>> 5 Terkini :

Friday 10 October 2014

Punca Isu KEDAH & SELANGOR berlaku adalah kerana kuasa VETO PRESIDEN PAS..!!



Sembang kencang suruh ikut ULAMAK..tapi bila berlaku di KEDAH sewaktu ARWAH UST AZIZAN memerintah dahulu PRESIDEN PAS tak ikut pun kata ULAMAK... 

Beliau juga mengguna juga kuasa VETO dia mcmana berlaku menghantar nama MB dalam krisis Selangor tempohari....

DEWAN ULAMAK PAS KEDAH membuat keputusan supaya AZIZAN berundur namun apa yg berlaku....

ini cabutan mesyuarat DEWAN ULAMAK PAS KEDAH....


25 Rabiulawwal 1433
18 Februari 2012

Kepada :

Yang Berhormat Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang
Presiden PAS

Perkara : Cabutan Minit Mesyuarat Dewan Ulamak PAS Kedah kali ke-9
Agenda 6 : Hal-hal lain

Perkara di atas adalah dirujuk.

2. Dewan Ulamak PAS Kedah yang telah bermesyuarat pada 14/2/2012 yang lalu telah mengambil keputusan untuk menuntut agar Yang Amat Berhormat Ustaz Azizan Abdul Razak diturunkan daripada jawatan Menteri Besar Kedah dan Pesuruhjaya Pas Kedah dan menyokong tindakan Exco-Exco Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman dan Ahli-Ahli Dewan Undangan Negeri Kedah untuk tidak menyertai Kerajaan jika Yang Amat Berhormat Ustaz Azizan Abdul Razak masih kekal sebagai Menteri Besar dan Pesuruhjaya PAS Negeri Kedah.

3. Tindakan ini adalah berasaskan :

a. Tidak merujuk kepada parti dalam sebarang keputusan Kerajaan dengan bertindak membelakangkan prinsip syura dalam berjemaah.

b. Tidak memenuhi ciri-ciri kepimpinan ulamak seperti yang diperjuangkan oleh PAS.

c. Dikenalpasti mempunyai kepentingan peribadi dan penyalahgunaan kuasa.

d. Dewan Ulamak juga merasa begitu kecewa dan kesal kerana sepanjang pentadbiran Yang Amat Berhormat Ustaz Azizan Abdul Razak peranan ulamak dipinggirkan daripada pentadbiran Kerajaan.

4. Semoga mendapat perhatian dan pertimbangan yang sewajarnya daripada Yang Berhormat Tuan Guru Presiden demi kepentingan parti dan Kerajaan Pakatan rakyat Negeri Kedah Darul Aman.

Sekian, wassalam.

Yang Menjalankan Amanah;

Ketua Dewan Ulamak Pas Kedah 
Setiausaha Dewan Ulamak Pas Kedah.


M.A Shah, 

1 comment:

Rambo said...

TERIMAKASIH BYK TUAN BLOG.

ALLAH LANJUTKAN USIA TUAN DAN TUAN TIDAK AKAN NYANYUK SEBAGAIMANA SESETENGAH PEMIMPIN PARTAI ISLAM.

HAMBA MINTA IZIN SAVE SURAT INI UTK DIKEMBALIKAN INGATAN KPD TEMAN2 BAHAWA BANTAHAN PAS TERHADAP ISU SELANGOR SEBENARNYA SEPERTI MENGHIRUP NAJIS SENDIRI..dgn lahapnya...

wasalam

Popular Posts