>> 5 Terkini :

Thursday, 16 October 2014

Bagus punya ahli Parlimen, orang bersidang dalam dewan dia naik kapal terbang pergi London

ADAKAH HJ HADI GAGAL DAN LALAI MELAKSANAKAN AMANAH SEBAGAI AHLI PARLIMEN ?

Ahli Parlimen yang dilantik mendapat kepercayaan pengundi2 di kawasan yang diwakilinya. Apabila dilantik,tugasnya ialah membawa ke parlimen untuk membincangkan perkara-perkara berkaitan kepentingan orang ramai.

Untuk membawa usul ke parlimen bukannya mudah dan senang seperti menggunakan wasap dan facebook selama 24 jam, ia hanya boleh dibawa apabila dewan rakyat bersidang. Apabila dewan bersidang,ahli parlimen harus lah menggunakan peluang ini untuk membincangkan kemaslahan dan perkara berkaitan kepentingan orang ramai.

Jika peluang ini tidak digunakan sepenuhnya, siapakah lagi yang boleh diharapkan untuk mempertahankan hak2 orang islam dan rakyat keseluruhannya ?

Apalagi jika ia melibatkan sesuatu perundangan yang hendak diluluskan yang boleh membebankan rakyat, ia juga memerlukan undian setiap ahli parlimen yang hadir

APAKAH HJ HADI SUKA MAKAN GAJI BUTA DAN HARAM ?

APAKAH ULAMA SEHEBAT HJ HADI TIDAK TAHU HUKUM HAKAMNYA ?

APAKAH HJ HADI HANYA PANDAI BERJANJI KEPADA PARA PENGUNDI SEMATA2 UNTUK DIANGKAT SEBAGAI AHLI PARLIMEN ?

JIKA MASAALAH DIDALAM NEGARA SENDIRI SUKAR UNTUK DISELESAIKAN,APALAGI MASALAH DUNIA YANG MEMBABITKAN BERBILLION UMAT ISLAM. MUNGKIN AGAK BENAR JIKA DINAMAKAN ULAMA DONIA.

Kepimpinan dalam Islam bersifat sepadu kerana Islam tidak hanya terbatas dalam urusan dunia atau urusan akhirat semata-mata. Tetapi ajaran Islam meliputi segala urusan dunia dan akhirat, rohani dan jasmani, spiritual dan material bagi tujuan mencapai kebahgiaan dan kesejahteraan hidup di dunia dan akhirat.

Justeru, pemimpin dalam Islam mestilah dipilih dari kalangan orang-orang yang bertakwa, berilmu, berwibawa dan berkelayakan bagi memenuhi segala tututan di atas. Penyerahan kuasa kepada orang yang tidak berkelayakan dan sesuai menurut Islam adalah mengkhianati perintah Allah dan Rasul-Nya

Kepimpinan dalam Islam merupakan amanah berat yang perlu dilaksanakan dengan sebaiknya. Kelalaian dan kegagalan pemimpin dalam melaksanakan tanggungjawab dan amanah akan mengakibatkan penyesalan dan kerugian di akhirat kelak. Ingatlah kepimpinan dalam Islam bukanlah alat untuk memperoleh kekayaan, pangkat dan kesenangan hidup di dunia, malah ianya merupakan amanah berat yang dikendong dan wajib ditunaikan serta akan dipersoalkan oleh Allah di akhirat kelak.

UNTUK KE SEKIAN KALINYA , DEMI MENERUSKAN SURVIVAL PAKATAN RAKYAT SERTA PARTI YANG DIWAKILINYA , HJ HADI DINASIHAT MELETAKKAN JAWATANNYA DAN BERI LALUAN KEPADA ORANG YANG LAYAK MEMIKUL BEBANNYA.

Abu Dzar RA pernah bertanya kepada Rasulullah SAW yang bermaksud:

"Wahai Rasulullah kenapa engkau tidak memberi jawatan kepada saya? Baginda langsung menepukkan tangannya di atas bahuku, kemudian bersabda, "Ya Aba Dzar, sesungguhnya engkau ini lemah dan jawatan itu amanah, pada hari kiamat ia akan menjadi penghinaan dan penyesalan kecuali bagi orang yang mengambilnya dengan haknya dan menunaikan hak jawatan yang menjadi kewajipannya".

Sumber : KLIK SINI

No comments:

Popular Posts