>> 5 Terkini :

Saturday 20 February 2016

Usah dilayan ajakan TUN M untuk bersama PEMBANGKANG jatuhkan NAJIB


Ketepikan semua perbezaan antara parti dan ideologi untuk jatuhkan Najib. Itu antara apa yang difahamkan dikatakan oleh Tun Dr Mahathir.

Apa yang kita dapat nilai daripada permintaan Tun Dr Mahathir tersebut?

Bagi aku ianya petunjuk jelas bahawa Tun Dr Mahathir sudah tiada kekuatan menjatuhkan Najib justeru beliau meminta dan menyeru semua pihak termasuk parti politik untuk mengenepikan sentimen kepartian dan ideologi bagi menjatuhkan Najib.

Hasrat Tun Dr Mahathir hanya satu iaitu menjatuhkan Najib. Itu saja tujuan utama Tun. Jatuhkan Najib. Apa sebab utamanya kita tidak tahu. Tun boleh bagi apa saja alasan untuk justifikasikan gerakan Tun menjatuhkan Najib tapi bagi aku Tun ada agenda lain.

Jika tanya Tun, adakah beliau setuju kita gantikan Umno/BN dengan parti lain mentadbir Malaysia atau negeri-negeri? Aku amat yakin jawapan Tun ialah TIDAK. Tun tetap mempertahankan Umno/BN. Tidak sekali-kali Tun akan biarkan parti lain selain umno/BN mentadbir Malaysia.

Justeru bagi aku rayuan Tun supaya kita bersatu menjatuhkan Najib hanyalah untuk kepentingan Tun sahaja.

Sekarang Tun seakan-akan tidak mampu menjatuhkan Najib, justeru merayu kita semua bersama beliau menjatuhkan Najib. Ya, kita boleh bersama Tun menjatuhkan Najib tapi kita juga perlu meminta Tun untuk bersama kita menggantikan Umno/BN dari kepimpinan negara.

Mesti ada tolak ansur. Mesti ada timbal balik. Jika Tun nak Najib dijatuhkan, jom, kita bersama tapi apa kita dapat jika Najib jatuh?? Kalau kita dapat Umno/BN juga maka tidak perlu la buang masa.

Adalah lebih baik kita semua bersatu ketepikan perbezaan antara parti-parti politik selain Umno/BN untuk menjatuhkan Umno/BN. Fokus kita bukan sahaja jatuhkan Najib tapi jatuhkan Umno/BN.

Jatuhkan Umno/BN selamat Malaysia.

BERANI BERUBAH.
Zulhazmi Shariff.
Ahli DAP
19022016

No comments:

Popular Posts