>> 5 Terkini :

Tuesday 12 April 2016

Apakah MIC, MCA & HINDRAF adalah belaan Umno maka mereka tidak boleh disentuh?

Ruzaihan Junit


Prof. Dr. Ramasamy adalah seorang individu dalam DAP. FB postingnya adalah atas kapasiti individu. MIC, HINDRAF dan MCA adalah organisasi. Penentangan mereka adalah dalam bentuk organisasi.

Peliknya DAP dihentam kuat. Manakala hentaman terhadap MIC, HINDRAF dan MCA hanya sayup². Mengapa? Apakah MIC, MCA & HINDRAF adalah belaan Umno maka mereka tidak boleh disentuh?

Atau mungkinkah apa yang dikatakan oleh Khalid Abdul Samad bahawa ada orang yang mengambil kesempatan dari isu ini untuk kepentingan politik? Rasanya begitulah. Kerana selain DAP, AMANAH juga menjadi cercaan. Walaupun yang membatalkan program itu adalah IGP di bawah KDN yang mana Zahid Hamidi dari Umno adalah menterinya.

Aku mengutuk kenyataan Prof. Dr. Ramasamy. Tapi dalam masa yang sama aku tidak gemar dengan perbuatan menjadikan ini sebagai isu politik. Jangan bersifat hipokrit dalam isu ini.

Pun begitu, perlu diingat MCA, MIC & HINDRAF tidak lagi mewakili suara majoriti kaum Cina dan India. Kaum Cina dan India sekarang bersama PARTI BERBILANG KAUM DAP. Maka kita sebagai orang yang beriman jangan menghalakan api kemarahan secara borong. Ramai dari penganut Hindu, orang India dan Cina yang tidak mempunyai masalah dengan kehadiran Dr. Zakir Naik. Berhati² apabila menulis komen dan posting.

Selain dari itu, mari periksa diri. Kita membenci orang bukan Islam menggelar ulama kita. Pernah atau tidak kita berbuat perkara yang sama kepada agamawan mereka? Malah lebih teruk lagi, ada antara kita yang menggelar sesama muslim dengan gelaran yang buruk.

Ramasamy telah menyatakan kekesalannya. Tetapi orang Islam yang memberikan gelaran buruk kepada orang Islam yang lain, jangankan meminta maaf, menyesal pun tak pernah. Lebih jelek lagi, mereka berbangga dengannya. Apakah ini akhlak Islamiyah yang diperjuangkan?

No comments:

Popular Posts