>> 5 Terkini :

Thursday, 21 July 2016

Isu 1MDB : Antara kehebatan Timb Pengarah FBI dan Naib Presiden Ulamak Dunia..??

Zolkharnain Abidin Al-Abyadhi


Tim Pengarah FBI, Andrew McCabe kata:

1. Sebahagian dana 1MDB telah diguna untuk membayar hutang perjudian di Las Vegas, hiasan dalaman di London dan membiayai jet Bombardier bernilai AS$35 juta.

2. Rakyat Malaysia ditipu pada skala besar-besaran dalam satu skim yang hampir berlaku di seluruh dunia. Malaysia terperangkap dalam hutang yg boleh menyebabkan muflis kerana penyelewengan ini.

3. McCabe orang FBI. Dia kafir. Jauh sekali berstatus ulama. Mana mungkin cakapnya dalam isu berkaitan Najib tanpa dua saksi adil boleh dipakai. Ikut Islam, dakwaan perlukan saksi.

4. Kita kena berpegang dgn prinsip Islam. Mustahil Najib membenarkan semua itu berlaku. Tiada sebab utk dia dijatuhkan. Berikan dia peluang utk bekerja utk negara ini.

5. Dia tidak bersalah sebab belum dihukum. Dia tak perlu letak jawatan sebab belum didakwa. Prinsip Islam, seseorang tidak bersalah selagi belum dibukti bersalah.

6. Kami tolak dakwaan McCabe sebab bercanggah dgn prinsip yg ulama kami ajar dlm isu ini. Tapi, dalam isu Selena, kami perlu tegas sebab itu mungkar. Jelas mungkar. Isu 1MDB belum jelas mungkar.

7. Sesiapa yg membantah kami, dia dikira membantah ulama. Sesiapa bantah ulama, dia dikira lawan Islam. Sesiapa yg lawan Islam, kecuali dia hafal nombor ahli parti kami, dia tak selamat.

8. Demikianlah adanya pendirian kami, dulu, kini dan selamanya sebab kami ada dasar. Hang pa tau ka...? Kami ada dasar... dasar... dasar...!

Tuesday, 19 July 2016

Solidariti untuk Erdogan dan Turki - Politik Lebai Yang Juga "Gila Harta Dunia"

Zolkharnain Abidin Al-Abyadhi
July 16 at 10:29am ·


1. Solidariti untuk Turki. Selama ini aku betul-betul anggap semua pemimpin utama Pas, kehidupan mereka sangat sederhana. Tidak memandang dunia apatah lagi mengambil kesempatan untuk menimbun harta.

2. Mereka betul-betul berjuang dan berkorban untuk Islam. Fokus mereka ialah Islam dan rakyat. Aku anggap mereka tiada masa utk fikirkan keselesaan diri kerana mereka gigih memikirkan urusan umat dan Islam.

3. Kalau mereka ada kereta, sekadar untuk boleh bergerak ke sana sini. Kalau ada rumah, sekadar untuk tidak kena hujan. Kalau ada tanah sekadar untuk tanam lima enam pokok cabai.

4. Itulah kepercayaan dan baik sangka aku kepada mereka. Dalam usrah itulah juga yg ditekankan. Ada pengikut yg tiada harta sanggup jual ibu ayam sedang mengeram dan kelapa tumbuh utk sara aktiviti Pas.

5. Selepas kes saman seorang YDP Pas bahagian di Kelantan, terdedah Mustafa Ali dan Abdul Halim ada ribuan ekar tanah atas nama peribadi (bukan milik parti?), aku jadi meluat dan melugai.

6. Aku rasa selama ini pengikut Pas diperbodoh dan diperkuda oleh pemimpin mereka yg hidup mewah. Jihad, pengorbanan hanya lagu yg didendang utk melalikan mata dan hati pengikut supaya perangai sebenar mereka tertutup.

7. Mereka pakai kereta besar, beli plat istimewa, rumah agam tersergam, beli gelar datuk, umrah dan melancong sana-sini atas nama seminar perjuangan Islam dan sebagainya. Apabila balik ke kampong, berceramah, mereka pun kobarkan semangat pengikut supaya berderma utk perjuangan. Itulah realiti.

8. Ada yg lebih bijak. Tampil dgn gaya ulama yg zuhud, pakai serban, jubah di depan pengikut, tapi di belakang pengikut mereka bersedap-sedap, bersenang-senang dgn kemewahan hidup. Siap naik flight first class, tidur di hotel 5 bintang, makan di restoran high class. Pengikut pula makan di bawah khemah di belakang pentas ceramah.

9. Aku dengki? Aku bukan dengki tapi aku meluat dgn kepuraan-puraan kamu. Aku melugai dgn kehipokritan kamu. Aku jelak dgn tipudaya kamu. Faham ke lebai?

10. Solidariti untuk Erdogan dan Turki.

Pendekatan politik perlu berubat ikut masa

Budiman Mohd Zohdi
KUALA LUMPUR - Arena politik tanah air perlu bersedia‎ untuk mencari pendekatan baharu dalam memenangi keyakinan rakyat, kata Ahli Parlimen Sungai Besar, Budiman Mohd Zohdi.

Mengambil contoh pendekatan 'iconic to fan', Budiman berkata realiti politik hari ini memerlukan ahli politik yang bukan sahaja efektif, tetapi juga perlu menjadi ikon kepada penduduk setempat serta mampu mencipta peminat di kalangan masyarakat setempat itu.

Katanya, pendekatan tersebut kini banyak digunakan oleh pemimpin popular dunia seperti Presiden Amerika Syarikat Barack Obama, Presiden Indonesia Joko Widodo dan Perdana Menteri India Narendra Modi.

"Contoh-contoh ini patut kita ambil kira kerana dunia politik yang sentiasa berubah," katanya dalam temubual program Ruang Bicara terbitan Bernama News Channel yang disiarkan secara langsung malam ini.

Pada PRK 18 Jun lepas, Budiman berjaya mempertahankan kerusi Parlimen BN Sungai Besar dengan majoriti 9,191 undi setelah mengalahkan pencabarnya Azhar Ab. Shukur (Amanah) yang meraih 7,609 undi dan Dr Abdul Rani Osman daripada Pas yang mendapat 6,902 undi.

Budiman yang juga Adun Sungai Panjang berkata, tamplet kemenangan di Sungai Besar, yang memfokus kepada kerjasama semua komponen parti BN, boleh digunapakai oleh BN untuk Pilihan Raya Umum (PRU) yang akan datang.

Sementara itu, Felo Penyelidik Majlis Professor Negara, Dr Muhammad Asri Mohd Ali menjangkakan BN mempunyai peluang baik untuk merampas semula pemerinthan kerajaan negeri Selangor yang kini diterajui pihak pembangkang pada PRU akan datang.

Katanya, ini berdasarkan perpaduan yang dinikmati oleh BN berbanding parti pembangkang yang dilihat masih mengalami kecelaruan kepimpinan.

Namun katanya, BN perlu memantapkan koordinasi, khususnya mengukuhkan kerjasama antara semua komponen parti.

"Umno di Selangor tidak berdepan dengan masalah kronik berbanding dengan komponen parti yang lain. Koordinasi perlu dibuat dengan baik," katanya.

Beliau berpendapat antara langkah persediaan awal yang boleh dibuat termasuk mengetengahkan calon lebih awal serta mampu berinteraksi dengan penduduk setempat secara konsisten dan efektif dalam usaha memenangi semula keyakinan pengundi terhadap BN. - Bernama

Saturday, 11 June 2016

Pengundi yang cerdik jangan layan sangat PAS sekarang.


Pengundi yang cerdik jangan layan sangat PAS sekarang.

Cukup dalam kempen bangkitkan isu rasuah dan penyelewengan Umno.

bahawa PAS dan Umno dah satu team sekarang. PH sebenarnya lawan UmnoPAS. Rakyat akan memihak AMANAH....

Tiba-tiba PAS serang DAP. Apakah kerajaan Terenggganu di bawah HAdi Bawang jatuh kerana DAP? Siapa yang hentikan bayaran royaliti kepada Terengganu?

-Royality tiba-tiba jadi wang ihsan. Wang ihsan ini pun tak sampai ke kerajaan PAS. Apakah dilakukan DAP atau Umno?
-Royalti kat Kelantan tak beri. Siapa yang sekat? DAP ke?
-Lebuhraya hanya sampai ke Terengganu. Kenapa tak sampai ke Kelantan? DAP punya arahan ke?
-Di Kelantan dan Terengganu apakah musuh PAS DAP? Yang bertanding Umno lawan PAS. Habis kenapa nak marah kat DAP?
-Kelantan pula apakah rakyatnya ramai Cina ke Melayu? Di Terengganu pun. Habis siapa yang kejam terhadap Kelantan dan Terengganu dulu?
-Yang menzalimi rakyat dengan GST tu DAP ke?
-Yang lesapkan RM2.6 billion tu DAP ke?

Saturday, 14 May 2016

Patutlah pimpinan PAS cakap dengan Umno sekarang nie lembut gusi dari lidah

Zolkharnain Abidin Al-Abyadhi


Husam dedah, mursyid am, presiden dan beberapa pemimpin parti yang mendakwa undi partinya dapat pahala pernah terima habuan daripada Umno. Bahasa politiknya, dedak.

Itu bukan mustahil. Foto dan kenyataan yg kita nampak dan baca adalah hasil kumuhan nikmat dedak itu. Sembunyi macam mana pun, hasil kumuhan tetap berbau.

Kalau undi parti itu dapat pahala, Umno yg bagi duit kepada pemimpin parti itu lagilah banyak pahala.

Takkan pula kita nak serang parti yang banyak pahala dan berjasa kepada kita.

"Boboi PKR" bersungguh-sungguh nak jatuhkan AMANAH nampaknya nie..!!

Abe Awang Malaya


Nampak pada gaya Boboi, memang bersungguh betul dia nak letak calon PKR di Sungai Besar....... Boboi memang sengal.... Pertama, Boboi tak peduli samada pimpinan PKR lain setuju atau tidak untuk bertanding di Sungai Besar.

Kedua, Boboi harap PAS setuju dengan kerjasama yang telah dirundingkan dengan Stopa Ali, iaitu PAS bertanding di Kuala Kangsar sahaja, manakala PKR bertanding di Sungai Besar.... Tapi lebai PAS yang lain tetap mahu PAS bertanding dua-dua.

Jadi, apa tujuan Boboi yang sebenar, siang-malam berada di Sungai Besar sekarang...?

Menurut bacaan aku, sebenarnya Boboi hendak memampuskan Amanah... Boboi masih bermimpi untuk bersama dengan DAP dan PAS seperti Pakatan Rakyat dulu..... Boboi rasa kedudukannya tenggelam atau terancam, kalau bersama Amanah, kerana pemimpin Amanah semuanya orang cerdik..... Boboi lebih selesa duduk bersama lebai PAS, sebab lebai PAS semuanya bodo-bodo belaka.... senang Boboi nak kelentong.

Kalau pun PKR tak bertanding di Sungai Besar, Boboi pergi sana untuk hasut pengundi supaya jangan undi Amanah.

Tuesday, 3 May 2016

Soalan : Kenapa kamu suka kata dan kutuk Presiden PAS..?

Mat Alishah
·

Kamu tanya aku jawab..

Soalan : Kenapa kamu suka kata dan kutuk Presiden PAS..?

Aku jawab : cuba bezakan dahulu yang mana kata yang mana kutuk dan yang mana persoalan..... 

rasanya kata, kutuk dan persoalan adalah 3 maksud yg berbeza.....

Jika kata sudah pasti ayat dia tak berapa manis didengar iaitu seperti kamu barua, jebon, walaun, syaitan....itu maksud mengata...

Manakala kutuk pulak sama juga ayatnya tak berapa manis didengar iaitu seperti kamu boroi, kamu kaki ponteng, kamu bengong...itu maksud mengutuk...

Tapi sekarang aku kemukakan persoalan dimana kenapakah presiden pas bawa pindaan akta 355 tanpa memberikan penjelasan dalam mesyuarat ajk pas pusat dan pimpinan pakatan rakyat....ini persoalan yg ditanyakan.... ini kerana hasil dari keputusan membelakangkan ajk parti sendiri dan pimpinan pakatan rakyat maka telah berlaku salah etika persetujuan dalam parti dan pakatan rakyat... disebabkan tidak bawa dahulu dalam mesyuarat pimpinan pakatan rakyat maka DAP membuat keputusan untuk memutuskan hubungan dengan Presiden PAS dan meneruskan hubungan dengan PAS....

Ini juga kerana keputusan AJK Hudud antara kerajaan pusat dan Kelantan menetapkan bahawa yg membawa pindaan ini ialah menteri di jabatan perdana menteri iaitu Jamil Khir dimana menteri mudah berhubung utk menjelaskan kpd pihak Majlis Raja2 dan juga di bawa dalam Dewan Rakyat... tapi kenapa Presiden PAS melanggar semua keputusan ini dan pergi kemukakan secara private bil di parlimen.... ini dikatakan persoalan....

Jadi tak ada langsung ayat mengata dan mengutuk disini...yg ada hanyalah persoalan....

Faham laa nooo....

note : boleh tolong SHARE kan di wall anda supaya ada kawan2 boleh jawab akan persoalan ini....

Monday, 2 May 2016

Program PH dengan MAHATHIR tak dapat sambutan di Alor Setar semalam...!!

Tok Usin UG Ceroi 







Kedah adalah negeri melayu islam yg hampir 100%. Negeri ini parti tok kuat, byk jentera parti tok kat sini. Buktinya parti tok pernah jadi MB negeri kedah sepenggal.

Mlm tadi geng2 anti Najib buat program. Geng2 tok tentulah tak pergi sbb guru tok dah keluarkan fatwa bahawa haram jatuhkan Ulil Amri seblm Praya. Oleh kerana tiada campurtangan parti tok, maka program mereka hanya dihadiri seramai 200 orang je.

Apa yang berlaku pada pemilihan PAS di MUKTAMAR tempohari kini berjangkit pemilihan Pemuda PAS Tebrau

APA KHABAR PAS TEBRAU?

Oleh: Dr Tanaka Mustafa


1) Apa khabar PAS Kawasan Tebrau? Kedengaran sesuatu yang kurang enak dari sana. Krisis label-melabel masih subur sehingga secara zalim sehingga lebih kurang 9 jawatankuasa pemuda 'disingkir'?

2) Dengan hanya melabel mereka sebagai 'PAN', mereka disingkir tanpa bukti yang kukuh. Gerombolan 'Ustaz' lepas timur tengah yang mendakwa kumpulan mereka sebagai 'group istiqamah' dalam group whatsapp mereka berjaya menguasai kepimpinan pemuda kawasan tersebut dengan cara EGM yang dirancang.

3) Kumpulan 9 pemuda yang 'disingkir' dan dilabel sebagai 'PAN' tersebut bukan sahaja tidak dijemput dalam EGM tersebut, bahkan mereka di KIV dan kononnya akan dipanggil untuk memberi baiah semula kepada kepimpinan kawasan.

4) Pihak saya dimaklumkan bahawa kepimpinan pusat sudah sedia maklum bahawa 9 mereka itu bukanlah PAN, tetapi kumpulan ustaz terjun ini melakukan 'pembersihan' dan seolah-olah direstui oleh PAS Kawasan dan Negeri.

5) Jika ia benar-benar berlaku seperti maklumat yang saya dapat, ia amat memalukan dan mengecewakan. Saya mengenali beberapa figur dalam 9 yang dituduh PAN tersebut, dan saya boleh jamin bahawa mereka memang bukan PAN.

6) Takkan kerana hanya disebabkan salah seorang daripada mereka pernah bekerja di bawah Mazlan Aliman dalan Anak, dia terus dituduh sebagai PAN? Takkan hanya berbeza pendapat, mereka dituduh PAN?

7) Saya mendapat maklumat bahawa Pasti Tebrau adalah organisasi Pasti terkaya dengan keewangan. Juga Pasti pertama yang menubuhkan sekolah untuk kesinambungan pelajar Pasti yang mahu terus berada dalam sistem pendidikan yang sama.

8 ) Pasti Tebrau adalah di bawah kelolaan pemuda pas kawasan Tebrau. Apakah ada tujuan lain mahu menguasai keewangan Pasti dengan cara halus? Saya tidak menuduh. Saya tarik balik pertanyaan ini jika ia disalah anggap sebagai menuduh.

9) Pemegang jawatan yang baru dilantik secara EGM yang menggantikan 9 orang yang disingkir seolah-olah mahu melakukan pembersihan pentabiran lama, sehinggakan tidak mahu langsung merujuk kepada 9 orang yang disingkir samada pengalaman mahupun buah fikiran.

10) Apakah mereka anggap mengurus sebuah Pasti itu mudah, lebih-lebih lagi mereka tidak pernah hadir dalam mana-mana program yang dianjur oleh pemuda 9 orang tersebut.

11) Mengurus Sukan Pasti sahaja sudah membuat anda gelisah, inikan pula mengurus sebuah Pasti yang mempunyai agenda dan perancangan yang lebih sistematik berbanding PAS kawasan itu sendiri.

12) Untuk pengetahuan, saya bukan daripada mana-mana individu dari Johor, apatah lagi dari Tebrau. Saya adalah Dr Tanaka Mustafa, memberi ingatan, bahawa kerusi PAS DUN Puteri Wangsa dalam Parlimen Tebrau akan tersungkur jika anda terus bersikap ghuluw dalam melabel rakan seperjuangan.

13) Saya tidak anggap anda sebagai team istiqamah, kerana anda baru saja terjun ke dalam medan. Istiqamah adalah team yang sudah lama di medan dan terus bertahan dalam medan perjuangan walau arus melanda hebat sewaktu ribut PAN berlaku.

Sekian

p/s: Artikel ini ditulis bukan untuk memburukkan PAS, tetapi adalah untuk membuka minda anda bahawa jika dalam PAS masih ada spesis seperti dalam artikel di atas, PAS jangan bermimpi untuk menang. Jangan menyalahgunakan label "istiqamah" untuk melingkupkan Parti.

p/s: Artikel ini juga bertujuan meminta cakna dan kebijaksanaan Pemuda Pusat untuk memberi perhatian. Anda tidak boleh membiarkan kurap kecil menjadi nanah. Ia boleh barah dan merosakkan PAS. Harapan PAN untuk melihat PAS rosak akan menjadi kenyataan jika kurap-kurap tidak dikikis.

Thursday, 28 April 2016

Ustaz Muda PAS pertikai calon OKU Amanah yang tidak cukup syarat nak jadi pemimpin





Zolkharnain Abidin Al-Abyadhi

Ada al-ustaz Pas yang perlekeh calon Amanah yang berkelainan upaya (OKU). Siap rujuk kitab al-Mawardi. Maklumlah, dia al-ustaz tentulah rujuk kitab.

Wahai al-ustaz, semua orang atas dunia ini ada kecacatan masing-masing kecuali para nabi. Al-ustaz juga ada kecacatan cuma orang tak nampak dan al-ustaz tutup tak bagi orang nampak.

Kebetulan kecacatan (baca kelainan) calon Amanah tersebut tak boleh ditutup, jadi al-ustaz nampaklah.

Syeikh Ahmad Yasin memimpin Hamas semasa berkerusi roda. Syeikh Ben Baz, mufti Arab Saudi tak mampu melihat. Calon Amanah tersebut bukan nak pimpin peperangan sehingga memerlukan dia segagah The Rock.

Saya harap al-ustaz baca kitab bukan tulisannya saja tapi fahami maksud, tahu latarbelakang, fahami objektif dan ambilkira realiti.

Kalau tidak begitu jadi macam binatang pemikul kitab yang Tuhan sebut dalam al-Quran.


Che Ibrahim Mohamed 

Mohd Mahyuddin Mohd Yusoff:

1. Arwah Ust Zulkifli Mohammad, MP Bachok/NYDP Pas Pusat adalah seorang OKU,
2. Arwah Ust Azizan, mantan MB Kedah telah hilang upaya ( hilang penglihatan) semasa bertanding dlm PRU 13,
3. Wakil Rakyat bukan bertaraf khalifah spt yg digambarkan oleh imam al Mawardi, mereka hanya pembantu khalifah.
4. Al qawi (kuat) dan al amin(amanah) tidak merujuk kpd kekuatan fizikal semata2, tetapi termasuk moral dan spiritual. Kecacatan moral dan iq lebih mudharat drp kecacatan fizikal.
5. Seorang wanita yg sempurna anggotanya dianggap lebih "cacat" berbanding seorang lelaki yg cacat di segi kesaksian dlm Islam kerana kesaksian dua orang wanita baru dianggap sama dgn kesaksian seorang lelaki.

Jika seorang lelaki cacat dianggap tidak layak menjadi pemimpin, maka wanita makinlah tidak layak, jgnlah menjual agama demi politik murahan.

Saturday, 23 April 2016

Cikgu Man Adun Lunas dikatakan dah jadi kera sumbang sekarang disebabkan wala' pada Azmin & PAS

Gua Terjah



Cikgu Man Adun Lunas dikatakan dah jadi kera sumbang sekarang disebabkan wala' pada Azmin & PAS

-Abe Awang Malaya

Amacam Cikgu Man YB Lunas....? Pak menakan aku yang duk Kulim mai habaq, hang dah jadi kera sumbang la ni..... Betoi ka...?

Tulah.. aku tak gabuih kepala hang pun, yang hang gatai pungkoq pi kutuk aku pasaipa...? Aku tak payah nak pedajai hang pun, tapi aku cuma habaq kat orang 2 benda yang hang sendiri tulis.

Pertama, hang duk rasa yang Anwar Ibrahim tu parti hang yang punya, orang yang tak masuk parti hang tak boleh sokong Anwar.

Kedua, hang duk cerita kat orang yang PKR nak kerjasama dengan PAS, hang ingat orang Kedah bodoh sangat kaaaa...?

Bila orang tau, aku dengaq cerita kemarin hang pi dinner, hang duk satu meja dengan puak hang yang jadi kartel Azmin saja, tak dak orang pun mai tegoq hang.... Hang betoi2 jadi macam kera sumbang.

Masa Saifudin ceramah, hang tak berani nak naik atas stage kan... hang sebagai YB cuma duk kat bawah saja....... Saifudin perli hang, dia habaq : "Kita bertanding pilihanraya untuk tumbangkan UMNO, kita nak jadi pemerintah, bukannya nak jadi penasihat...!"

Semua orang, tak kira Melayu, Cina dan India, semua pakat tepuk tangan..... hang nak cakap apa... awat duk kemut juboq sorang2?

Sepupu aku yang duk Bandar Baharu habaq, cuma ada 3 orang saja pemimpin PKR Kedah yang nak kerjasama dengan PAS..... Adun Lunas (hang lah), Adun Bukit Selambau dan Haji Nasrul, Ketua Cabang Kubang Pasu...... Yang lain semua sokong Pakatan Harapan.

La baru hang tau langit tinggi ka rendah....

Thursday, 21 April 2016

Deklarasi Rakyat.. Bebaskan Anwar... Turunkan Najib... Kalahkan BN...Teruskan memberi tekanan...

DEKLARASI RAKYAT DAN KEMPEN BEBASKAN ANWAR


Walaupun ada yg cetek pemikiran mereka mendakwa sesiapa yg menyokong Deklarasi Rakyat untuk menjatuhkan Najib maka mereka ini telah melupakan Anwar, namun bagi aku Deklarasi Rakyat itu lahir dari semangat atau roh DS Anwar itu sendiri.

Sebelum Anwar disumbatkan ke dalam penjara, Anwar sendiri mahu Najib letak jawatan ataupun diundurkan. Kelantangan Anwar itu mengakibatkan sekali lagi beliau terpenjara. Namun, semangat Anwar disambung pula oleh Kak Wan, isterinya yg juga Presiden KEADILAN dan juga Ketua Pembangkang. Maka, Kak Wan melalui Parlimen telah membuat ucapan di antara lain menyebut...

" Selamatkan Malaysia wajib bermula tanpa mengira apa jua fahaman politik mereka".

Kak Wan mencuba dengan kaedah membawa usul di Parlimen untuk menolak bajet yang dibentangkan oleh Najib. Sejarah tercipta melalui Kak Wan. Menolak bajet ini adalah usaha simbolik untuk mendesak Najib letak jawatan. Usaha ini telah dijangka sukar namun usaha perlu dibuat.

Kini, telah diwujudkan Deklarasi Rakyat yang menjurus kepada mendesak agar Najib diturunkan dan terkandung di dalamnya beberapa tuntutan lain termasuk melakukan reform ke atas sistem yg telah rosak teruk termasuk reform terhadap institusi kehakiman.

Adakah menyokong Deklarasi Rakyat maka bererti kita tidak lagi berjuang untuk membebaskan Anwar? Sebelum ini kita giat melakukan kempen "Bebaskan Anwar" dan kempen ini masih berjalan dan aku di antara yg menandatangani menyokong pembebasan Anwar dan berkempen ke arah itu. Ke mana saja aku pergi, samada bertemu teman2 atau berceramah, isu Anwar tidak lekang dari mulut aku. Jujurnya, aku mula bersama Pembangkang tegar semenjak 1998, era reformasi, walaupun waktu itu aku masih berkhidmat di dalam tentera.

Aku menggunakan segala yang aku ada, samada melalui ceramah2 yg aku dijemput, samada melalui media sosial dan juga radio KOBAT FM yg aku selia, aku tidak pernah lupa insan bernama Anwar. Aku percaya bukan hanya ada satu atau dua kaedah saja yang boleh kita lakukan untuk memperjuangkan nasib Anwar. Tentu ada kaedah2 lain yang boleh kita cuba dan usahakan.

Kita telah mencuba dengan demonstrasi, kita cuba dengan kempen pembebasan Anwar, kita menulis tentang Anwar dan kita bercakap tentang Anwar. Sekarang diwujudkan pula Deklarasi Rakyat yang sememangnya amat digeruni oleh Najib. Najib takut dengan Deklarasi Rakyat ini kerana Deklarasi Rakyat ini telah berjaya menarik penyokong2 Umno sendiri untuk menentangnya.

Media2 kawalan Umno memainkan propaganda bahawa Deklarasi Rakyat itu adalah Deklarasi Mahathir - Kit Siang. Mereka mendakwa Mahathir telah digunakan oleh Pembangkang untuk menjatuhkan Umno/Bn. Peliknya, ada di kalangan kita pula mendakwa Pembangkang telah dipergunakan oleh Mahathir. Najib dan Umno takut kepada Deklarasi Rakyat yang akan memusnahkan dirinya dan Umno, tetapi kita jadi bodoh apabila kita takut kepada Mahathir 'pencen' yang menyokong kita. Pelik kan?

Deklarasi Rakyat aku sokong kerana aku yakin selagi Najib menjadi PM, usah berangan untuk kita bebaskan Anwar. Selagi sistem kehakiman tidak diperbetulkan, kita pasti berangan2 untuk melihat Anwar bebas segera. Kita kumpul jutaan tandatangan untuk bebaskan Anwar, namun yang paling penting Najib mesti turun segera dan perbetulkan sistem yg ada.

Walaupun ada kempen menandatangani Deklarasi Rakyat untuk jatuhkan Najib, kempen menandatangani pembebasan Anwar tidak boleh kita hentikan. Di mana saja kita berada dan apa jua program yang kita buat, isu Anwar mestilah dibawa terutamanya oleh pimpinan2 kita. Kita perlu sedar, majoriti yg menyokong Deklarasi Rakyat itu mahu Najib turun, mahu sistem negara ini diubah dan secara tidak langsung usaha untuk membebaskan Anwar lebih cerah.

Wfauzdin NS

Tuesday, 19 April 2016

Alhamdulillah... dengan menangnya Ustaz "TALIBAN" Kes Saman maka terbuktilah Keluar PAS tak jatuh kafir

Ustaz Norazli Musa Menang Kes Saman.


Alhamdulillah. Allahu Akbar.

Keputusan Perbicaraan Kes Saman Fitnah Ustaz Norazli Musa Presiden Geng Ustaz terhadap Ahmad Syihan Ismail di Mahkamah Seksyen Kota Bahru Kelantan hari ini 19 April 2016.

Ustaz Norazli Musa diwakili oleh peguam Tetuan Srihana dan Partners.

Mahkamah mendapati bahawa pihak defendan telah menerbitkan kata-kata fitnah dalam facebook beliau iaitu " cermah di Jelai semalam Norazli Taliban kata sape Keluar Jamaah Islam ( PAS ) jatuh kafir " yg tidak pernah disebut oleh Ustaz Norazli Musa dlm ceramah beliau.

Terbitan kata-kata fitnah itu telah menyebabkan persendaan dan cemuhan masyarakat umum terhadap plaintif Ustaz Norazli Musa yang tidak pernah menyebut hal berkaitan.

Mahkamah telah memutuskan dan membenarkan tuntutan dan memberikan gantirugi am serta teladan sebanyak RM 50 ribu beserta kos perbicaraan RM 4450 dan juga defendan dikehendaki membuat permohonan maaf.

Kami Geng Ustaz mengucapkan kesyukuran kehadrat Ilahi atas keputusan ini dan pihak kami menganggap ini adalah satu kemenangan moral kepada Ustaz Norazli Musa dan juga Geng Ustaz.

Terima kasih daripada pihak Geng Ustaz ucapkan kepada pihak peguam yang bertungkus lumus bagi mewakili Ustaz Norazli Musa dan juga kepada sekalian para pimpinan Geng Ustaz yang senantiasa memberi sokongan padu kepada Presiden Geng Ustaz. Dan tidak dilupakan juga kepada penyokong dan pendokong Geng Ustaz yang tidak henti-henti mendoakan agar ditunjukkan kebenaran.

Semoga Allah menetapkan kita atas kebenaran dan melenyapkan kebatilan.

Catatan
Ustaz Muhammad Najhan Halim
Timbalan Presiden
Pertubuhan Pendokong dan Pencinta Ulamak
( GENG USTAZ )
19 April 2016M / 14 Rejab 1437H

Bersemangat Haji Hadi kata PAS nak lawan DAP.. tapi hakikatnya jadi "BARUA UMNO"

Ipoh Mali


Bersemangat Haji Hadi, PAS nak lawan DAP.. kata depa nak letak calon DHPP kat semua kerusi DAP.. tapi bila tiba PRN Sarawak.. hanya 1 kerusi jer lawan DAP.. yg lain nya kerusi PKR.. kenapa hanya lawan 1 Kerusi jer dgn DAP ? kenapa depa lawan lebih 8 kerusi PKR .walaupun di kata PKR itu rakan kepada PAS.. PAS yg dulu mengisytiharkan bertanding di lebih 8 kerusi PKR.. Apakah PAS takut dengan DAP.. ?? jawapan nya tidak , PAS bukan takut dgn DAP.. tetapi PAS hanya mahu membantu BN(UMNO) memecahkan Undi Pakatan Harapan.. 

Kalau dia lawan kerusi DAP, PAS hanya akan memecahkan Undi Bumiputera.. dan ini akan sebabkan DAP menang mudah.. PAS hanya mahu selamatkan BN.. mereka lah Khadam BN yg sebenar..

Jadi Percaya lah Saudara Saudara ku sekalian.. kita menentang PAS bukan sebab dasar dia Islam, tetapi kita menentang PAS sebab mereka barua UMNO, Itu lah yg akan dilakukan PAS di Semenanjung.. mereka hanya jalankan agenda pecahkan Undi Pembangkang.. Bersedia lah kita untuk menentang golongan Khawarij ini menjelang PRU14..

‪#‎selamatkanmalaysia‬ ‪#‎pakatanharapan‬ ‪#‎pasumno‬ ‪#‎harapanbaru‬ ‪#‎prnsarawak‬

Thursday, 14 April 2016

FENOMENA ZAKIR NAIK.. APA YANG NAIK APA YG TURUNNYA.....

Mat Alishah


Bawak Dr ZAKIR NAIK ceramah di Terengganu....so far berjalan lancar dan tiada bantahan.... Namun ada satu program di Melaka berforom dalam tajuk "PERSAMAAN HINDU & ISLAM".....

dari tajuk tersebut penganut HINDU spt HINDRAF, MIC & RAMASAMY DAP membantah sebab datang nak samakan HINDI & ISLAM...Bagi penganut HINDU sudah pasti agama HINDU depalah yg terbaik...

IGP masuk campur suruh batalkan program di MELAKA...sebab dia bagi alasan nie semua punca nak gaduh antara HINDU & ISLAM...

Memang api kemarahan dah tercetus dan IGP jadi punching beg nya termasuk DAP kerana org akan anggap apa RAMASAMY tu kata adalah kenyataan rasmi DAP...sedangkan RAMASAMY tu up status dalam page fb dia sahaja dengan menyamakan ZAKIR NAIK sebagai SATAN...namun beliau edit semula dan mohon kekesalan sebab panggil guna ayat SATAN tuu...

kemudian timbul pulak twit LIM GUAN ENG yang dipalsukan mengatakan komen berkenaan ZAKIR NAIK sehingga ULAMA PAS & PJ PERAK pun turut viralkan walaupun ia palsu... modus operandi dia ialah masing2 mencari politikal millage...walaupun ia tweet palsu yg direka oleh entah sapa2...

Bab tu biaq depa handle la sapa suruh bodo layan provokasi musuh..DAP si RAMASAMY pun BODO dan MOKTAR SENIK & PJ RAZMAN tu pun 2X5......

skrg cuba lihat siapa jadi hero....dimana KDN aka ZAHID masuk tengah dan kata kerajaan bagi kebenaran program diteruskan cuma tajuk saja diubah untuk tak ada pertelagahan....

Sepatutnya bab tajuk nie dah bincang awai dah pon...mcm kes kayuh gerek dapat johan RM30 tuu...takan penganjur tak pikiaq kesan jika buat camtu....

skrg sapa sapa jadi hero... Kerajaan BN yg baik tulah sebab depa bagi arahan kat IGP jangan ganggu program DR ZAKIR di Malaysia cuma tajuk sahaja yg perlu dijaganya supaya tak menyentuh yg lain...

dan timbul pulak dalam BERITA HARIAN bahawa DR ZAKIR NAIK gembira apabila tentangan itu membuka mata dua parti politik Islam di Malaysia iaitu UMNO dan PAS untuk bersatu. (KLIK SINI : http://www.bharian.com.my/node/143241 )

NAH TERRA NIE PUNYA KELAKU DOK ADA HANGPA TAK NAMPAK LAGI MAINAN DEPA.....

TAHNIAH BN ANDA MEMANG HEBAT
DISAMPING SUMBANGAN SAHABAT NASIHAT ANDA
JUGA DENGAN KEBODOHAN PIMPINAN DAP MASUK PERANGKAP
SERTA TAHNIAH PADA AMANAH N PKR SEBAB TAK MELATAH

Orang PAS masih buat tak faham "Kes PIL KUDA HAJI HADI"..ini penjelasannya...!!



kes mahkamah pil kuda ahari tu, ialah di mana salah seorang bekas calon PKR cuba membuktikan bahawa Hadi tuju tuduhan pil kuda kat dia. tapi dia gagal kerana alasan Hadi, Hadi menuduh tak sebut nama.

dengan kata lain, Hadi tetap menuduh calon PKR pil kuda, cuma si Shamsul tu gagal buktikan Hadi tu tuduh kat dia.

walaupun Shamsul dilihat kalah, namun Shamsul boleh tarik nafas lega bahawa beliau bukanlah pengedar pil kuda yang Hadi maksudkan.

kesimpulannya, tuduhan pil kuda tetap berlaku, dan sampai hari ni Hadi tak beritahu siapa dan beri bukti. dan kalau benar Hadi ada bukti pengedar pil kuda, maka Hadi patut berikan kepada pihak polis, dan sudah tentu dengan bukti yang lengkap oleh Hadi, polis patutnya sudah boleh buat tangkapan.

persoalannya, ada tangkapan ke tidak?
dengan kata lain, Hadi tak serahkan maklumat tu kepada pihak polis, secara tidak langsung Hadi bersubahat dengan penjenayah.

Wednesday, 13 April 2016

Ramasamy tu posting atas kapasiti peribadi ka atas nama parti DAP..???

ذوالحزم شاريف
12 hrs · Batu Caves (town) ·



"Bagi Hindraf, MIC dan DAP, datanglah berdepan dengan Dr Zakir di forum terbuka. Jika beliau ada memperlekehkan agama lain ketika forumnya, maka tindakan boleh diambil selepas itu" - Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man.

Hoi...... Apa pulak kena mengena dengan DAP??? Hanya kerana seorang manusia bernama P Ramasamy habis semua DAP hangpa nak hayun ka??

Kami dalam DAP bukan walaunta mcm hangpa.... Kami bukan jenis taat pemimpin babi buta macam hangpa.... P Ramasamy tu bercakap atas kapasiti peribadi dia bukan atas nama DAP...

Kami bukan macam Presiden hangpa yang setiap kalamnya adalah kalam parti walaupun dia bercakap atas kapasiti peribadi tapi tetap menjadi kalam parti.

Kami ada beza antara parti dengan peribadi. Kalau parti salah sekali pun kami kata salah. Kami akan perbetulkan bukan menutup kesalahan macam hangpa.

DAP tidak pernah memperlekehkan sebarang agama baik Islam, Hindu, Budha, Kristian dan lain-lain.

DAP mengangkat dan mempertahankan Perlembagaan Malaysia yang memperuntukkan Islam sebagai agama rasmi.

BERANI BERUBAH.

Zulhazmi Shariff
Ahli Biasa DAP

Apabila SEPAHTU dilihat lagi mulia dari manusia yang mengaku ULAMA & PEJUANG politik dalam negara

Mat Alishah



Bila dok menonton SEPAHTU REUNION nampaknya ada pengajaran disitu jika manusia itu bijak menggunakan akal yg ada....

sewaktu mula berpisah dahulu...masing2 dengan haluan masing2... JEP & SHUIB dengan nama baru SEPAHTU & MAMAT dengan gerak solo....

namun kini mereka bersama dalam satu rancangan komedi SEPAHTU REUNION dimana dalam tu MAMAT dijemput sekali bersama kawan2 baru SEPAHTU iaitu RAHIM, ELIASA dan kawan2 yang lain....

Pengajaran disini budak2 muda yg dok layan komedi pun berjiwa besaq boleh bersama semula untuk bekerja sama untuk buat program demi nak menghibur serta demi kesinambungan komedi mereka...

Kini berbalik pada sahabat dahulu yang pernah bersama namun kini terpisah diatas sebab2 yang tak dapat dielakkan....walaupun berpisah mereka tetap ada pengikut yang masih lagi satu jiwa satu hati dan satu matlamat iaitu menumpaskan BN yang memerintah negara...

Jika mereka yang dialiran komedi boleh berjiwa besar kenapa kita yang belajar agama bergelar ulamak bergelar pendakwah bergelar pejuang bergelar fighther untuk menentang BN tidak bolehkah semua juga berjiwa besar untuk bersama2 bergerak untuk menumpaskan BN demi untuk kebaikan semua rakyat Malaysia dan kebaikan untuk mengangkat ISLAM setinggi2nya....

Apabila mulut orang yang dikatakan ULAMAK tak reti nak jaga...

Aris Awang
2 hrs · Alor Setar ·

BismillahirRahmanirRahim



JANGAN MARAH JIKA TINDAKAN ANDA DI IKUTI OLEH BUKAN ISLAM KERANA MENYANGKA IA MEMANG SURUHAN AGAMA KERANA KAMU ADALAH PEMUKA AGAMA.

1. Ulamak Deoban kata cara dakwah Zakir Naik macam Syaitan - rujuk link
http://islamicresearchmission.blogspot.my/2012/10/deobandi-fatwas-on-dr-zakir-naik-author.html?m=1

2. Perwakilan Ulamak PAS kata kepada ahlinya sendiri Syaitan dalam Muktamar Ulamak hanya kerana berbeza pendapat. (Ada petikan berita Sinar di bawah)


3. Presiden PAS kata Barua kepada 2 orang wakil rakyat PAS Selangor yang tidak ikut kemahuannya dalam isu MB Selangor. Saya duduk baris paling hadapan semasa hari kejadian (Cari sendiri dalam youtube)


4. Mufti Kedah kata Biawak kepada mereka yang tidak sealiran dengannya. (Cari sendiri dalam youtube)


Hasilnya amat lumayan, maka kamu berjaya melahir seorang anak murid yang patuh kepada gurunya iaitu Prof. Ramasamy yang berhujah saling tak tumpah seperti kamu.

Tahniah kerana anda semua mendapat seorang murid yang bijak.

Nota: Marilah kita umat Islam hidup dengan penuh kasih sayang dan menegah lidah mengeluar ucapan kesat serta kasar walaupun kita berbeza guru, berbeza sekolah/pondok/universiti, berbeza kitab rujukan, berbeza sumber ambilan, namun kita sujud kepada Allah Yang Maha Esa, berasulkan Muhammad saw, berkiblatkan Kaabah, beriman akan adanya Hari Kebangkitan.

Tuesday, 12 April 2016

Apakah MIC, MCA & HINDRAF adalah belaan Umno maka mereka tidak boleh disentuh?

Ruzaihan Junit


Prof. Dr. Ramasamy adalah seorang individu dalam DAP. FB postingnya adalah atas kapasiti individu. MIC, HINDRAF dan MCA adalah organisasi. Penentangan mereka adalah dalam bentuk organisasi.

Peliknya DAP dihentam kuat. Manakala hentaman terhadap MIC, HINDRAF dan MCA hanya sayup². Mengapa? Apakah MIC, MCA & HINDRAF adalah belaan Umno maka mereka tidak boleh disentuh?

Atau mungkinkah apa yang dikatakan oleh Khalid Abdul Samad bahawa ada orang yang mengambil kesempatan dari isu ini untuk kepentingan politik? Rasanya begitulah. Kerana selain DAP, AMANAH juga menjadi cercaan. Walaupun yang membatalkan program itu adalah IGP di bawah KDN yang mana Zahid Hamidi dari Umno adalah menterinya.

Aku mengutuk kenyataan Prof. Dr. Ramasamy. Tapi dalam masa yang sama aku tidak gemar dengan perbuatan menjadikan ini sebagai isu politik. Jangan bersifat hipokrit dalam isu ini.

Pun begitu, perlu diingat MCA, MIC & HINDRAF tidak lagi mewakili suara majoriti kaum Cina dan India. Kaum Cina dan India sekarang bersama PARTI BERBILANG KAUM DAP. Maka kita sebagai orang yang beriman jangan menghalakan api kemarahan secara borong. Ramai dari penganut Hindu, orang India dan Cina yang tidak mempunyai masalah dengan kehadiran Dr. Zakir Naik. Berhati² apabila menulis komen dan posting.

Selain dari itu, mari periksa diri. Kita membenci orang bukan Islam menggelar ulama kita. Pernah atau tidak kita berbuat perkara yang sama kepada agamawan mereka? Malah lebih teruk lagi, ada antara kita yang menggelar sesama muslim dengan gelaran yang buruk.

Ramasamy telah menyatakan kekesalannya. Tetapi orang Islam yang memberikan gelaran buruk kepada orang Islam yang lain, jangankan meminta maaf, menyesal pun tak pernah. Lebih jelek lagi, mereka berbangga dengannya. Apakah ini akhlak Islamiyah yang diperjuangkan?

Monday, 11 April 2016

APABILA ULAMAK PAS buat posting melulu fitnah AMANAH dalam ISU Dr ZAKIR NAIK



eishhh takan kerana mamat yg thah tak tahu mana hujung pangkalnya terus saya nak keluaq AMANAH... thah mamat nie akaun FAKE pun mana kita tahu yang sampai ambik kenyataan beliau terus hukum itu kenyataan AMANAH...

Jika benar sekali pun itu masih lagi kenyataan beliau dalam kapasiti bagi pihak beliau aka INDIVIDU..dan tak semestinya itu mewakili bagi diri untuk kenyataan aku dan juga PARTI AMANAH....

Jadi diharap USTAZ lebih berhati2 nak post sesuatu...buat malu dilihat oleh masyarakat UMUM kerana ustaz merupakan wakil golongan ulamak PAS...tapi jika macam ini aja posting di fb dimana taraf ulamak yg di wakilkan itu...

harap maklumlah duhai USTAZ....sesungguhnya saya AMANAH & itu bukan kenyataan bagi pihak saya...

MAT ALISHAH


INI KENYATAAN RASMI DARI AMANAH
=======================================
KECEWA LARANGAN PIHAK BERKUASA, PEMUDA SERU SYARAHAN INTELEKTUAL DIBEBASKAN

www.amanah.org.my

Pemuda AMANAH menyatakan kekecewaan yang amat mendalam terhadap larangan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar di twitter beliau berhubung syarahan umum tokoh intelektual antarabangsa, Dr Zakir Naik. Larangan ini mencerminkan tahap kongkongan pihak berkuasa yang amat parah terhadap 'intellectual discourse', yang seharusnya disuburkan, tidak dihalang apatah lagi dibatalkan sewenang-wenangnya.

Atas nama kebebasan bersuara dan kebebasan intelek, Pemuda AMANAH berpandangan syarahan-syarahan ilmiah seperti ini tidak harus dimusuhi oleh sesiapa pun. Jika wujud pun pertembungan pemikiran, perkara ini positif kerana sikap inkuiri yang sedia tertanam dalam jiwa generasi muda mampu disuburkan dengan penggalian ilmu yang lebih luas dan pandangan ilmiah yang lebih rencam, asalkan kesemuanya itu berteraskan ilmu dan hujah.

Pertentangan pendapat tidak sewajarnya berakhir dengan pihak berkuasa atau kerajaan memenangkan satu pandangan sahaja. Mungkin boleh diusulkan pandangan untuk dipentaskan forum yang menampilkan Dr Zakir Naik dengan pihak yang tidak bersetuju dengan pandangan beliau. Hal ini lebih bertamadun daripada membantah atas alasan-alasan klise seperti 'ketenteraman awam dan sensitiviti agama' yang sebenarnya tidak menganjak apa-apa pun kemajuan pemikiran rakyat bahkan lebih menarik rakyat ke zon pembodohan.

Akhirnya, Pemuda AMANAH teguh mempertahankan kebebasan intelek sebagai elemen teras pembinaan masa depan negara. Pemuda AMANAH juga menyeru agar seluruh parti-parti politik, NGO-NGO, badan-badan kerajaan dan tokoh-tokoh agamawan untuk teguh mempertahankan prinsip yang sama. Negara tidak akan mundur dengan rakyat yang dibijakkan. Negara hanya akan hancur dengan pemimpin bodoh yang turut mahu rakyat diperbodohkan.

"Harapan Baru"
SANY HAMZAN
Ketua Pemuda AMANAH Nasional

Sunday, 10 April 2016

Apabila PAS sembang bongkak, akhirnya ALLAH bayar 'cash'... nah 1000 aje...!!!!

1,000 JE....

Semalam, Pas mengadakan perhimpunan awam membantah Dual Language Programme atau DLP di Padang Tasik Titiwangsa, Kuala Lumpur.

Dilaporkan hanya hampir 1,000 orang yang menyertai perhimpunan aman tersebut.

Ehhh...1,000 saja?

Minggu lalu pula, sempena setahun perlaksanaan cukai GST, Pakatan Harapan telah mengadakan perhimpunan anti GST di Dataran Merdeka. 

Ramai yang menyebut kehadirannya ialah antara 2,000 hingga 3,000, tetapi Rafizi Ramli menjangkakan jumlah mencecah 5,000 orang.

Namun ketika itu, Pas mendabik dada mengatakan kehadiran yang rendah dalam demo anti GST itu ialah disebabkan mereka tidak menyertainya.
Kata Tuan Ibrahim Tuan Man, kehadiran yang rendah itu membuktikan Pas adalah kuat. 

Kalau Pas menyertainya, jumlah kehadiran lebih besar, kata beliau.

Tapi apa sudah jadi dengan perhimpunan anti DLP semalam?

Jika benar-benar kuat, kenapa 1,000 je?  Kenapa tidak 10,000 atau 20,000?

Tidakkah ini bermakna, jika pun Pas terlibat dalam perhimpunan anti GST minggu lalu, pertambahan kehadiran yang akan berlaku pun hanya 1,000 juga?

Adakah mungkin bertambah 10,000 atau 20,000 jika Pas menyertai perhimpunan anti GST minggu lalu?


Mungkinkah kemerosotan semangat berdemo ini antara bahana yang dialami oleh Pas kerana terlalu ingin "cium mulut" dengan Najib Razak? (SH 10/04/2016).

Saturday, 9 April 2016

TAFSIRAN | Berkenaan Ulasan Dr Tan Sin Giew MP DAP mengatakan NAJIB tak terlibat bab skandal 1MDB

Ipoh Mali

http://www.freemalaysiatoday.com/wp-content/uploads/2015/08/Dr-Tan-Seng-Giaw1mdb.jpg

Ramai yg salah Tafsir kenyataan Dr. Tan Seng Giaw yg kononnya mengatakan Najib tak terlibat dalam 1MDB Scandal.. sebenarnya Dr Tan menjawab atas kapasiti dia sebagai ahli PAC yg terlibat.. dan komen nya hanya berkisar soal dan laporan PAC.. Bila wartawan tanya kenapa nama Najib tak di kaitkan.. Dr Tan jawab skop siasatan hanya berkisar pengurusan dan BOD 1MDB yg terlibat secara langsung.. Najib hanya Pengerusi..jadi najib tak terlibat dalam siasatan.. dah memang Skop siasatan dia mcm tu..nak buat mcm mana.. semua Gov kontrol.. banyak maklumat yg disekat..Kalau Najib dilibatkan..dah lama Najib pun di Panggil... Bagi Walaun yg tak faham tu kita faham lah IQ depa tahap mana.. kalau penyokong Pakatan tak faham..berat la..

Benda macam ni terjadi bukan baru.. Dulu Siasatan Diraja kes IC Sabah, Jelas yg terlibat adalah Regim UMNO dibawah Mahathir.. ia satu Projek IC Mahathir.. semua nama pemimpin UMNO, orang kanan Mahathir disebut.. tetapi mereka juga dibersihkan.. yg jadi Mangsa adalah pegawai Kerajaan.. mereka ini ada yg ditahan ISA bagi melindungi kerja jahat UMNO... Suruhanjaya juga gagal sabit kan Mahathir dan Regim UMNO..walaupun jelas mereka terlibat... Mereka boleh tipu rakyat.. tapi kita tak Bodoh..

Begitu juga dalam Perbicaraan Kes Fitnah liwat Anwar.. Semua orang tahu Najib terlibat.. Teori Konspirasi memang wujud.. Saiful ada berjumpa dgn Najib dan Rosmah.. tapi Mahkamah juga tidak menerima Teori ini.. sebab ia dikawal Kerajaan.. dalam Kes Fitnah Anwar ni pun.. Najib dibebaskan dari tuduhan dari diheret ke Mahkamah... tetapi Mahkamah mengecilkan Skop Perbicaraan hanya kepada tindakan Jenayah, bukan Teori Konspirasi.. Karpal Singh yg hebat itu pun tak mampu lakukan apa apa..walaupun dia peguam hebat.. Sebab negara ini dikawal Regim UMNO.. depa boleh tipu rakyat..tapi kita tak bodoh..

Begitu juga dalam Kes Altantuya.. Semua rakyat tahu Siapa yg terlibat, semua orang tahu Polis yg terlibat itu juru iring Najib.. dan Razak Baginda itu penasihat Najib.. Musa Safri itu ketua juru iring Najib.. Skandal Pembelian Kapal Selam itu juga ada kaitan dgn Najib.. akhirnya yg dihukum 2 anggota polis yg hanya jadi kambing hitam.. Najib tak dipanggil langsung.. Malah yg menariknya Hakim memberi tahu kita.. Mereka membunuh tanpa Motif.. depa boleh tipu rakyat..tapi kita tak bodoh..

Segala salah laku..kejahatan yg berlaku di malaysia.. hanya akan rakyat tahu bila Regim Najib dan UMNO tumbang nanti.. Kebenaran akan datang...

bak kata abraham Lincoln.. "You can fool all the people some of the time, and some of the people all the time, but you cannot fool all the people all the time.. "


‪#‎1mdbreport‬ ‪#‎pac‬ ‪#‎drtan‬ ‪#‎1mdb‬

Thursday, 7 April 2016

Janganlah gemparkan Kelantan dengan kisah Adun lompat

JENGOK KELANTAN


Sudah lama saya dengar dan dihebuhkan kononnya ada beberapa orang Adun daripada Pas di Kelantan bersedia untuk tidak bersama parti mereka. Mereka dikatakan akan meninggalkan parti. Angkanya pula bervariasi ada, kata tujuh (7) orang ada kata sembilan (9) dan paling ramai sekali 10 orang. Mereka ini, kalau bertindak meninggalkan Pas menyebabkan kerajaan Pas Kelantan boleh jatuh "berdebak".

Kedudukan Pas kini 32 kerusi dicampur dengan PKR satu, jadi 33. Jika ditolak Umno 12 kerusi tinggal 21. Dengan jumlah itu ia boleh menyebabkan kerajaan Pas Kelantan tumbang, jika benar 10 Adun berpaling tadah tadi bergabung dengan Umno kerana Pas tidak lagi mendapat majoriti di Dun Kelantan.

Kalau yang 10 itu bergabung dengan Umno 12, ia menjadi 22 kerusi. Angka ini akan menjadi selesa kalau wakil tunggal PKR ikut sama bergabung, menjadikan 32 orang.

Jumlah ini sama banyak dengan kerusi yang diperolehi Pas pada pilihan raya 2008 semasa Nik Abdul Aziz Nik Mat meimpin Pas Kelantan. Kerana kedudukan itu boleh mengubah senario politik di Kelantan lah, maka desas desus kononnya ada wakil rakyat Pas hendak lari itu menjadi kecoh dan menjadi topik bualan kedai kopi popular di Kelantan. Tetapi praktikalnya tidak semudah teori yang diutarakan.

Berdasarkan senario tadilah sebulan lepas ada seorang yang nakal bercakap dengan saya memberi cadangan agar wakil rakyat Pas yang dikatakan hendak lari itu agar berpakat dengan Umno. Kalau mereka berpakat dengan Umno, kerajaan pimpinan Ahmad Yakob dan Mohd Amar Nik Abdullah hari ini akan tumbang?

Orang mencadangkan itu sekiranya ia menjadi kenyataan mahukan Husam Musa jadi MB Kelantan. Baginya hanya Husam sesuai menjadi MB Kelantan dan dapat melakukan perubahan di Kelantan. Dia sendiri sanggup berunding dengan Umno atas kapasitinya yang baik dan intim dengan pemimpin Umno.

Saya tidak berminat dengan cadangan itu bukan sahaja ia tidak pratikal, tetapi bukan satu aksi politik yang tidak jantan dan bermaruah. Husam juga saya rasa tidak setuju, kalau hendak jadi MB sampai kena bergabung dengan Umno. Sudah lama dia menentang Umno tiba\-tiba hendak bergabung? Nanti beliau juga akan dianggap seperti Mohd Amar dan Haji Hadi.

Berkata lagi orang yang mencadangkan itu, semua itu adalah atas kepentingan rakyat Kelantan. Demi itu pun saya tetap berbeza pendapat dalam soal ini. Kalau benar untuk kepentingan rakyat Kelantan semua pihak kena bersikap pro. Sesiapa yang diberi mandat oleh rakyat hendaklah disokong tanpa apa-apa "ogehan", lainlah kalau kerajaan itu mendatangkan kerosakan teruk kepada negara bangsa. Berlaku kemungkaran dan kezaliman melampau.

Hari ini Pas diberi kuasa, maka semua orang kena sokong Pas termasuk Umno, Husam dan juga yang dikatakan sembilan orang itu perlu utuh sokong Pas. Cara ini lebih "albab" bagi saya daripada kita cuba mengambil kesempatan dan menganggu proses kerajaan melaksanakan mandat diberikan rakyat lima tahun sekali.

Berbalik kepada desas desus mengenai ada Adun Pas hendak tinggalkan Pas itu, saya hendak tanya untuk apa kalau mereka berbuat demikian? Kononnya mereka tidak senang dengan perkembangan Pas di Kelantan hari ini, cara Mohd Amar menguasai parti dan menguruskan Kerajaan menjadi puncanya.

Kalau benar begitu (saya tidak percaya), soalnya, ke mana mereka hendak pergi? Pas Kelantan tidak pun mengusik mereka, jadi untuk apa mereka hendak tinggalkan harakah mereka? Takkan hendak main lompat katak-katak di musim panas ini. Mereka bukan species Salentia. Jadi kepada saya desas desus itu hanya gimik semata-mata. Ia sebagai satu modal oleh orang yang kering modal bagi memulakan perniagaan. Pas Kelantan khasnya Ahmad Yakob tidak perlu gusar.

Sehingga kini pun tidak ada mana-mana Adun Pas, termasuk mereka yang dikaitkan dengan Husam yang melanggar peraturan atau Pekeliling yang dikeluarkan. Kalau pun ada hanya seorang sahaja Husam. Itu pun subjektif. Semuanya akur dan patut. Program besar parti semua hadir.

Ada juga spekulasi kononnya kalau Husam dipecat daripada Pas mereka akan keluar parti. Kenapa harus dikaitkan dengan Husam? Apakah mereka yang digolongkan hendak tinggalkan Pas itu adalah orang-orang Husam? Bila pula Husam ada mempunyai orang-orangnya? Husam tidak pernah membina dan membentuk klik di Kelantan. Husam hidup secara bersendirian.

Kalaulah mereka orang Husam, pembelaan kepada Husam bukan menunggu Husam dibuang daripada Pas. Mereka harus membela hari ini lagi, tidak tunggu sampai kalau Husam dibakar ia menjadi hangus. Sesuatu yang sudah menjadi arang tidak ada apa-apa guna lagi.

Sehingga ini tidak ada apa-apa komentar pun daripada Adun-Adun yang kata menyokong Husam itu. Itulah saya katakan cerita yang dihebuhkan itu tidak ada. Hanya mereka dijadikan cerita untuk menggemparkan politik Kelantan sahaja dan dalam masa sama cuba menjauh dan menimbulkan masalah kepada Husam dengan Pas. Kenapa begitu? Sepatutnya berusaha merapat dan memadukan semula Husam dengan Pas.

Cadangan yang dikemukakan oleh Adun Pulai Chndong Zulkifli Mamat semasa berucap dalam Dun Kelantan baru-baru ini sesuatu yang bagus. Beliau cadangkan pihak kerajaan (MB dan TMB dan Exco) mengadakan perjumpaan dengan kesemua wakil rakyat Pas. Dalam perjumpaan itu dibincangkan segala masalah berbangkit. Tujuannya agar apa-apa masalah bersabit kerajaan dikemukakan langsung kepada kerajaan dan bukannya bercakap di luar.

Bagi saya cadangan itu sesuatu yang perlu disegerakan dan perlu disambut semua pihak.

Kesimpulannya pada firasat saya, Adun yang disebut-sebut itu tidak akan meninggalkan Pas, mereka akan tetap bersama Pas sampai ke akhirnya. Mereka juga tidak akan cuba memperolok-olokkan parti mereka, semisalnya mereka memberi kata dua, sekiranya mereka tidak dicalonkan mereka akan tinggal parti. Kita masih percaya kepada mereka sebagai ahli Pas yang ada tersisa akidah dan hormat.

Dan juga tidak tersaul dek akal macam mana mereka sanggup meninggalkan Pas sedangkan orang yang dikatakan "bos" mereka masih bersama Pas. Husam masih Pas dan tidak pun diambil apa-apa tindakan. Bahkan Pas Kelantan sendiri tidak ada masalah dengan Husam kecuali seorang dua yang baru kenal alif, ba, tha politik, sangat peringus dengan Husam. Tetek begik begitu biasalah.

Jadi cerita-cerita lompat melompat ini bertujuan untuk menggemparkan keadaan sahaja. Ia langsung tidak berasas. Hentikanlah. Cuba kita bermain politik dengan penuh "albab", kerana apa yang kita paparkan akan menjadi ikutan dan cakap dikemudian hari. [wm.kl.7:20 pm 07/04/16]

Posted by mohd sayuti Omar

Wednesday, 6 April 2016

Politik Mahathir : Tersangat bagus, penoh muslihat, licik, putar alam, dan lain lain seumpama dengan nya...

Azhar Achil


Mahathir Mohamad seorang perdana menteri pencen, seorang negarawan, bekas diktator tua bersemangat tinggi kini semakin berjaya mengucar kacirkan dahulunya pakatan Rakyat dan kini "Pakatan Harapan" setelah ketiadaan PAS di jahanamkan oleh Hadi Awang presiden PAS dan PAS kini bersama Ikatan (PAS+IK) rakan sekongkol umno terbaru.

Terkini Mahathir sudah berjaya menyelinap masok didalam kumpulan pembangkang dan dalam masa yang sama seakan berkerjasama bersama sama Pakatan Harapan yang terdiri dari beberapa orang orang kuat Amanah, Azmin Ali serta rakan rakan beliau. Perlu di ingat bahawa gerakan yang dibawa oleh Mahathir ini sangat tajam dan halus sehingga satu masa dan ketika ianya tidak terlihat oleh mata hati bagi mereka mereka yang semakin parah penyakit dalaman jiwa keracauan.. Dan kini sudah ada tanda tanda semakin ramai yang meracau....

Saudara saudari ku sekelian,

Tidak terfikir kah kalian semua bahawa gerakan MAHATHIR ini tidak lain ialah membunoh dengan niat secara perlahan perlahan gerakan reformasi yang di asaskan oleh Dato Sri Anwar Ibrahim.

Sepertimana kita sedia maklum Anwar adalah musoh tetap Mahathir. Tidak ada usaha atau ikhtiar mahu pun kata kata dari Mahathir untuk membela Anwar. JIKA ada dikalangan pencinta PKR mahu pun Pakatan Harapan yang beranggapan bahawa Mahathir mahu menyelamatkan gerakan Pakatan Pembangkang, Lupakan saja angan angan itu. Berkawan dengan Mahathir ini boleh dengan tujuan, akan tetapi jangan cuba cuba mempercayai manusia yang bernama Mahathir ini.

Ketahuilah oleh kalian sahabat sahabat hamba, MAHATHIR ini mahu rakyat termasuk semua parti pembangkang melupai DSAI. Itu tujuan sebenar Tun M ini.... tolong peka pada keadaan....

Cita cita Mahathir adalah hanya untuk melenyapkan DSAI dan beliau akan bawa semula kegemilangan umno kembali bertahta dihati rakyat konon nya setelah Najib di jatohkan. INI impian Mahathir sebenar.Jika ianya benar benar terjadi....kemana haluan pembangkang..?

Ketika itu apa akan jadi dengan nasib PKR dan nasib parti pembangkang (Amanah dan DAP). Fikir fikir lah wahai saudara saudari ku pejuang keadilan sekelian..

Jerat tidak pernah melupai mangsanya...Yang selalu terlupa itu adalah mangsa yang sedang mabok yang tiada berkesudahan.... perlu di ingat " Mamak Kutty tetap Mamak Kutty". Darah yang mengalir didalam tubohnya adalah darah umno yang kekal sebati sampai bila bila...

Sebelum hamba mengakhiri tulisan ini... Ingin hamba menyatakan bahawa hamba tiada bertujuan menentang gerakan menjatuhkan Najib sepertimana yang hamba fahami.... Bagi hamba, Najib itu wajib dijatuhkan.. silakan jika mampu berbuat demikian dan berhati hatilah kerana jerajak besi sentiasa menggamit kalian selagi kuasa ada pada Najib dan kerajaan be enD hari ini.....

Sekian... Luahan hati hamba... Sang Kejora @ SK

‪#‎BebasAnwar‬
‪#‎TolakUmnoBeEnD‬
‪#‎TolakPAS‬+IKATAN
‪#‎SampaiMamposJanganPercayaMahathirHadiNajib‬
‪#‎LawanTetapLawan‬

Hebat budak RAFIZI nie.. dia gasak NAJIB dengan isu RM2.6bilion, status FB pun dapat like 2.6K pula..

Coq Kria, 

Perhatikan betul-betul RM 2.6 Bilion telah masuk ke akaun Najib Razak dan Yang LIKE status YB Rafizi Ramli sebanyak 2.6.

Adakah ianya satu kebetulan atau petanda Najib Razak akan tersungkur gara-gara RM 2.6 bilion. Sama-sama kita tunggu dan lihat sambil berdoa pada Allah s.w.t


Tuesday, 5 April 2016

Aduhai PAS.. yang jadi PENGERUSI TATATERTIB pun tumpang semangkuk fitnah tertuduh sebelum nie apa cerita..!!

 Daeng Sanusi kena undur untuk jaga maruah Pas


STOP PRESS 

Saya baharu menerima email surat Husam Musa yang ditujukan kepada Pengerusi Jawatankuasa Tatatertib Pas, Daeng Sanusi Daeng Meriok (foto). Atas alasan dan hujah yang diberikan Husam, Daeng Sanusi bukan sahaja tidak layak untuk menghakimi dakwaan ke atasnya (Husam), tetapi dia juga patut berundur dari memegang jawatan itu secara terhormat.
Daeng Sanusi seharusnya lebih bertanggungjawab dan menjaga keampuhan integriti parti daripada orang-orang yang disenanginya. Kalau beliau yang sudah jelas "melakukan salah laku" seperti didakwa Husam itu masih lagi bertahan, macam mana ahli dan penyokong Pas mahu menjadikan dia sebagai "orang tua" berwibawa dan dihormati.
Hendaknya Daeng Sanusi tidak mengulangi krisis kehakiman yang pernah berlaku di negara ini. Wajah dan maruah Pas harus dijaga sebaik mungkin setaraf dengan ia sebagai sebuah parti agama. 
Dibawah ini disiarkan sepenuhnya surat Husam Musa berkenaan. 

Assalaamu'alaikum wbt.
Ke majlis,
Yang Arif,
Pengerusi Jawatankuasa Tatatertib PAS,
318A, Jalan Raja Laut,
50350 Kuala Lumpur.

Yang Arif,

POHON MEMPERTIMBANG LANJUTAN TARIKH JAWAPAN SURAT TUNJUK SEBAB DAN BANTAHAN YANG ARIF DR. DAENG SANUSI DAENG MARIOK MEMPENGERUSIKAN SIASATAN JAWATANKUASA DISIPLIN

1. Saya telah menerima surat Tunjuk Sebab dari Yang Arif, nombor Ruj: PAS/PA/JKTT/15-17(02) bertarikh 22 Mac 2016 yang saya terima pada 29 Mac 2016, sekembali saya dari beberapa acara di Kuala Lumpur, termasuk majlis Kongres Rakyat - Selamatkan Malaysia di Shah Alam.

Pada hari ini, 3hb April, saya sudah berada di Indonesia sehingga 8hb April atas acara yang telah diatur lebih awal.

Untuk berlaku adil, saya mohon supaya tempoh 14 hari yang diberikan oleh Yang Arif dilanjutkan sepuluh hari lagi.

Ini untuk membolehkan saya menyiapkan maklum balas secara lebih teratur.

2. Kedudukan Yang Arif selaku Pengerusi Jawatankuasa Disiplin

Seingat saya, Yang Arif sendiri telah membuat beberapa kenyataan berunsur fitnah dan prejudis ke atas saya, khususnya menjelang Muktamar Pas yang lalu termasuk di Kelantan, Johor dan Selangor.

Anehnya, selepas Muktamar berlalu, Yang Arif tidak lagi menyerang saya secara terbuka, se akan serangan itu mempunyai agenda untuk pemilihan Muktamar.

Antaranya, dalam satu dialog yang telah diadakan pada 24 November 2014 bertempat di Akademik Harapan, Pekan Banting, Selangor. Di dalam dialog tersebut, Yang Arif antara lain berkata;-

"Husam Musa juga terlibat dengan PasMa, walaupun dia nafikan bahawa PasMa ditubuhkan bukan di rumah dia. Tak apalah, tapi saya faham begitu. Dia (Husam) macam penggerak belakang PasMa. Husam juga terpinggir dalam Pas kerana nampaknya tak berapa ada masa depan dia dalam Pas kerana dia telah melakukan banyak kesilapan-kesilapan dalam Pas."

Kenyataan dan pendirian Yang Arif dikira dakwaan tidak benar yang serius kepada saya dan termasuk fitnah yang dilarang oleh Islam pada sisi saya sebagai mangsanya.

Saya tidak ingin memetik kod tatacara kehakiman keislaman di sini kerana saya kira Yang Arif lebih atau sepatutnya arif.

Saya cuma mengingatkan, di dalam Islam, tohmahan dan sikap hakim yang berkepentingan diambilkira dan diberi perhatian serta pertimbangan oleh syarak kerana ia akan mempengaruhi penentuan hukum dan keputusan penghakiman.

Saya dengan ini, sebagai tertuduh di depan Yang Arif, mengesyorkan demi menjaga kemulian Parti Islam dan Islam itu sendiri, untuk menguzurkan diri dari mengendalikan kes saya.

Sebagai veteran parti yang mendalami pengajian Islam, Yang Arif telah sanggup berlaku tidak adil kepada saya dan membelakangkan prinsip tabayyun serta tidak pernah memanggil saya untuk mendapatkan penjelasan sebelum mengeluarkan kenyataan-kenyataan itu.

Oleh itu, bagaimana saya boleh meyakini Yang Arif boleh berlaku adil sekarang?

Mengecualikan diri dari mengendalikan kes saya adalah lebih menampakkan keadilan dan memenuhi tatacara kehakiman Islam.

Sekian, terima kasih. Wassalam.

Yang Benar,

Husam Musa
Yang Dipertua Pas,
Kubang Kerian

3hb April 2016/ 25 Jamadil Akhir 1437,
Lapangan Terbang Bima, 
Sumbawa, Indonesia [wm.kl.8:23 pm 04/04/16]

Popular Posts