>> 5 Terkini :

Friday 10 April 2015

Sia-sialah hafaz al-Quran kalau jadi Umno..!!

Zolkharnain Abidin Al-Abyadhi


Saya kenal Ust Ahmad Awang semasa dia jadi Pengarah Dakwah Pusat Islam, tahun 1986. Waktu itu saya sedang belajar di Maahad Tahfiz Pusat Islam.

Suatu hari Ust Ahmad Awang dan Ust Ismail Kamus meninjau-ninjau asrama kami. Kami pun tak tahu apa tujuan.

Pada waktu itu, ada dalam kalangan kami yang pasang kaset ceramah Mat Sabu punya kuat. Pelajar maahad tahfiz majoriti minatkan Pas.

Saya terdengar perbualan Ust Ismail Kamus dengan Ust Ahmad Awang. Ust Ismail Kamu kata, "Eh, budak maahad tahfiz ni Pas ke?"

Ust Ahmad Awang jawab, "Sia-sialah hafaz al-Quran kalau jadi Umno".

Semasa jumpa Ust Ahmad Awang di Himpunan Hijau menuju Putrajaya di Alor Setar, ketika bersalam, saya cium tangan dia.

No comments:

Popular Posts