>> 5 Terkini :

Monday 31 August 2015

Bertaubatlah kamu MAT SABU...sesungguhnya ALLAH itu MAHA pengampun dan penerima taubat...

Adam Al-Pekani, 

Maaf cakap.. bila peminat wanita mahu bergambar dgn kita dlm keadaan kita tak dapat mengawalnya kerana org terlalu ramai menyerbu kita utk bergambar, tak jadi dosa pun sebenarnya jika tersentuh dlm darurat, cuma penyokong Parti lebai kmpg Melayu islam dgn parti Melayu bangla saja yg cuba utk besarkan isu, maklumlah ahli syurga.. Kerana sifat dengki & iri hati lahir dlm hati mereka kerana Bersih4 tak ajak mereka..


Masalah sekarang apa berlaku kepada Mat Sabu ialah terlajak rapat untuk bergambar dan jugak dipimpin tangan untuk bergerak....jadi jika bersentuhan Mat Sabu wajib bertaubat dan memohon keampunan kepada ALLAH..itu sebaik2nya kerana ALLAH MAHA PENGAMPUN...

Jika dilihat 3 contoh gambar disertakan kpd saya tiada salahnya mereka bergambar dengan pimpinan cuma adat dan hukum hakam sahaja perlu dijaga...  spt TG Harun Din beliau memegang kerana darurat perubatan...jadi tiada masalah...

Jadi bersangka baik juga kpd Mat Sabu dimana dalam situasi yg ramai itu dan beliau pun tanpa sedar ada org nak berselfie sampai tahap sebegitu jadi jika ada ketelanjuran maka kita harap beliau bertaubat kerana ini dosa beliau kpd Allah... Jika beliau siap angkat tangan dan peluk pabagai amaoi tu itu baru kita kata beliau berniat lain dan itu wajar kita kecam.....

Kepada pihak yg terdekat dan terbabit dalam menjaga dan mengiri serta Mat Sabu sendiri kenalah lebih prihatin dan pandai membuat keputusan di dalam situasi sebegini kerana ia akan jadi maslahan di depan hari...



----------------------------------------------------------------------------------------

BismillahirRahmanirRahim

PERMOHONAN MAAF

Saya selaku Ketua Pengiring kepada Hj Mohammad bin Sabu sepanjang Himpunan BERSIH 4.0 memohon berbanyak kemaafan kepada Hj Mohammad Sabu, keluarga, sanak saudara dan kenalan Islamnya kerana tidak berjaya mengawal serbuan rakyat Malaysia dalam Himpunan Bersih 4.0 dari berbagai kaum untuk mengambil gambar, berselfie, bersalaman dan menandatangan di baju, topi, ikat kepala dan seumpamanya.

Kejadian diluar kawalan dan kelalaian saya telah menyebab berlakukan insiden yang dirasakan kurang sopan oleh masyarakat Islam.

Insyaa Allah selepas ini saya dan team pengiring ARIF (kali.pertama bertugas) akan berusaha memastikan insiden serbuan sehingga diluar kawalan akan dapat di atasi pada masa hadapan.

Sebagai sedikit gambaran sebenar terhadap photo yang sedang diviralkan, kejadian berlaku ketika Hj Mohammad Sabu bergerak dari pentas ke pentas di tengah kesesakan puluhan ribu peserta, saya sendiri telah memberi arahan.agar kawalan tidak dilakukan terlalu ketat dan mesti mesra rakyat tanpa menjangkakan serbuan yang amat menakjubkan telah berlaku apabila mengetahui kehadiran Hj Mohammad Sabu sehingga ada yang seperti histeria untuk bergambar, berselfie dan sebagainya.

Sekali saya memohon berbanyak kemaafan di atas insiden yang telah menyinggung perasaan keluarga serta sahabat seIslam akibat kelemahan.kawalan kami terhadap Pengerusi Harapan Baru Malaysia.

Aris Awang
Ketua Pengiring
Pengerusi Harapan Baru Malaysia
Untuk Bersih 4.0

1 comment:

Anonymous said...

Jahat sungguh Mat Sabu sbb minta maaf. Tengok mustafa ali, hj hadi dll tak kisah pun.BERUK mana ingat mereka beruk termasuk beruk pas.

Popular Posts