>> 5 Terkini :

Tuesday 30 June 2015

Pimpinan PAS yang ada sekarang tak tahu apa yang mereka cakap malah apabila bercakap jelas berbelit-belit

MALAS TAPI TERPAKSA.....


Aku sebenarnya dah malas nak ambik tahu apa-apa hal berkaitan parti lama aku kerana bagi aku bercakap berkaitan parti itu adalah suatu perkara yang tidak berfaedah, membuang masa malah menyemakkan otak. Tetapi bila aku terbaca berita berkaitan parti lama aku tu, aku terpaksa juga untuk menulis bertujuan untuk membuka mata dan menyedarkan kawan-kawan dan sesiapa saja yang masih bersama parti itu agar boleh bersama aku melupakan parti itu kerana sesungguhnya para pemimpin di dalam parti itu sekarang adalah pembohong dan putar belit serta berbelit-belit.

Aku nak menarik perhatian semua kepada berita dalam Malaysia Kini bertajuk "USUL PUTUS DENGAN DAP DIMUKTAMAD SELEPAS RAYA". Berita tersebut diambil dari agensi berita nasional BERNAMA. Ianya adalah temubual wartawan dengan Ketua Dewan Ulamak Pas Pusat Dato' Dr Mahfodz Mohamad semasa beliau bersama rombongan DUPP menghantar memorandum kepada MARA.

Dato' Dr Mahfodz dilaporkan sebagai berkata bahawa usul yang diterima tanpa bahas di Muktamar untuk memutuskan hubungan dengan DAP hanya akan dimuktamadkan selepas Aidilfitri apabila Majlis Syura Ulamak bermesyuarat. Beliau juga berkata bahawa sehingga sekarang keahlian Majlis Syura masih belum lengkap, malah Mursyidul Am serta Timbalan Mursyidul Am juga masih belum dilantik. Katanya lagi, selepas Muktamar, Majlis Syura masih belum bermesyuarat dan mungkin akan bermesyuarat selepas hari raya.

Kenyataan Dato' Dr Mahfodz ini amat bertentangan dengan kenyataan Dato' Tuan Ibrahim semsa sidang media mengumumkan senarai pimpinan baru PAS pada 21 Jun 2015 yang lepas. Dato' Tuan Ibrahim dalam sidang medianya menyatakan bahawa usul memutuskan hubungan dengan DAP ada dibincangkan di dalam mesyuarat Pas Pusat ketika itu tetapi akan dirujuk terus kepada Majlis Syura Ulamak yang akan bermesyuarat pada sebelah petang 21 Jun 2015 tersebut.

Kenyataan Dato' Dr Mahfodz itu juga bertentangan dengan kenyataan Presiden PAS pada 21 Jun 2015 yang mengatakan bahawa keputusan memutuskan hubungan dengan DAP hanya akan dibincang oleh Majlis Syura apabila Mursyidul Am kembali ke tanah air dari mengerjakan umrah.

Seterusnya pada 22 Jun 2015 berita TheMalaysianInsider melaporkan bahawa Majlis Syura telah bermesyuarat pada 21 Jun 2015 dengan mengekalkan Dato' Dr Haron Din sebagai Mursyidul Am manakala menantu Hj Hadi iaitu Zaharuddin Muhammad dikeluarkan dari menganggotai Majlis Syura.

Semua boleh lihat percanggahan antara pemimpin Pas yang ada sekarang. Dato' Dr Mahfodz semalam (29/06/2015) berkata Mursyidul Am belum dilantik malah Majlis Syura belum bermesyuarat tetapi Dato' Tuan Ibrahim dan Haji Hadi menyatakan Majlis Syura telah bermesyuarat pada 21/06/2015 dan Dr Haron Din dilantik menjadi Mursyidul Am.

Jelas bahawa para pemimpin PAS yang ada sekarang tak tahu apa yang mereka cakap malah apabila bercakap, jelas menipu, melencong. Kalau yang bercakap itu semuanya ahli biasa atau pimpinan yang "sekular" masih boleh diterima tetapi semuanya "ulamak". Kalau "ulamak" pun berbelit-beli dan menipu, apa lagi yang nak diharap kepada parti itu. Orang Islam atau ulamak tidak menipu.

Tinggalkan mereka. BERANI BERUBAH.

ZULHAZMI SHARIFF
30062015.

3 comments:

cikmatgelap said...

aku sokong pas thn 69,jadi ahli pas thn 83,ahli seumur hayat,kiniaku aku akan tinggalkan pas,aku harap ramai lagi akan tinggalkan pas,aku taknak subahat dgn ulamak munafikun yg kini menguasai pas

Anonymous said...

PAS hilang identiti sebagai parti yang berasaskan Islam apabila membiarkan "budaya kempen kotor dan penuh fitnah" dalam pemilihan parti ...
MEMBANGUN BERSAMA KEPIMPINAN CAI yg penuh dgn akhlak membarua, mentolol dan menjebonkan orang lain. Saya menyeru ahli PAS lepas lah jawatan anda dlm sebarang post dengan DAP di Pulau Pinang dan Selangor sebagai bukti masih bermaruah dan bertelur demi memenuhi kehendak dewan ulama/muktamar.

Duvid ka maruah ka

Anonymous said...

takpayah tunggu lepas raya la UG.

kata nk putus dh dilafaz, sengaja atau gurau ia tetap jatuh talak

UG ingat bab hubungan ni boleh go hear go stan ikut suka2 hati ke. rasa nk putus teurs sebut, tiba2 rasa mcm silap ehhh minta tangguh.

boleh belah la perangai mcm pelacur tua tk laku. dimana pendirian yg tegas berani dan daya kepimpinan.

selepas raya adalah masa utk ahli PAS hantar borang keluar beramai2.. bukan baru nk buat keputusan.

selepas raya juga rakyat sedang menunggu potong riben parti baru menggantikan PAS yg dah tersasar masuk longkang umno.

lepas raya adalah masa perubahan memandang ke depan bersama wadah baru

.....takde masa nk terhegeh2 nk tunggu lafaz talak atau rujuk dr UG PAS yg berpenyakit.

membina perjuangan baru lebih afdal dpd bersama mahtera kabilah yg sakit dn penuh kudis dan kusta

PAS dalam sejarah...sejarah runtuhnya sebuah gerakan islam.. bukan kerana ramainya syahid bertempur dgn musuh tetapi kerana pemimpinnya runtuh keikhlasan kerana mendamba harta dunia. di runtuhkan oleh pemimpin sendiri.... umpama kata PAS bunuh diri

Popular Posts