>> 5 Terkini :

Friday 15 January 2016

Benarkah PAS sedang merindui Salahuddin Ayob..???

Mohd Asri Yusof 


Mengapa merindui Salahuddin Ayob. Bukan kah pemuda Pas dah dapat yang lebih baik seperti yang mereka laung2kan...anak muda sokong ulama dan sbgnya.

Walaupun sewaktu meninggalkan Pas....Salahuddin Ayob tidak lagi sbg Ketua Pemuda Pas...tetapi dalam banyak2 ketua pemuda..beliau antara yg berkarisma dan disenangi orang.

Pas terasa betapa impak cukup besar bila Salahuddin Ayob meninggalkan parti. Salahuddin Ayob bukan setakat membawa batang tubuhnya saja...malah pengikut2 yg senang dgnnya turut sama meninggalkan pas. Itu baru Salahuddin Ayob.

Mereka yang lain bukannya calang2 orang. Masing2 mempunyai pengikut. Abg Mat..Mazlan Aliman..Ustaz Ahmad Awang dan rakan2 seperjuangan yang lain mampu menggoyahkan kekuatan Pas...dimana asalnya pun pas tidak lah sekuat mana.

Sebagai seorang penyokong tegar Pas..saya tidak boleh menerima bagaimana pemimpin2 seperti abg Mat..Salahuddin Ayob...Ustaz Ahmad Awang dan lain2 diperleceh dengan tidak beradab oleh rakan2 yang kononnya memperjuangkan Islam. Amat teruk mereka diperlakukan sedemikian semata2 atas nafsu hendak mengawan dgn pihak musuh.

Terima lah satu hakikat...Salahuddin Ayob...Abg Mat dan lain2 yang bersama Amanah adalah celupan pas yang berkualiti tinggi. Payah nak lekang sadurannya. 

Oleh sebab itu....tanya la diri. Layak kah mereka bernaung dibawah saf kepimpinan pas sekarang dimana celupan dan saduran qualitinya boleh dipertikaikan. Beza sungguh qualiti saduran yg ada pada saf kepimpinan yang ada sekarang. 

Bercampur aduk bahan sadurannya....ada pas dan ada bahan dari pihak musuh. Macam watak dalam filem Terminator pulak..

PETIKAN HARAKAHDAILY :

Salahuddin Ayub adalah sibghah PAS - Subky Latif


ADA penyokong PAS yang setia datang bertanya, betulkah PAS sedang memujuk Salahuddin Ayub yang lari daripada PAS supaya kembali semula kepada PAS?

Saya tidak tahu akan sesuatu. Yang saya tahu hanya membuat tafsiran dan analisis atas semua kemungkinan. Tafsiran dan analisis ada tepat ada tidak. Biasanya ia dibuat mengikut logik.

Orang yang bertanya itu berkata, dia dimaklumkan oleh orang kuat parti orang-orang PAS yang lari itu bahawa PAS sedang berusaha memecahkan parti itu dengan memujuk Salahuddin kembali kepada PAS.

Analisis saya ialah tiada banyak orang PAS pandai memujuk orang PAS yang keluar kembali kepadanya, bahkan menghalang jangan keluar pun kurang. Yang banyak dan pandai ialah memujuk orang PAS keluar daripada partinya. Yang saya paling tidak seronok ada yang suka orang yang keluar itu keluar kerana ia dikira sebagai pemutihan kepada PAS.

Yang saya hajati dalam mengatasi hal yang dihadapi PAS ialah jangan penyelesaian itu hingga mencicirkan barang seorang pun anggota PAS yang sejuta itu.

Apapun tentang Salahuddin itu ialah dia adalah seorang sibghah PAS. Kalimah sibghah dalam Quran itu diterjemahkan sebagai celupan atau sepuhan.

Kalau hendak diselamatkan dia bukanlah justeru disasarkan kepada mana-mana pihak tetapi orang yang dicelup PAS dari mula itu seelok-eloknya wajar diselamatkan.

Seelok saja dia baligh, tentunya sesudah berkhatan, gerakan Islam yang mula diketahuinya dan lekat padanya ialah PAS. Sengat PAS itulah yang menjalar pada nadi dan dalam darahnya.

Orang lain yang sebaya dengannya, justeru jamaah Islam selain PAS sudah mulai ada di sana sini, mereka sudah dihinggapi sibghah yang lain. Sebagai anak muda mereka dapat celupan daripada persatuan pelajar Islam atau belia Islam dan macam-macam NGO dakwah dan badan kebanjikan seperti Perkim dan lain-lain.

Setelah mereka keluar sekolah atau tidak aktif lagi dalam mana-mana badan, justeru cenderung kepada gerakan dan politik, ada yang menyertai parti-parti politik lain dulu antaranya ada yang tersesat dalam Umno. Sesudah dalam politik itu tidak kena dalam politik ini pun tidak kena, maka barulah atas sibghah-sibghah yang lain mereka dapat sibghah PAS.

Akan tetapi Salahuddin diketahui semua dari awal sudah sibghah PAS dan kalau PAS itu ada usrah dan tarbiyah, besar dan dewasanya adalah dengan usrah dan tarbiyah PAS. Dan dengan sibghah PAS itulah dia menyepuh pemuda-pemuda PAS dan lain-lain lapisan PAS dengan celupan yang sebati dengan darah dagingnya.

Yang dapat celupan daripada berbagai-bagai jamaah dan parti politik lain dulu jika antaranya lucut daripada celupan PAS apa boleh buat, tetapi jika Salahuddin terlondeh sama daripada sibghah PAS adalah suatu yang amat tdak patut. Jika yang sebati sibghahnya sepertinya lekang daripada sibghahnya, nescaya ada ruginya. PAS rugi dia pun dikira rugi juga. Kerugian itu nescaya mendatangkan sia-sia.

Sebelum semua jadi sia-sia eloklah Salahuddin diselamatkan supaya yang sibghah PAS dari mula kekal dalam sibghah PAS. Pada yang lain saya sayang juga, tapi Salahuddin adalah tersangat sayang. Tiada siapa boleh pujuk dia. Dialah yang boleh memujuk hatinya. – HARAKAHDAILY 14/1/2016

2 comments:

Unknown said...

Sapa yg merindui dia.hanya puak uak dia saja yg rindu tp dah pun ikut dia tinggalkan Pas.

Peminat Pak Subky said...

Ramai yg rindu dia. Rasanya Pak Subky pun rindu...

Popular Posts