>> 5 Terkini :

Sunday 19 October 2014

Sebahagian Ustaz PAS dari Timur Tengah yang merosakkan reputasi PAS

PAS CIPLAKKAN TIMUR TENGAH
Oleh FIRDAUS ALI



Kemunculan ustaz ustaz muda yang baru balik dari Timur Tengah telah secara perlahan lahan sejak 2004 menguasai rentak perjuangan Pas dengan menekankan elemen tarbiyah sebagai aktiviti dominan dalam parti.

Mereka dicetak oleh kumpulan ulamak. Pada awalnya utk mengukuhkan Pas dalam persada politik tanahair tetapi sejak tercetus idea UG selepas PR menang besar dlm PRU 2008, usaha mencetak lebih ramai lagi ustaz ustaz Timur Tengah ini dilipat ganda setelah menyedari idea UG yg dicetuskan Presiden Pas ditolak pelbagai pihak.

Tercabar dengan tindakan dari parti parti PKR, DAP dan sebahagian besar pucuk pimpinan Pas diperingkat Pusat yang menendang idea UG ke dalam tong sampah, kelihatan pasukan ulama mula bekerja keras untuk mengnyahkan mereka yang dianggap tidak bersama Presiden.

Berlakulah pertembungan terbuka antara pasukan ulama dengan golongan profesional dalam Pas. Tanpa disedari ia membiakkan virus-virus jahat atas nama serban dan jubah, tarbiah dan usrah bagi mengetepikan golongan profesional yang kononnya untuk menjatuhkan Presiden dan para ulamak.

Ini ditandai dengan kempen kempen fitnah pada pemilihan Pas 2011 apabila Mohd Sabu bertanding kerusi Timbalan Presiden Pas berentap dgn calon bertahan ketika itu, Ust Nasarudin Mat Isa daripada golongan ulamak. Ketika itu medium popular ialah sms dan blog.

Kini fitnah dan adu domba kelihatan segar dijari facebooker pasukan UG untuk menidakkan kumpulan profesional dengan pelbagai posting tanpa hujah, tanpa fakta yang sudah tentu tidak benar kerana mereka berselindung di sebalik laman laman palsu.

Walaupun pasukan ulama ini menggunakan taqline "Tanpa Tarbiah Pasti Rebah", jika diperhatikan sikap, tulisan, kata kata sebahagian ustaz-ustaz yang mengangkat diri sebagai ulamak ini, jelas tidak mencerminkan mereka dari kelompok yang beramal soleh dan mementingkan tarbiah.

Jom singkap facebook Ketua Ulamak Pas Pahang, Ust Mokhtar Senik, Ajk Pas Pusat, Ust Nik Abduh, MP Temerloh, Ust Nasrudin Hasan, YDP Gombak, Salehudin Nasir dan ramai lagi ustaz-ustaz cetakan Timur Tengah yg telah didoktrinasikan oleh pemimpin tertentu Pas, jelas sarat dengan sangkaan buruk dan nasihat lekeh terhadap seteru mereka.

Paling menarik, posting-posting fitnah facebook El Haraki cukup minat dikongsi oleh pasukan ulamak handal seperti Takiri, Tantawi, Abduh, Riduan Mohd Nor, Mokhtar Senik dan lain lain yg tidak segan silu berbuat demikian.

Apakah tarbiyah begini yang mahu dihidangkan kepada ahli, dan dakwah seperti ini pula mahu disogokkan kpd org awam? Pas yang kononnya parti dakwah, siasah dan tarbiah, kini hanya jadi retorik dan slogan. Realitinya ketiga tiga ungkapan itu sudah tidak ketahuan hala.

Kini terdapat usaha pasukan ulama mahu menjadikan Pas sebagai badan dakwah. Mereka bekerja keras siang malam pagi petang untuk berpecah dgn Pakatan Rakyat. Sebahagiannya mahu bersama Umno membentuk UG, tapi ada sebahagian lagi mahu Pas bersendirian dan berjuang dalam medan dakwah serta tarbiah.

Produk Pas selepas PRU13 lalu, lebih fokus kepada tarbiyah dengan mengeluarkan aktiviti bersifat dalaman seperti usrah, liqa, tamrin, nadwah dan pelbagai istilah arab diperkenalkan bagi menampakkan betapa islamiknya mereka berbanding pasukan profesional yang dianggap liberal dan tidak wala dengan Presiden Pas.

Mereka menolak Anwar Ibrahim dengan pelbagai cemuhan. Tidak mengiktiraf apa jua himpunan, gerakan yg babitkan Pakatan dan Anwar. Bagi mereka Pas menang bukan kerana pengaruh Anwar, Bersih dan lain lain elemen. Pas menang kerana pengaruh Presiden dan kerja keras pasukan ulamak.

Kini Pas retak menunggu belah. Presiden Pas dilihat degil untuk memulihkan krisis dalaman parti yang kian meruncing. Ketika gerakan Islam menjadikan muktamar sebagai pentas muhasabah, MP Marang ini terus menyiram petrol dalam ucapan penggulungannya dengan menabur sentimen benci Anwar, benci Pakatan, benci DAP dan melabel dua Adun Pas yang menuruti keputusan muktamar perkukuh Pakatan sebagai barua dan broker.

Selepas menyiram petrol, beliau terus berangkat ke luar negara. Misi menyelesaikan permasalahsn ummat sejagat. Tetapi dalam parti sendiri bersepai dan dibiarkan ahli ahli 'beramuk' tanpa sebarang tindakan pembaikan.

Rakyat terus persoal apabila Presiden Pas tidak hadir pembentangan Bajet 2015 di Parlimen. Sedangkan Anwar dan Kit Siang tahu tanggungjawab itu. Lagi teruk, berangkat ke London kononnya untuk urusan dakwah, walhal keperluannya di dewan rakyat membahas bajet sangat sangat ditunggu rakyat sebagai pemimpin yang amanah dengan Allah. Sedangkan elaun dibayar untuk tujuan itu.

Realitinya, Pas kini tidak lagi mesra rakyat, tidak juga mesra orang awam malah semakin dibenci oleh ahli. Sebahagian ahli, dan ini juga dirasai oleh mereka di luar Pas, parti Islam ini kini sedang bersalin kulit untuk menjadi badan dakwah dan ini menyebabkan DHPP terkedu dan tidak berkata apa apa.

18/10/2014 - Setiu, Terengganu

No comments:

Popular Posts