>> 5 Terkini :

Wednesday 8 July 2015

Boleh tak Ulamak Ukhrawi PAS jangan buka mulut...serabut laa cara anda berfikir..

LUAHAN HATI RAKYAT MALAYSIA


Pertama sekali, terima kasih kepada Yang Maha Esa kerana menganugerahkan “emas hitam” kepada rakyat Malaysia. Kita sebagai rakyat Malaysia cukup beruntung & syukur dengan limpahan nikmat yang diberikanNya. Dalam banyak-banyak negara, Malaysia yang telah dipilihNya sebagai negara yang memilki simpanan minyak yang berkualiti tinggi. Negara lain terpaksa bertungkus-lumus untuk mencari seberapa banyak sumber pendapatan lain bagi menampung perbelanjaan menguruskan sesebuah negara..

Malaysia sekarang ini, mula sahaja mentadbir negara sudah ada berpuluh billion dalam kantung kerajaan Malaysia setiap tahun. Itu belum disentuh lagi kekayaan negara Malaysia daripada sumber-sumber pendapatan terbesar negara yang lain lagi. Jadi, apabila negara yang sudah dilimpahkan dengan sumber alam yang paling berharga di dunia iaitu petroleum dan gas asli, adalah sangat rugi sekali jika ia tidak diuruskan dengan baik termasuklah apabila ia membabitkan masalah pembaziran wang negara yang melampau dan korupsi yang berleluasa.

Sekurang-kurangnya, rakyat Malaysia dapat merasai nikmat sebenar menjalani kehidupan di atas negara yang yang memiliki limpahan minyak dan gas iaitu lebih baik, berbanding negara-negara yang tidak mampunyai hasil minyak. Sepatutnya begitu.

“kekayaan minyak sepatutnya dirasai oleh rakyat, bukan atas nama negara pengeluar minyak sahaja”

Terima kasih juga kepada Petronas bertungkus-lumus mengali hasil minyak dan gas untuk dipulangkan hasil kekayaannya untuk diuruskan oleh kerajaan Malaysia. Berdasarkan rekod terkini yang diperolehi, kerajaan Malaysia sejak penubuhan Petronas, kerajaan Malaysia sudah pun berjaya mengaut hasil kekayaan minyak sejumlah RM431,000,000,000 (RM431 bilion).

Jadi, suka kami di sini sebagai rakyat Malaysia, ingin mengetahui bagaimana jumlah sebesar duit negara ini diagihkan selama ini? Mengapa tidak bukan untuk rakyat Malaysia mengetahuinya? Bentangkan akaun Petronas di Parlimen.

Mengapa perlu disembunyikan daripada tatapan rakyat Malaysia?

NOTE :

Kami malas bertanya kepada Para Ulama' Ukhrawi dalam PAS tentang kehilangan beratus bilion Wang Petronas kerana mereka tidak akan mempercayaai tentang angka2 yg kami kemukakan tersebut.. Akan ada dari kalangan Ulama' Ukhrawi tersebut yg berkata ini semuanya Agenda Yahudi bagi menjatuhkan Najib Razak dan Kerajaan Islam yg dipimpin oleh UMNO Barisan Nasional..

Mereka tidak tahu apa itu " Jenayah Kolar Putih " dan bagaimana wang tersebut dipindahkan melalui digit-digit di dalam sistem pengkomputeran " Money Transaction " dari satu dari satu akaun ke satu akaun, dari satu bank ke satu bank dan dari satu negara ke satu negara yg lainnya sehingga gagal dikesan apabila segala data2 dan maklumat tersebut dibeku utk dilupuskan..

Dan pasti para Ulamak Ukhrawi PAS ini akan merujuk sirah Rasulullah s.a.w pada zaman islam berkembang di kota Madinah dahulu yg mana pada waktu itu jika kita mahu menuduh seseorang itu mencuri haruslah membawa saksi mata yg mukmin dan tidak fasik yg melihat wang atau barangan tersebut telah diambil oleh si pencuri yg dituduh..

Persoalannya, di zaman serba moden ini mereka mencuri serta mengelapkan Wang Petronas mengunakan Money Transaction melalui sistem Autorise Pengkomputeran.. Bukannya Si Pencuri pergi memikul Tong2 Minyak Petronas utk dibawa lari..

Perkara ini terbukti apabila Wall Street Jounal mengemukakan Data serta Dokumen2 bahawa berlaku Money Transaction sebanyak USD 700 Million ( RM 2.5 Bilion ) wang 1MDB yg telah dipindahkan ke dalam Akaun Najib Razak para Ulama' Ukhrawi ini tidak boleh terima pertuduhan tersebut dan minta 4 org saksi mata dari kalangan org islam yg tidak fasik.. Hakikatnya Najib bukannya curi Wang dari Laci Counter Bank tetapi melalui sistem pengkomputeran Money Transaction..

Ulama' Ukhrawi dalam PAS adalah Ulama' jumud yg tidak mengikut peredaran masa.. Ulama' sepatutnya berilmu, flexible dalam mendepani zaman

Harap Parti baru yg bakal ditubuhkan dlm bulan syawal nanti mampu melahirkan para ulama ko-temporari yg berilmu serta mampu mendepani zaman...

Jgn nanti Islam ditertawakan oleh bukan islam

Teuku Zacharyah Iskandar
Admin FB : Anak Muda Bangkit Hancurkan UMNO & Co

2 comments:

Anonymous said...

Ya,saya sangat setuju dan sokong maksud tulisan diatas.

lagu tu laa said...

aku pun sokong dengan penulis dan aku harap 2 ula mama yang maksom tu jangan jadi maharaja lawak, berhujah biarlah dengan fakta bukan dengan auta,bukan guna kepala lutut dan siku dan cakar rimau sekali.jangan jadi ulama suq.yang menyembunyi kebanaran.

Popular Posts