>> 5 Terkini :

Monday 27 April 2015

NAIB PRESIDEN PAS tegur pimpinan yang ada jawatan & kuasa macam Yusni Mat Piah jangan rasa hebat sangat

Dato' Tuan Ibrahim bin Tuan Man (Official)
Yesterday at 00:36 ·

Alkisah orang terbesar


Di satu negara, terdapat satu peraturan tidak bertulis di mana di mana-mana persimpangan lampu trafik, bilamana orang besar nak lalu, rakyat marhaen terpaksa memberikan laluan walaupun lampu rakyat marhaennya hijau.

Orang besar ini pula terpaksa henti bilamana ada orang yang lebih besar hendak lalu meskipun lampu trafiknya hijau.

DIsebabkan itu, Ali berlumba-lumba menjadi orang paling besar di negara itu sejak kecil.

Dengan berprinsipkan matlamat menghalalkan cara, akhirnya Ali berjaya.

"Sekarang aku boleh lalu mana-mana jalan di kota ini tanpa sebarang halangan. Akulah yang paling hebat. Tiada apa yang boleh menghalang aku sekarang," kata Ali.

Satu hari ketika melalui jalan di kampung untuk tiba di destinasi mesyuarat, Ali yang tertidur terkejut bangun oleh bunyi hon yang dilakukan pemandu keretanya.

"MENGAPA KAMU HON? AKU TAK PERLU TUNGGU, SEMUA ORANG KENA BAGI LALUAN UNTUK AKU DULU," jerit Ali yang terbangun dari tidur.

"Maaf tuan. Tapi mereka ini tak faham arahan itu," kata pemandunya.

"SIAPA BEGITU BERANI?" jerit Ali.

"Lembu ini. Mereka sekadar jeling kat kita," kata pemandunya.

Ketika itu, Ali baru tersedar, sehebat-hebat status dia, dia kalah berlawan dengan lembu dan terpaksa memberikan laluan kepada lembu dahulu sebelum dia sendiri boleh melalui jalan tersebut.

Oleh itu, wahai anakku, janganlah kamu terasa hebat bilamanamu mendapat jawatan dan kuasa. Kamu sekadar ciptaan Allah seperti juga orang lain yang kurang bernasib baik. Senyum

2 comments:

cikmatgelap said...

memang padan dgn muka yusni bodoh tu,cerita sepatutnya jadi iktibar pada dirinya,jgn dia rasa diaustz dia lebih baik dari org lain,lembu2 itu lebih tinggi martabatnya dari si ustaz gila ni,buat malu kan islam je ada ustaz munafik mcm si yusni mat piah ni

Anonymous said...

Dia tegur presiden? Berani ke dia tegur presiden? Bukan dia geng presiden? U Turn? Turn U?

Tak takut ke geng presiden tegur dia?

Popular Posts