>> 5 Terkini :

Friday, 17 October 2014

Senarai Pemimpin Impian PAS & AJK PAS Pusat untuk muktamar tahun hadapan

Our PAS-UG Dream Team:



Presiden: TGHA

Timbalan Presiden: Tuan Ibrahim Tuan Man

Naib Presiden:

1. Nasrudin Tantawi
2. Nik Zawawi Nik Salleh
3. Nik Amar Nik Abdullah

Setiausaha Agong: Khairuddin A-Takiri

Ketua Penerangan: Nik Abduh Nik Aziz

Bendahari: Zaharudin Mohamad

Pengarah Jabatan Pilihanraya: Ridwan Md Nor

Ketua Pemuda: Khalil Hadi

Ketua Dewan Ulama: Ahmad Yaakob

Mursyidul Am: Haron Din

*Bayangan pemilihan dibuat berdasarkan merit & track record yg baik.

1. Tuan Ibrahim di pilih berdasarkan kemampuan beliau membawa cerita anak, cerita rakyat dan sebagainya. Cerita-cerita yang sebegini mampu memberi keinsafan kepada pengundi di atas pagar untuk tidak sabar-sabar menyokong Pas. Cerita yang sebegini juga mampu memberi inspirasi kepada ahli untuk terus bersabar dengan sebarang dugaan.

2. Ketiga-tiga Naib Presiden ini Nasrudin Tantawi, Nik Zawawi dan Nik Amar amat diperlukan kerana berwibawa mengeluarkan kenyataan. Ahli akan bertambah disiplin dan akan dapat mengelakkan Pas daripada terus dibuli oleh Rakan Pakatan yang lain iaitu DAP dan PKR. Kemampuan mereka mengeluarkan kenyataan amat-amat di perlukan untuk mendisiplinkan ahli parti jika berlaku kelainan pendapat.

3. Anak kelahiran Terengganu ini memiliki pengalaman yang amat sangat mengenai budaya Takfiri, kerana budaya ini lahir di negeri tersebut. Khairuddin mampu mengekalkan rentak Takfiri sebagaimana Pas di era 80an. Hukum berasaskan lebel-melebel, munafik haraki dan sebagainya sudah menjadi keistimewaan beliau. Keperluan ini amat-amat di perlukan untuk Pas mengekalkan retak 30 tahun yang lalu.

4. Ketua Penerangan ialah jawatan yang paling sesuai untuk Nik Abduh kerana sekarang ini beliau yang paling rapat dengan media arus perdana atau dengan kata lain mesra media. Berapa hari sekali pasti akan keluar kenyataan media samada di akhbar muka depan mahupun di TV. Ini akan mempopularkan nama PAS di mata masyarakat.

5. Zaharudin pula dipilih berdasarkan kebolehan dan pengalaman beliau berada di dalam GLC PERANSANG dan pemilikan saham PERANGSANG. Kita percaya beliau mampu menjana pendapatan untuk PAS dengan kepakaran yang beliau miliki tambahan pula beliau memang 'specialist' di dalam bidang kenderaan tukar alat ganti BMW.

6. Kebolehan Ridwan Md Nor di dalam bidang menghimpun data tidak perlu di nafikan lagi. Jika di berikan peluang kejawatan Pengarah Pilihanraya PAS Pusat tentunya Pas akan menang besar di dalam PRU14. Tambahan pula dengan kebolehan menulis akan memperkukuhkan setiap data dan statistik jentera parti.

7. 'Like father like son'. Inilah ungkapan yang terbaik untuk menceritakan ketokohan anak muda ini. Paling berani ketika menghadirkan diri semasa Demontrasi, Flashmob dan sebarang unjuk rasa mobilisasi parti. Khalil Hadi memang pemuda terberani berhadapan dengan polis. Menjadi ikon berani anak muda.

8. Pada ketika ini beliau sedang memangku jawatan tersebut. Banyak maslahah syariah yang telah berjaya di kupas oleh Datuk Ahmad Yaakob. Kini rakyat makin memahami Pas kerana kebolehan beliau mendekati setiap pemasalahan Syariah.

9. Tidak perlu di perkenalkan lagi. Nama ini amat besar di dalam dunia Shifa dan berkemampuan berhubung dengan dunia ghaib. Pakatan antarabangsa yang di dakwa ingin menjatuhkan Presiden boleh di selesaikan dengan bantuan alam ghaib.

Jika inilah yang berlaku kita percaya, Pas akan mendapat penghormatan yang tidak berbelah bagi terutamanya dari pemimpin Umno.

Umno-BN tentunya tidak akan ragu-ragu lagi untuk memberikan ruang dan peluang kepada Pas untuk sama-sama memerintah Negara. Umno-BN amat takut untuk berhadapan dengan mereka semua.

~Buletin 7.30 Melapurkan..

dari fb : Rakyat Bangkit

1 comment:

Anonymous said...

KUALA LUMPUR: Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibahim Tuan Man mengingatkan para pendukung jamaah supaya berwaspada dengan golongan yang kecewa.

Ini, katanya kerana mereka akan dikumpulkan bagi menyemarakkan kekecewaan dan kemarahan terhadap keputusan jamaah, sehingga ia akan membentuk gelombang kemarahan dan pemberontakan terhadap jamaah.

"Di kala itu mereka akan merosakkan perjuangan ini," tulis beliau menerusi facebook, seperti di bawah.

Wahai anakku,
Apabila kamu berada dalam sesuatu jamaah, ikutlah apa yang diputuskan oleh jamaah dan kepimpinannya kerana di situ ada keberkatannya. Redha Allah bersama jamaah. Janganlah kamu merasa hebat terhadap pandanganmu sendiri atau pandangan yang berbeza dengan keputusan jamaah, kerana engkau telah mencabut keberkatannya untuk dirimu dan mengundang kemurkaan Allah.

Wahai anakku,
Andainya engkau kecewa kerana pandanganmu tidak dihargai atau ditolak oleh jamaah, sedarlah bahawa syaitan telah menguasai perasaan dan fikiranmu. Ia berusaha agar engkau bersedih, marah dan kecewa. Syaitan akan terus menghasutmu untuk memecah-belah jamaah melalui lidah dan tanganmu. Awasilah.

Wahai anakku,
Jangan sesekali kamu menjadi punca yang menghancurkan keputusan jamaah.

Wahai anakku,
Awasilah golongan yang kecewa kerana mereka akan dikumpulkan bagi menyemarakkan kekecewaan dan kemarahan terhadap keputusan jamaah, sehingga ia akan membentuk gelombang kemarahan dan pemberontakan terhadap jamaah. Di kala itu mereka akan merosakkan perjuangan ini.

Wahai anakku,
Musuh ingin melihat perpecahan di kalangan kita dengan menimbulkan buruk sangka dan hilangnya hormat antara satu sama lain. Mereka gembira apabila kita hilang adab dalam memberi pandangan. Di kala itu segala pandangan baik tidak lagi menjadi kebaikan. Kerana kebaikan hanya akan lahir bila kamu berkasih sayang serta hormat yang tinggi pada seseorang. Bilamana hilang hormatmu pada mereka, maka hilanglah hormat mereka kepadamu.

Wahai anakku,
Kalau kamu dibenci kerana kamu membenci dan kalau kamu mengasihi kamu akan dikasihi. Janganlah engkau melampau dalam kasih sayang kepada seseorang melebihi apa yang diizinkan Allah. Kerana terlampau kasih dan sayang akan cepat mengundang rasa kecewa. Bersederhanalah dalam segala tindakan, kerana engkau akan lebih tenang dalam pandangan penghormatan.

Popular Posts