>> 5 Terkini :

Friday 26 June 2015

Siapa nak tukar pemerintah yang zalim adalah kawan kita, siapa pula yang nak beri tongkat adalah lawan kita

TAZKIRAH RAMADHAN SIRI VI
Oleh : Ustaz Che Ibrahim Mohamed


Persefahaman dan kerjasama politik antara parti pembangkang telah diterima sebagai amat baik dan terbukti mendapat sokongan dari pengundi terutama semenjak 1990 hingga sekarang. Pakatan ini telah berjaya memberi tentangan dan cabaran sengit kpd parti pemerintah yg dikuasai oleh umno/BN semenjakbermula PRU 1955 lagi.

Hasil drp persepakatan politik AngkatanPerpaduan Ummat ( APU) antara Pas, S46, Berjasa dan Hamim dlm PRU 1990, Kelantan berjaya ditampas dari BN dgn pukulan 52 - 0, merampas Terengganu dlm tahun 1999 melalui Barisan Alternatif ( BA) dan Kedah, Perak, P Pinang serta Selangor melalui Pakatan Rakyat(PR) tahun 2008.

Dlm PRU 2013 pakatan pembangkang melalui PR telah berjaya meraih undi popular 52 % untuk menafikan majoriti 2/3 BN, tanpa " deposit tetap" BN melalui Sabah dan Swak, kedudukan BN sudah berada di penghujung hayat penguasaan politiknya.

Bila kepimpinan Pas yg akhir2 ini dilihat tidak lagi mesra pembangkang dan sering mencari ruang dan helah utk saling serang menyerang sesama parti pembangkang, akhirnya Pakatan Rakyat ( PR ) yg semenjak mula ditubuhkan tahun 2008 mendapat sokongan mutlak antara Pas, Dap dan PKR, akhirnya mula rentak dan sering berantakan hinggalah sekarang dilihat sebagai hidup pun tidak mati pun tidak.

Untuk memenuhi kehendak dan sokongan pengundi yg sudah sebati menerima konsep persepakatan antara pembangkang, satu parti baru perlu ditubuhkan bagi menggantikan Pas dalam satu Pakatan Baru Politik Malaysia bersama PKR dan DAP untuk meneruskan agenda lama yg telah dipersetujui bersama menentang kezaliman BN melalui pertandingan satu lawan bila PR yg dijangka akan disahkan kematiannya selepas idulfitri ini.

Soal siapa yg menubuhkan parti baru ini bukanlah satu persoalan utama, apa yg penting parti baru ini bakal mengumpul dan menjadi wadah baru kpd pejuang pejuang Islam dan penyokong Pakatan Baru Politik Malaysia untuk bergerak seiringan dgn mana2 parti pembangkang yg bersedia utk menerima konsep persefahaman politik ini.

Siapa saja yg berhasrat utk menukar parti pemerintah yg dikuasai umno/BN hari ini melalui praya adalah rakan kita, dan siapa saja yg menghulurkan tangan utk menjadi tongkat kpd umno/BN adalah musuh politik kita, dan kita tetap berkeyakinan penentu kpd segala2nya adalah di bawah iradah dan kuasa Allah SWT.

1 comment:

Anonymous said...

Muktamar dah terima PUTUS kan hubungan dgn DAP, apa lagi yg diungkit pasal mengekalkan hubungan. Mimpi ka apa. Itu la bila berpolitik main Cai, tengok kepiah jer kan dah tak cerdik. SOKONG PAKATAN RAKYAT DENGAN 4 PARTI (plus parti baru) kalau pas nak stay pun tak apa nak cabut pun tak apa. Dan agihan calon PRU bahagi 4, pas kena piker komponen baru masuk kena bagi kerusi juga. Hilang lah kuasa tawar menawar Pas. Kalu cabut keluar lagi teruk silap silap Kelantan pun hilang.
KINI siapa yg jd tolol siapa yg jd barua dan siapa yg jd jebon sekarang

Duvid duvid

Popular Posts