>> 5 Terkini :

Monday 28 March 2016

Dari seorang tokoh yang dikagumi akhirnya menjadi seorang manusia yang aku meluat akan strategi politiknya


Catatan ringkas bagaimana perubahan pandangan saya terhadap Hadi Awang menurut kronologi :-
.
1979 - 1997 ----- Saya sangat kagum dengannya.... bagi saya, tidak ada lagi orang lain yang sealim dia di Malaysia.... Dia ceramah sedap, baca khutbah Jumaat pun tak payah pakai teks.... dan saya sangat percaya dia pandai bahasa Arab.... Maknanya, sudah tentu dia faham seluruh ayat yang terkandung dalam al-Qur'an dan faham semua hadis... Itu yang membuatkan saya kagum sangat...... Ketika itu, saya percaya sesiapa yang tidak sokong PAS memang kafir, dan saya tidak solat di belakang imam yang diketahui menyokong UMNO.... (aku mohon keampunan Allah di atas kejahilan itu).
.
1998 - 2003 ----- Kekaguman saya terhadapnya mula hilang sedikit demi sedikit, kerana usia saya semakin matang dan sebenarnya tidak nampak di mana kehebatannya.... Tetapi saya tetap hormatkan dia.

2004 - 2007 ----- Saya mula ragu-ragu terhadap kemampuan dan kejujurannya dalam berpolitik, dan mula timbul was-was terhadap ajaran agama dan fahaman yang dibawanya.... Rasa hormat saya mula hilang sedikit demi sedikit, tetapi saya tetap menahan diri dari mengkritiknya secara terbuka.
.
2008 - 2013 ----- Saya mula percaya bahawa dia seorang yang tidak jujur, berpura-pura, berbuat khianat, dan cakapnya tidak boleh dipercayai.... Saya yakin dia bercakap bohong dan hatinya tidak ikhlas.... Saya mula meluat dengannya, terutama selepas PRU-2008.

2013 - 2015 ----- Rasa menyampah makin kuat bahkan sudah bertukar menjadi benci, terutama selepas PRU-13.... Selepas krisis MB Selangor, saya tidak percayakan dia sama sekali.... Saya anggap dia adalah seorang lebai yang jahat.
.
Sekarang ------ Melihat kepada telatahnya, terutama bila dia bercakap melalut-lalut tentang agama dan politik, dengan mengeluarkan falsafah yang entah apa-apa; dan yang terakhir sekali bila melihat video dia diusung di atas kereta kuda dengan melambai-lambaikan tangan...... 

Maafkan saya wahai Tuan Guru Hj Hadi Awang......

No comments:

Popular Posts