>> 5 Terkini :

Monday 13 October 2014

PAS lena dan tidak dakwah rakan politik mereka....


Kenapalah boleh jadi sampai macam nie..canang satu dunia kata PAS nie parti dakwah... tapi bila dilihat kelaku pimpinana PR jadi semakin tak ketahuan punca sahaja...

Jika dibaca apa yg dikatakan oleh Misbahul Munir bab kerja buat PR PERAK sewaktu memerintah dahulu rasanya itu sudah indah perjalanan dakwah yang dilakukan...

Anda baca dahuli apa dikatakan oleh Misbahul Munir...
PAS Perak tidak pernah rasa dibuli

Published on Wednesday, 01 October 2014 10:51 Written by 
MOHD MISBAHUL MUNIR MASDUKI

Sepanjang PAS bersama DAP dan PKR dalam gabungan Pakatan Rakyat sejak tahun 2008 hingga sekarang, PAS Perak tidak pernah rasa dibuli atau membuli malahan terjalin ikatan yang erat, padu, solidariti, bekerjasama dan toleransi. Walaupun dimomok bahawasanya PAS ini boneka dalam Pakatan Rakyat oleh Umno-BN tetapi pada hakikatnya ianya tidak begitu dan hanya persepsi semata-mata.

Walaupun exco daripada PAS pada era pemerintahan Pakatan Rakyat yang bertahan selama 10 bulan di Perak itu cuma 2 orang termasuk MB, namun semua keputusan yang dicapai adalah hasil permufakatan dan permesyuaratan dalam Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat Negeri Perak yang dianggotai oleh tiga orang setiap parti.

Malahan PAS diberi keistimewaan selain tiga wakil parti juga ditambah dua lagi iaitu Menteri Besar ketika itu, Dato Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin sebagai pengerusi dan saya ketika itu selaku setiausaha politik menteri besar telah diamanahkan sebagai setiausaha majlis pimpinan. Struktur ini kekal hingga sekarang cuma anggotanya sahaja yang berubah. Mesyuarat diadakan setiap minggu sepanjang pemerintahan Pakatan Rakyat, selepas kerajaan dirampas barulah sebulan sekali dan ada kalanya dua minggu sekali.

Program-program Islam yang dianjurkan oleh exco agama daripada PAS juga tidak pernah dicurigai oleh rakan-rakan komponen hatta exco DAP turut menyokong serta mencadangkan supaya institusi pendidikan islam dimartabat dan diberi bantuan sewajarnya.

Sekalipun suara PAS lebih, tetapi tidak pula diambil kesempatan untuk membuli rakan-rakan yang lain. Begitu jugalah kedudukan dalam exco, walaupun suara DAP kelihatan lebih, tetapi PAS tidak pernah rasa dibuli. Semua polisi dan agenda kerajaan negeri adalah berasaskan permuafakatan dalam majlis pimpinan. Kerusi exco PAS kecil kerana sesuai dengan jumlah kerusi yang dimenangi ketika itu.

Dalam PRU12, hanya PAS yang mempunyai manifesto tersendiri sekiranya menang negeri Perak, dan sebahagian manifesto PAS sempat dilaksanakan tanpa bantahan daripada parti-parti rakan komponen.

Satu perkara yang sangat perlu diketahui, pimpinan DAP cukup menghormati ulama-ulama dalam PAS. Beberapa program telah diatur untuk mempertemukan Adun-Adun DAP dengan Dewan Ulama PAS Negeri bagi memberi ruang kepada ulama PAS menjelaskan serta menjawab persoalan yang dibangkitkan oleh mereka.

Yang terbaru satu persidangan Pakatan Rakyat telah diadakan dengan dihadiri wakil-wakil parti bagi menerangkan dan membincangkan isu-isu berkaitan Islam dan syariat yang berbangkit.

Pakatan Rakyat Negeri Perak adalah contoh terbaik bagi melihat kebersamaan dan perpaduan dengan tidak menafikan wujud juga perbezaan pendapat dalam isu-isu tertentu tetapi tidak sampai ke peringkat mengkritik antara satu sama lain di dalam media. Perbezaan pendapat dapat dimurnikan melalui mesyuarat yang sering diadakan.

Sehingga sekarang setiap tahun diadakan konvensyen Pakatan Rakyat Negeri Perak tanpa gagal dan ini satu suasana menarik betapa utuhnya semangat bekerjasama di dalam gabungan.

Peluang melalui kerjasama politik ini digunakan sebaik mungkin untuk PAS Perak menerangkan konsep Islam yang sebenar, perpaduan dalam Islam, keadilan, kesaksamaan dan sebagainya.

DAP Perak, malahan orang bukan Islam sekalipun tidak pernah kritik dan timbulkan rasa kurang senang terhadap pimpinan PAS sewaktu menyampaikan ucapan dihadapan majoriti bukan Islam di dalam majlis anjuran mereka. Walaupun isi ceramah dikaitkan dengan Islam dan ayat-ayat Al-Quran serta hadis sering diungkapkan, mereka memberi reaksi yang baik.

Malahan apa jua proram termasuklah ceramah hari-hari kebesaran Islam, tazkirah, kuliah maghrib dan pelbagai program agama anjuran PAS, kelibat wakil-wakil rakyat bukan Islam dari DAP dan PKR sentiasa kelihatan untuk turut mendengarnya. Suasana seumpama ini tidak pernah wujud sebelum adanya Pakatan Rakyat.

Justeru itu, tidak ada sebab untuk PAS rasa terasing dan dibuli. Perasaan itu hanya timbul bila pimpinan PAS merasa terlalu rendah diri untuk memberi pandangan dalam pertemuan-pertemuan dengan mereka, tidak terbuka fikiran dan berlapang dada dalam mesyuarat bila berlaku perbezaan pendapat dengan mereka.

Yang paling parah kita sendiri jarang dan tidak pernah menghadiri mesyuarat atau program-program bersama mereka. Kadang-kadang kita takut untuk memberi pandangan terhadap sesuatu isu kerana tidak ada keupayaan berhujah.

MOHD MISBAHUL MUNIR MASDUKI
Ketua Penerangan PAS Perak
Ok sudah baca... rasanya anda faham apa maksud dakwah yang cuba kami perkatakan... dan bila perkara dakwah ini dilihat dalam Pas Pusat adakah mereka melakukan sedemikian keatas pimpinan PR yang lain....

Sepatutnya Pas sebagai parti Islam yang menekankan unsur Dakwah untuk memperlihatkan akan keindahan Islam sudah melakukan perkara sedemikian dalam kesepakatan yang dibina ini..

Tapi dilihat Pas seperti meninggalkan aspek penting tersebut... sebaiknya kenyataan Pengerusi Geng Ustaz sudah disampaikan acap kali kepada pimpinan PR yg lain supaya mereka berhati-hati dalam tingkah laku mereka untuk berhadapan dengan rakyat... ini dinamakan dakwah....

Nak buat kerja dakwah dia kena ada cabaran dan dugaan serta bertindak sebelum berlaku sepertimana kiamat belum berlaku tetapi kita menyampaikan dakwah supaya semua bersedia untuk menghadapi kiamat..

Macam kes minum arak nie..pesan kepada mereka kepada pimpinan bahawa sensiviti umat Islam kena jaga jika tidak natijahnya kita akan kehilangan sokongan...itu sepatutnya...

Baca dahulu kenyataan Geng Ustaz...
KENYATAAN MEDIA

MEMBANTAH PENAMPILAN TERBUKA PEMIMPIN POLITIK DALAM MEDIA SOSIAL DI PESTA OCTOBERFEST

Sikap beberapa pemimpin politik bukan Islam dari kalangan PR telah menonjolkan majlis pesta arak OktoberFest dalam paparan media sosial baru-baru ini bukan sekadar menunjukkan kedegilan mereka meneruskan majlis yang bercanggah tatasusila adat budaya ketimuran malah mencabar keluhuran perlembagaan Islam sebagai agama rasmi negara dan mencabar umat Islam di negara ini.

Perbuatan ini seolah-olah satu provokasi tidak bermoral yang ditunjukkan selepas terdapat pimpinan ulamak Pas menghantar memorandum bantahan terhadap penganjuran pesta arak OktoberFest di Majlis Perbandaran Petaling Jaya baru-baru ini.

Pihak kami amat kesal sikap sedemikian bukan hanya mereka sepatutnya memahami bahawa persoalan hak meminum arak dari kalangan bukan Islam adalah tidak dipertikaikan. Malah tindakan mereka memandang sinis atas teguran dan panduan yang telah diberikan pihak berkuasa tempatan dan kerajaan negeri Selangor.

Kami, Geng Ustaz melihat sikap sombong dan mencabar ini sekiranya tidak diperbetulkan akan dibimbangi menular kepada masyarakat Malaysia secara umumnya apabila pihak berkuasa sudah memberikan kerjasama menurut peruntukan undang-undang. Besar kemungkinan ramai nanti akan turut memperlakukan sikap serupa kepada pihak berkuasa apatah lagi terhadap umat Islam dan Agama Islam sebagai agama rasmi negara.

Kami menyeru kepada mereka yang bergelar pemimpin politik, adakah perangai sebegini yang ingin dibawa sebagai mesej dan contoh kepada masyarakat yang dipimpin?

Kami menuntut pemimpin politik berkenaan memohon maaf secara terbuka kepada masyarakat umat Islam Malaysia khususnya, pihak berkuasa dan rakyat Malaysia keseluruhannya atas perbuatan tidak senonoh ini.

Kalau pihak pemimpin politik berkenaan tidak memohon maaf, pihak kami akan melancarkan kempen boikot kepada pihak One Utama atas kebenaran penganjuran OktoberFest ini. Pihak kami juga akan mendesak kepada pihak Pimpinan Ulamak Pas untuk mempertimbangkan agar Tahaluf Siyasi Pas dengan PR dinilai semula yang pastinya akan memberi kesan besar kepada landskap politik Malaysia dan PR khususnya.

Oleh
USTAZ NORAZLI MUSA
Presiden Geng Ustaz
12 OKTOBER 2104
Entahlah nak kata apa pun macam tak kena sahaja Pas sejak dua menjak nie..keja dakwah tidak buat tapi sembang macam sudah tawan malaysia... sepatutnya kita berasa syukur sebab Allah kurniakan ujian untuk kita kembangkan dakwah kita setelah 50thn berdakwah kpd UMNO namun mereka tetap sebegitu...

Jadi apabila kita beralih bersama kaum lain dan kita sudah tunjuk contoh di Perak bahawa kita mampu berdiri sama tinggi tunduk sama rendah dengan pimpinan PR yang lain tetapi bila zaman Pas For All diterima semua lapisan kita kembali hendak menjentik mereka....

M.A Shah

1 comment:

Buduh said...

dah lama tunggu PAS Perak atau Nizar dalam isu MB selangor.

hanya Nik Beduh saja rasa dibuli.

PAS dah perintah Kedah Tganu Kelantan dan Perak.... apa yg buli nya?

kini tinggal Kelantan. Negeri presiden pun terlepas, sapa yg buli?

Perak special case sebab ia permainan samseng umno hasil 2 katak lompat yg patut dilanggar lori.

hanya org beduh saja yg rasa dibuli

Popular Posts