>> 5 Terkini :

Wednesday 13 January 2016

Benarkah PAS rela KALAH asalkan UMNO menang pilihanraya..???

Abe Awang Malaya

INILAH MAKSUD TAA'WUN, AGAKNYA......


Kenapa PAS merahsiakan ketetapan mengenai isu kerjasama dengan UMNO.... Kenapa rundingan dengan UMNO dilakukan secara sulit.....? Muslihat apakah yang sedang dirancang oleh PAS dan UMNO untuk mempertahankan kuasa Barisan Nasional dan memastikan Anwar terus merengkok dalam penjara...?

PAS tidak akan bergabung dengan UMNO.... PAS tidak akan masuk Barisan Nasional.... PAS tidak akan bekerjasama dengan UMNO dengan meletakkan hanya seorang calon menentang Pakatan Harapan dalam PRU-14 nanti. Bukan itu yang PAS mahu. Bukan itu yang UMNO mahu. Kerjasama begitu hanya akan mempercepatkan kekalahan UMNO dan mengundang malapetaka yang besar kepada PAS.

Seperkara lagi, PAS tidak berani mengumumkan bentuk hubungan sulitnya dengan UMNO kerana masih mahu menumpang dalam kerajaan negeri Selangor. PAS takut juga, kalau-kalau PKR memutuskan hubungan dengan PAS di Selangor, Iskandar Samad dan geng-geng lebai dalam Dun kena jadi pembangkang.... Kedudukan Din Ayam dalam Perangsang pun akan tidak selamat.

Baru ni, PAS buat program di Kuala Selangor, katanya nak menjelaskan kepada seluruh pimpinan PAS akan ketetapan mengenai kerjasama dengan UMNO.... Habis program, ketetapannya dirahsiakan, hanya kenyataan Haji Hadi kononnya PAS tak hairan dengan Amanah.... Iskandar Samad pula kata Amanah adalah musuh baru PAS...... laaa, pulak..? Isu kerjasama PAS-UMNO, apa kena-mengena dengan Amanah...?

Sebenarnya, ini yang PAS mahu, dan ini juga yang UMNO mahu..... PAS rela kalah asalkan UMNO menang, itu prinsipnya...... PAS dan UMNO mahu perlawanan 3 penjuru...!!!! Orang putih kata, three corners fight.

Alasannya mudah. Kita ambil contoh Dun Kota Damansara di Selangor dan Dun Sungai Acheh di Pulau Pinang.... Inilah tugas PAS dalam kerjasamanya dengan UMNO. Asalkan Anwar Ibrahim kekal dalam penjara, PAS akan buat apa saja untuk membantu UMNO. Dan UMNO sendiri tidak ada masalah untuk membayar beberapa puluh juta kepada lebai sebagai saguhati, asalkan berlaku 3 penjuru.

Dun Kota Damansara cukup mudah..... PAS khianati PKR... berlaku 3 penjuru..... PKR dapat 14,860 undi, PAS dapat 7,312.... calon BN dapat 16,387 undi.... akhirnya, calon UMNO yang menang... INILAH YANG PAS MAHU...!!!!!

Dun Sungai Acheh..... sama dengan Kota Damansara, PAS khianati PKR.... berlaku 3 penjuru.... calon PKR, Chegu Bard dapat 6 ribu lebih, calon BN pun dapat 6 ribu lebih.... Calon PAS, Yusni Mat Piah cuma dapat 690 undi, dan hilang deposit.... undi rosak ada 2 ratus lebih...... PAS sanggup hilang deposit kerana mahu menarik 690 undi sahaja, semata-mata kerana mahu menghalang kemenangan PKR..... Dan PAS berjaya.... Undi rosak kerana ada pengundi yang keliru.... PAS pun dia pangkah, PKR pun dia pangkah, yang mereka tahu, tolak dacing.

Akhirnya, calon BN menang dengan majoriti 800 sahaja.... cukuplah... Inilah yang PAS mahu...!! Tapi jangan tanya saya berapa yang UMNO bayar kepada Yusni Mat Piah, sebab saya tak tahu.

Ini yang PAS dan UMNO mahu.... 3 penjuru.... PH mesti bersedia menghadapi kemungkinan ini.... dan PKR mesti putuskan hubungan dengan PAS dan mesti pecat PAS dari kerajaan negeri Selangor..... Alasannya mudah, seperti juga UMNO, PAS adalah musuh yang nyata bagi Pakatan Harapan.

No comments:

Popular Posts