>> 5 Terkini :

Thursday, 9 October 2014

PAS tiada masalah, yang masalah sekarang pemimpin-pemimpinnya..!!

Zulimran Nasution Abdullah Omar
6 October at 20:18 · Kuala Lumpur ·


PAS kekal sebagai sebuah parti dan pemimpinnya pasti akan silih berganti.

Pada saya, parti ini mencapai kemuncaknya semasa Almarhum Ustaz Dato' Hj. Fadzil Noor bukan setakat memimpin dan menang 27 kerusi parlimen berikutan pemecatan Anwar Ibrahim tetapi mampu membuka mata semua bagaimana PAS mampu menegakkan kebenaran.

Malah bekas Presiden Gerakan sendiri, mendiang Lim Keng Yaik juga mengagumi kempimpinan almarhum walaupun tidak sependapat dalam pelbagai isu ketika itu seperti pusat perjudian di Genting Highlands.


Dengan tenang almarhum menjawab, isu rasuah, ketirisan, penyalahgunaan kuasa, pencabulan hak asasi dan pencabulan sistem demokrasi adalah isu yang rakyat mahukan PAS membuat perubahan dengan mengambil kuasa dari Barisan Nasional.

Tetapi saya tidak nampak itu semua apabila Hadi Awang berkuasa sejak lebih 12 tahun lalu malah semakin hari PAS semakin tersasar dari landasan dan orbit perjuangannya sendiri.

Seolahnya Hadi sudah lupa apa amanat almarhum semasa mengambil alih jawatan sekaligus meneruskan amanah yang ditinggalkan dan bagaimana PAS kekal bertahan dalam arus politik negara malah dunia.

Memetik kata-kata seorang veteran Umno yang mengikuti rapat perjuangan PAS, beliau mengumpamakan PAS akan tersudut dari arena politik satu hari nanti seperti tahun 80'an dulu jika tidak keluar segera dari kepompong 'ulama, wala' dan melabel rakan dan lawan politik setiap masa'.

Ternyata apa yang diungkap lebih empat tahun dulu sudah terserlah kebenarannya!

No comments:

Popular Posts