>> 5 Terkini :

Sunday 18 October 2015

PASCA FASTAQIM, PAS KUAT?

Oleh: Dr Tanaka Mustafa

1) Saya hanya dapat hadam ucapan Tuan Ibrahim, Mustafa Kamil Ayub dan Ustaz Derih. Yang lain saya tak tahu, asyik tengok drone, asyik layan wassap.

2) Crowd hijau berbeza dengan crowd kuning. Crowd kuning bebas merayau dijalanan, crowd hijau terkurung dalam stadium. Yang melimpah kat luar saya tak nampak, sebab drone saya berresolusi rendah, kurang sensitif cahaya.

3) Inilah perhimpunan PAS yang paling pelik yang saya pernah lihat. Ada lagu negaraku, ada gimik lakonan dan berkuda, ada drone, ada dua tiga perasmian pelancaran dala satu majlis.

4) Saya tidak nampak di mana kekuatan PAS yang mahu ditunjukkan dalam babak-babak tersebut melainkan hanyalah hiburan mengisi emosi dan humor kepada peserta yang sudah mungkin keletihan seharian di Kota Bharu.

5) Namun saya tidak nafikan PAS memiliki kekuatan wala' ahli yang istiqamah. Apabila dikerah, mereka bergolok bergadai datang. Walau difitnah/ditroll dengan bas sponsor, namun bas yang berpuluh-puluh atau beratus-ratus itu bukanlah di sponsor.

6) Peserta kena bayar tambangnya. Kalau ada sponsor pun mungkin satu dua bas sahaja. Mana ada cawangan/kawasan yang poyo nak tunjuk kaya. PAS bukan Umno. Cuma organizer setiap tempat menganjurkan rombongan Bas untuk meminimakan kesesakan lalulintas di Kota Bharu.

7) Bayangkan kalau 100K semua datang dengan kereta, tak ke mampus Kota Bharu dengan jem. Dah laa sistem trafik pun lemah. Nak mohon fly over sebijik daripada pusat pun berpuluh tahun baru sampai.

8 ) Jika objektifnya mahu perserta yang ramai, saya katakan ia berjaya. Namun untuk mengatakan Fastaqim itu sebagai kayu ukur PAS sebuah parti yang kuat, ia belum teruji. Jangan mendabik dada.

9) Saya kurang setuju dengan nada salah seorang Naib Presiden yang berucap. Perbaiki nada anda semasa berucap. Saya faham point anda, tetapi ada sesuatu yang tak kena.

Sekian.

2 comments:

Anonymous said...

Ha22 dr. mabuk..ko pikir lautan kerusi yang mejadi audien adalah kuat seperti yng berlaku kpd parti oren, berbanding lautan manusia parti hijau.. memang jenis bangang lh ko ni. Lbh baik ko mampus dari jadi penjilat DAPig.

Anonymous said...

Anon 23:09 cuba belajar jadi politik matang jangan jadi politik 'menatang' @ menate... Kalau berkumpul untuk menunjuk sokongan apa ertinya kalau tak ada tujuan, apakah Pas berkumpul di Kelantan nak tunjuk gedebe.. Apakah dengan berkumpul ramai rakyat mangsa banjir yg masih tinggal dikhemah sementara terbela nasib mereka?

Popular Posts