>> 5 Terkini :

Wednesday 3 February 2016

Aduhai PAS kritik secara terbuka pun dah nak saman menyaman dah jawab ajalah isu yang ditanyakan tu..!!

PAS mungkin ambil tindakan terhadap Husam berhubung kritikan terbuka

Naib Presiden PAS Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata isu berkaitan mengambil tindakan terhadap Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Salor Datuk Husam Musa akan dibincangkan pada mesyuarat PAS pusat pada 13 Februari ini. – Gambar fail The Malaysian Insider, 3 Februari, 2016.

PAS tidak menolak kemungkinan mengambil tindakan terhadap Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Salor Datuk Husam Musa yang didakwa mengkritik parti secara terbuka berhubung isu hudud.

Naib Presiden PAS Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata perkara itu akan dibincangkan pada mesyuarat PAS pusat pada 13 Februari ini.

"Dakwaan Husam mengatakan perbincangan hudud hanya membabitkan 3 individu dan tidak dimaklumkan kepada parti adalah tidak betul," katanya kepada pemberita selepas mesyuarat jawatankuasa exco negeri di Kompleks Kota Darul Naim di Kota Baru, hari ini.

Husam sebelum ini dilaporkan menggesa Amar dan Setiausaha Agung PAS Datuk Takiyuddin Hassan bertanggungjawab, termasuk mempertimbangkan meletak jawatan setelah gagal membawa usul pindaan Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1964 di Parlimen, bagi membuka laluan untuk pelaksanaan hukum hudud di Kelantan. – Bernama, 3 Februari, 2016.

- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/pas-mungkin-ambil-tindakan-terhadap-husam-berhubung-kritikan-terbuka#sthash.HrbIxlyh.dpuf

2 comments:

harun said...

Tindakan seorang yg terdesak..tak boleh menjawab tuduhan ugut nk saman pengkritik..inilah jenis pemimpin2 yg berjiwa dayus.

Anonymous said...

Perbuatan ini diambil kerana nak cover Umno... Tuan presideng yg maksum lagi bertaraf wali kena cucuk hidung dgn Umno. Sebab yg berjanji supaya usul dibawa ke parlimen ialah Umno yg tak sokong juga Umno.. Bagi presideng Pas ianya sudah sempurna perjuangan pas selama ini untuk hudud. Masa pegang terengganu dulu pun tunggu sampai akhir penggal baru nak lulus usul hudud di dewan lepas tu tergesa gesa. Kalau penggal tu 10 tahun...tunggu 10 tahun lah baru nak usul....pemimpin Pas jenis ulama dunia...nak cari keuntungan dunia...agama jual

Popular Posts