>> 5 Terkini :

Thursday 9 July 2015

Aik budak PAS nie..?? dia yg mintak cerai ,tak nak brenti..pastu kena pecat marah org plak??? gile ke??


Lim Guan Eng dilihat sengaja menyerang PAS apabila menggelar PAS sebagai musuh, hanya semata-mata kerana PAS Pulau Pinang membawa kes pemecatan terhadap wakil PAS di dalam agensi kerajaan negeri untuk pengadilan di mahkamah.

Ianya tuduhan yang amat tidak matang, prejudis, lagi provokatif dan tidak profesional.

Apakah alasan wajar LGE untuk melabelkan PAS adalah musuh kepada Kerajaan Negeri Pulau Pinang?

Adakah kerana PAS tegas mengheret isu pemecatan yang dibuat oleh LGE ini ke kandang mahkamah, sudah layak untuk PAS dikategorikan sebagai musuh?

Amat malang sekali andai LGE memilih untuk bermusuhan, sedangkan umum mengetahui bahawa pemecatan yang dibuat itu adalah suatu perkara keterlaluan.

Bermakna, jika mengemukakan peradilan di mahkamah diertikan sebagai permusuhan, maka dengan sendirinya LGE telah menjustifikasikan tindakan pemecatannya itu sebagai satu kezaliman.

Walhal, pemecatan yang dibuat kepada mereka tidak lebih kerana kegopohan LGE dalam menafsirkan usul yang berlegar sewaktu Muktamar Tahunan PAS Pusat Kali Ke 61 baru-baru ini.

Sekiranya diamati usul dibuat oleh Dewan Ulamak PAS Pusat itu, seharusnya LGE tidak perlu melatah dan tergopoh gapah mengambil tindakan terhadap mana-mana kakitangan PAS yang masih bekerja di dalam pentadbiran negeri.

Apatah lagi Majlis Syura Ulamak PAS sebagai eksekutif tertinggi parti tidak memuktamadkan sebarang pendirian berhubung usul yang dibentangkan itu.

Maka adalah tidak adil LGE bertindak terburu-buru memecat mereka yang terbabit dan menuduh PAS sebagai musuh hanya kerana PAS tampil ke mahkamah menuntut keadilan yang sewajarnya.

Sekiranya LGE betul dan benar dalam tindakan beliau, usah takut dan bimbang terhadap dakwaan yang dibuat.

Sila tampil dengan membawa bukti kukuh bagi menegakkan keadilan terhadap pemecatan tersebut.

Jangan biarkan persepsi bermain dibenak pemikiran rakyat Pulau Pinang bahawasanya LGE dibayangi ketakutan hinggakan sanggup menggelarkan PAS yang masih berada dalam Pakatan Rakyat sebagai musuh.

Perlu diingat Kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang tidak akan tertegak jika sekiranya DAP tidak membentuk kerjasama dengan PAS dan PKR.

Usah bongkak dan sombong dengan kemenangan dilakar, sedang kemenangan itu diraih hasil titik peluh para petugas khususnya ahli-ahli PAS yang bertungkus lumus bekerja menentang Umno-BN.

MOHD YUSNI MAT PIAH
Ketua Penerangan
PAS Negeri Pulau Pinang
22 Ramadhan 1436 | 9 Julai 2015

5 comments:

Anonymous said...

Inilah kebodohan pemimpin PAS yang dilantik bawa kemuka pengadilan untuk dapat keadilan bagaimana jika mahkamah rujuk pula pada keputusan muktamar dan ruang lingkup akta pertubuhan yang termaktub dalam perlembagaan parti adakah PAS sudah bersedia dengan hujah yang tidak bertentangan dengan perlembagaan parti,dalam perlembagaan parti dengan jelas keputusan mukatamr adalah putus dan tidak boleh dipertikai walau pun majlis ulama tak tahu lah pula jika klausa itu dipinda dalam sedikit masa ini bagi membolehkan majlis syura mengatasi keputusan muktamar.

cikmatgelap said...

ayam tak patuk,
itik tak sudu
ni le dia muka ustaz2
yg tak kenal rasa malu


hanya mem alukan org2 melayu
hanya merendahkan maruah org islam



woit....klu org melaka kata
muka ni muka tarpal

muka tampal taik babi



org melayu klu tak keje dgn dap...
apa????? org melayu dah kebulor sangat...
klu dah gatal sangat nak bercerai berai
dari mintak makan kat cina dap tuuuuu

ada lebih baik kau makan daun kayu,kulit kayu,akar kayu,ranting kayu,tunggul kayu


ada le lebih baik dari kau org jadi mcm tunggul kayu
klu org pas rasa tak boleh hidup kat pulau pinang tu
aku rasa lebih baik kau org pindah je kat kelantan....sebab negeri kelantan pas yg perintah,kat kelantan kau boleh hidup mewah.....boleh le makan gaji ngan kerajaan pas
tak le dgn muka tarpal tu kau mengembir2 ngan cina dap yg kau org memang dah tak suka...kan ke ulamak2 mur syid dlm pas tu dah buat keputiusan tanpa bahas,nak putus ngan cina dap....cina dap tu cina kapir harby.....woit ulamak2 mursyid pas.,.....adakan le pada diri kau org tu SIFAT MALUUUUUUU

Anonymous said...

TAJUK PAKATAN BER-4
Elok tubuh parti baru dan Pakatan Rakyat jd pakatan berempat. Pas nak bersama boleh keluar pun boleh. Jadi kuasa tawar menawar akan seimbang. Selangor contoh adun Pas yg dibaruakan tak akan dipilih semula dlm PRU akan dtg jd join parti baru yg bergabung maka pasti kuasa tawar menawar dan status quo mereka kekal boleh bertanding semua atas tiket parti baru. Pas terpaksa terima kerana ini pakatan ber-4. Kerana pas berkurangan ADUN maka satu exco perlu diberi pada Parti Baru jd Pas wajar dpt 2 exco sahaja.
Jawatan-jawatan utama spt di GLC negeri di selangor yg asal milik PAS perlu diberi 1/3 kepada Parti baru. Pas kekal 2/3 sebagai menghormati gabungan.
Begitu juga lain-lain ahli parlimen boleh terus kekal bertanding dlm next PRU atas kapasiti pemuafakatan Pakatan ber-4.
Pas ada pilihan untuk keluar tapi semua tahu PAS akan terus kusam jika sendirian dan Kelantan pun boleh terlepas. Jika bergabung dengan UMNO lagi hancur kerana mungkin pimpinan sahaja yg berminat tapi grass-root tidak dapat terima.

Pas tiada pilihan selain bersama Pakatan ber-4 untuk survival, Tapi agihan dan kuasa rundingan cuma tinggal 2/3. Status Quo PKR dan DAP kekal cuma Pas yg perlu berkongsi agihan dgn Parti Baru. Memang parti baru tidak kuat jika sendirian tetapi bersama tongkat dari PKR dan DAP pasti ia kuat dan ada kuasa tawar menawar terutamanya di pantai barat. InsyaAllah

Membangun Bersama Kepimpinan Cai

Duvid-duvid

Anonymous said...

Blum pernah lagi aku jumpa parti sebodoh ini..

Potailangek said...

Ni bdk terencat ni

Popular Posts