>> 5 Terkini :

Saturday 6 June 2015

Atas faktor moral wakil PAS yang menduduki jawatan dalam kerajaan negeri supaya meletak jawatan - KM Penang


Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng meminta semua wakil PAS yang menduduki jawatan dalam kerajaan negeri supaya meletak jawatan.

Kata Lim, tindakan itu perlu dibuat selepas muktamar PAS meluluskan usul supaya parti itu memutuskan semua hubungannya dengan DAP.

"Peletakan jawatan yang dijangkakan daripada wakil PAS dalam kerajaan Pulau Pinang akan diterima dengan segera tanpa soalan kerana tiada sebarang impak terhadap kestabilan, kesinambungan dan kredibiliti kerajaan negeri," katanya dalam kenyataan media hari ini.

Menurut Lim, beliau menikmati hubungan kerja yang mesra dan baik dengan kebanyakan wakil PAS dalam kerajaan negeri.

Bagaimanapun, katanya, individu yang mewakili PAS terbabit perlu melepaskan jawatan masing-masing atas alasan etika dan moral.

"Adalah suatu yang tidak dapat dipertahankan dari segi politik bagi mereka untuk kekal dalam kerajaan negeri yang diketuai oleh saya dalam kapasiti saya sebagai Setiausaha Agung DAP, apabila Muktamar PAS telah memutuskan hubungan dengan DAP," katanya.

Usul ulama sensitif

Semalam muktamar menerima usul daripada Dewan Ulama PAS untuk parti itu memutuskan hubungannya dengan DAP.

Bagaimanapun PAS mendakwa mereka akan kekal dalam gabungan Pakatan Rakyat.

Usul berkenaan diterima tanpa dibahaskan atas alasan ianya "sensitif".

Kata Lim, walaupun tiada perdebatan dibenarkan semasa muktamar untuk usul "sedemikian penting", kepimpinan PAS yang baru berhak untuk mengemudi parti mereka dengan cara yang difikirkan wajar, sama ada melalui demokrasi atau autokrasi.

"Saya tidak akan mengulas tetapi menyerahkannya kepada PAS untuk menjawab kedudukan bercanggah mereka apabila PAS memutuskan hubungan dengan DAP tetapi masih kekal dalam PR sedangkan PR terdiri daripada ketiga-tiga parti DAP, PKR dan PAS.

"PR berfungsi atas konsensus semua tiga parti dan tidak ada satu parti pun boleh membuat keputusan bagi pihak PR.

"Namun PAS mempunyai kebebasan dan hak untuk memutuskan hubungan dengan DAP," katanya.

Antara lantikan dinikmati ahli PAS di Pulau Pinang ketika ini ialah di peringkat kerajaan tempatan dan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Komuniti (JKKK).

"Kestabilan, kesinambungan dan kredibiliti kerajaan negeri Pulau Pinang tidak akan terjejas akibat ketiadaan wakil PAS dalam kerajaan. DAP dan PKR masih menikmati majoriti dua pertiga," katanya.

7 comments:

mohd shahran said...

mana boleh letak jawatan sapa nak bagi makan anak bini, hari itu cakap allah ada ..kalah pun takpe.. letak lah jawatan buat malu lah. makan duit cina dap

Anonymous said...

Tak apa tong milo ada.

Potailangek said...

Tong milo pn kne gst..kahkah..
Malang btl la lebai2 jumud ni

Potailangek said...

Abg mat gak terbaiiikkkk

Anonymous said...

Moral? Mana ada moral... moral cai. Kalau ada moral mulut pasti tak laser sgt kata calon DAP... dah benci sgt DAP... ambiklah habuannya. Pandai pula kepimpinan ulama cai ni nak bincang di dalam majlis syura bila nampak $$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$. Dasar Kepimpinan Ulama Cai.... masa nak kata kat org ikut sedap anak tekak dia nak lepas... bila kena time anak tekak nak kering tahu pulak nak bincang dlm majlis syura. Kepimpinan cai yang cissss.

Anonymous said...

Ingatkan aku ni (Pas) pandai.
Rupanya aku ni (Pas) bangang.
Mat Sabu, Hatta dan Husam.
Tubuh saja parti baru.
Ganti Pas dalam Pakatan Rakyat.
Pas kini sudah tidak releven.
Sejak kes pil kuda dan Khalid Ibrahim.
Ramai yang akan keluar Pas.
Tengoklah nanti...

Anonymous said...

Lepas ni buat u turn kot...tak jadi putuskan hubungan..byk yg dpt jawatan n elaun tu..lain lah kalo dah dpt guarantee dari umno..dpt jawatan menteri,timb.menteri atau board of director mana2 Lembaga atau GLC...al fulus fi dunia wal mampus fi akhirah...wirid ulama' pas hentam umno dulu2 laaa...sekarang...faham2 je laaaa...

Popular Posts