Mengambil contoh pendekatan 'iconic to fan', Budiman berkata realiti politik hari ini memerlukan ahli politik yang bukan sahaja efektif, tetapi juga perlu menjadi ikon kepada penduduk setempat serta mampu mencipta peminat di kalangan masyarakat setempat itu.
Katanya, pendekatan tersebut kini banyak digunakan oleh pemimpin popular dunia seperti Presiden Amerika Syarikat Barack Obama, Presiden Indonesia Joko Widodo dan Perdana Menteri India Narendra Modi.
"Contoh-contoh ini patut kita ambil kira kerana dunia politik yang sentiasa berubah," katanya dalam temubual program Ruang Bicara terbitan Bernama News Channel yang disiarkan secara langsung malam ini.
Pada PRK 18 Jun lepas, Budiman berjaya mempertahankan kerusi Parlimen BN Sungai Besar dengan majoriti 9,191 undi setelah mengalahkan pencabarnya Azhar Ab. Shukur (Amanah) yang meraih 7,609 undi dan Dr Abdul Rani Osman daripada Pas yang mendapat 6,902 undi.
Budiman yang juga Adun Sungai Panjang berkata, tamplet kemenangan di Sungai Besar, yang memfokus kepada kerjasama semua komponen parti BN, boleh digunapakai oleh BN untuk Pilihan Raya Umum (PRU) yang akan datang.
Sementara itu, Felo Penyelidik Majlis Professor Negara, Dr Muhammad Asri Mohd Ali menjangkakan BN mempunyai peluang baik untuk merampas semula pemerinthan kerajaan negeri Selangor yang kini diterajui pihak pembangkang pada PRU akan datang.
Katanya, ini berdasarkan perpaduan yang dinikmati oleh BN berbanding parti pembangkang yang dilihat masih mengalami kecelaruan kepimpinan.
Namun katanya, BN perlu memantapkan koordinasi, khususnya mengukuhkan kerjasama antara semua komponen parti.
"Umno di Selangor tidak berdepan dengan masalah kronik berbanding dengan komponen parti yang lain. Koordinasi perlu dibuat dengan baik," katanya.
Beliau berpendapat antara langkah persediaan awal yang boleh dibuat termasuk mengetengahkan calon lebih awal serta mampu berinteraksi dengan penduduk setempat secara konsisten dan efektif dalam usaha memenangi semula keyakinan pengundi terhadap BN. - Bernama
No comments:
Post a Comment