>> 5 Terkini :

Thursday 3 March 2016

Jangan nafikan bahawa Presiden PAS Pertama ialah Ketua Biro Agama UMNO


Ada sesiapa nak nafikn fakta sejarah Presiden pertama PAS ialah Hj Ahmad Fuad?

Ada sesiapa nak nafikn Ahmad Fuad ialah Ketua Biro Agama UMNO seblum tubuhkn PAS pada 1951?

Ada sesiapa nak nafikan Ahmad Fuad tubuhkn PAS selepas kalah pemilihan Presiden UMNO setelah mencabar Tuanku Abd Rahman?

Org PAS sila nafikan fakta ini kalau berani..!

Suruh Ajk pas pusat dan dewan pemuda pas pusat jawab !!!

Jangan sembunyi fakta sejarah kpd ahli2 baru yg dok wala tak tawahala...mcm hangpa ja islam kat bumi malaysia ni...org lain semua tuduh lari akidah ,kafir dan murtad kalau x sokong hangpa!!

Pakat dok kena muhong ngan pimpinan hangpa laaaa...

CATATAN WIKIPEDIA :

Ahmad Fuad Hassan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Haji Ahmad Fuad Hassan merupakan ulama dan Pengerusi Badan Agama UMNO yang kemudian menjadi Yang DiPertua PAS (Ogos 1951 - September 1953).

Latar belakang[sunting | sunting sumber]

Ahmad Fuad seorang guru agama (Ustaz) yang berasal dari Terengganu. Beliau lepasan Maahad Ihya AssyariffGunung Semanggol dan menyertai UMNO pada 1950 dan dilantik mengetuai Bahagian Agama dan Pelajaran UMNO.

Meninggalkan UMNO[sunting | sunting sumber]

Sebagai Pengerusi Badan Agama Umno, beliau tidak rela membenarkan aktiviti judi loteri dan funfair bagi mengutip dana. Ketika itu banyak kelab malam atau penari kaberat Melayu di bandar-bandar besar untuk mencari rezeki . Beliau mencadangkan menubuhkan kesatuan ulama bagi menyatukan seluruh pendapat ulama di Tanah Melayu. Tulisan beliau bertajuk “Ulama Malaya Belum Bersatu & Belum Mempunyai Organisasi” tersiar dalam lidah rasmi parti -'Suara UMNO'. Katanya, para ulama bagaikan 'sampah' yang dihina dan tidak dihargai langsung kerana tidak ada kekuatan. UMNO pula mengabaikan nasib Natrah yang dimurtadkan pada 1950.
Ekoran itu, pada 15 Ogos 1951, Persidangan Ulama Tanah Melayu telah berjaya di adakan di Kuala Lumpur bagi membincangkan tuntutan tersebut serta merangka Perlembagaannya. Seterusnya pada 24 November 1951, Persidangan Ulama Kali Ke-3 telah di adakan di Bangunan UMNO Bagan Tuan Kecil (Butterworth), Seberang Prai,Pulau Pinang.Persidangan ini telah berjaya menubuhkan Persatuan Ulama Se-Malaya dan seterusnya ditukarkan kepada Persatuan Islam Se-Malaya (PAS) atas persetujuan ramai.
Ahmad Fuad menentang Tunku Abdul Rahman bagi jawatan Yang DiPertua UMNO selepas krisis kepimpinan Dato Onn Jaafar.Ahmad Fuad adalah rakan karib Onn Jaafar dan cara politiknya dipengaruhi oleh Onn Jaafar . Onn Jaafar sebagai bekas pegawai daerah Batu Pahat dan berjaya menyelesaikan sengketa kaum di Batu Pahat , mahu membawa bukan Melayu menyertai UMNO. Onn Jaafar meletak jawatan secara tiba-tiba kerana kecewa cadangannya ditolak ahli parti. Ketika itu Malaysia masih dalam darurat (1948-1960) di mana PKM mengangkat senjata, berjuang menentang pemerintahan semula British.

Presiden PAS[sunting | sunting sumber]

Ahmad Fuad dilantik sebagai Yang DiPertua PAS pada 1951 . Majalah tulisan Jawi, Qalam yang terbit di Singapura menyuarakan harapan agar PAS dapat mengukuhkan perkembangan agama Islam. Penubuhan PAs direstui oleh UMNO sendiri. Tambahan pula ketika itu dibenarkan keahlian dua parti. Ramai juga yang membantah tindakan ulama menubuhkan persatuan bercorak politik.
Cawangan pertama PAS ialah di Butterworth pada 9 Mac 1952. Cawangan lain ialah Kuala Kangsar (10 April 1952), Perlis (2 Mei 1952), Kerian (6 Julai 1952) dan Kuala Lumpur(13 Julai 1952). 16 cawangan ditubuhkan pada 1952 di seluruh Malaya dan Singapura.
Ustaz Amaluddin Darus dan Ahmad Yatim menubuhkan cawangan PAS di Pasir MasKelantan pada 23 Julai 1953 dan merupakan yang pertama di Pantai Timur.
Pada 4 Januari 1953Persidangan PAS diadakan di Kepala BatasSeberang Perai bagi mengukuhkan hala tuju parti politik .Antaranya mahu menubuhkan negara merdeka berciri Islam. Negar Islam ini hendaklah dicapai melalui sistem demokrasi. Undang-undang Islam dan pendidikan bercorak Islam akan diutamakan bagi kesejahteraan umat.
Pada 26 Ogos 1953, Persidangan PAS ke-2 diadakan di Madrasatul Ulum, Bagan DatohPerak . 600 perwakilan sekali lagi memberi mandat kepada Ahmad Fuad memimpin PAS.
Ketika ini, Ahmad Fuad dijemput menghadiri Persidangan Kebangsaan tajaan Datuk Onn Jaafar bersama tujuh orang Menteri Besar dan Persidangan Kebangsaan yang ditaja oleh Tunku Abdul Rahman (UMNO – MCA). Tujuan persidangan kebangsaan ini ialah bagi menyelaraskan usaha mencapai kemerdekaan , membincangkan status kerakyatan jus soli, hak mengundi dan sebagainya.
Pada 23 September 1953, Persidangan khas PAS diadakan di Tanah LiatBukit MertajamPulau Pinang bagi menentukan sikap PAS. Hasilnya PAS menyokong cadangan UstazAmaludin Darus menolak gagasan Dato Onn kerana mengiktiraf kerakyatan dan persamaan hak antara kaum . PAS menyokong gagasan Tunku Abdul Rahman (UMNO-MCA).
Ahmad Fuad adalah rakan rapat dan penyokong Onn Jaafar dan keputusan PAS itu melemahkan kepimpinannya. Onn Jaafar telah menubuhkan Parti Malaya Merdeka (IMP). Usaha Ahmad Fuad menggabungkan PAS dengan IMP telah ditolak. Oleh itu pada 23 September 1953 , Ahmad Fuad meninggalkan PAS dan menyertai IMP dan Parti Negaraapabila IMP dibubarkan.[1]

No comments:

Popular Posts