>> 5 Terkini :

Wednesday 29 July 2015

Pakat dok PUJI yang PRESIDEN PAS lagi MULIA daripada NAJIB, MAHATHIR, ANWAR dalam bab 'pecat' TIMBALAN


Kepada PENCACAI PAS nie nak habaq kat hangpa.. tak payah dok nak berkias ambik contoh PRESIDEN PAS lagi baik dari NAJIB sebab tidak memecat TIMBALAN beliau tetapi membiarkan perwakilan yang membuat keputusan....

nie nak habaq nie..kelaku tu TUN MAHATHIR dah buat lama dah dimana MUSA HITAM, GHAFAR BABA dulu pun bukan kena pecat tapi gugur sendiri disebabkan tekanan yg diberikan...

Berbalik kepada kes TIMBALAN PRESIDEN PAS...memang betul beliau tak di pecat tetapi cuba lihat rentetan peristiwa yang berlaku semenjak muktamar di JOHOR sampai ke muktamar di SELANGOR...

Bermula dengan episode BOOO sewaktu perasmian muktamar pemuda kemudia keluar meninggalkan dewan sewaktu beliau memberi ucapan kemudian berucap dalam muktamar dengan kaedah membaca doa LAKHNAT kepada beliau dan ada AJK PUSAT menggelarkan beliau Ayam Denak PKR disebabkan beliau bersetuju AZIZAH menjadi MB SELANGOR sedangkan itu keputusan mesyuarat AJK PUSAT sendiri mencadangkan AZIZAH & AZMIN (dah Azmin tarik diri maka automatik lah AZIZAH naik)..dan penutup muktamar ayat BARUA & BROKER keluar dari mulut PRESIDEN sendiri.....ini semua berlaku di JOHOR...

Sebelum bermuktamar di SELANGOR pula sudah ada gerakan dari golongan ulama yang ber MULTAQO bersumpah seranah dengan menggelarkan golongan bukan ulama sebagai syaitan dengan tidak wala pada PRESIDEN dan di ikuti oleh blogger upahan dengan menggelarkan beliau KETUA JEBON dan ungkapan ini dibawa masuk kedalam kuliah dan tazkirah oleh penyambung lidah2 syaitan ini.

Kemuncak tangan-tangan hitam ini memainkan peranan ialah sehari sebelum bermuktamar keluarnya CAI di page RASMI Dewan Ulamak PAS Pusat iaitu senarai calon2 yang perlu diundi oleh perwakilan memilih siapa dan CAI ini di print dalam bentuk 'toyol' dan diedarkan kepada semua perwakilan untuk memangkahnya.

Dengan rentetan cerita dan peristiwa yang berlaku ini anda masih nak memuji kata PRESIDEN PAS adalah masih yang TERBAIK dari NAJIB sebab tidak 'memecat' TIMBALAN nya...

KERATAN PAGE TERSEBUT :


Sekarang POSTING tersebut sudah di PADAMKAN di page berkenaan tapi maaflah sebab kita dah buat PRINT SCREEN dah untuk tatapan semua.. LINK POSTING TERSEBUT



No comments:

Popular Posts