>> 5 Terkini :

Wednesday 8 July 2015

Pesanan untuk NAJIB yang tak keharuan sekarang ini..!!


Kepada NAJIB yang tak keharuan sekarang ini...Jika kamu tak bersalah mengenai penyelewengan dana awam dan duit kerajaan yang berkaitan dengan 1MDB. Kamu tidak perlu panik dan takut. Kamu ada Tv1, Tv2, Tv3. Tv7. Tv8, Tv9 dan Astro Awani. Tak cukup dengan itu kamu ada B.Harian, Utusan Malaysia, NSTP, Metro dan sebagainya. Tak cukup kuat lagi ke untuk kamu gunakan !!! Kami rakyat tak ada apa-apa. Saluran kami hanya media di Internet seperti platform facebook dan blog sahaja untuk kami luahkan perasaan kami, ketidakpuashatian kami terhadap kezaliman dan kekejaman yang kamu telah lakukan sebelum ini dan selepas ini. Bacul !!!!

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjrAO99XuwesSTNHI4JqFILF98B8Y3hjvwAPdVTapwO9D2NBlhc0haUeVvYFFpk0eNJjf_7468HXDGOQKamX2s7DBOJviufANZ8YpNRMkOVh8QT391B7nQ44SIMFs9JIJHxzAJ-OsTxA10/s1600/sprm+dan+pdrm.jpg
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjGYIhHhvBMPgZCJELwM5ZL_Yfnnfd2LPU3yJ6lsFie56C_v9fL_gSLbArSzxHX61ntNj_vLKbeP1W5dtQbcT8UeqxGbicAOh2la9as1Yn5t4gWXahvv1vHdrZ6ggCTGOv2pK4GhDi5Uq0/s1600/Kerja+Kosong+Bank+Negara+Malaysia+(BNM).png

Kamu peralatkan Bank Negara Malaysia !!! Kamu peralatkan Jabatan Peguam Negara, Kamu peralatan SPRM, Kamu peralatkan PDRM. Habis semua agensi kerajaan kamu rogol dan liwat dengan rakusnya. Kamu guna media-media elektronik dan media cetek utk selamatkan kedudukan kamu sebagai Perdana Menteri Malaysia.

Kamu menindas rakyat dengan memperkenalkan GST, Harga minyak naik, tol naik, barang semua naik. Apa citer semua ini !!!! Kamu pernah buat pengumuman secara terbuka di media-media disaksikan berjuta rakyat Malaysia yang kamu tidak akan naikkan harga minyak walaupun harga minyak dunia naik. Kamu banyak berbohong. Kamu punya lidah berbelit-belit mengalahkan ular. kamu manusia munafiq. Tunggulah rakyat Malaysia akan bangkit selepas ini untuk tumbangkan regim yang zalim lagi jahat !!!!


Ingat malam ini malam ke - 21 Ramadhan, Seluruh umat Islam bukan saja di Malaysia malah dimaklumkan 1 dunia umat Islam hari ini akan berdoa pada Allah s.w.t di atas segala kezaliman, kejahatan dan apa jua penindasan yang telah kamu buat. Kami akan buat setiap malam solat hajat dan berdoa utk pemimpin yg zalim seperti doa yang diajar oleh Baginda Rasulullah s.a.w. Kamu tunggulah.

Laknat Allah akan sampai kepada kamu dan Datin Seri Rosmah Mansor seandainya kamu ada menyalahgunakan kuasa menganiya kami rakyat jelata.

No comments:

Popular Posts