>> 5 Terkini :

Friday 1 April 2016

Siapa kata aku benci ULAMA & PAS... yang aku benci adalah......



Ada yg tanya aku.. sebab apa benci sangat dgn Ulama dan PAS.. aku cakap, Mustahil aku benci Ulama dan PAS.. aku dibesarkan dalam tarbiyyah PAS.. yang aku benci adalah golongan Khawarij Modern yg merosakkan PAS.. aku sendiri dibesarkan dalam keluarga yg menjadi pendokong kuat PAS.. aku lahir dalam keluarga agamawan.. dikelilingi dengan Jilid2 dan kitab Fiqh dan Hadis.. 

Sekolah rendah aku, aku dihantar belajar ke Maahad di utara Perak.. tidak asing bagi aku, dari Masriiyah Pulau Pinang,Maahad ehya Al Sharif di Semanggol, Mahaad Ridwaniah teluk Medan,Tahzib dan Sekolah agama batu 8, Sekolah agama rakyat ini boleh dikatakan sekolah milik PAS sebelum ia diambil alih kerajaan.. 

SAR ini lah yg menjadi medan ceramah pemimpin2 PAS, kaset2 pengajian Haji Hadi , dan ceramah Almarhum ustaz Fadzil Noor berlegar dikalangan abang2 senior pondok.. setiap kali Ihtifal, Pemimpin2 PAS seperti almarhum Ustaz Fadzil Noor dan Haji Hadi sendiri dijemput merasmikan Majlis.. 

disini wujud SAR wujud pengajian pondok.. suasana ketika itu, ramai dari senior gerakan Islam masih taksub dgn perjuangan Mujahidin menentang Soviet/Russia di Afganistan, begitu juga semangat Revolusi Iran dan Ayatullah Khameini,ada dikalangan abang2 senior yg taksub di sini sudah menjadi pemimpin2 dewan Ulama PAS.. ada yg menjadi pemimpin PAS.. ramai dikalangan mereka ada yang belajar Pakistan dan ada yg ditahan ISA sekitar tahun 2000 kerana terlalu semangat menyertai Mujahidin di Afganistan..

Almarhum Ustaz Sabran dan Ustaz Qadir tidak asing bagi kami.. sehinggalah akhirnya ketika di Izzuddin sebelum ditawar melanjutkan pengajian di timur tengah.. antara guru aku adalah ketua Dewan Ulama PAS Perak hari ini.. ketka itu dia adalah pengajar "Tarikh Adab", kini dia yang menjadi Murabbi kepada PAS perak..

Ramai dari bapa dan mak Saudara aku UMNO, sebelum berlakunya pemecatan Ds Anwar.. Mungkin ketika Perisiwa memali dan kisah amanat Haji Hadi aku baru berusia 3 tahun.. aku tak memahami apa yang berlaku kepada PAS pada ketika itu.. dan hari ini , 

Selepas PRU 13, melihatkan kewujudan Khawarij2 dalam PAS, baru aku memahami.. mengapa ramai Melayu yg masih memilih UMNO... mengapa begitu susah orang Melayu, apa lagi orang bukan Islam mendekati PAS pada ketika itu.. tak sangka, Haji hadi hari ini memimpin PAS kembali mengundur ke zaman 80'an.. mereka Khawarij ini, telah merosakkan, memusnahkan pembaharuan dan perubahan, kegemilangan dalam gerakan Islam yg telah di lakukan Almarhum Fadzil Noor dan Tok Guru Nik Aziz..

Alfatehah untuk Almarhum Tok Guru Nik Aziz dan Ustaz Fadzil Noor..

Nukilan...
Ipoh Mali....

‪#‎selamatkanmalaysia‬ ‪#‎harapanbaru‬ ‪#‎pasumno‬ ‪#‎sejarahhidup‬

2 comments:

Anonymous said...

Dalam islam hanya ada satu ajaran dan bukan dua...pendekatan TGNA dan hadi adalah terlalu jauh perbezaan..jadi yg mana satu betul?

habib abdul samad said...

..... maaf ..... artikel ini tiada isi ..... malah, kulit pun koyak rabak ..... entah apa yg penulis cuba sampaikan ..... tak sampai maksud .....

Popular Posts