>> 5 Terkini :

Sunday 7 December 2014

12 Tahun pendekatan politik berbeza antara 2 orang Presiden PAS

12 TAHUN PEDEKATAN POLITIK BERBEZA 2 ORANG PRESIDEN PAS


Ketika Almarhum Ust Fadhil Noor mengambil alih pimpinan di sekitar 1989~23 Julai 2002 (12 tahun), beliau telah cuba membawa Pas KELUAR dari bilik TAKFIRI dan pendekatan keras terhadap pengundi. Akhirnya, melalui pendekatan sederhana beliau telah berjaya menarik sokongan pelbagai lapisan Melayu profesional, China dan India kepada Pas.

Keseluruhan modul 'Tahaluf Siyasi' yang kita guna pakai pada ketika ini ialah hasil Uslub Dakwah dan Tarbiah Almarhum Ust Fadhil Noor. Pendekatan yang sederhana kepada semua masyarakat termasuk Melayu, India dan Cina telah berjaya menarik minat mereka untuk mendekati Pas melalui pendekatan politik 'Muwajhah Silmiah'(PERJUANGAN MENDAPATKAN KUASA MELALUI CARA YANG AMAN). Politik Pas semakin memuncak di persada tanah air Malaysia.

Selepas Hj Hadi mengambil alih tampuk Presiden 2002~2014, 12 tahun beliau mengambil masa untuk cuba membawa Pas kembali ke era tahun 80an di mana budaya TAKFIRI dan politik keras keatas pengundi menguasai parti. Ini amat jelas apabila kemunculan anak muda lulusan 'timur tengah' mula berkembang biak memberikan pelbagai gelaran(lebel-melebel) kepada aliran yang tidak sehaluan dengan mereka di dalam Pas.

Jelasnya Hj Hadi kini telah mengambil masa 12 tahun untuk membawa Pas kembali ke zaman silam yang penuh dengan kegelapan pada saat noda budaya kafir-mengkafir, sembahyang 2 imam, sembelihan meragukan dan pelbagai lagi pendekatan keras melanda politik pantai timur ketika itu.

Lebih memburukkan keadaan selepas PRU-12 2008, telah mula menyaksikan gerakan MSU di dalam Pas cuba mendekati Umno melalui projek Kerajaan Perpaduan (UG). Isu Menteri Besar Selangor 2014 sekadar memburukkan lagi keadaan. Ia adalah realiti bahawa politik api UG di dalam sekam selama ini sebenarnya tidak pernah padam dan mula menyambar menjadi dasar politik menghalalkan cara kerana Melayu itu Islam dan Islam itu Melayu

Persoalannya kini, apakah kita mahu membawa Pas kembali menoleh ke belakang mengamalkan teori silam.? Bukankah kita telah selesa dengan modul dan pendekatan dakwah Almarhum Ust Fadhil Noor.?

Tepuk dada tanya selera...
Yang mana satu idaman kalbu...

A. 12 Tahun pendekatan Almarhum Ust Fadhil Noor membawa Pas keluar dari budaya politik lama 80an..

B. 12 Tahun pendekatan Hj Hadi Awang cuba membawa Pas kembali ke era budaya politik lama 80an..

Yang mana satu pilihan anda..?

~‪#‎Rakyat_Bangkit‬

LIKE, SHARE AND COMMENT

2 comments:

Anonymous said...

apa nak heran...

timpres masing-masing pun tak sama...

Anonymous said...

Haha..setuju sgt dgn statement di atas...

Popular Posts