>> 5 Terkini :

Sunday 7 December 2014

Apakah Nasib MAT SABU sama dengan NASARUDDIN MAT ISA...!!!!

NASIB TIMBALAN PRESIDEN PAS YANG DI PERGUNAKAN OLEH PRESIDEN

Siapakah yang sebenarnya membuat arahan serta keputusan yang membelakangkan kehendak parti sehinggakan yang akhirnya di sabitkan dengan kesalahan ialah Timbalan Presiden.?

Nasib yang menimpa Nasaruddin Md Isa suatu ketika dahulu, kini telah menimpa Hj Mat Sabu apabila berterusan di himpit oleh arahan Tuan Presiden.

Nasaruddin Md Isa (Timbalan Presiden ketika itu) di keji dan di cela hasil dari arahan Hj Hadi yang inginkan pertemuan demi pertemuan di atur oleh Nasaruddin Md Isa untuk mengadakan perjumpaan dengan Umno di dalam kelam bagi membincangkan Kerajaan Perpaduan.

Apabila rahsia terbongkar, Hj Hadi lepas tangan membiarkan Nasaruddin terkapa-kapa di persalahkan oleh ahli Pas.

Kini nasib yang sama telah terkena keatas batang hidung Hj Mat Sabu yang tekun mengikuti titah perintah Hj Hadi.

Di antara arahan itu termasuklah rancangan Hj Hadi mengarahkan Hj Mat Sabu berjumpa dengan Tengku Razaleigh agar bersetuju menjadi Perdana Menteri sekiranya PR menang di dalam PRU13.

Begitu juga pertemuan Hj Mat Sabu dengan Azmin Ali (MB Selangor) adalah arahan Hj Hadi agar jawatan Senator akan diberikan kepada Pas Selangor.

Sampai bilakah nasib orang kedua di dalam Pas (Timbalan Presiden) akan terus di mainkan/di perkotak-katikan oleh Hj Hadi(Presiden) untuk mewajarkan sebarang tindak tanduk untuk memuaskan kehendak hati beliau ..???

~Penyokong Pas Tegar
SUMBER : KLIK SINI

No comments:

Popular Posts