>> 5 Terkini :

Saturday 31 October 2015

Pas Selangor akan pastikan tiada pertandingan tiga penjuru

Datuk-Iskandar-Abdul-Samad-,pas,selangor

SHAH ALAM: Pas Selangor akan memastikan tiada pertandingan tiga penjuru pada Pilihan Raya Umum ke 14 (PRU14) untuk mengelak kemenangan kepada Barisan Nasional (BN).

Janji itu diberikan ekoran kenyataan DAP yang mahu bertanding di lapan kawasan milik Pas.

Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Iskandar Abdul Samad berkata, ini kerana musuh utama Pas ialah BN.

“Kita melihat bahawa pertandingan tiga penjuru hanya akan menguntungkan BN

“Kita tidak mahu beri keuntungan kepada BN sebab BN adalah musuh kita. Kalau bertanding tiga penjuru itu akan mengakibatkan keuntungan kepada BN, sudah tentu Pas tidak akan bertanding tiga penjuru” katanya ketika ditemui pemberita selepas menghadiri pembentangkan Belanjawan Selangor 2016 di Dewan Negeri Selangor (DNS), pada Jumaat.

Katanya, Pas bagaimanapun tidak akan membenarkan DAP untuk merampas kerusi yang sudah dimilikinya sekiranya parti itu tetap berhasrat untuk bertanding di kawasan mereka.

“Saya tidak tahu (kenapa DAP isytihar untuk bertanding di kerusi Pas), sebelum ini kita pun ada dengar bahawa ada ura-ura bahawa mereka (DAP) akan masuk dalam kawasan Pas, ini bukan kali pertama sebelum ini pun ada kenyataan yang sama.

“Jadi pendirian kita akan terus bertanding di situ, tidak ada masalah.”, katanya

No comments:

Popular Posts