itulah yang beri undi menaikkan bos depa, dan depa pula dapat kerja.

Syabas Abg Non

1 comment:

Rambo said...

kalau dlm PAS buat komen begitu kita sudah tahu jawapannya:

Barua !

Kena Beli Broker ANwar !

Pengkhianat !

Tak Wala pd Presiden !

Engkar pd Majlis Syura !

dan ade lagi....

Agen Internasional !

ada lagi last ...

Aku kena buli. kwang kwang kwang

Popular Posts