>> 5 Terkini :

Friday 3 October 2014

Sedikit kisah kehidupan manusia yang di "Boooo" semasa muktamar PAS yang lalu

Wanji Wanhussin Wanji


"Hang ada berapa ringgit?" Tanya si A yang sangat popular dengan penceramah politik yang cukup dibenci oleh BN.

"Ada tiga puluh ringgit" jawab B yang merupakan teman akrab si A yang hari itu menjadi driver bersama si A untuk berceramah di Negeri Sembilan.

"Bak pinjam. Nanti aku gantu balik" Si A berkata kepada Si B.

Mereka pun start kereta untuk betolak ke Negeri Sembilan untuk menyampaikan satu ceramah politik anjuran Dewan pemuda Pas Negeri Sembilan dalam akhir tahun 80 an.

Dalam perjalanan, terasa haus. Berhenti minum teh sekejap. Rupa2nya ramai pula orang di situ kenal si A. Dengan perasan diri macam banyak duit, Si A pun belanja mereka minum. Duit yang dipinjam 30 ringgit tadi, dah tinggal sikit.

Walaubagaimana pun, si A yang merupakan penceramah hebat meletakkan pengharapan seperti kebiasaan bahawa akan diberikan wang saguhati selepas ceramah nanti.

Selesai ceramah dan bertolak pulang. Penganjur tidak punyai kewangan yang bagus, makanya tiada wang saguhati pada malam itu.

Duit dalam poket yang tidak sampai 5 ringgit. Nak makan pada malam itu, memang tak cukup. maka pulanglah dari Negeri Sembilan ke kuala Lumpur dalam keadaan perut lapar dan masuk angin. Walaupun perut masuk angin, untuk menyedapkan hati, sekadar berbual dengan pelbagai tajuk sahaja dalam perjalanan pulang.

Itulah kesusahan si A dalam perjuangan yang kini menjadi Timbalan presiden PAS.

4 comments:

Anonymous said...

kalau ada exam subjek mengampu, hang boleh dapat markah 100 ni

Anonymous said...

ampu tak ampu itulah hakikatnya..
yang dok ada sekarang nie UALAMAK TAIK KUCING aja...duduk atas kerusi empuk dalam masjid sambil maraut sampul yang diberi...

Anonymous said...

mai dah...geng UG.. pantang smash sikit ja pemimpin depa...Wala'

Rambo said...

tu sebab ust2 muda dlm PAS yg geng perkasa yg perasan ulamak tu, hanya setaraf selipar mat sabu saja.

kalau semata2 nk kira kelulusan agama, maka PAS bubarla dr jadi parti perjuangan islam. PAS lebih elok jadi madrasah ke, institut agama ke.. dimana siapa berkelulusan tinggi agama maka dia diangkat tinggi.

kpd Nik Beduh n geng2 tahap berahim katak semua, anda belum rasa gas pemedih mata, belum rasa belantan, belum merasa diheret dlm black maria, belum rasa lokap dan penjara, belum setitik darah pun tumpah dlm perjuangan.....

anda tak layak bercakap pasal perjuangan islam. kalau setakat kelulusan agama, yahudi pun ramai menyamar sampai boleh jadi ulamak.

dan lagi, kalau takat tahu buka kitab dan cita pasal hukum tp buta dgn realisasi kehidupan umat masa kini, lebih baik dok jadi noja surau.

kalau nk banding dgn merit ujian kena fitnah liwat 2 dekad, dipenjara ditelanjang dipukul.... geng2 nik beduh ni jauh sekali la.

so apa yg bleh diharapkan dpd muka2 mcm tu?

baru PKR yg bermasalah diselangor, nik beduh pula yg terasa kena buli..... lembik sungguhlah budak mentah ni.

Popular Posts