>> 5 Terkini :

Friday 10 October 2014

Benarkah Pas dibuli, Nik Abduh?

Ab Aziz Ab Kadir
Ab Aziz Ab Kadir Ab Aziz Ab Kadir

KOTA BHARU – Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Nik Abduh Nik Abdul Aziz perlu mengeluarkan penjelasan berfakta berhubung isu dakwaannya mengatakan Pas dibuli parti komponen PR.

Pengerusi PKR Negeri, Ab Aziz Ab Kadir berkata, fakta yang jelas perlu diberitahu kepada seluruh masyarakat bagi mengelak daripada berlakunya sebarang fitnah melibatkan semua pihak yang ada dalam PR itu sendiri.

“Saya tidak nampak apa-apa (buli) berlaku dalam PR, jika ada, saya berharap sangat Nik Abduh boleh kemukakan apakah yang dikatakan buli tersebut, sama ada dalam pembahagian jawatan atau sebagainya,” katanya kepada Sinar Harian semalam.

Beliau diminta mengulas dakwaan Nik Abduh yang menyatakan Pas seolah-olah dibuli PKR dan DAP, selain terdapat usaha untuk membakar sentimen masyarakat untuk membenci Pas.

Ab Aziz berkata, tiada bukti yang jelas menunjukkan mana-mana pihak dalam komponen PR dikatakan membuli Pas terutamanya dalam memperjuangkan kepimpinan untuk mengambil alih pemerintahan negara.

Beliau juga berkata, di Kelantan sendiri juga PKR adalah minoriti berbanding Pas, maka istilah membuli di negeri ini tidak boleh dipakai langsung.

“Pas Kelantan besar, kami (PKR) kecil, mustahil kecil buli besar, malah kalau beliau (Nik Abduh) bercakap mengenai keseluruhan parti (pusat) pun, saya tidak nampak di mana yang dikatakan buli itu, harap beliau tampil jelaskan dan buktikan kepada kita semua,” katanya.

Nik Abduh juga dinasihatkan untuk mengadakan perbincangan dengan Majlis Tertinggi Pakatan Rakyat jika mempunyai kesulitan atau ketidakpuasan hati mengenai isu-isu seperti ini bagi mengelak ia akan disalah tafsir mahupun menjadi polemik mainan parti lawan.

2 comments:

Rambo said...

Sejak nik beduh ada dlm PAS, maka PAS kelihatan sgt bodoh dan setaraf berahim ali dan zul kulim.

terpulanglah pada PAS nk biar dia ni perbodohkan PAS seterusnya atau tidak.

hanya org bodoh yg boleh dibuli.

Anonymous said...

lu cakat macam tak tahu kita ni dibuli oleh kuasa besar.. bodoh ke kita? bodoh ke Great Britain?, bodoh ke Jepun dan Korea ?

Popular Posts